Blog-list Malaysia |
- Pemuda Umno cadang hentikan sementara AES
- Ahmad Bashah Perkena Mahdzir Khalid
- Video Nurul Izzah Sokong Murtaz Disebar Pencacai.. Saksikan..
- 'Saya tidak akan sabotaj jikapun digugurkan'
- Anwar: Kenyataan Nurul dimanipulasi
- Burma burma... Burmalah!!!ha ha ha mampus Melayu mcm nih.
- Sultan Selangor Ulas Pasal Isu Murtad..
- "Saya bawa duit dalam tong, hantar ke rumah MB..." -Lim Teo Huat
- Saman AES - "Kita sedia lawan di mahkamah, atau saman JPJ kerana menipu"
- 10,000 warga Myanmar dapat IC jadi pengundi BN?
- Fitnah Akidah - Nrul Izzah Saman Utusan Dan Berita Harian
Pemuda Umno cadang hentikan sementara AES Posted: 07 Nov 2012 01:16 AM PST PARIT - Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan pengeluaran saman terhadap pesalah jalan raya yang dikesan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dihentikan sementara sehingga pengguna benar-benar bersedia dengan sistem tersebut. Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Hisamuddin Yahaya berkata idea penggunaan AES dilihat baik dan mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, namun pelaksanaannya tidak dirancang dengan baik. Katanya Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya menjalankan kempen secara berterusan terlebih dahulu bagi memastikan orang ramai benar-benar faham dengan hasrat murni kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Bercakap kepada pemberita selepas Program Pemuda Prihatin Turun Padang di Kampung Sepakat Jaya, Titi Gantung dekat sini hari ini, beliau menyarankan pihak kementerian supaya menggunakan sepenuhnya radio, televisyen serta media cetak untuk menjalankan kempen itu. Selain itu, katanya pihak berkuasa juga perlu meletakkan tanda amaran terlebih dahulu, contohnya kira-kira satu kilometer dari tempat AES dipasang dan beberapa lagi papan tanda peringatan sebelum sampai ke lokasi berkenaan. "Jika pengguna masih berdegil dan memandu laju, baru lah disaman. Orang ramai pun tidak akan marah lagi dengan kerajaan. "Biar ia dijalankan dalam tempoh percubaan. Mungkin perlu ambil masa beberapa bulan. Buat masa ini hentikan dulu pengeluaran saman," katanya. Mohd Hisamuddin berkata bagi meyakinkan lagi pengguna, JPJ juga diminta supaya mempamerkan statistik kadar kemalangan jalan raya di tempat peralatan AES itu dipasang. "Jadi pengguna tidak boleh mempertikaikan lagi pemasangan AES di kawasan ia ditempatkan," katanya. - Bernama | ||
Ahmad Bashah Perkena Mahdzir Khalid Posted: 06 Nov 2012 10:13 PM PST Teng tengg!!! Round 2... Seri Temin Oleh: Tok Non Empat hari isu duit untung udang rimau Kerpan hilang di zaman BN dimainkan. Senyap sepi UMNO Be End, mahupun para pahlawan maya depa tak berani nak pertahankan apa-apa. Maklumlah takut kerana salah... Cuma yang berani sikit buat kenyataan ialah Tok Mat Bashah, "BN sedia disiasat SPRM.." Huh, habih power laa tu. Yealaah power tak power pun nak kata apa lagi, benda tak betoi. Dari sudut yang lain kenyataan Tok Mat Bashah tu macam nak pekena Dato' Seri Mahdzir Khalid saja, sebab projek tu masa Tok Det jadi MB. Duit tunai tu pulak dilaporkan dihantar ke rumah Tok Det oleh Lim Teo Huat. Biasaklah UMNO jatuh menjatuh sesama kawan adalah budaya hidup. OK round ke 2 nanti tunggu serangan isu, report polis dan report SPRM pasai Seri Temin pulak. Tunggu... http://kedahla.blogspot.com/2012/11/teng-tengg-round-2-seri-temin.html#more | ||
Video Nurul Izzah Sokong Murtaz Disebar Pencacai.. Saksikan.. Posted: 06 Nov 2012 09:14 PM PST Ini video nya. Video yang dikatakan Nurul Izzah sokong murtad. Dan sokong LGBT. Aku dah tengok 3 kali. In order untuk mendapatkan kenyataan yang betul dan memahami apa sebenarnya yang Nurul Izzah cuba gambarkan. Aku tak nampak apa2 kenyataan yang Nurul Izzah cakapkan tue salah. Apa yang salah bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak menyuarakan apa2 yang dia rasa seiringan dengan peraturan dalam perlembagaan negara? Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa islam bukan agama yang suka mencerobohi privacy orang? Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak mempercayai dan mengamalkan apa2 kepercayaan yang mereka yakini? Semua ini sesuai dan bahkan tertakluk dalam perlembagaan. Apa yang nurul izzah sampaikan itu sebenarnya seiringan dengan apa yang terdapat dalam undang2 negara. Nurul Izzah tidak bercakap luar context or mencabar apa2 undang2 dan perlembagaan. Jika sesiapa tidak boleh menerima kenyataan nurul izzah maka kepada perlembagaan la dia ubah. Bukan pemikiran nurul izzah mahupun pemikiran aku. Kerana kami bercakap apa yang wujud dalam perlembagaan negara. Ulasan diatas ialah ulasan dari Ameno World.. ulasan sepenuhnya sila lihat di ( SINI ) | ||
'Saya tidak akan sabotaj jikapun digugurkan' Posted: 06 Nov 2012 07:29 PM PST KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak akan merajuk mahupun mensabotaj parti sekiranya tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, apa yang penting adalah kesediaan beliau untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat meskipun tidak bergelar wakil rakyat kelak. "Saya tidak ada masalah, jadi calon atau tidak jadi calon... itu perkara nombor dua kepada saya. Kalau misalnya saya tidak dipilih menjadi calon nanti, tidak apa, OK," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online. "Saya kira calon-calon yang berminat termasuk saya sendiri, saya berjanji kalau saya tidak terpilih pun sebagai calon di Kota Belud atau di mana-mana pun, saya berjanji, pertama, saya tidak akan tutup bilik gerakan, saya tidak akan sabotaj, saya tidak akan merajuk. "Saya tidak akan membubarkan jawatankuasa kempen saya. Saya akan turun ke padang siang dan malam berceramah memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional di Kota Belud. Itu janji saya," kata wakil rakyat penggal pertama ini dengan penuh semangat. Abdul Rahman menang pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket BN dan menewaskan calon PKR. Beliau ditanya pandangannya berhubung pengumuman calon Umno-BN yang akan dibuat lebih awal pada pilihan raya kali ini. "Saya kira kalau kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan, kalau kita betul-betul hendak berjuang dan berkhidmat kepada rakyat, ya... soal calon ini memang penting, semua pemimpin parti mahu menjadi calon. Tetapi kalau tak jadi wakil rakyat, tidak bermakna kita bukan pemimpin. "Jadi pada saya, sama ada diumumkan calon itu awal atau lambat, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan," jelas beliau lagi yang juga Setiausaha BN Sabah. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, "saya setuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin, mungkin ia sesuai untuk keadaan-keadaan tertentu yang mana kita memerlukan masa untuk memperbaiki keadaan jika pengumuman itu dibuat terlalu singkat." Khairy yang merupakan Ketua Pemuda BN sebelum ini berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal mahu dilaksakan. Ini kerana katanya, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu. "Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," beliau dipetik sebagai berkata. Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon PRU13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini. - SinarHarian | ||
Anwar: Kenyataan Nurul dimanipulasi Posted: 06 Nov 2012 05:23 PM PST KUALA LUMPUR – Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini. "Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius. "Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah. Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk "Melayu bebas pilih agama?" yang disiarkan Mingguan Malaysia. Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang ditemui di lobi Parlimen, enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. "Saya dinasihatkan barisan peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. "Bagaimanapun saya bersedia bila-bila masa dan bekerjasama untuk disoal siasat oleh pihak Jais jika dipanggil," katanya. | ||
Burma burma... Burmalah!!!ha ha ha mampus Melayu mcm nih. Posted: 06 Nov 2012 03:48 PM PST Burma yang menanti untuk mendapat IC perhatikan teg biru macam tag pesakit hospital yang depa pakai kat lengan, siapa yang ada tag biru tu boleh masuk ke dalam Stadium Siapa BN untuk menang PRU sanggup gadai kedaulatan negara ! Baca di sini | ||
Sultan Selangor Ulas Pasal Isu Murtad.. Posted: 06 Nov 2012 07:30 AM PST Mais: Sultan kesal, Jais diarah siasat Izzah Wartawan Sinar Harian SHAH ALAM - Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu. "Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya. Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut. "Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau. Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. "Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. "Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau. Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. "Wala apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi. | ||
"Saya bawa duit dalam tong, hantar ke rumah MB..." -Lim Teo Huat Posted: 06 Nov 2012 05:03 AM PST Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah Menteri Besar Mahdzir Khalid. Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu. Lim terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB). Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007. "Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain... tak pasai-pasai saya 'masuk dalam' depa (penyonglap) dok syok kat luaq..." kata Lim penuh keberanian Tok Ded dan Mat Bashah.....tolong jawab sat..... SPRM tunggu apa lagi laporan dah buat , saksi pun dah ada.... Sumber - http://pkrl.blogspot.com/2012/11/panas-duit-tunai-dalam-tong-ikan-bagi.html | ||
Saman AES - "Kita sedia lawan di mahkamah, atau saman JPJ kerana menipu" Posted: 06 Nov 2012 04:08 AM PST Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam. "Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam. "Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen. Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju). "Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j. "Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau. Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka. "Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES. "Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. | ||
10,000 warga Myanmar dapat IC jadi pengundi BN? Posted: 06 Nov 2012 02:36 AM PST
Beliau menganggarkan sekitar 10,000 menunggu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat, mereka beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah. Menurutnya lagi, warga asing terbabit tidak diberi taraf penduduk tetap (permanent resident), sebaliknya diberi taraf warganegara (permanent citizenship). Tulis Gabriella dalam ruangan komen statusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini. Persoalannya, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar tersebut diberi kerakyatan secara beramai-ramai? Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehingga perlu memberi kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional? Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/?p=39005 | ||
Fitnah Akidah - Nrul Izzah Saman Utusan Dan Berita Harian Posted: 06 Nov 2012 01:58 AM PST SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah. "Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan. "Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan