MiLo SuaM |
Video propaganda bodoh Umno di YouTube dapat lebih 3000 dislikes Posted: 06 Nov 2012 05:15 PM PST MACAM-macam cara untuk memperbodohkan rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru sebuah video propaganda entah hape-hape dimuat naik di internet menyeru rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Apa yang melucukan, lelaki yang berlakon di dalam video propaganda itu membayangkan kononnya dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan jahanam. Teringat kata-kata bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kononnya Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Tapi sampai sekarang Negeri Selangor tak bangkrap-bangkrap, malah makin maju kah kah kah... Menurut sahabat blogger ASD, lelaki yang muncul dalam video ini adalah pelakon drama Alia Kasih bernama Afzan. Tinjauan ReJaM© di YouTube mendapati, setakat artikel ini ditulis, video propaganda bodoh itu telah mendapat 3157 undian dislikes berbanding hanya 37 likes. Ini maknanya, warga internet tidak bodoh untuk mempercayai propaganda bodoh seperti ini. ReJaM© "Propaganda bodoh untuk orang-orang bodoh... " |
Bukti bergambar projek IC di Stadium Bola Sepak Cheras Posted: 06 Nov 2012 06:39 AM PST PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan pendedahan seorang wanita, Shirley Gabriella melalui laman facebook miliknya bahawa beliau menyaksikan sendiri ribuan warga asing, diberi kerakyatan di Stadium KLFA, Cheras rujuk sini [warga asing terima kerakyatan]. Rentetan pendedahan itu, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah mengirimkan beberapa keping gambar yang diambil olehnya ketika melalui Stadium Bola Sepak (KLFA), Cheras pada pagi 2 November 2012 yang lalu. Di bawah ini gambar-gambar yang berjaya diambil oleh pengirim yang enggan identitinya diketahui itu secara curi-curi melalui telefon bimbitnya (harap maaf kualiti foto kurang memuaskan). Dia juga mendakwa ada menyaksikan ribuan warga asing Myanmar, Bangladesh dan India Pengirim juga sangat hairan mengapakah laluan yang selama ini dirasakannya sebagai aman untuk berulang alik menghantar isterinya ke Maktab Perguruan Cheras, namun jumaat lalu laluan itu sesak dengan bas-bas dan teksi serta limpahan warga asing yang menyukarkan laluannya. Kepada sahabat pembaca yang mempersoalkan kredibiliti maklumat ini sebelum ini kerana hanya bersandarkan pendedahan seorang pengguna facebook, sekarang kita dedahkan pula bukti bergambar. Lagi pun pendedahan Shirley Gabriella sebelum ini perlu diambil berat kerana beliau mendedahkan perkara ini melalui akaun facebook miliknya sendiri serta menggunakan gambar dirinya. Sukar diterima akal seorang wanita berani membuat kenyataan palsu mendedahkan isu sensitif seperti ini menggunakan akaun facebook miliknya sendiri. Persoalannya di sini, apa tujuan ribuan warga asing ini dikesan berkumpul beramai-ramai di Stadium Bola Sepak Cheras di awal pagi? Adakah kerajaan Malaysia sudah menetapkan Stadium Bola Sepak Cheras ini sebagai tempat tinggal ribuan warga asing ini? ReJaM© "Diharap pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pendedahan ini... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan