Selasa, 6 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerajaan BN Kaut Cukai Judi Sebanyak...

Posted: 05 Nov 2012 07:16 PM PST



BN kaut hasil cukai judi RM9.3 bilion

[KD] KUALA LUMPUR 6 November: Rupa-rupanya Kerajaan Umno BN mengaut hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan 2011 (RM2,486,975,543.29). 
 
Daripada hasil tersebut, sebanyak 1,818 lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.
 
 
 
P/s: Judi HARAM di Malaysia jika tiada LESEN. Kalau ada lesen...HALAL!
 
 
 

Hina Hudud: Tokoh Ulama Muda UMNO Turut "Tersungkur"

Posted: 05 Nov 2012 03:43 PM PST


Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'

[SH] SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

"Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

"Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

"Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi," katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

"Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan," katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

"Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik," katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.


P/s: TM tidak mahu ulas panjang-panjang kerana skrip yang digunakan oleh ulama muda UMNO ini sama seperti yang digunakan oleh tokoh UMNO.

Pesan TM, di akhirat nanti, jangan malu-malu, takut-takut memberikan sebab mereka membiarkan Soi Lek dan golongan seumpamannya menghina/memperlekeh hudud di depan Allah nanti!




Tiada ulasan: