Selasa, 6 November 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dr Asri dituduh bela Pakatan Rakyat dalam isu Nurul Izzah?

Posted: 06 Nov 2012 04:11 AM PST

Keadaan dah semakin panas.

Syabas dr asri, nyatakan lah pendapat anda.

Kita yang di bawah ni mahukan pelbagai sumber pendapat dan komen.

Golongan yang zalim dan penipu akan jatuh tersungkur.

Tolak umno, agama dan negara akan selamat.

Allahuakhbar!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kahkahkahkah.... Dia Ni Pun Nak Ulas Isu Izzah Juga?

Posted: 06 Nov 2012 03:13 AM PST

Mais: Sultan kesal, Jais diarah siasat Izzah
Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.

"Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.

Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.

"Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.

Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

"Wala apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.

Kain Terselak, Aurat Tergadai? Wanita Umno Vs Muslimat Pas

Posted: 06 Nov 2012 02:50 AM PST

Guana gamok?

Umno nak bercakap soal agama?

Tilik tengok akar umbi mereka yang dok sokong umno.

Sekarang orang sudah cerdik, mereka tahu bukan umno saja yang boleh jaga negara. Ada lagi pakatan rakyat yang lebih baik dan bagus.

Tolak umno, agama islam terus bangkit.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Nurul Izzah Saman Akhbar Haprak!

Posted: 06 Nov 2012 01:09 AM PST

Salam semua. Harap baca kenyataan saya yang berikut:

KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Tiada ulasan: