Selasa, 6 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


MAMPOIH LA UTUSAN

Posted: 06 Nov 2012 04:00 AM PST


Salam semua. Harap baca kenyataan saya yang berikut:

KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN


HOT UNTUK LELAKI !!

PANAS!!! Pelaburan Emas; Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Rugi RM2 juta?

Posted: 05 Nov 2012 10:31 PM PST


KUALA TERENGGANU - Kes penipuan dalam pelaburan jongkong emas 'menjadi kecoh' apabila ahli parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) bertanya mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram.

Menteri berkenaan, ketika menjawab soalan tersebut pada sidang parlimen 30 Oktober lalu mendedahkan, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melibatkan Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion.

Penipuan pelaburan 'skim cepat kaya' itu terbongkar apabila satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gambar kanan) dan syarikat sekutunya pada Isnin 1 Oktober, oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataanya selepas itu berkata, serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Menurutnya, daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, ada unsur-unsur penipuan dan dalam serbuan terbabit, dokumen dan jongkong emas telah diambil untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, sumber dalaman kerajaan negeri Terengganu menyatakan, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu adalah antara yang terlibat dengan 'pelaburan haram' itu.

Sumber tersebut memberitahu, anak syarikat kerajaan negeri tersebut telah mengalami kerugian kira-kira RM2 juta ekoran penipuan syarikat pelaburan emas.

Ketika ditanya berkenaan pekara tersebut, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau belum mendapat maklumat yang 'sahih' berkenaan kerugian anak syarikat kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, adalah amat malang kepada rakyat negeri Terengganu kerana kehilangan wang sebanyak RM2 juta sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan supaya mendedahkan perkara tersebut kerana ia melibatkan 'dana awam'.

"Saya tak dengar secara 'sahih' lagi perkara itu tetapi, kalau betul ia berlaku...... bertambah malanglah rakyat Terengganu kerana kehilangan wang yang begitu banyak,

"kita minta supaya kerajaan negeri menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan dana awam kerana melibatkan anak syarikat negeri Terengganu,"katanya.

Semalam, sebuah portal berita atas talian melaporkan, Bank Negara Malaysia (BNM) mendakwa hampir 10 ribu pelabur yang melabur di dalam empat syarikat emas di Malaysia tidak mendapat pulangan bagi tempoh lima bulan selepas membuat pembayaran.

Siasatan kes tersebut yang dijalankan oleh BNM, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat tersebut juga tidak menyimpan rekod transaksi secara baik.

Selain syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd, pihak berkuasa pada 5 Oktober lalu, telah melancarkan serbuan ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti menerima deposit haram, pengubahan wang haram, pengelakan cukai dan memberikan maklumat palsu.


buletinonline


BN kaut hasil cukai judi RM9.3 bilion

Posted: 05 Nov 2012 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Rupa-rupanya Kerajaan Umno BN mengaut hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan 2011 (RM2,486,975,543.29).

Daripada hasil tersebut, sebanyak 1,818 lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

KD

Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi

Posted: 05 Nov 2012 03:53 PM PST


SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.



Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi ker

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]






milosuam

Tiada ulasan: