Roslan SMS Corner |
Mother Mary menurut Islam (13/11/12) Posted: 13 Nov 2012 05:08 AM PST Kisah penjelmaan imej "Virgin Mary" atau "Mother Mary" iaitu ibu kepada "Jesus Christ" menurut kepercayaan Kristian, di tingkap bangunan hospital SJMC di Subang Jaya baru-baru ini hangat diperkatakan kebelakangan ini. Ramai penganut Kristian berkunjung dan menyembah serta berdoa di hadapan hospital tersebut. Terbaru pihak gereja telah selesai berbincang dengan pentadbiran hospital yang bersetuju menyerahkan kepingan tingkap yang dipercayai menjelmakan imej "Mary" itu kepada gereja untuk disimpan di sana, sebuah gereja Katolik di Kelang. Ini antara lain bagi mengelakkan kesesakkan penganut Kristian di perkarangan hospital. Walaubagaimanapun sehingga kini pihak gereja masih tidak mengesahkan kesahihan penjelamaan itu. Apa yang berlaku adalah masalah penganut Kristian dan biarlah mereka yang menyelesaikannya. Cuma saya agak bimbang juga apabila membaca beberapa komen di beberapa laman web antaranya: (komen seorang pengunjung laman web) Rev Murphy Pakiam, Kindly recall what Cecilia Chin told and wrote a book to you and all your team during the tenure in Penang. Tell the message to our people that has been conveyed to you, the words from Mother Mary. Be humble, just do it. How can Russia be converted? and under whose power that this can happen? I think you have forgotten all the basics while going for the honours. Dan satu lagi: Do you wonder why the image is sighted in Subang Jaya and not somewhere else in Malaysia? Why not in Kuala Terengganu, Kota Bharu or Alor Star? After all, it did not appear in the window of a church. It appeared on the window of Sime Darby Medical Centre. Other towns have hospitals too. Before any Sime Mary stories were reported, I've already been saying that Subang Jaya is the Malaysian capital of evangelism. Gambaran yang mahu diberikan seolah "penjelmaan" ini adalah petanda bahawa agama Kristian akan diterima secara besar-besaran di Malaysia (sebagaimana Rusia pasca Kominis) dan Subang Jaya akan menjadi pusat pengembangan Kristian Malaysia. Itu gambaran yang boleh difaham walaupun sukar dipercayai. Apa pun yang lebih menarik bagi saya adalah walaupun Islam dan Krisitian bagi penganut mereka adalah dua agama berbeza dan terkadang bermusuhan, namun hakikatnya banyak persamaan dan mungkin dengan izin Allah satu hari nanti menjadi keluarga Isa bin Maryam yang besar di akhir zaman, "Virgin Mary" atau "Mother Mary" atau yang Islam kenali sebagai Mary atau Maryam disebut dalam al Quran, dengan satu surah diperuntukkan buatnya iaitu Surah Maryam. Berikut petikannya: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa. Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (surah Maryam 16-21) |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan