Khamis, 1 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

Posted: 01 Nov 2012 05:20 AM PDT


Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato' Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato' Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Gambar A1
Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato' Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato' Seri Nazri Aziz).
Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

Gambar B1
Gambar B2
Gambar B3

Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6
ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Gambar C4
Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai "daddy").
Gambar D1
Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Gambar D3
Gambar D4
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.
Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato' Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato' Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato' Seri Nazri Aziz).
KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato' Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

1 NOVEMBER 2012

rafiziramli


Provokasi Umno ganggu ceramah Merdeka Rakyat gagal

Posted: 01 Nov 2012 12:00 AM PDT

KUALA LANGAT 31 Oktober: Provokasi Umno untuk ganggu ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi gagal apabila ceramah Umno BN yang diadakan serentak di khemah berjarak 50 meter dari situ hanya dihadiri kurang 100 penyokong.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ceramah yang dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim itu merupakan program bantuan rakyat bertujuan untuk melakukan provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat.

"Apa yang kita boleh lihat, ceramah kita lebih mendapat sambutan, dan itu yang merunsingkan puak Umno. Sedangkan program mereka hanya dihadiri warga tua yang datang untuk menerima bantuan, tapi kita tak halang, ini negara demokrasi," kata Azmizam.
Semasa pimpinan Pakatan Rakyat berucap, sekumpulan 20 pemuda memakai T-shirt BN membuat provokasi dengan meletakkan motosikal mereka sepanjang laluan ke tapak ceramah Merdeka Rakyat.

Mereka turut menunggang motosikal sambil mengibarkan bendera BN dan menjerit-jerit membuat bising.

Ia berbeza di tapak ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri lebih kurang 5,000 penduduk setempat.

"Umno sendiri takut melihat kebangkitan rakyat yang semakin mendapat maklumat dari ceramah-ceramah Pakatan Rakyat," kata Naib Ketua AMK Pusat itu.

keadilandaily


MEDIA BANGSAT BAKAL DISAMAN LAGI?

Posted: 31 Oct 2012 09:00 PM PDT



S'gor hantar surat tuntutan maaf pada Utusan, Zaini

Majlis mesyuarat kerajaan Selangor kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini berkenaan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwanya berunsur fitnah dan hasutan.

"Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil terhadap akhbar dan penulisnya, Datuk Zaini Hassan kerana artikel tersebut berniat jahat, palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau merujuk kepada artikel bertajuk "Jual aset PKNS: Sultan
Selangor murka?" yang tersiar dalam muka 11 Utusan Malaysia hari ini.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini.

"Kerajaan negeri juga telah mengarahkan PKNS mengambil tindakan yang sama," kata Abdul Khalid selepas mesyuarat exco hari ini.

"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambahnya.


MK


Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!

Posted: 31 Oct 2012 07:47 PM PDT



Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

"Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

"Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

"Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

"Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf," katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

"Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,"katanya.

Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.

Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.

Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama.

kakisembang


Tiada ulasan: