DUNIACACAMARBA |
- Gempar, Minda Pondok CABAR TG Nik Aziz BERDEBAT Isu Doa KO UMNO!
- Isu Miliki Pelbagai Kereta, Zuraida PKR Sedia Disiasat
- Bahan Penyebab KANSER dalam Enam Produk Mi Segera
Gempar, Minda Pondok CABAR TG Nik Aziz BERDEBAT Isu Doa KO UMNO! Posted: 21 Nov 2012 01:38 AM PST
[Bernama] KOTA BAHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad. Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan. Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam. "Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT. "Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini. Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut. Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini. Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam. "Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau. Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam. "Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW. "Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya. Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN. "Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. P/s: Lawak! Apalah yang hendak ditakutkan, kalau kita tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah, perkara yang terkandung dalam doa seseorang. Biarlah sejuta orang melontarkan dan mengaminkan doa tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, maka doa itu hanya sia-sia kerana Allah Maha Mengetahui. Allah jualah yang akan menolak atau memakbulkan doa itu. Hanya orang yang benar-benar bersalah akan meroyan jika ada pihak yang mendoakan kehancuran mereka. Betul? Kah kah kah! | ||
Isu Miliki Pelbagai Kereta, Zuraida PKR Sedia Disiasat Posted: 20 Nov 2012 09:44 PM PST [TMI] KUALA LUMPUR, 21 Nov — Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin tidak melihat isu kenderaan dimilikinya seperti ditimbulkan oleh sebuah blog pro-Umno, www.sel13.com sebagai satu masalah kerana tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya. "Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan. "Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen. "Toyota Hilux itu pula, saya 'trade in' dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan," kata Zuraida (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat. "Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan. "Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian," katanya. Selain itu Zuraida menegaskan dakwaan mengenai asal-usul keluarganya serta isu penyertaannya dalam PKR adalah tidak benar. "Saya menyertai PKR (dulu PKN) semenjak tahun 1999, jadi tak benar dakwaan mereka saya masuk PKR selepas aktif di Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)," katanya lagi. Semalam, blog www.sel13.com menimbulkan isu mengenai jumlah kenderaan dimiliki oleh Zuraida yang dikatakan mewah selepas menjadi ahli parlimen berdasarkan dari carian jumlah saman trafik belum dibayar ahli parlimen tersebut dari laman web MyEG — sebuah portal membolehkan saman trafik disemak dan dibayar melalui talian. Pendedahan blog tersebut turut menarik perhatian penulis blog pro Umno yang lain serta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut berkonsi maklumat tersebut melalui akaun Twitternya @shahrizatjalil. | ||
Bahan Penyebab KANSER dalam Enam Produk Mi Segera Posted: 20 Nov 2012 06:27 PM PST
[HM] KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan enam produk mi segera jenama Shin Ramyun yang dikeluarkan Kumpulan Nongshim mengandungi bahan penyebab barah iaitu Benzopyrene. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian sudah mengambil empat sampel produk itu untuk diuji parameter Benzopyrene dan keputusan menunjukkan bahan itu dikesan dalam tiga daripada empat serbuk sup. "Benzopyrene biasanya ditemui dalam asap rokok, makanan yang dibakar, dipanggang atau disalai dan bahan ini juga hasil sampingan dalam pelbagai industri pemprosesan," katanya dalam kenyataan media, semalam. Katanya, buat masa sekarang, belum ada negara yang menetapkan had bagi Benzopyrene dalam serbuk sup, namun Kesatuan Eropah sudah melakukan demikian untuk bahan terbabit dalam produk makanan tertentu. "Berdasarkan penilaian yang dijalankan pihak kementerian menunjukkan tiada risiko kesihatan akibat Benzopyrene menerusi pengambilan mi segera Shin Ramyun selain produk berkenaan bukan makanan asasi negara ini," katanya. Beliau berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai mengenai isu keselamatan dan kualiti makanan dengan menghantar maklumat menerusi telefon di talian 03-88833558 atau e-mel di fsq-division@moh.gov.my atau pesanan ringkas ke 012-6915473. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan