MiLo SuaM |
Kosmo didakwa fitnah dan aibkan arwah seorang gadis Posted: 24 Nov 2012 07:53 PM PST PORTAL Kosmo, menyiarkan kisah seorang gadis remaja berumur 16 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan apabila menyelinap keluar dari tingkap biliknya kerana terdesak untuk bertemu kekasih rujuk sini [kosmo]. Laporan itu turut menghiasi muka depan akhbar Kosmo versi cetak beberapa hari lalu. Kita faham sangat Kosmo sengaja mencanangkan kisah ini untuk melariskan jualan bagi mengimbangi kejatuhan teruk jualan Utusan Malaysia yang sering kali kalah saman di mahkamah kerana kerap memfitnah akibat kejatuhan kredibilitinya. Bagaimanapun seorang sahabat baik arwah gadis tersebut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap laporan Kosmo itu yang didakwa sebagai satu fitnah dan cuba mengaibkan arwah sahabatnya itu. Beliau meluahkan perkara itu di halaman twitter miliknya dan turut menyifatkan dua wartawan yang melaporkan berita itu, NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI sebagai tidak guna. Gara-gara berita yang disiarkan Kosmo yang juga merupakan anak syarikat Utusan Malaysia, arwah menjadi bahan kutukan dan umpatan orang ramai yang percaya dengan berita tersebut. Sumber yang ReJaM© terima memaklumkan sebenarnya wartawan daripada Kosmo ini tidak dapat masuk ke rumah didiami arwah untuk menemuramah keluarganya. Namun mereka membuat kesimpulan sendiri tentang kematian Siti Khadijah Binti Muhammad. ReJaM© "Apa nak hairan, adik beradik Utusan Syaitan" |
Prestasi kerajaan Negeri Sembilan lemah, tapi MB dapat anugerah Posted: 24 Nov 2012 10:53 AM PST PENGANUGERAHAN Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam menimbulkan pelbagai tanda tanya. Penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri. Sebagai contoh, jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki 'aset' berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja. Lebih jelas lagi, pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011. Lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta. Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan UMNO Negeri Sembilan. Nor Azman Mohamad Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan Sent from my BlackBerry® |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan