MIMPI SENJA |
- Mohon Maaf : Najib lebih 'teruk' dari Pak Lah
- UMNO takut untuk berdepan PRU13
- Saman polis, 2 remaja dibayar gantirugi melebihi setengah juta
- Yatt Hamzah yang lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengenakan hijab
Mohon Maaf : Najib lebih 'teruk' dari Pak Lah Posted: 29 Nov 2012 10:26 PM PST KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik. "Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik. "Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu. Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu. Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. "Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal. "Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Najib dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan" |
UMNO takut untuk berdepan PRU13 Posted: 29 Nov 2012 09:34 PM PST 30 November 2012 TEMERLOH - Pas menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti merupakan ketakutan Umno untuk berdepan pilihan raya. Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan itu sangat tidak wajar kerana berbaur hasutan melampau. Sehubungan itu katanya, polis diminta bertindak segera kerana mendakwa kenyataan emosional Shahrizat itu jelas berupa ugutan kepada rakyat. Beliau turut menyangkal dakwaan perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno pada PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu kerana parti akan menggantikan Umno ialah Pas yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Melayu. "Kenyataan beliau jelas menggambarkan kegerunan Umno berhadapan dengan PRU13," katanya dalam satu majlis, di sini. Kenyataan Shahrizat itu dimuatkan dalam teks ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka, semalam. Dalam teks tersebut, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, jika Umno tidak lagi berada di tampuk kuasa, kestabilan politik akan goyang dan pastinya kaum Melayu juga rakyat majoriti tidak akan senang. Katanya, beliau bimbang keadaan itu akan membawa kepada ketegangan kaum sekali gus mengulangi tragedi 13 Mei 1969. "Kenyataan itu jelas berbentuk ancaman, seolah-olah mereka akan berusaha mencetuskan huru-hara jika Umno kalah. Mereka cuba takutkan rakyat dengan mendakwa tragedi akan berulang jika Pakatan Rakyat (PR) ambil alih kuasa," katanya. Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut mengesyorkan Pas di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan Shahrizat disifatkan 'bahaya' itu. - SINAR "Kita minta polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah sebelum sesuatu tidak diingini berlaku," katanya. |
Saman polis, 2 remaja dibayar gantirugi melebihi setengah juta Posted: 29 Nov 2012 07:47 PM PST Location: KUALA LUMPUR THE High Court has awarded more than half a million ringgit in damages to two youths who were unlawfully detained and assaulted by police four years ago. In her written judgment, Judicial Commissioner Rosilah Yop said Mohammad Shafiq Dollah @ Abdullah and Muhammad Hafiz Saman have proven that the police, named as defendants, were responsible for their injuries and for their unlawful detention. "The plaintiffs have proven liability against the defendants based on the balance of probability. As such, the plaintiffs are entitled to receive damages from the defendants," she said in her 57-page long judgment delivered yesterday. Rosilah said the search, arrest and detention of Shafiq and Hafiz were illegal and the police had violated Article 5 of the Federal Constitution and Section 28 of the Criminal Procedure Code. The police had also breached the Child Act 2001 because Shafiq was only 17 during the time of detention, she ruled. Rosilah awarded RM372,011 in damages to Hafiz and RM145,055 to Shafiq. The duo, who were represented by Datuk Baljit Singh Sidhu, named Sgt Maj Abdul Manaf Jusoh, the Pandan Indah police station chief, the Chief Police Officer of Selangor and the government as the defendants in their joint suit filed in 2008. Baljit said the duo were also awarded RM25,000 in costs. Both of them were picked up by police at a workshop in Pandan Indah on May 21, 2008 for allegedly being involved in a motorcycle theft. They were arrested about 7.55pm and were subjected to severe physical abuse during interrogation. Shafiq was severely beaten and was not allowed to use the toilet to the extent that he was forced to pass motion in his pants. Hafiz, on the other hand, was beaten until he was not able to walk. As a result, both were admitted to Hospital Ampang and received treatment for injuries sustained. Hafiz, then 18, was held under police custody for seven days while Shafiq for three days. Hafiz was then charged with motorcycle theft but was acquitted. Shafiq was never charged. |
Yatt Hamzah yang lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengenakan hijab Posted: 29 Nov 2012 08:13 AM PST PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memberitahu lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab. Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam. "Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian. "Dari situ juga saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat semasa dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan," katanya kepada mStar Online. Tambah Yatt, dia juga merancang untuk menjelajah ke seluruh Institut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta (IPTA/IPTS) bersama-sama ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka dengan para penuntut universiti pada tahun hadapan. Dalam pada itu, ditanya mengenai bidang lakonan, Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini. Tambah Yatt, selain soal imejnya bertudung, dia juga lebih cenderung kepada watak yang dapat memberikan ilmu dan pengajaran kepada penonton. "Saya masih lagi minat berlakon tetapi perlu ada batasan kerana peranan atau sesuatu watak itu perlu bersesuaian dengan imej saya yang bertudung dan batas saya sebagai isteri orang," jelasnya. Sementara itu, Yatt memberitahu, dia bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini semakin mudah dan rezeki bertambah apabila bukan sahaja dapat berlakon dan memenuhi program kerohanian tetapi menjadi model untuk busana muslimah. "Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan