Khamis, 1 November 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anak Nazri Aziz didakwa Guna ‘Hummer’ Milik Micheal Chia

Posted: 01 Nov 2012 06:53 AM PDT




KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Nedim Mohd Nazri menerima manfaat dari 'kemurahan hati' Micheal Chia, iaitu ahli perniagaan Sabah yang terbabit dalam skandal memberi RM40juta kepada Umno Sabah.

Oleh itu, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli curiga mengapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abd Aziz mempertahankan habis-habisan pihak yang dikaitkan dengan terbabait.

Kata Rafizi, 'kemurahan hati' Micheal Chia kepada Nedim dapat dilihat apabila dua individu yang dikenalpasti sebagai pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim menggunakan sebuah kenderaan mewah SUV jenis Hummer yang dikenalpasti milik kepada ahli perniagaan tersebut.

Pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim itu juga dikatakan membawa isteri Nedim, Bee Khan ke destinasi yang diingininya.

Micheal Chia merupakan individu yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana RM40 juta yang disalurkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.



Kenderaan bernombor pendaftaran WNX 9776 tersebut juga didapati kerap dilihat di kediaman keluarga tersebut di Clearwater Residence, Damasara Heights dan kedai milik Nedim di Bangsar Shopping Complex.

Selain itu Hummer dianggarkan bernilai lebih RM459,000 tersebut juga pernah dipandu dalam konvoi beberapa kenderaan yang turut disertai 'kereta sport' milik Nedim sendiri.

Rafizi berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen hari ini.

"Kenderaan mewah Hummer Hitam WNX 9776 adalah hak milik Micheal Chia dan boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

"Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam adalah milik Micheal Chia atau Chia Tien Foh nombor kad pengenalan 670406-12-5261," kata beliau.

Rafizi turut mengukuhkan dakwaannya dengan mengemukakan beberapa bukti lain yang merupakan gambar-gambar yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab menyiasat perkara itu.

Antara gambar yang dikemukakan termasuklah gambar kenderaan tersebut sedang dipandu pemandu keluarga Nedim di kondominium mewah Clearwater Residence tersebut.

Selain itu, gambar 'screen shot' twitter Nedim, Bee Khan dan rakan mereka Alwi Kamaruddin turut mengesahkan bukti kaitan keluarga Nedim dengan Micheal Chia .

"Dalam keadaan Micheal Chia disiasat SPRM dan Nazri bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan Nazri yang bermati-matian mempertahankan Micheal Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan.

"Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Nazri yang melindungi Micheal Chia melalui kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau.

"Datuk Seri bukan sahaja bercakap bagi pihak SPRM, tetapi juga menjawab bagi pihak Micheal Chia," kata beliau lagi.

Selain Rafizi, turut tampil dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.


Himpunan Kebangkitan Rakyat Tuntut Royalti Di Seremban

Posted: 01 Nov 2012 06:48 AM PDT




SHAH ALAM : Paktan Rakyat(PR) mensasarkan kehadiran 50 ribu orang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya, Seremban pada (Sabtu) 3 November ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, semua rakyat dialu-alukan hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada perlancaran program ini yang akan bermula jam 4 petang sehingga 12 malam.

Katanya, himpunan ini merupakan anjuran kerjasama parti-parti di dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP dengan membawa empat tema utama iaitu tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil, royalti minyak, kehijauan dan Felda.

"Himpunan ini merupakan pra-perlancaran program jelajah kebangkitan rakyat ke seluruh negara bagi membawa tema ini keseluruh negeri bagi menerangkan dan membawa mesej penting kepada semua rakyat di negara ini," katanya kepada TV Selangor.

Bagi memudahkan perjalanan, orang ramai digalakkan datang secara berkongsi kenderaan dan berkumpul di parkir Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada jam 3 petang dan akan berkonvoi ke tapak perhimpunan.

Dalam pada itu, semua pimpinan utama PR termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir bersama di program itu.

Selain itu, antara aturcara menarik program pada hari itu adalah pidato rakyat, konsert rakyat, pameran Kerajaan Negeri-Negeri PR serta ceramah perdana.

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!

Posted: 01 Nov 2012 06:39 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

"Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

"Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

"Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

"Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf," katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

"Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,"katanya.

Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.

Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.

Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama. -MyNewsHub

Bekas Ketua Polis Balai Dituduh Rogol Gadis

Posted: 01 Nov 2012 06:36 AM PDT

KELAB GREENBOC

Kota Bharu – Seorang bekas ketua polis balai di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.

"Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal," katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.

"Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal," katanya. -SH

20 Keping Siling Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Runtuh!

Posted: 01 Nov 2012 06:34 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

Ipoh: Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini runtuh hari ini (semalam).

Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari oleh pegawal keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kejadian berpunca apabila siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon dan ICT.

"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian.

Beliau berkata kompleks itu siap dibina pada 1994 dan telah 18 tahun menyediakan perkhidmatan perubatan pakar.

"Walaupun sudah 18 tahun usia kompleks ini, kejadian seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Seorang penyelenggara HRPB yang enggan dikenali berkata saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon, Internet dan ICT sepatutnya dipasang secara sistem 'trunking' pada ruang atas siling berkenaan.

Ini kerana sistem itu dapat menampung kabel yang banyak pada pemasangan yang besar atau pihak kontraktor yang memasang kemudahan itu perlu menggunakan 'bracket' bagi memastikan beban paip tidak ditampung sepenuhnya oleh siling berkenaan, katanya kepada Bernama.

Beliau yang sedang memulakan kerja pembaikan siling itu, berkata saluran paip kabel telefon, Internet dan ICT itu dipasang oleh kontraktor luar yang dibayar oleh hospital tanpa melalui mereka sebagai pihak kontraktor penyelenggaraan rasmi hospital berkenaan.- Bernama

Web al-Qaeda didaftar di Malaysia

Posted: 01 Nov 2012 06:25 AM PDT

KL TODAY

 

Laman web rasmi Al-Qaeda telah didaftarkan di Kuala Lumpur.Tawhed.net- dikatakan merupakan laman web pengganas terbesar di dunia – telah ditutup pada pukul 4 petang Rabu selepas The Star melayari laman tersebut dikesan oleh mereka.

Namun ia bukan berakhir di situ: pakar keganasan memberitahu ia merupakan strategi al-Qaeda yang akan bertapak di sesebuah negara dan berpindah selepas pergerakan mereka dikesan.

Tawhed.net- dalam laporan Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat adalah "perpustakaan utama talian al-Qaeda"-ia mengandungi mesej dari Ayman Al Zawahiri, pemimpin al-Qaeda selepas kematian Osama bin Laden dan memaparkan temu bual dengan suspek pengganas yang ditahan.

Ia menggalakkan pelayar untuk terus menghubungi pentadbir laman web yang menjanjikan setiap pertanyaan akan diberi perhatian.

Pembekal rangkaian tempatan, Piradius Sdn Bhd memberitahu The Star: "Selepas menerima amaran dari anda kami telah menyiasat laman web tersebut dan tutup kerana melanggar polisi rangkaian kami,".

Tawhed bukan laman web al-Qaeda yang pertama yang dibuat di Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata penyiasatan telah dilakukan.

"Kami akan terus memantau kehadiran laman web yang lain yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan web mereka," katanya.

Pakar-pakar pencegah keganasan berkata Malaysia tidak asing bagi al-Qaeda untuk menjadikan sebagai lokasi web mereka. Mereka akan bertukar-tukar maklumat melalui dalam talian yang bertapak di negara ini.

Pakar memerangi keganasan, Dr Shantie Mariet D'Sauza berkata: " Malaysia dipilih kerana sebab-sebab kemudahan seperti harga lebih rendah bagi pelayan, atau kelemahan dalam sistem yang boleh mereka sasarkan.

Ketua Pusat Antarabangsa Keganasan Politik dan Penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof Rohan Gunaratna menyifatkan tawhed.net sebagai pengganas terbesar dan laman web pelampau terbesar di dunia.

Gunaratna berkata dalam dua laman web yang aktif mempengaruhi masyarakat ialah www.ansar.info dan www.al-qimmah.net yang dikendalikan di luar negara telah mempengaruhi rakyat Malaysia yang didakwa di Lubnan itu.

Pengarah Serantau Persatuan Antarabangsa, Andrin Raj berkata lamanweb merupakan sebahagian forum militan yang aktif dalam talian.

Sementara itu pihak polis memberitahu mereka sedang memantau keadaan dengan teliti jika terdapat mana-mana laman web yang dihoskan di Malaysia yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Laluan Zahid tidak selesa sebenarnya

Posted: 01 Nov 2012 06:17 AM PDT

Shahbudin Husin

 

Minggu lalu saya menulis mengenai Zahid Hamidi yang dianggap oleh banyak pihak mempunyai peluang paling terbuka untuk meningkat naik dalam hireaki UMNO selepas pilihanraya umum akan datang ini.

Beliau yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, mungkin akan bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam UMNO sekiranya BN hanya mampu mencapai keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen dalam PRU 13 ini. 

Muhyiddin yang mungkin mencabar atau dipaksa mengambil alih teraju UMNO daripada Najib, dirasakan amat sesuai bergandingan dengan Zahid untuk memulihkan semula kekuatan parti.

Sekiranya BN mencapai kemenangan selesa pula, tidak mustahil juga Zahid akan diasak untuk mencabar kedudukan Muhyiddin di kerusi nombor dua berikutan Zahid dilihat mempunyai rangkaiann pengaruh yang luas dalam UMNO selain PRnya yang boleh menambat hati sesiapa saja yang berpeluang bertemu dengannya. Harus diakui dari segi hubungan dengan ahli dan perwakilan UMNO, Zahid bila-bila masa boleh menewaskan Muhyiddin.

Ataupun jika keputusan terlalu buruk dialami oleh UMNO yang mungkin memaksa Najib dan Muhyiddin mengundurkan diri sekaligus, Zahid juga dilihat paing berpotensi untuk menerajui UMNO berbanding pesaingnya sekarang iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal.

Ekoran tulisan itu, saya menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu. Ada yang bersetuju dan ada pula yang kurang bersetuju.

Dalam konteks kedudukan Zahid, ramai pemimpin UMNO yang bersetuju bahawa Zahid mempunyai potensi yang lebih baik jika beliau mahu bertanding merebut jawatan nombor dua dalam UMNO. 

Sama ada beliau akan berhadapan dengan Muhyiddin atau bersaing dengan Hishammuddin bagi merebut jawatan itu, laluan Zahid tetap lebih baik.

Dengan imej bersih, perwatakan menarik, PR serta komunikasi dengan ahli UMNO yang cemerlang selain mempunyai rangkaian Grup Sahabat yang luas, Zahid dilihat boleh memenangi apa saja jawatan yang mahu ditandinginya. 

 Lihat saja bagaimana beliau memenangi kedudukan undi tertinggi dalam perebutan Naib Presiden UMNO pada 2009 lalu serta bagaimana kemenangan bergaya dicapainya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu meskipun pesaingnya ketika ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.

Namun beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO melihat Zahid juga mempunyai kekurangan yang ketara iaitu keupayaannnya yang kurang menyerlah sebagai menteri berbanding kemilau yang dimilikinya sebagai pemimpin UMNO.

Lebih-lebih lagi sebagai Menteri Pertahanan, peranan Zahid dianggap oleh banyak pihak langsung tidak menyerlah. Beliau gagal membawa idea-idea baru yang besar serta menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang dinamik dan berwibawa.

Kalau ada pun idea baru yang dilakukan Zahid hanyalah mengembangkan Askar Wataniah ke peringkat semua kawasan Parlimen tetapi itu tidak cukup untuk menonjolkan dirinya sebagai Menteri Pertahanan yang berwibawa. Lebih dari itu, idea barunya hanpir tidak ada.

Dalam konteks LIMA yang diadakan dua tahun sekali di Langkawi pula, beberapa pihak juga melihat bahawa Zahid gagal memanfaatkan sepenuhnya program dwi tahunan yang diilhamkan oleh Tun Mahathir itu untuk melonjakkan lagi namanya di mata rakyat.

Pameran LIMA di bawah Zahid hanya dilihat sebagai pameran pertahanan laut dan udara yang biasa-biasa saja. Tiada idea baru atau perkara yang agak menonjol dapat diketengahkannya.

Seorang pemimpin UMNO bahagian berkata, kejayaan Zahid dalam LIMA hanyalah kejayaannya membawa ramai pemimpin dan mereka yang pernah yang menjadi perwakilan UMNO ke pameran di Langkawi dengan menggunakan kemudahan pesawat udara TUDM.

Berbanding Hishammuddin yang semakin dipertikaikan oleh banyak pihak sama ada dalam UMNO atau rakyat biasa, terutamanya sejak menjadi Menteri Dalam Negeri sehingga dianggap Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia, ramai pula yang berpandangan bahawa Shafie Afdal lebih menyerlah serta fokus dalam tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar berbanding Zahid.

Cumanya masalah Shafie Afdal ialah beliau berasal dari Sabah yang mungkin menghadkan peluangnya untuk mendaki tangga dalam hireaki UMNO berbanding pemimpin yang berasal daripada Semenanjung.

Kesimpulannya, di sebalik bercahayanya bintang Zahid dalam UMNO dan disukai oleh ramai ahli, pemimpin serta perwakilan UMNO itu sendiri, keupayaannya yang terhad sebagai Menteri Pertahanan dan pemimpin yang bermanfaat kepada seluruh rakyat, mungkin juga menipiskan peluangnya untuk mendaki tangga yang lebih tinggi.

Ini kerana berbanding kejayaan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden dengan undi tertinggi sebelum ini, penilaian perwakilan UMNO mungkin berbeza dalam konteks jawatan yang lebih tinggi yang ingin ditandinginya.

Jika seseorang itu ingin merebut jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan nombor dua misalnya, keupayaan sebagai pentadbir dan pemimpin kerajaan akan menjadi penilaian utama kerana selepas menang sudah tentu perlu memegang jawatan yang lebih tinggi atau penting dalam kerajaan.

Faktor inilah yang mungkin menghalang kemaraan Zahid nanti, kata pemimpin UMNO bahagian itu lagi.

Aziz Bari yakin rampas Sabak Bernam

Posted: 01 Nov 2012 06:13 AM PDT

KL TODAY

 

PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam  memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

FDI M’sia susut RM13.6 bilion, ETP Najib meleset – Anwar

Posted: 31 Oct 2012 10:49 PM PDT

KEADILAN DAILY

Nota Perbahasan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Peringkat Jawatankuasa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

B 24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MS 294)
B – 050000 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (MS308)
B- 030400 – Hubungan Ekonomi Dan Perdagangan (MS 307)

Pelaburan Langsung Asing atau FDI

Perdana Menteri YAB Pekan dan  media perdana kepunyaan Umno BN selalu mewar-warkan kejayaan program Pelan Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP) tetapi hakikatnya ia merupakan  "indah khabar dari rupa".

Pelaburan Langsung Asing atau FDI ke Malaysia menyusut 35.2% pada separuh pertama 2012 (Januari-Jun) kepada cuma RM13.6 bilion, berbanding RM21 billion pada separuh pertama 2011.

Itupun ia didokong oleh pelaburan dalam sector minyak dan gas  37.2% daripada keseluruhan Pelaburan Langsung Asing atau FDI pada separuh pertama 2012.

Ini menunjukkan kebergantungan FDI negara kepada sector minyak dan gas sedangkan Pelaburan langsung Asing dalam sector yang lebih produktif seperti sector pembuatan dan perkilangan cuma pada tahap 23.7%.

Jumlah pelaburan di dalam sector pembuatan yang diluluskan oleh MIDA juga menurun 5.8% kepada cuma RM25.8 billion pada separuh pertama 2012 berbanding RM27.4 billion pada separuh pertama 2011.

Ini menunjukkan pelaburan dalam sector yang lebih produktif iaitu sector pembuatan menurun dan ini agak membimbangkan.

Perhatian juga perlu diberi kepada perbezaan ketara di antara pelaburan yang dijanjikan atau "committed investments" yang diperincikan oleh ETP dengan jumlah pelaburan sebenar atau "actual investment".

Untuk separuh pertama 2012, Koridor Pembangunan Sabah cuma meraih pelaburan sebenar berjumlah RM9.5 billion berbanding RM36.0 billion "committed investments" yang diwar-warkan dalam ETP.

Koridor Pembangunan Pantai Timur pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.0 billion berbanding dengan RM11.9 billion yang diwar-warkan dalam ETP. Manakala Koridor Pembangunan Iskandar Malaysia cuma mencatat RM3.6 billion pelaburan sebenar  berbanding RM10.7 billion committed investments yang diwar-warkan di dalam ETP.

Koridor Pembangunan Tenaga Diperbaharui Sarawak pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.7 billion berbanding RM3.4 billion yang diwar-warkan dalam ETP.



Jika dibandingkan dengan prestasi Pelaburan Langsung Asing ke Thailand yang tidak mempunyai progam seperti ETP tapi bersandar kepada system politik yang terbuka.   Pada separuh pertama 2012, Pelaburan Langsung Asing ke Thailand meningkat 62% daripada RM20.5 billion kepada RM33.1 bilion, iaitu hampir tiga kali ganda Pelaburan Langsung Asing ke Malaysia pada separuh pertama 2012. KDNK per capita Thailand pula tumbuh pada kadar purata 6.4% antara 2009-2011 berbanding kadar purata 3.2% untuk Malaysia semasa YAB Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Pada separuh pertama 2012, Indonesia pula menarik RM32.2 billion Pelaburan Langsung Asing, meningkat 28.1% berbanding separuh pertama 2011. Pada tahun 2011 pula Pelaburan Langsung Asing ke Indonesia berjumlah USD19.3 billion, hampir dua kali ganda berbanding Malaysia iaitu USD10.0 billion.

B- 040100 – Perkhidmatan Dan Amalan Perdagangan (MS 308)

Menurut nota pelaburan oleh CIMB Research, Genting Berhad menjual Genting Sanyen kepada 1MDB dengan harga RM2.3 billion adalah "timely and profitable exit". Dalam ertikata lain, ianya menguntungkan Genting Berhad tetapi tidak untuk 1MDB. Mengikut CIMB Research lagi, penjualan Genting Sanyen oleh Genting Berhad lebih tinggi harganya berbanding dengan penjualan Tanjong Power.

1MDB membeli aset Tanjong Power pada kadar USD1 juta per Megawatt dimana dua dari tiga IPPnya di Malaysia masih mempunyai tempoh hayat Power Purchasing Agreement (PPA) 10 tahun.
Manakala 1MDB membayar USD1.38 juta per Megawatt untuk Genting Sanyen, iaitu premium 40% daripada kos benchmark USD1 juta per Megawatt sedangkan hayat PPA Genting Sanyen hanya tinggal tiga tahun sahaja lagi.

Menurut CIMB Research lagi, setelah ditolak nilai buku atau "book value" aset Genting Sanyen,  keuntungan bersih yang diperolehi Genting Berhad  atas penjualan Genting Sanyen kepada 1MDB ialah RM1.9 billion, iaitu hampir dua pertiga  daripada nilai keseluruhan BR1M-2.0 yang diberi kepada rakyat jelata yang berjumlah RM3.0 billion.

CIMB Research menilai asset tenaga Genting Sanyen hanya  RM1.6 billion sahaja. Ini bermakna 1MDB membayar RM744 juta melebihi nilai sebenar asset tenaga Genting Sanyen.

Para analisa kewangan berpendapat Genting Berhad akan menggunakan RM2.3 billion ini untuk melabur di China, India dan Indoensia  dalam sektor tenaga juga. Ini bermakna Genting Berhad   menggunakan hasil jualan Genting Sanyen untuk melabur di luar Negara. Baru-baru ini Genting Berhad telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) di Indonesia selama 25 tahun dan akan membina stesyen janakuasa elektrik arang batu di Banten, Jawa Barat  berharga RM3.2 billion.

Manakala bagi Tanjong Power pula, 1MDB membayar RM8.5 billion kepada Tan Sri Ananda Krishnan untuk asset-aset janakuasa tenaga Tanjong Power di dalam dan luar negara iaitu pada purata harga USD1 juta per Megawatt sedangkan tempoh hayat PPA salah satu daripada aset janakuasanya cuma tinggal 3 tahun sahaja lagi. Jika BN terus memerintah dijangkakan tempoh PPA akan dilanjutkan hingga 10 tahun lagi menjadikan baki tempoh hayat PPA 13 tahun lagi  manakala yang dua lagi tinggal 10 tahun.

Kos asal pembinaan stesen janakuasa letrik ini 18 tahun yang lalu dianggarkan USD1 million per Megawatt. Sepatutnya setelah 18 tahun stesyen janakuasa pertama beroperasi dan 11 tahun  untuk dua  lagi stesyen janakuasa, sudah tentu nilai asset-aset ini menyusut dan dianggarkan nilai sebenar paling tinggi cuma RM5 billion sahaja.

Mengapa asset-aset stesyen janakuasa elektrik Genting Sanyen dibeli dengan harga melebihi 40% dari nilai sebenar dan Tanjong Power 70%?

P- 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi di Bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) – (MS 310)

Di dalam Bajet 2013 RM582 juta telah diperuntukkan untuk dibayar pampasan kepada syarikat2 konsesi lebuh raya. Kami mempersoal kewajaran memberi pampasan kepada syarikat2 konsesi kerana mereka sudah memperolehi keuntungan berlipat ganda melalui konsesi tol lebuhraya yang telah dianugerahkan kepada mereka.

P- 18009 – Program Pembangunan Perindustrian (MS 310)

Pada 29 Oktober 2012 baru-baru ini Proton Holdings Bhd dan Honda Motor mengumumkan perjanjian kerjasama dalam bidang peningkatan keupayaan teknologi termasuk membangun enjin Proton sendiri, pengeluaran pelbagai produk baru dan perkongsian platform dan kemudahan kilang yang tidak digunapakai sepenuhnya.

Usahasama ini melibatkan pengeluar dan pengedar kenderaan bermotor terkemuka dunia Honda Motor diharap dapat memulih Proton yang menghadapi masaalah sejak kegagalan dalam rundingan dengan Volkswagen sebelum dan selepas diambilalih oleh DRB-Hicom dari Khazanah.  Ini akan memberi DRB-Hicom dan Proton peluang untuk berkembang sebagai pembuat dan pengeluar peralatan asal (OEM- Original Equipment Manufacturer)

Beberapa persoalan yang saya pohon diperjelaskan:

i. Kenapa perkongsian strategic ini dibenarkan selepas Proton diswasta kepada DRB-Hicom Berhad sedang Proton boleh dipulihkan sebelum itu melalui perkongsian dengan Volkswagen?

ii. Apa kelebihan perkongsian ini berbanding yang ditawarkan oleh Volkswagen.

iii. Selepas penyusunan ini Proton bercadang mengurangkan pembekal peralatan yang banyak diusahakan oleh bumiputera daripada 300 kepada 100. Apa implikasi kepada usahawan yang selama ini bergantung kepada perusahaan Proton.

iv. Adakah perkongsian atau usahasama ini dapat bertahan untuk jangka panjang atau hanya sementara sahaja.

Provokasi Umno ganggu ceramah Merdeka Rakyat gagal

Posted: 31 Oct 2012 10:45 PM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LANGAT : Provokasi Umno untuk ganggu ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi gagal apabila ceramah Umno BN yang diadakan serentak di khemah berjarak 50 meter dari situ hanya dihadiri kurang 100 penyokong.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ceramah yang dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim itu merupakan program bantuan rakyat bertujuan untuk melakukan provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat.

"Apa yang kita boleh lihat, ceramah kita lebih mendapat sambutan, dan itu yang merunsingkan puak Umno. Sedangkan program mereka hanya dihadiri warga tua yang datang untuk menerima bantuan, tapi kita tak halang, ini negara demokrasi," kata Azmizam.

Semasa pimpinan Pakatan Rakyat berucap, sekumpulan 20 pemuda memakai T-shirt BN membuat provokasi dengan meletakkan motosikal mereka sepanjang laluan ke tapak ceramah Merdeka Rakyat.

Mereka turut menunggang motosikal sambil mengibarkan bendera BN dan menjerit-jerit membuat bising.



Ia berbeza di tapak ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri lebih kurang 5,000 penduduk setempat.

"Umno sendiri takut melihat kebangkitan rakyat yang semakin mendapat maklumat dari ceramah-ceramah Pakatan Rakyat," kata Naib Ketua AMK Pusat itu.

Akta Perhimpunan Aman tiada jaminan, program PR terus diganggu

Posted: 31 Oct 2012 10:40 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) tidak memberi sebarang jaminan keselamatan selagi program yang dianjur Pakatan Rakyat terus diganggu dan dihalang kerajaan, kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

"Dari segi propaganda, PAA 2012 ini diperlihatkan lebih terbuka. Tapi hakikatnya akta ini ada banyak jurang kelemahan undang-undang yang boleh dipergunakan oleh penguasa.

"Kita memohon mengadakan program mengikut prosedur dan undang-undang PAA 2012. Namun gangguan tetap ada. Langsung tidak ada jaminan keselamatan dari polis," katanya ketika ditemui di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Beliau merujuk program di Pasir Gudang, Johor 27 Oktober lalu apabila pemuda Umno melakukan provokasi, memasang kuat rakaman kaset dalam balai raya, berdepan tapak ceramah anjuran DAP kawasan itu.



"Jika Pakatan Rakyat mengadakan program, akan sentiasa ada pihak yang membuat laporan polis membantah. Adakah ini semangat PAA 2012?" soal beliau yang dikenali Chegu Bard.

Katanya, bantahan menggunakan Akta PAA 2012 akan terus digunakan sebagai 'hujah' kepada gangguan tersebut.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pagi tadi menangguhkan perbicaraan berhubung PAA 2012 terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 7 November ini bagi memberi laluan permohonannya membatalkan tuduhan.

Peguam Karpal Singh memberitahu, pihaknya sedang menunggu arahan daripada anak guamnya itu sama ada mahu menarik semula permohonan tersebut atau mengekalkannya pada tarikh sebutan yang ditetapkan mahkamah.

"Setakat ini, satu daripada permohonan bagi tuduhan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012, telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi pada 23 November depan," katanya, lapor Sinar Harian.

"Sekiranya diizinkan, kami memerlukan masa sama ada untuk menarik balik permohonan tersebut, atau mendengar hujahan bantahan awal daripada pihak pendakwaan pada satu tarikh yang ditentukan mahkamah," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali – Gurcharan Singh berkata, pihaknya telah menerima arahan anak guamnya untuk menarik balik permohonan sama, yang difailkan sebelum ini.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh sama – 7 November bagi sebutan kes itu bersama kesemua kes-kes lain yang telah ditetapkan untuk dibicarakan bersama sebelum ini.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), iaitu menyertai himpunan Bersih 3.0 dan boleh dihukum denda maksimum RM10,000.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat dalam kes Bersih dengan mengingkari perintah diisytiharkan majistret.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0.

NFCorp: Pas cabar MB ambil tindakan

Posted: 31 Oct 2012 10:33 PM PDT

SYAMILAH ZULKIFLI

NFCorp
Dari kiri: Fazilah, Taufek, Anuar dan Nor Azman menunjukkan laporan audit dan keratan akhbar Sinar Harian pada sidang media, semalam.
 
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) berikutan masalah hutang membabitkan RM200,000.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, NFCorp tidak sepatutnya diberi tempoh atau peluang menyelesaikan tunggakan sewa pajakan tanah di Gemas kerana terbukti projek gagal.

"Menteri Besar sendiri menerusi kenyataannya dalam Sinar Harian semalam (kelmarin) setuju agar projek terbabit diberi peluang kepada syarikat lain untuk teruskan.

"Jadi, saya fikir, tidak wajar lagi NFCorp diberi peluang. Oleh sebab itu, Pas mencabar Menteri Besar mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan, sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang kontrak pajakan ditetapkan," katanya.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Anuar Azahari; Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad dan Ketua Muslimat Pas negeri, Fazilah Abu Samah. Mohd Taufek berkata, sekiranya tindakan tersebut tidak diambil, Kerajaan

Negeri di bawah Barisan Nasional (BN) jelas mengamalkan sikap double standard dalam kepimpinannya.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga diminta telus umumkan mekanisme pembayaran tunggakan tersebut agar ia jelas kepada umum.

"Kita mahu tahu secara jelas Kerajaan Negeri selesaikan hutang tersebut," katanya.

Beliau turut mendesak Mohamad mendedahkan keseluruhan hutang di negeri ini membabitkan syarikat atau premis apabila laporan audit tahun lalu menyatakan secara jelas terdapat banyak tunggakan hutang dan paling tertinggi sehingga mencecah ke RM214,085.

Jemaah Malaysia mula pulang ke tanah air hari ini

Posted: 31 Oct 2012 10:26 PM PDT

SINAR HARIAN

JEDDAH - Seramai 310 jemaah haji Malaysia menjadi kumpulan pertama berangkat pulang ke tanah air hari ini pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat Saudi Airlines.

Pengarah Operasi Tabung Haji Jeddah Abdul Karim Samad berkata jemaah berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada kira-kira 9.15 malam waktu Malaysia.

Beliau berkata kesemua 28,000 jemaah haji Malaysia akan pulang ke tanah air secara berperingkat dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 28 Nov.

Sebelum ini mereka di tempatkan di asrama Tabung Haji "Madinahtul Hujaj" di sini untuk proses transit selama 24 jam selepas tiba dari hotel masing-masing di Makkah.

"Di sini petugas Tabung Haji menguruskan kesemua urusan bagasi, pasport dan tiket penerbangan, biasanya jemaah haji kita meluangkan masa dengan berehat," kata Abdul Karim kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, penerbangan ke Johor Baharu akan bermula pada 3 Nov, Pulau Pinang (12 Nov), Kuala Terengganu (12 Nov), Kuching (13 Nov) dan Kota Kinabalu pada 15 Nov ini.

Beliau berkata 56 peratus daripada 28,000 jemaah haji Malaysia akan singgah dahulu ke Madinah untuk melakukan ziarah bermula 6 Nov. Mereka akan berada di Tanah Suci itu selama lapan hari.

Sementara itu,  tinjauan Bernama mendapati jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di Madinahtul Hujaj berada dalam  keadaan sihat dan tidak sabar untuk balik ke kampung halaman masing-masing selepas berada lebih kurang 40 hari di Tanah Suci.

Walaupun gembira tetapi rasa sayu dan sedih tidak dapat disembunyikan kerana masing-masing mengakui suasana beribadah di Tanah Suci sangat berbeza berbanding dengan tempat lain.

Seorang pesara guru, Ruslina Awang, 58, mengakui sangat sedih untuk meninggalkan Makkah dan juga Madinah di mana junjungan besar Rasulullah SAW disemadikan.

"Entah bila dapat bertemu (menziarahi makam) baginda lagi, kalau diizinkan Tuhan, saya mahu kembali melakukan ziarah di Madinah dan  beribadat di Makkah," katanya.

Seorang lagi jemaah, Megat Hamzah, 48, berkata walaupun berasa gembira untuk pulang ke tanah air tetapi pada masa yang sama hati terasa berat untuk meninggalkan Makkah.

"Setiap hari kita solat, kita nampak Kaabah depan mata, semasa di Madinah pula, kita terasa dekat dengan Rasulullah SAW...saya mahu datang ke sini (Makkah) jika keadaan dan kewangan mengizinkan," katanya.- Bernama

DHPP: Bukan Islam mula fahami hudud

Posted: 31 Oct 2012 10:22 PM PDT

RUZY ADILA IDRIS

Hu Pang Chow
Hu Pang Chow

SHAH ALAM – Pendedahan kewujudan hukum hudud bukan lagi satu kejutan kepada masyarakat bukan Islam dan mereka sudah mula memperlihatkan penerimaan dan "sudah memahami", kata Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang hudud.

"Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah tidak jahil tentang hudud," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam dan masih 'baru' bergabung dengan Pas.

"Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.

"Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka tegar menghina agama Islam.

"DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi," jelasnya lagi.

Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama Islam.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan Islam, tetapi senario sudah berubah.

"Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga menyebabkan MCA bimbang.

"Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.

Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh dan sebagainya.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun lalu.

Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.

Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.

`Mana bukti…jangan bercakap saja’

Posted: 31 Oct 2012 10:18 PM PDT

 
Pengarah Perhutanan NS mahu Rafizi memberikan bukti dakwaan pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Menteri Besar.



PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid mencabar PKR memberikan maklumat lengkap mengenai dakwaan pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau menegaskan Jabatan Perhutanan tidak boleh mengambil tindakan andainya PKR tidak memberi maklumat tepat mengenai perkara tersebut.

"Saya minta tunjukkan bukti..kalau betul ada (pengambilan hutan simpan) sila tunjukan bukti, kita boleh ambil tindakan.

"Tempat mana yang dikatakan pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan oleh Menteri Besar.

"Jangan bercakap sahaja tetapi tidak berikan bukti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Fadzil juga menjelaskan dakwaan itu kini dalam tindakan Mohamad yang juga Exco Perhutanan Negeri Sembilan.

Beliau juga menegaskan perkara itu adalah sulit dan butiran lanjut tidak boleh didedahkan.

"Saya tidak mahu membuat komen mengenai perkara tersebut," katanya ketika diminta mengulas laporan PKR akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Seremban petang ini.

Dalam sidang media di Parlimen Selasa lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli meminta Mohamad perlu mendedahkan segera semua maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu melibatkan kuota 4,800 hektar.

"Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak milik tanah-tanah ini setelah diterokai," kata Rafizi.

Pemimpin muda PKR itu juga mendakwa 8, 616 hektar hutan simpan di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan  hilang.

Komen Rafizi akan menyusul…

Rakyat dihukum, kroni dimanjakan

Posted: 31 Oct 2012 10:10 PM PDT

 
Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit. 



SEREMBAN: Rakyat dihukum tetapi kroni dan syarikat besar dimanjakan.

Nampaknya Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Hasan benar-benar melaksanakan slogan 'rakyat didahulukan'.

"Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit tetapi sangat bermurah hati dan berlembut apabila membabitkan syarikat besar dan kroni walaupun tunggakan mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Itulah kenyataan tidak puas hati Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat PAS Negeri Sembilan semalam, bagi merujuk kepada sikap Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Mohd Taufek mempertikaikan kenapa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) diberikan keistimewaan apabila gagal menjelaskan tunggakan sewa tapak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM200,000 yang tertunggak sejak setahun lalu.

"Berdasarkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berkata bahawa Kerajaan Pusat akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat lain yang berminat mengambil alih projek NFC, ternyata projek NFC ini gagal.

"Jika NFCorp gagal, kenapa diberi tempoh lagi. Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang untuk dapatkan semula tunggakan sewa tapak tersebut. Ia adalah hak rakyat dan hasil Kerajaan Negeri", katanya yang juga ahli dewan undangan negeri Paroi.

Gagal kutip hutang


Mohd Taufek memberi satu lagi contoh dalam Laporan Audit 2011 untuk Negeri Sembilan mencatatkan syarikat Negeri Roadstone gagal mengutip hutang daripada syarikat pelanggan untuk tempoh yang agak lama.

Negeri Roadstone adalah sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang menjalankan operasi galian dan menjual batu-batan serta membina dan menurap jalan raya

.

"Laporan Audit tersebut menyatakan sebanyak 10 buah syarikat atau pelanggan Negeri Roadstone mempunyai hutang terkumpul secara keseluruhan sebanyak RM511,951.

"Contohnya ada pelanggan yang berhutang sebanyak RM214,085 selama 39 bulan (tiga tahun tiga bulan) dan satu lagi pelanggan berhutang sebanyak RM42,408 selama 58.5 bulan (empat tahun 10 bulan).

"Malah amat tidak patut apabila Negeri Roadstone tidak mengenakan sebarang caj faedah kepada penghutang.

"Dalam Laporan Audit juga disebut bahawa alasan yang diberikan oleh Negeri Roadstone sebab caj faedah tidak dikenakan ialah kerana ia akan menjejaskan hubungan baik di antara Negeri Roadstone dengan pelanggan.

"Tetapi bila seorang rakyat miskin gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah selama lapan bulan di Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Bersepadu Senawang, sebanyak RM992.00, Kerajaan Negeri mengeluarkan notis sita untuk mengunci rumah individu tersebut.

"Saya bukan galak rakyat tak bayar sewa rumah PPR tetapi kenapa Kerajaan Negeri bertolak ansur dengan syarikat besar walaupun jumlah tunggakan amat besar tetapi dengan rakyat amat tegas sekali walaupun jumlah tunggakan yang agak kecil.

"Mungkin inilah yang dipanggil 'rakyat didahulukan' yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin Barisan Nasional", sindir Mohd Taufek.

Mohd Taufek mengulas demikian merujuk kenyataan Mohamad semalam yang memberi kata dua kepada NFCorp menjelaskan hutang sewa tapak projek NFC sebanyak RM200,000 yang sudah tertunggak sejak setahun lalu.

Mohamad juga berkata jika NFCorp gagal jelaskan bayaran tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan negeri akan batalkan sewa pajakan tapak tanah seluas 607 hektar (1,500 ekar) itu di Gemas.

Sebaliknya kerajaan negeri akan naikkan kadar sewa tapak tanah itu dalam perjanjian baru, kata Menteri Besar.

DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan?

Posted: 31 Oct 2012 05:16 PM PDT

 
Hazlan Zakaria


 
Anggota parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

NONE"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).

Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.

"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.

BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

Isu Datuk Bandar PJ ke mahkamah

Posted: 31 Oct 2012 05:08 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

PETALING JAYA - Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebulat suara akan membawa isu penamatan jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk semakan kehakiman.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas yang dihadiri semua 24 ahli majlis PBT itu yang diadakan sejurus selepas Mesyuarat Penuh MBPJ Bil 10/2012, semalam.

Mesyuarat itu turut bersetuju menubuhkan satu jawatan kuasa khas MBPJ yang dipengerusikan Ahli Majlis MBPJ, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Ahli Majlis MBPJ, Derek John Fernandez ketika ditemui berkata, pihaknya akan memberikan surat rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kewajaran penamatan jawatan itu meskipun Kerajaan Negeri baru sahaja menyambung kontrak Roslan sebagai Datuk Bandar.

"Jika JPA gagal mengemukakan jawapan kukuh, perkara ini akan dibawa ke mahkamah," katanya.

Menurutnya, writ saman tersebut akan difailkan secepat mungkin bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah lantikan negeri tidak boleh ditukarkan begitu sahaja tanpa mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.

"Ini selaras dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik mana-mana Datuk Bandar mengikut prosedur di bawah undang-undang sedia ada," katanya

Beliau berkata, jika arahan notis penukaran 24 jam yang dibuat JPA sebelum ini betul, mengapa tiba-tiba JPA mengeluarkan satu lagi surat memberi tempoh 30 hari kepada beliau untuk berpindah.

"Beliau tidak naik pangkat tetapi masih menjawat jawatan gred sama iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik jadi apa tujuan dia dipindahkan," katanya.

Notis JPA pada 28 September lalu mengarahkan Mohamad Roslan melapor diri ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa 1 Oktober.

Menteri: Pakatan jadikan AES isu politik

Posted: 31 Oct 2012 05:06 PM PDT

SINAR HARIAN

Kong Cho Ha
Kong Cho Ha
 
SEPANG - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya mempertaruhkan keselamatan rakyat demi kepentingan politik mereka dalam isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Katanya, bantahan pihak pembangkang terhadap pelaksaan AES itu hanya mainan politik mereka.

"Pakatan tidak seharusnya bermain politik dalam isu keselamatan jalan raya. Apabila kemalangan berlaku, mereka mempersoalkan mengapa kita tidak mengambil tindakan sewajarnya.

"Tetapi apabila kita melakukan sesuatu yang terbukti berjaya, mereka masih mahu bermain politik. Saya berpendapat ini sangat tidak adil kepada pengguna jalan raya yang bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menyambut penerbangan sulung Ethiopian Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pembangkang yang mentadbir empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan kamera AES yang akan merakam gambar pemandu yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah.

Guan Eng berkata, kelulusan pihak berkuasa negeri perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum kamera AES dipasang.

Mengenai Pemuda Umno yang mahu agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES, Cho Ha berkata: "Saya tidak fikir mereka (Pemuda Umno) membantah. Mereka meminta kami untuk menjelaskan beberapa perkara".

"Saya tidak fikir sesiapun terus membantah, malah pakatan (pemimpin) juga mahu kita memberi taklimat mengenai sistem berkenaan," tambah beliau.- Bernama

Lagi MP minta tangguh AES

Posted: 31 Oct 2012 04:59 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

AES
Sistem AES
 
KUALA LUMPUR - Rata-Rata ahli Parlimen hari ini bersetuju dengan desakan beberapa pihak terutama Pemuda Umno supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.

Malahan mereka berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

"Saya menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara tetapi pemasangan AES harus diletakkan di kawasan yang sesuai.

"Apa yang berlaku sekarang, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya bahawa pemasangan AES bukan sahaja diletakkan di tempat yang tidak sesuai, malah ia turut mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya," katanya kepada Bernama.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyarankan supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta halaju praktikal
sesebuah kawasan.

Mohd Radzi juga berkata beliau percaya ramai yang telah ditangkap gambar kerana melakukan kesalahan lalu lintas tidak akan membayar saman untuk menunjukkan protes.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan sistem tersebut dan mendapatkan pandangan pakar sebelum meneruskannya pada masa depan.

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, yang menyambut baik cadangan penangguhan AES, mencadangkan supaya sistem itu diberi satu tempoh percubaan.

Beliau berkata sepanjang tempoh percubaan itu, kerajaan akan mempunyai ruang untuk mengkaji keberkesanan sistem tersebut terutama dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

"Saya cadangkan tempoh percubaan selama enam bulan boleh menjadi proses untuk mendidik rakyat, yang kemudiannya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) misalnya, boleh mengemukakan laporan sejauh mana tempat yang dipasang AES ini betul-betul berkesan dari segi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim turut mencadangkan agar saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya ditangguhkan bagi menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap desakan rakyat.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, beliau menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara kerana jumlah kemalangan di negara ini antara yang tertinggi di
dunia.

Bagaimanapun, katanya, sistem itu perlu diwujudkan kerana sudah terbukti ramai pengguna jalan raya gemar melanggar lampu merah serta memandu melebihi had laju, yang boleh membahayakan pengguna lain.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian Salehuddin Ayub, penangguhan pelaksanaan AES adalah wajar kerana ia bukan penyelesaian dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya tetapi lebih kepada membebankan pengguna.

"Semua pihak harus bersuara dengan memberi pendapat mengenai isu ini, dan memastikan ia mencapai matlamatnya untuk menyelesaikan kes kemalangan jalan raya dan bukan menjadikan pengguna jalan raya sebagai mangsa kepada sistem penguatkuasaan yang tidak berkesan," katanya dipetik Bernama.

MB umum anggota pasukan petugas minggu depan

Posted: 31 Oct 2012 04:53 PM PDT

Ahmad Fadli KC


 
Kerajaan Selangor akan mengumumkan keanggotaan pasukan petugas bebas mengkaji isu sekitar pembinaan kondominium berhampiran kuil Subramaniar di Batu Caves selepas mendapat persetujuan mereka yang dicadangkan.

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia akan hanya diumumkan selepas mesyuarat mingguan exco minggu depan kerana beliau sendiri akan menghubungi nama-nama yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan petugas tersebut.

"Nama-nama yang kita anggap sesuai saya sendiri perlu dapat persetujuan daripada mereka," katanya selepas mesyuarat exco, sambil menambah pasukan petugas itu akan mempunyai lima sehingga tujuh orang anggota.

Pembentukan pasukan petugas itu diumumkan Khalid di Parlimen semalam dan menurutnya, ia mungkin diketuai seorang bekas hakim.

Anggota pasukan itu yang merangkumi perancang, peguam dan individu berkaitan industri, akan menasihati kerajaan negeri cara terbaik untuk mendepani isu tersebut bagi memastikan kesucian tempat itu terpelihara di samping tidak mengabaikan pembangunan yang telah dirancang.

Mahfuz: Jangan bayar saman AES

Posted: 31 Oct 2012 04:40 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.

"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: