DIALOG RAKYAT |
- Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah(MSM) Ke Israel
- Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Bajet) Pada 10 Hingga 13 Disember Depan
- Penyata Pendengaran Awam SELCAT Diedarkan Isnin
- Tiada Lesen Baru Untuk Pusat Siber, Rumah Urut Sejak 2008
- Chua Tee Yong Disaran Buka Kertas Putih Audit NFC
- BN akan berusaha habis-habisan pertahan Sabah pada PRU akan datang, kata Muhyiddin
- Rapid: Azalina akan tetap saman Mazlan
- SPR tubuhkan unit khas urus daftar pemilih
- Azmin: Saya setia kepada Mentri Besar
- BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat
- Umno doakan kebaikan untuk PAS
- Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?
- Mampu seri Bangladesh: Memalukan!
- Stok aiskrim pun 25 kali dicuri?
- Janji NKRA Yang Belum Ditepati?
- Kase buka kaunter AES di Pejabat Agung PAS esok
- Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara
- Suee Lim : Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta
Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah(MSM) Ke Israel Posted: 21 Nov 2012 03:48 AM PST JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Saudara Mazlan Aliman telah membuat pendedahan secara terbuka berkaitan kegiatan penjualan kelapa sawit Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara Israel, dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS ke-58 . "Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia. "Kali ini, saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpangkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu. "Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpangkalan di Dubai," terang beliau menerusi laman sosial Facebook baru sebentar tadi. "Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpangkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP). "Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel! Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini. "Pemimpin UMNO berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel!," tegas beliau lagi bagi mengemukakan bukti kerjasama Felda dan Israel. Sumber: Facebook Mazlan Aliman | ||||
Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Bajet) Pada 10 Hingga 13 Disember Depan Posted: 21 Nov 2012 03:36 AM PST Wartawan BuletinKUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Braisan Nasional (BN) Terengganu digesa menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat, baik dari wakil-wakil keraajan mahu pun dari pihak pembangkang.Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, dalam beberapa Persidangan Dewan Undangan Negeri (sidang DUN) sebelum ini, kerajaan gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan 'rakyat'. "samada menolak dengan sengaja atau tidak, sepatutnya kerajaan perlu meenjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan telus tanpa prejudis, "dalam sidang DUN yanglalu, bukan sahaja soalan dari wakil pembangkang, malah soalan yang agak 'sensitif' dari wakil-wakil kerajaan turut ditolak,"jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam Isnin, 19 November. Menurutnya, sidang DUN kali ini yang juga sidang DUN bajet 2013 bagi negeri Terengganu akan bermula pada 10 Disember dan berlangsung selama empat hari sehingga 13 Disember. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata, sekurang-kurangnya 60 soalan Lisan dan 24 soalan bertulis yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat dari PAS. Katanya, kerajaan perlu menjelaskan perkara-perkara penting yang menjadi program kerajaan bagi membuktikan bahawa di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sejak 2008 ia adalah sebuah kerajaan 'yang layak'. Sekiranya gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, rakyat perlu menilai prestasi kerajaan yang telah membelanjakan hampir RM10 bilion wang rakyat Terengganu. "hampir RM10 bilion telah dibelanjakan sejak 2008 dengan bajet RM2 bilion setiap tahun, apakah kerajaan Umno-BN aalah sebuah kerajaan yang 'layak', atau perlu ditolak pada pilihanraya akan datang, "rakyat perlu menilai prestasi kerajaan berdasarkan jawapan rasmi pada sidang DUN, bukan kenyataan media melalui akhbar,"tegasnya. | ||||
Penyata Pendengaran Awam SELCAT Diedarkan Isnin Posted: 21 Nov 2012 03:31 AM PST SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim memaklumkan, lima laporan penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) telah dibentangkan di dalam sidang dewan kali ini. Menurutnya, laporan tersebut berkenaan rumusan yang dibuat Jawatankuasa Selcat selepas semua pendengaran awam sepanjang tahun ini. Beliau turut memaklumkan, laporan penuh dalam bentuk buku masih belum sempat dicetak dan hanya akan diedarkan pada Isnin hadapan. "Untuk makluman, Jawatankuasa Selcat telah membentangkan lima penyata berkaitan pendengaran awam di dewan (DNS) (pada Isnin lalu)," katanya ketika sidang media. Lima penyata tersebut adalah tentang Pembangunan Tanah Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2), dan siasatan ke atas Urusniaga Perlombongan Pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Selain itu, terdapat juga penyata mengenai pendengaran berkaitan perolehan penggunaan dan pulangan pinjaman RM 90.3 juta oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Agro Industry Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan, kejadian banjir Hulu Langat dan Klang Selatan, dan Laporan audit 2010 pengurusan kewangan Yayasan Selangor. | ||||
Tiada Lesen Baru Untuk Pusat Siber, Rumah Urut Sejak 2008 Posted: 21 Nov 2012 03:30 AM PST SHAH ALAM : Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak lagi meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber. Bagaimanapun, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, premis yang mempunyai lesen sebelum 2008 masih boleh memperbaharui lesen mereka. "Lesen mereka masih boleh diperbaharui setiap tahun selagi tidak melanggar syarat-syarat lesen dan undang-undang sedia ada," jelas Ronnie ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi tadi. Ronnie juga memaklumkan dewan bahawa lesen baru hanya diberikan untuk pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa dan sauna serta gimnasium. Ini termaktub dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan. Sementara itu, bagi aktiviti pusat hiburan pula, lesen baru hanya dibenarkan bagi aktiviti pusat istirehat dan pusat hiburan keluarga. Antara lain ialah karaoke keluarga, kiosk karaoke, pusat bowling, 'fun fair' dan pusat hiburan keluarga yang menyediakan beberapa bentuk hiburan seperti 'kiddyride' dan mesin simulator. "Mereka juga perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan atau menyediakan minuman keras kepada pelanggan," tegas Ronnie yang juga Adun Pandamaran. Sejak 2008 sehingga kini, sejumlah 179 lesen pusat penjagaan kesihatan, 1,278 lesen pusat hiburan keluarga dan istirehat serta 224 lesen hotel bajet dikeluarkan Kerajaan Negeri. | ||||
Chua Tee Yong Disaran Buka Kertas Putih Audit NFC Posted: 21 Nov 2012 03:03 AM PST SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2, Datuk Seri Chua Yong disaran agar membuka kertas putih dalam isu National Feedlot Corporation NFC yang melibatkan kementeriannya. Saranan tersebut dibuat oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei apabila beliau mencelah ketika Adun Teratai, Lee Ying Ha sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 hari ini. "Datuk Chua patutnya tidak menyibuk isu Talam (Corporation) sebab dia pun tak berani buka kertas putih isu NFC, saya minta dia buka kertas putih NFC," kata Pei Nei. Sebelum itu, Adun BN sekali lagi cuba menimbulkan isu Talam di Dewan Negeri Selangor(DNS) meskipun Kerajaan Negeri membentangkan Kertas Putih isu terbabit. Dalam Kertas Putih tersebut, turut dijelaskan segala langkah Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang lapuk Talam yang diabaikan Kerajaan Negeri ketika di bawah era BN sebelum ini. Selain itu turut dikepilkan dalam laporan kertas putih tersebut termasuklah laporan (firma) juruaudit KMPG. | ||||
BN akan berusaha habis-habisan pertahan Sabah pada PRU akan datang, kata Muhyiddin Posted: 21 Nov 2012 02:54 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KOTA KINABALU — Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Beliau (gambar) berkata ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain. "Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi. "Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini. "Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya. Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. "Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap rakyat. "Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. — Bernama | ||||
Rapid: Azalina akan tetap saman Mazlan Posted: 21 Nov 2012 02:50 AM PST KUALA LUMPUR — Datuk Seri Azalina Othman akan meneruskan tindakannya untuk mengemukakan saman terhadap Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Malaysia (Anak), Mazlan Aliman, kerana mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). "Saya sudah beri maklumat kepada peguam, dan peguam saya akan menyelesaikan perkara itu. "Saya akan diberi maklumat berkaitan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditanya pemberita di Parlimen hari ini sama ada akan meneruskan saman terhadap Mazlan itu. Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu lagi, saman yang dikemukakannya itu adalah atas prinsipnya selaku ahli Parlimen kawasan pembangunan projek Rapid, dan bukan atas soal duit dan wang ringgit. "Saya saman bukan sebab duit ... ia berdasarkan prinsip," tegasnya. "Inilah cara Mazlan, masuk kawasan orang, kemudian buat fitnah yang macam-macam," katanya dan menambah, beliau yakin Mazlan tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan pembangunan Rapid dengan dirinya. "Mana bukti dia? Saya tahu dia memang tiada bukti," katanya lagi. Azalina (gambar) sebelum ini telah menggesa Mazlan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung kenyataan Mazlan yang menurutnya berbaur fitnah dan tidak benar. Azalina juga sebelum ini berkata Mazlan mempunyai hak untuk membantah, namun perlu membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbaur tuduhan serta fitnah. Beliau turut melihat, Mazlan sengaja menggunakan isu Rapid bagi mengambil kesempatan terhadap kedudukannya, agar rakyat memberi gambaran yang buruk kepada dirinya. | ||||
SPR tubuhkan unit khas urus daftar pemilih Posted: 21 Nov 2012 02:47 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Unit khas untuk menguruskan data pemilih seperti dituntut sebelum ini bagi membersihkan sebarang nama yang dicurigai akan diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Isnin lalu, selepas perjumpaan SPR bersama ahli Parlimen - dianjurkan oleh Parlimen, Pakatan Rakyat (PR) mengesyorkan badan khas ditubuhkan untuk membuat semakan terhadap data daftar pemilih yang statusnya diragui setelah SPR mengakui kesilapan tidak menyemak semula data tersebut. "Badan ini tugasnya hanya semak dan menyiasat, tak ada tugas lain," katanya dipetik dari Sinar Harian Online. Menurutnya, ahli badan tersebut akan dipilih daripada pegawai-pegawai SPR sendiri, yang lebih memahami keadaan sebenar proses pilihan raya di Malaysia. "Kita memang sedang mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan badan khas tersebut seperti dicadangkan sebelum ini dan kita masih tak cukup pegawai untuk laksanakannya. "Kita akan pilih orang dalam dan kita sudah pun minta bantuan JPA, kita tak mahu orang luar masuk campur kerana mereka tak tahu mekanisme, dasar dan lain-lain yang akan memeberi masalah kepada kita. ," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad (gambar) juga berkata, SPR telah memberi jaminan akan menyelesaikan isu pengundi yang bermastautin di luar negara dengan membuat peraturan baru sebelum tarikh pilihan raya. Katanya, peraturan baru itu akan diedarkan di Parlimen dalam masa terdekat tanpa perlu dibahas. "Kita akan edar peraturan baru di Parlimen, mungkin minggu hadapan untuk pengundi yang berada di luar negara dan akan membuat hebahan besar-besaran ke seluruh negara. "Namun mereka perlu pulang ke Malaysia sekali dalam tempoh lima tahun untuk menunjukkan rasa kesetiaan mereka pada negara, kalau mereka tak balik, mereka tak akan tahu perjalanan politik negara, siapa Ahli Parlimen, ini tak adil," katanya lagi. Pada 28 April lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menganjurkan perhimpunan besar-besaran di ibu kota bagi menuntut reformasi pilihan raya dilaksanakan. Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas selepas penunjuk perasaan merempuh kawat dawai yang dipasang polis untuk menghalang orang ramai masuk ke Dataran Merdeka. Surhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedang melaksanakan inkuiri bagi menyiasat keganasan yang berlaku dalam perhimpunan tersebut. | ||||
Azmin: Saya setia kepada Mentri Besar Posted: 21 Nov 2012 02:43 AM PST "Saya nak nyatakan … Biar letak dalam rekod… Hari ini 21 November saya menyatakan kesetiaan kepada menteri besar kita," kata Azmin menjawab soalan ahli dewan undangan negeri (Adun) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal. Subahan sebelum itu bertanya sama ada ADUN Bukit Antarabangsa itu (gambar) merasakan beliau boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai MB Selangor dengan lebih baik. | ||||
BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat Posted: 21 Nov 2012 02:42 AM PST Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju. Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi. Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian. Situasi itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Mahfuz menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik. Manakala Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES. "Macam mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan tahun 2008? "Dia daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak jalanan. "Kamu (BN) nak sokong kamu boleh sokong ... kamu pun jadi perompak, kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!" tegas Mahfuz beremosi. Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman. "Memang BN perompak," katanya. Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dari DAP kemudian bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat terbabit dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum. Kong turut dilihat tenang menerima asakan-asakan pemimpin pembangkang, dan menepis dakwaan yang dilemparkan kepadanya berkata,"Ahli-ahli Yang Berhormat tak nak dengar jawapan saya ... sengaja nak putar belit dan kelirukan Dewan. "... tapi tidak mengapa, darah tinggi saya belum naik," katanya. | ||||
Umno doakan kebaikan untuk PAS Posted: 20 Nov 2012 09:14 PM PST
KOTA BHARU: Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) 'mengalu-alukan' Umno apabila berkata Umno sentiasa mendoakan untuk kebaikan PAS. "Umno kata mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk PAS, kerana: Sebabnya; 1) Agar PAS sentiasa bersabar dengan kezaliman Umno merompak hasil petroleum di Kelantan dan negeri lain. 2) Agar PAS redha dengan penipuan Umno setiap kali pilihan raya umum. 3) Agar PAS memaafkan kejahatan Umno menahan para pejuang PAS dengan akta ISA. 4) Agar PAS menutup segala kesalahan rasuah dan penjarahan wang rakyat oleh pemimpin Umno. 5) Agar PAS jadi penyagak yang 'baik' macam Umno. 6) Sila tambah.." Dengan ketulusan doa Umno ini, kata Nik Abduh, PAS membalasnya dengan doa kehancuran ke atas Umno. "Alangkah teruknya PAS!" sindir Nik Mohamad Abduh. PAS sebelum ini didakwa mendoakan kemusnahan untuk Umno sedangkan Umno sentiasa mendoakan kebaikan untuk PAS. | ||||
Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak? Posted: 20 Nov 2012 09:09 PM PST Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa? Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya…. Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa. Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai. Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
Hakikatnya, Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan spiritual, sehingga keluarnya lagi seperti pemimpin agung pembebas Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia. P/S : Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot berlaku diklanagan semua orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Di mana hasilnya? PP/S : Sekadar pandangan mengikut kaca mata kami, mungkin pemerhatian anda berbeza dengan kami, boleh kongsikan bersama di sini… | ||||
Mampu seri Bangladesh: Memalukan! Posted: 20 Nov 2012 08:55 PM PST Kuala Lumpur: Memalukan!Itu ungkapan ringkas dan tepat yang boleh disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Kegagalan menumpaskan pasukan 171 ranking dunia itu – yang juga eksperimen terakhir daripada Rajagobal, sebelum empat hari menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF 2012 bertemu Singapura, Ahad ini. Rajagobal menurunkan kesebelasan terkuat pada firasatnya – Farizal Marlias, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan Radzak, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Khyril Muhymeen Zambri, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. Namun, persembahan babak pertama begitu membosankan dengan satu-satunya percubaan tepat dihasilkan skuad negara ialah gol pertama menerusi tandukan kemas Khyril Muhymeen yang menyambut sepakan sudut Safiq pada minit ke-22. Gambar: Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak oleh pertahanan Bangladesh, Md Mamun Miah (kanan) pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa diantara Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Kedua-dua pasukan seri 1-1 Bangladesh yang ternyata memang bukan lawan skuad negara hanya melakukan percubaan tepat pertama pada minit ke-45 hasil rembatan jarak jauh bek kiri, Waly Faisal yang bagaimanapun mudah diselamatkan Farizal. Terdesak untuk mempamerkan persembahan lebih menghiburkan buat 2,000 penyokong yang hadir, Rajagobal melakukan empat pertukaran serentak sebaik babak kedua bermula, memasukkan Zaquan Adha Radzak, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Hazwan Bakri dan Shakir Shaari menggantikan Safee, Norshahrul, Kunanlan dan Safiq. Dua lagi pertukaran dibuat Rajagobal, memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Irwan Fadzli Idrus menggantikan Zaquan Adha yang cedera pada minit ke-56 dan Zubir minit ke-73, namun aksi skuad negara terus buntu tanpa mampu menghasilkan percubaan berbahaya bagi menambah jaringan. Bangladesh kemudian terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-78 selepas Pranotosh Kumer Das dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah. Namun skrip sama seperti ketika seri 1-1 dengan Hong Kong berulang apabila Bangladesh berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 menerusi sepakan penalti Md Jahid Hasan Ameli selepas Irwan Fadzli menjatuhkan Mithun Chowdhry. Sebagai perbandingan, Thailand mudah membelasah Bangladesh 5-0 di Bangkok, Sabtu lalu. | ||||
Stok aiskrim pun 25 kali dicuri? Posted: 20 Nov 2012 08:52 PM PST PUCHONG – Seorang pemilik kilang pengedar ais krim berjenama terkenal di Taman Perindustrian Puchong di sini buntu apabila premisnya sudah 25 kali dipecah masuk sejak tahun lalu. Dia yang sudah membuat 25 kali laporan polis berhubung perkara terbabit turut membuat aduan kepada Biro Aduan Puchong berikutan tidak sanggup lagi menanggung kerugian puluhan ribu ringgit. Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng yang menerima aduan itu berkata, mangsa mendakwa kerugian hampir RM30,000 apabila stok ais krim dibawa lari dalam kejadian yang sering berlaku pada waktu awal pagi. Katanya, dalam dua kejadian berasingan sebelum ini suspek yang juga bekas pekerja kilang pernah diberkas dan diserahkan kepada polis. Beliau berkata, suspek pernah direman dan dikenakan tindakan namun selepas dibebaskan sekali lagi dia dicekup ketika cuba membawa lari beberapa kotak ais krim dari kilang sama. "Mangsa sudah tidak tahan tanggung kerugian kerana berpuluh kali kilangnya dipecah masuk oleh orang yang kemaruk mencuri ais krimnya. Aduan pengadu ini akan dipanjangkan kepada perhatian polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam. Dalam kes berasingan Chee Heng berkata, beliau turut menerima aduan berhubung kes peras ugut di kawasan perindustrian yang sama kebelakangan ini. Katanya, kumpulan suspek itu menggunakan modus operandi menunggu kenderaan pemilik kenderaan masuk ke dalam kawasan premis sebelum menyusul masuk ke dalam kawasan bangunan kilang beberapa minit selepas itu. Katanya, suspek kemudian memberitahu kepada pemilik kilang bahawa kenderaan yang dinaiki ada melanggar 'abang' atau 'adik' mereka dalam kejadian kemalangan yang direka-reka. Chee Heng berkata, kumpulan suspek terdiri daripada beberapa orang lelaki tempatan itu juga mendakwa sudah membawa 'mangsa kemalangan' yang kononnya dilanggar pemilik kilang ke hospital. Suspek kemudian meminta wang pampasan bagi pihak mangsa antara RM2,000 hingga RM3,000 dan akan mengeluarkan kata-kata kesat sekiranya permintaan itu tidak dituruti. "Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik jahat suspek ini sebaliknya bertindak segera menghubungi polis," katanya. Menurutnya, setakat ini lapan aduan kes berhubung kejadian itu diterima pihaknya. | ||||
Janji NKRA Yang Belum Ditepati? Posted: 20 Nov 2012 08:48 PM PST SAYA ingin berkongsi beberapa keping gambar di tempat saya berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Pensiangan, Nabawan. Sekolah Kebangsaan Saliku merupakan sebuah sekolah yang jauh dan agak terpencil kemudahan perhubungan seperti jalan raya, telekomunikasi (pencawang) masih belum dirasai oleh penduduk setempat. Sebagai seorang guru, kemudahan seperti ini amat penting bagi menyelesaikan tugas seharian. Gambar yang saya sertakan ini berkenaan keadaan 'jalan raya' yang masih belum layak digelar jalan raya Orang kampung dan guru saling bekerjasama membina sendiri laluan alternatif berikutan keadaan jalan yang amat berisiko. Saya turut menyertakan situasi murid-murid yang datang ke sekolah terpaksa menggadai nyawa melalui jambatan yang hampir patah. Diharap pihak tuan dapat menyiarkan gambar-gambar untuk makluman dan tindakan pihak berwajib. Amat menyedihkan kerana murid-murid di sekolah ini tinggal di dua buah kampung iaitu Kg. Saliku dan Kg. Sibuah. Bagi murid-murid yang tinggal di Kg. Sibuah, mereka terpaksa bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.00 pagi untuk sampai ke sekolah, namun mereka tetap terlewat disebabkan kedaan jalan yang terlalu teruk.GURU KECEWA | ||||
Kase buka kaunter AES di Pejabat Agung PAS esok Posted: 20 Nov 2012 03:34 PM PST
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan membuka kaunter penerimaan saman AES, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kaunter penerimaan saman AES itu dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang. "Kita seru orang kena saman (OKS) untuk hadir bertemu peguam kita dan bawa sekali surat saman AES yang diterima mereka," katanya kepada Harakahdaily. Menurut Naib Presiden PAS itu lagi, Kase sedia memberi khidmat guaman percuma kepada semua OKS termasuk yang memandu kenderaan persendirian, kenderaan awam, lori, bas, kereta sewa kenderaanagensi kerajaan. Justeru katanya, semua pihak yang menerima surat saman AES dialu-alukan untuk hadir bagi bertemu dan mendapat khidmat nasihat dari pasukan peguam Kase esok. | ||||
Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara Posted: 20 Nov 2012 03:32 PM PST
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul. Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda "takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah". Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita. Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman. Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS. Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran "Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka". Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka. Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu. Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati. Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu. Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi. Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama. Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat. | ||||
Suee Lim : Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta Posted: 20 Nov 2012 03:31 PM PST SHAH ALAM : Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN. Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi. Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). "Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat. "Kita juga akan buat laporan polis dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex sempena sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Suee Lim mendakwa kes-kes tersebut melibatkan pemimpin Umno bahagian seperti Selayang, Ampang, Subang, Puchong, Tanjong Karang dan Sungai Besar. "Semua 23 kawasan tanah ini adalah tanah dengan nilai tinggi iaitu tanah komersial. "Semua kegunaan untuk perniagaan seperti rumah kedai dan bangunan perniagaan. Bila mereka dapat tanah ini mereka akan buat usahasama dengan mereka dapat dana keuntungan," dakwanya lagi. "Inilah antara contoh dan wajah sebenar Umno-BN yang beria-ria sekarang serang (Kerajaan PR) sana sini tetapi hakikatnya mereka ialah pihak yang Sapu Tanah Rakyat. "Rakyat didahulukan tetapi dalam kontek di mana Umno, MCA dan yang lain, merekalah yang didahulukan." |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan