Ahad, 25 November 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pencacai UMNO Jahil Agama Cuba Pertikai Solat Jenazah Oleh TG Hj. Hadi

Posted: 25 Nov 2012 12:34 AM PST

Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. (Sila klik untuk lebih jelas)

Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH.... tanam dulu baru solat jenazah."

Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.

Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

==================================

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan.

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.

(Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya).

Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha' , Asy Syafi'y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: " Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa'ied ibn Al-Musayyab berkata: "Bahawasanya Ummu Sa'din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya.

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tidak sempat solat sebelum jenazah dikebumikan.

Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )
-paspb

Usaha Halang Pejalan Kaki Anti-Lynas, Dataran Merdeka Ditutup Tiba-tiba

Posted: 24 Nov 2012 09:20 PM PST


Dataran Merdeka tiba-tiba ditutup dipercayai untuk menghalang kemaraan pejalan kaki Anti-Lynas dari memasuki perkarangan tersebut yang dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang ini.

Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 semalam telaj memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, lapor malaysiakini.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.

Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.

"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.

Pejalan kaki anti Lynas tiba di Taman Melewar


KUALA LUMPUR: Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM), Taman Melewar, tepat jam 4 petang ini, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin.

Sebelum itu, mereka berarak dari Tol Gombak, bermula jam 3 petang dan disambut meriah oleh PAS Batu. Kumpulan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan berpacuan empat roda sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Ironinya, biarpun kebanyakan di kalangan mereka berbangsa Cina, namun ketibaan mereka disambut oleh pelbagai pihak agama dan bangsa, yang menunjukkan solidariti mereka dalam usaha menghentikan sebarang pembangunan atau projek yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan dan sorakan 'Stop Lynas', 'Close The Damn', 'Stop Baram' dengan penuh bersemangat, biarpun keletihan dan kepanasan terpancar di wajah mereka.

Turut kelihatan bersama-sama mereka Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Wahab.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengetuai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ketika ditemui, berkata pihaknya gembira kerana berjaya sampai ke destinasi seterusnya, sebelum ke destinasi selanjutnya.

Mengakui perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 Nov lalu, mempunyai pelbagai ranjau dan cabarannya, namun keletihan yang diharungi hilang sekelip mata apabila terdapat kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

"Kita berjaya sampai di sini, dengan pelbagai cabaran yang dihadapi.Kita tidak mempunyai masalah sepanjang perjalanan, kerana kita jaga dari seluruh aspek. Dari segi keselamatan, lalulintas, semuanya tidak bermasalah," tegas beliau sebelum dibawa berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar.

Sebelum meninggalkan Taman Melewar untuk berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar, Wong Tack sempat berkata perjalanan kumpulannya dari Kuantan tidak bermasalah, sebaliknya bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan dan kekangan untuk perjalanan seterusnya.

"Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, tiada masalah. Esok, tidak tahulah," ujar beliau sambil ketawa kecil.

Sekumpulan pejalan kaki Stop Lynas kini sedang berehat di ruang-ruang legar di KUIZM ini dengan dilayan dengan makanan dan minuman.

Difahamkan, sebahagian besar di kalangan pejalan kaki ini akan bermalam di sini, pada malam ini dan akan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 9 pagi.

Malam ini juga, di KUIZM, akan berlangsung ceramah umum membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Che'gu Bard, Cikgu Ishak Surin.

Sementara itu, Cikgu Ishak ketika ditemui, berkata PAS Batu berbesar hati menyambut kumpulan Stop Lynas ini yang dianggap sebagai pejuang rakyat.

"Dengan semangat mereka berjalan kaki dan bertanggungjawab unuk menentang Lynas, kita juga bertanggungjawab memberikan penghormatan kepada mereka dengan menyediakan makan minum, dan tempat tinggal kepada mereka," tegas beliau.

Sambil mengharapkan perjalanan kumpulan ini ke Dataran Merdeka esok berjalan lancar, beliau turut menyeru ahli-ahli PAS, khususnya PAS Batu untuk bersama-sama berjalan ke Dataran Merdeka.

"Tujuan mereka murni, jadi tiada sebab untuk dihalang mereka ke Dataran Merdeka. Menghalang mereka hanya menunjukkan tindakan yang amat tidak wajar. Saya harapkan mereka ini diberi kesempatan utk berada di Dataran Merdeka," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman berkata, Pemuda PAS Batu akan turut bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka keesokan harinya.
-HD


Kertas Putih Talam Sudah Keluar, Kertas Putih NFC Bila?

Posted: 24 Nov 2012 06:44 PM PST

MP Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, untuk mengikut contoh Kerajaan Selangor dan mengeluarkan kertas putih skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM 250 juta.

Ini kerana Kerajan Selangor telah mengeluarkan kertas putih tentang pelunasan hutang Talam Corporation kepada Selangor berjumlah RM 392 juta, yang hangat diperkatakan oleh pemimpin Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih tersebut telah berjaya membuktikan bahawa dakwaan kerajaan negeri gunakan duit rakyat untuk 'bailout' syarikat Talam adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Kejayaan membentangkan kertas putih ini telah membuktikan pentadbiran PR bersikap telus, jujur dan tidak menyembunyikan sebarang urusniaga yang melibatkan harta milik rakyat yang bernilai jutaan ringgit."

Abdul Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak berkata demikian di dalam satu kenyataan akhbar yang turut disokong enam MP PR yang lain.

Mereka adalah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Rasah, Loke Siew Fook, MP Seputeh, Teresa Kok, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, MP Batu, Chua Tian Chang dan MP Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, NFC perlu diaudit oleh firma antarabangsa seperti PriceWaterhouse Coopers.

"Kita mahu kerajaan Persekutuan menerangkan kepada rakyat bagaimana dana milik rakyat ini telah dibelanjakan dan membentangkan semua perbelanjaan, pihak yang membelanjakan dan aset-aset yang dibeli untuk disemak oleh rakyat," kata beliau.

Tambah Abdul Khalid, terdapat ahli politik BN yang lantang mengkritik usaha kerajaan Selangor mengutip hutang Talam tetapi 'menikus' dalam isu skandal NFC.

"Kita percaya sekiranya kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri gagal menyediakan kertas putih, maka terbukti Barisan Nasional tidak jujur menguruskan harta rakyat dan tiada alasan lagi untuk rakyat terus menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," tegas Abdul Khalid. -selangorku

Takut Dengan Pemerhati Bebas, Bukti Pilihanraya Malaysia Tidak Bersih & Tidak Telus!

Posted: 24 Nov 2012 03:34 PM PST

Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

Xenophon, yang berasal dari Australia Selatan menganggap media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



SAT1M - "Sapu Tanah 1 Malaysia" Sebagai Penghargaan Kepada ADUN Sri Serdang

Posted: 24 Nov 2012 05:39 AM PST

Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.

"Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011," katanya.

Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi.

"Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta.

"Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan daripada Suee Lim berhubung pemilikan tanah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menggunakan sistem terbuka (sistem digital) tanpa perlu merujuk kepada pejabat daerah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semua pemilikan tanah bagi memastikan ia dilakukan secara tertib tanpa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

"Sekiranya pembelian tanah itu tidak digunakan seperti yang dicadangkan, maka Kerajaan Negeru berhak untuk mengambil semula tanah itu. Kita perlu meneliti dokumen pemberian dan jika wujud salah guna kuasa, maka kita boleh ambil tindakan undang-undang," katanya.

Tiada ulasan: