Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene Dilancarkan

Posted: 30 Nov 2012 12:31 AM PST


Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau bersama Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan terus berjuang menentang kerajaan Umno BN melalui kartun.

Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab sosial kartunis, kata Zunar, beliau ingin menggunakan bakatnya untuk menyumbang kepada rakyat dan negara.

"Kartun saya bukan sekadar untuk gelak, tetapi untuk 'gelak guling-guling'. Maknanya lepas kita ketawa, kita gulingkan kerajaan Umno BN," katanya disambut sorakan 150 hadirin di majlis pelancaran buku terbaru beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Buku 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' itu mengandungi 32 muka surat hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Skripnya ditulis Suaram berdasarkan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di Mahkamah Perancis dan kisah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ia bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai berkenaan kes tersebut.

Menurut Zunar, perjuangan melalui kartun antara cara paling berkesan dalam menentang kezaliman Umno BN.

"Kalau kita berdemonstrasi, mereka akan tangkap kita dan sekat jalan. Kalau kita bawa usul di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat akan tolak.

Tapi kalau kita ketawakan Umno BN, mereka boleh buat apa? "Takkanlah nak gubal Akta Ketawa Negara?" sinis Zunar.

Program yang bermula kira-kira jam lapan malam itu dimulai dengan tayangan video taklimat peguam Scorpene, Apoline Cagnat di Hotel Changi, Singapura Selasa lalu.

Sebelum ucapan Zunar, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyampaikan kata-kata aluan.

Turut menarik perhatian, persembahan ala boneka oleh KKI.

Antara tokoh yang hadir adalah bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib dan karyawan Pyanhabib.

'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' dijual dengan harga RM5 dan seluruh hasil jualan akan disumbangkan kepada Suaram.

Tempahan awal boleh dibuat di sini. -KD




Hishamuddin Didesak Letak Jawatan kerana Campurtangan Dalam Urusan PDRM

Posted: 29 Nov 2012 11:48 PM PST

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak letak jawatan atau digantung tugas dan perlu ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ia ekoran dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hishammuddin campur tangan dalam tugas polis.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan Musa.

"Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini.

Sesuatu harus dilakukan segera," kata Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan, Norazizi A Aziz.

Musa dalam sidang medianya Rabu lalu, menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa Menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai KPN dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Hishammuddin sebagai antara ahli politik itu dan mendakwa keengganannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Menurut Musa, tindakan Hishammuddin itu bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (KPN) sahaja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Berikutan itu, SAMM dan sekutu akan mengadakan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini.

Ia akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11.

50 pagi ini.

Laporan polis dan himpunan tersebut akan diketuai oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. -KD

Pak Lah Perlu Jelaskan Isu Penjual Karpet - Mahfuz

Posted: 29 Nov 2012 09:55 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penjual karpet Deepak Jaikishan yang didakwa ditipu oleh pemimpin Wanita Umno kerana perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan beliau.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri.

"Pak Lah perlu beri penjelasan.... kita percaya semua dalam pengetahuan beliau, kenapa beliau serah kepada (Perdana Menteri Datuk Ser ) Najib (Razak)," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Deepak sebelum ini mendedahkan pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM 13 juta dengan disertai jaminan RM72 juta jaminan bank dari seorang Ketua Wanita Umno.

Ketua Wanita Umno itu jelas Deepak telah dianugerahkan projek penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

"Seperti ada perjanjian antara Pak Lah dengan Najib," soal Mahfuz.

Deepak membawa perkara itu ke mahkamah dan dan menamakan Awan Megah Sdn Bhd bersama Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam pendakwaan kerana didakwa menipunya untuk projek tanah bernilai jutaan ringgit. -TMI

Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
-mk

Hishamuddin Cuba Berselindung Di sebalik PAU Untuk Tutup Kes Salahguna Kuasanya

Posted: 29 Nov 2012 07:11 PM PST

Isu dibangkit Musa cubaan alih perhatian dari PAU, kata Hishamuddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

"Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

"Dalam BN kita nak lihat isu besar," tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang "lemas" dan memerlukan "ranting" untuk berpaut.

"Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

"Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini," kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi.

Musa semalam turut menamakan salah seorang menteri tersebut adalah Hisham yang juga merupakan antara yang terlibat dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

Musa berkhidmat sebagai KPN sebelum bersara pada 13 September 2010.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka. -TMI

Ulasan GB

Apa yang jelas kini ialah respons yang diberikan oleh Menteri Dalam negeri di atas itulah sebenarnya percubaan untuk mengalihkan isu - iaitu isu berkenaan dengan beliau yang telah campurtangan di dalam urusan PDRM sepertimana yang didedahkan oleh bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

Hishamuddin kini cuba untuk menutup isu berkenaan dengan mmengalihkan fokus rakyat kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau juga berkata... "Dalam BN kita nak lihat isu besar"

Kita ingin nyatakan bahawa isu seorang menteri menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri urusan PDRM sepertimana yang didedahkan adalah satu isu yang besar.

Kedua, ia tiada kaitan dengan pembangkang. Isu berkenaan di dedahkan oleh bekas KPN, Musa Hassan yang bukan ahli parti politik mana-mana parti Pakatan Rakyat, justeru tidak timbul persoalan beliau diperalatkan oleh mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal yang kini terpalit dengan skandal dengan Zahida Rafik.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, kedua-dua Naib Presiden UMNO berkenaan akan tetap menerima hukumannya sekalipun cuba untuk ditutup dengan apa cara sekalipun.


Laporan sebelum iniklik untuk baca

Pak Habib Ditahan Polis

Posted: 29 Nov 2012 03:55 PM PST


PPolis tahan penulis buku di PWTC

KUALA LUMPUR - Seorang penulis buku yang didakwa pernah menghina Sultan Johor ditahan polis pagi tadi ketika sedang berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66.

Lelaki berusia dalam lingkungan 70 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis.

Pihak berkuasa turut merampas 13 buku.

Beliau kemudian dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC.

Difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan.

Tiga bulan lalu, penulis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya.

Turut ditahan rakan wanita penulis terbabit -SH

Syed Hussein Alattas ditahan di PWTC Kerana Jual Buku SSS

Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

Update 4:45 PM - Berita awal yang diterima tidak tepat.Dikhabarkan Pak Habib masih ada di Bilik Gerakan Polis PWTC dan belum dibawa ke IPD Dang Wangi.

Update 5:50 PM - Dikhabarkan Pak Habib akan dibebaskan dengan Jaminan Polis dengan seorang penjamin.Amrayy dalam perjalanan untuk menjamin Pak Habib.

6:10 PM : PAK HABIB TELAH DIBEBASKAN
-pkrl

Ucapan Najib Di Perhimpunan UMNO Terakhir Hambar, Ulangi Skrip Lama

Posted: 29 Nov 2012 06:06 AM PST

Di Dewan Merdeka di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi apa yang pernah diperkatakannya sejak mengambilalih kuasa sejak tiga tahun lalu.

Antara fokus intipati ucapan perasmian ke 66 perhimpunan agung Umno pagi ini ialah mengajak rakyat menolak pembangkang dalam pilihan raya ke 13 kelak.

Beliau terus memperlekehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

Beliau tidak menyebut nama Anwar sebaliknya hanya menyebut sebagai Ketua Pembangkang dan bekas Menteri Kewangan ataupun Ketua Umum PkR.

Najib juga memperlekehkan PAS, PKR dan DAP yang menurutnya asas perjuangan berbeza walaupun bernaung di bawah satu pakatan.

Beliau juga menyebut betapa rakyat perlu terus menyokong Umno dan BN dalam mengemudi negara.

Bagaimanapun, beberapa ahli Umno yang ditemui berkata, ucapan Najib sama seperti yang diucapkan dalam perhimpunan Umno tahun lalu atau mana-mana program politik yang lajn.

Ismail Utip berkata, ucapan dan peringatan Najib sudah berkali-kali didengar sejak beberapa bulan lalu.

`Macam dulu'

"Syok…tapi sama macam dulu juga," katanya sambil ketawa.

Menurut beliau lagi, ucapan ini merupakan peringatan kepada orang Melayu dan ahli Umno supaya menyokong parti yang boleh membela rakyat.

Bagaimanapun, Hamzan Ghani dari Kelantan bertanya adakah ucapan Perdana Menteri itu boleh memberi kesan kepada rakyat Kelantan. -FMT

"Saya harap Najib boleh merampas Kelantan…kalau tidak semangat itu sia-sia saja.

"Adakah pemimpin Umno di Kelantan insaf dengan amanat Najib?," tambahnya. -FMT

Pastikan ini perhimpunan Umno terakhir – Saifuddin

KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

"Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.

"Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno," kata Saifuddin ketika dihubungi.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.

Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.

"Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya.

Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat," katanya.

"Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.

"Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…," kata Saifuddin.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT