Blog-list Malaysia |
- DUN P Pinang: Azhar digantung 6 bulan lagi
- 'Tangguh AES demi strategi PRU13'
- Mamak Penang Yang Bahalol..
- PANAS - Badrul Amin Ditangkap JAIS
- Notis Saman PKNS Terhadap Utusan Malaysia
- Kenyataan Akhbar PAS Selangor Berhubung Provokasi MCA
DUN P Pinang: Azhar digantung 6 bulan lagi Posted: 01 Nov 2012 11:30 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam bulan berkuatkuasa hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membentangkan usul penggantungan Azhar itu pada persidangan DUN hari ini berkata semua bayaran elaun dan gaji ketua pembangkang itu sebagai wakil rakyat dikekalkan. NONELim berkata keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan kakitangan DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan boleh dimanipulasi. | ||
'Tangguh AES demi strategi PRU13' Posted: 01 Nov 2012 09:10 PM PDT SHAH ALAM – Kerajaan perlu menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan perlu berbuat demikian kerana AES dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang, tetapi sesetengah kelompok dalam Barisan Nasional (BN). Menurutnya, BN perlu memberikan persepsi penangguhan bukan kerana mahu memancing undi, tetapi kajian perlu dilakukan untuk menjawab kritikan terhadap AES. "Tidak rugi BN menangguhkan AES, malah ia memberikan manfaat kerana mendengar kritikan rakyat walaupun ada kalanya kritikan tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Bung Mohtar Radin berkata, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menggunakan isu pelaksanaan untuk menjatuhkan kerajaan. Katanya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES bagi memberikan keyakinan kepada rakyat. Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, dalam soal menjaga keselamatan, rakyat perlu dididik bukannya penguatkuasaan undang- undang dengan mengenakan denda kerana ia menyusahkan rakyat. "Memberikan denda kepada rakyat adalah mudah tetapi tidak mengatasi masalah iaitu sikap rakyat. Ia juga tidak membantu mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya. Beliau berkata, cadangan Pemuda Umno menangguhkan AES juga menunjukkan pandangan berbeza di kalangan pemimpin Umno. "Ada puak cuba melemahkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia adalah gejala tidak baik menjelang PRU13," katanya. SinarHarian | ||
Posted: 01 Nov 2012 07:45 PM PDT
Kalau korang nak tahu sekarang neh wakil rakyat dari bn sendiri sehaluan dengan pr dalam isu AES. Aku dah cakap awal2 dulu. AES neh bagus. Memang bagus. Tapi pelaksanaan dia tidak bagus. Bukan sistem itu bermasalah tetapi cara ia dilaksanakan di malaysia itu bermasalah. Satu2 product yang bagus jika tidak dilaksanakan dengan betul maka ia tetap tidak bagus. Dalam kes neh walaupun sebagus mana pun AES itu tetapi jika BN yang pegang negara kemon la.. dia tetap terlihat tidak bagus. Kalau yang pegang negara pun tak amanah ko jangan hadap apa2 sistem yang mereka practise ialah telus. Bukti ketidaktelusan ialah memasang AES di laluan2 yang merepek. Menenderkan AES kepada syarikat swasta yang jelas2 mensasarkan keuntungan setelah melakukan pelaburan besar. Baca di sini | ||
PANAS - Badrul Amin Ditangkap JAIS Posted: 01 Nov 2012 05:55 PM PDT Dikhabarkan Dr Badrul Amin dan Ust Ann Wan Seng yang menghadiri majlis makan malam mengenang Abuya telah ditahan di dalam serbuan oleh JAIS dan pihak berkuasa Majlis Tempatan sebentar tadi. Majlis kenduri mega dengan tema "Menjana Kekuatan Ekonomi Ummah Memperkasa Dakwah" yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di Rawang ini telah diarahkan berhenti oleh JAIS. Difahamkan mereka yang ditahan di dalam majlis makan malam itu kini sedang di dalam trak dan mungkin dibawa ke Shah Alam. (Gambar) Penguatkuasa JAIS cuba memeriksa Kad Pengenalan semua tetamu yang hadir ke majlis kenduri anjuran Ikhwan Global di Rawang. Ust Ann Wan Seng juga merupakan seorang penulis buku AL-ARQAM DI SEBALIK TABIR yang telah diulang cetak dalam masa satu minggu dan habis dijual dalam masa 4 hari. Buku tentang Al-Arqam ini adalah satu-satunya ditulis oleh seorang penulis bangsa Cina. info ~ ronasina | ||
Notis Saman PKNS Terhadap Utusan Malaysia Posted: 01 Nov 2012 05:34 PM PDT UTUSAN MALAYSIA FITNAH, PKNS KEMUKA NOTIS TUNTUTAN Nov 1 - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu. Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata artikel yang disiarkan dengan tajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" bertarikh 31 Oktober 2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak beretika. Beliau berkata penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor. "Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum," katanya. Justeru dengan penyiaran artikel berkenaan, PKNS menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya. "Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan," katanya. www.kldailyblog.wordpress.com | ||
Kenyataan Akhbar PAS Selangor Berhubung Provokasi MCA Posted: 01 Nov 2012 04:00 AM PDT PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang berkerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi. Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi di putar-belit sebaliknya sebagai usaha 'bail-out' untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN. Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam. PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam. Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri. PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya 'bertindak berani' menegur PAS. PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya. Pada masa yang sama, ianya merupakan 'red herring' atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada dihadapan mereka. Persoalan yang berada dihadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma. Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik 'red herring' ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka. Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama. PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang disebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrim. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN. Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang. Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan