Rabu, 7 November 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah

Posted: 07 Nov 2012 12:31 AM PST


Asri bela Nurul Izzah
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut.

"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya dipetik dariSinar Harian Online.

Baru-baru ini, sebuah laman portal melaporkan Naib Presiden PKR itu mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

"Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang dipetik dari portal berita itu.

Nurul Izzah menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.

Nurul Izzah juga semalam mengumumkan akan mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana dikatakan memutarbelitkan kenyataannya-TMI.

Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung "tiada paksaan dalam agama" seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan "tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya
-SH

[VIDEO] Obama Kekal Presiden Amerika

Posted: 07 Nov 2012 12:15 AM PST


New York - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.

Jika Tiada Fatwa, Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Utusan & Abdullah Sama'ah?

Posted: 06 Nov 2012 09:56 PM PST


Tiada fatwa istilah 'Kafir Harbi', kata Jamil Khir.

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah "Kafir Harbi" yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.

"Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Jamil turut menjelaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah dan diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

"Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan pihak berautoriti.

"Oleh itu, mana-mana pendapat atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya hukuman bersifat peribadi," katanya lagi.

Abdul Hadi sebelum ini bertanyakan soalan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.

Presiden PAS itu juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Mengulas berkenaan perkara itu, Jamil Khir berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

"Walaupun kerajaan meyakini prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara yang berkait dengan isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam," katanya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu pernah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa'amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.

Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh bukan Islam yang mengancam dan berperang dengan umat Islam yang mana darah mereka halal ditumpahkan.

Dalam konotasi suasana perang, ia boleh diistilahkan diperingkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu juga turut berusaha untuk membunuh umat Islam.

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus.

Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi
-HD.



Isu Nurul Izzah Diputarbelitkan Oleh Utusan Yang Telah Kalah Banyak Kali Di Mahkamah

Posted: 06 Nov 2012 06:32 PM PST


MMursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
-SH



[TEPAT] Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin

Posted: 06 Nov 2012 04:25 PM PST


Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.

Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.

Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.

Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.

Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.

Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap 'kelemahan' negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.

"Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa," menurut ringkasan laporan kajian tersebut.

Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.

"Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.

"Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah," katanya kepada TV Selangor.

[GILA] Hadlaju 90 Km, Saman 80 Km, Bukti Kelemahan AES

Posted: 06 Nov 2012 05:10 AM PST

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar.

Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

[DASYAT] Buang Janin Depan Rumah

Posted: 06 Nov 2012 02:58 AM PST


Mentakab – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa.

"Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran.

"Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai," katanya, kelmarin.

Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

"Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit," katanya.

Tiada ulasan: