Ahad, 25 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Terkini - 15,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran

Posted: 25 Nov 2012 01:17 AM PST


Dianggarkan 10,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.

Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.



Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.

"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.

"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.


Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya.

Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat.


"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.

"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.

Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000 orang.

Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.

Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 15,000 orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 4.50 petang.

Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandangkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah dua MP PKR Tian Chua serta Nurul Izzah Anwar dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.


Dataran Merdeka Ditutup Lagi Kerana Takutkan Himpunan Hijau

Posted: 24 Nov 2012 10:30 PM PST

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan. Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.

Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.



DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di Dataran Merdeka hari ini.

Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.

Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran.

Satu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.

Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut


Parah.. Ibrahim Katak Sudah Meracau

Posted: 24 Nov 2012 05:18 PM PST

KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.

Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.


"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.

"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.

Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

"... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.

Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.

"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.

"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.


Buah Najib..

Posted: 24 Nov 2012 07:46 AM PST


Baca di sini


Kalau tak rosak tak payah rosak kerajaan.. Hehehe..

Posted: 24 Nov 2012 05:38 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.

Merujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.

Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.


Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan orang Bangsa moro (umat Islam di selatan Filipina) pandang ke Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.

Najib berkata demikian kepada kira-kira 2,000 orang di perhimpunan NGO yang ditaja oleh kerajaan - Himpunan Barisan 1Malaysia - di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

PM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya "penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini".

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.

Menurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.

Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.

Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui "janji kosong" yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.

"Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata," kata Najib secara berseloroh. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campurtangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.

Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.

"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya.

Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.

"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.

"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.

Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

"Jadi jangan minta negara luar campurtangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campurtangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.

Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.

"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.

Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baru politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.

"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat
mentransformasikan negara," katanya.

Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.

"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya. - mkini


BN Menang PRU13 - Menyanggah Fakta Dan Ramalan Profesor Kangkung

Posted: 24 Nov 2012 02:24 AM PST

Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.


Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) "Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) "Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi," katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

- jalanpulang


Tiada ulasan: