Jumaat, 2 November 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Utusan Malaysia dapat isu baru kaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam

Posted: 01 Nov 2012 04:38 PM PDT

BERIKUTAN penahanan Ahli Majlis Tertinggi KEADILAN, Dr Badrulamin di majlis makan malam dikatakan anjuran Al-Arqam malam tadi bersama Ustaz Ann Wan Seng, rujuk sini [Dr Badrulamin], nampaknya Utusan bagaikan terkena jackpot.

Mana tidaknya, di dalam kehangatan pilihanraya umum yang semakin hampir, ini peluang akhbar propaganda milik Umno itu untuk mengaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam yang pernah diharamkan satu ketika dahulu didakwa kerana membawa ajaran sesat.



Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) hari ini melaporkan, Dr Badrulamin sebagai salah seorang tetamu kehormat yang dijemput ke konsert khas anjuran Al-Arqam. Kalau mengikut maklumat yang ReJaM© terima malam tadi, majlis itu adalah majlis makan malam.

Tapi tak tahu dari mana sumber yang diperolehi oleh Utusan sehingga mengatakan ia sebagai konsert khas. Apa pun, nampaknya kita sudah dapat menjangkakan apa isu hangat yang akan diulang pagi petang siang dan malam di media-media arus perdana kawalan Barisan Nasional selepas ini.

Tentu sekali KEADILAN sebagai parti pembangkang parlimen Malaysia akan cuba dikaitkan dengan Al-Arqam untuk membuatkan rakyat percaya bahawa Pakatan Rakyat ada kaitan dengan ajaran sesat.

Kita tunggu apa kenyataan Dr Badrulamin berhubung hal ini. Selain itu, sama-sama kita nantikan bagaimana isu ini akan diputar belitkan di media-media arus perdana bermula malam ini di Buletin Utama TV3.

Dr Badrul Amin bersama Ustaz Ann Wan Seng ditahan JAIS

Posted: 01 Nov 2012 09:54 AM PDT

BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam.

Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad.

Al-Arqam yang bergerak aktif selama lebih sepuluh tahun dan memiliki lebih 10,000 ahli, memiliki kilang dan hospital sendiri itu diharamkan selepas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meramalkan dirinya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Dr Mahathir.

Akhirnya, Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohammed kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Update: Dr Badrol Amin sedang memberikan keterangan di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.  Pihak JAIS berkata ia bukan satu tangkapan. Tapi Dr Badrol Amin diangkut menggunakan trak Polis. Alasan penahanan ini kerana melanggar fatwa mufti yang dikeluarkan dalam tahun 1995 yang mengharamkan Al-Arqam.

Maklumat lanjut berkenaan tangkapan ini akan menyusul.

Sent from my BlackBerry®

Kamera Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) dipasang secara haram di Selangor

Posted: 01 Nov 2012 08:05 AM PDT

BEBERAPA blog pro Barisan Nasional ada memainkan isu kononnya kerajaan di empat negeri yang ditakbir oleh Pakatan Rakyat disifatkan "cakap tak serupa bikin" berhubung isu Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES).

Blogger-blogger ini mempertikaikan pengumuman keempat-empat Negeri Pakatan rakyat untuk menangguhkan perlaksanaan saman automatik, AES yang membebankan rakyat itu. Ini kerana menurut mereka sistem saman AES itu telah dilaksanakan di Selangor.

Akhirnya, barulah kita faham rupa-rupanya kamera yang dipasang di sekitar negeri Selangor sebenarnya tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Dalam kata lainnya, kamera-kamera AES yang mahu mencuri duit rakyat ini dipasang secara haram!



Perkara ini didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang dipetik oleh Sinar Harian. Maklumat itu diperolehi daripada Yang Dipertua PBT di seluruh negeri yang mendedahkan bahawa pemasangan kamera AES itu dibuat tanpa keizinan pihak mereka.

"Ini (pasang kamera AES tanpa kebenaran merancang) adalah salah di sisi undang-undang. Bagi saya, kalau tiada kebenaran merancang, ia dianggap illegal (tidak sah). Sesiapa pun yang kena (saman), mereka tidak payah bayar sebab (pemasangan kamera AES dibuat) tanpa kelulusan," katanya.

Maka sudah terang lagikan bersuluh, jika anda menerima saman AES di sekitar negeri Selangor, maka anda tidak perlu membayarnya kerana syarikat kroni Barisan Nasional yang menguruskan AES ini telah memasang kamera mereka secara haram untuk merompak duit rakyat.


ReJaM© "Kalau kena saman AES di negeri Barisan Nasional, kenalah bayar... "

Kerajaan Negeri Sembilan ‘double standard’ tunggakan sewa antara NFCorp dengan penyewa lain

Posted: 01 Nov 2012 07:31 AM PDT

DALAM laporan akhbar Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan bertarikh 31 Oktober 2012, Kerajaan Negeri Sembilan hanya memberi amaran akan membatalkan kontrak pajakan tanah sekiranya NFCorp gagal membayar tunggakan sewa yang kini mencecah RM200,000.

Laporan Audit 2011 menyatakan antara kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus syarikat ialah tunggak sewa yang tinggi tanpa tindakan tegas diambil.

Bagi syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, hutang pelanggan yang tertunggak sehingga RM511,951 dan ada yang tertunggak hampir 6 tahun. Bagi sewaan premis, NRSB juga mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM101,864 dan hanya mengambil tindakan mahkamah, dan terpaksa menanggung kos guaman sebanyak RM8,899.

Sebaliknya, tindakan tegas telah dikenakan kepada penyewa premis yang mempunyai tunggakan sewa yang jauh lebih rendah dari kes dia atas.

Contohnya, dalam satu surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Notis operasi sita dijalankan kepada seorang penyewa yang hanya mempunyai hutang tertunggak RM992.00, dan operasi mengunci rumah akan dijalankan 3 minggu selepas tarikh notis dikeluarkan.

Tindakan yang tegas juga telah diambil oleh Majlis Perbandaran Seremban kepada seorang penyewa premis di Blok B 1-15 Seremban kerana hanya mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM5,050.00, dan arahan mengosongkan premis tersebut juga dikeluarkan dalam masa 14 hari.

Pihak kami bukan menggalakan rakyat Negeri Sembilan supaya berhutang dan tidak membayar sewa premis, tetapi kami mempersoalkan kenapa sikap 'double standard' yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Sepatutnya tindakan sangat tegas perlu dikenakan kepada penyewa mempunyai hutang yang tinggi.

Sewajarnya, pihak Kerajaan Negeri menilai semula tindakan yang dilakukan, kita tidak mahu tindakan 'double standard' tersebut dikenakan atas dasar menjaga kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sembilan.

Disediakan oleh:

YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani (Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan)
Hj. Anuar bin Azahari (Timbalan Pesuruhjaya 3)
Nor Azman bin Mohamad (Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan)
Fazilah binti Abu Samah (Ketu Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan)


"

Penyeludup wang RM40 juta Michael Chia rapat dengan anak Nazri Aziz

Posted: 01 Nov 2012 06:20 AM PDT

ISU dana asing yang diseludup masuk ke Malaysia, dipercayai mula kecoh sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengatakan bahawa wang seludup RM40 juta itu bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Sebaliknya ia untuk kegunaan Umno Sabah.

Ini berikutan penangkapan seorang usahawan Michael Chia pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur [sumber].

Bagaimanapun, penemuan kenderaan jenis Hummer yang bernilai lebih RM500 ribu dipandu oleh Mohamad Nedim Nazri, anak Nazri Aziz mengundang kontroversi berhubung dana asing RM40 juta itu.

Anak Nazri Aziz yang sebelum ini terlibat dengan kes memukul pengawal keselamatan [sumber] dilihat memandu Hummer dengan nombor pendaftaran WNX9776.



Hasil pemeriksaan di laman portal MyEG, sebuah portal yang membolehkan pengguna menyemak status saman individu, mendedahkan bahawa, kenderaan yang dipandu oleh anak Nazri Aziz itu milik Michael Chia. Usahawan yang ditangkap kerana membawa wang RM40 juta di dalam bagasinya untuk berlepas ke Kuala Lumpur.



Tidak mungkin Michael Chia boleh memberikan kenderaan mewah miliknya kepada orang yang tidak dikenali, atau tiada apa-apa hubungan. Persoalannya di sini, apa hubungan Michael Chia dengan anak Nazri Aziz?

Maka jelas di sini, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz sebenarnya memiliki hubungan yang rapat dengan Micheal Chia. Tidak hairanlah kes ini disenyapkan begitu sahaja.

ReJaM© "Lebih banyak pendedahan akan dibongkar selepas ini... "

Tiada ulasan: