Khamis, 1 November 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Majlis Perasmian Ekspo MAIK Sempena Ulangtahun ke 100 Penubuhan MAIK oleh KDYMM Sultan Muhammad V

Posted: 01 Nov 2012 05:41 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/523042_507752369244421_1506504770_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/156624_507752449244413_2021695401_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/39267_507752655911059_242381270_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/523054_507752725911052_312672500_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/66250_507752789244379_1917910402_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/29809_507752039244454_947346912_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/229847_507752105911114_260704667_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/68325_507752899244368_1440504295_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/522306_507753022577689_1482497174_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/223664_507753185911006_1420208953_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/374839_507753272577664_1364598558_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/557672_507753412577650_1895868760_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/66267_507753685910956_69325785_n.jpg


http://www.facebook.com/media/set/?set=a.507751655911159.119304.100000289887391&type=1


01 November 2012 (Khamis) - Majlis Perasmian Ekspo MAIK telah berlangsung pada di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Majlis dimulakan dengan titah ucapan aluan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK dan seterusnya titah ucapan perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Majlis diteruskan dengan persembahan cenderamata kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V mengampuni perkenan untuk berangkat menyempurnakan majlis perasmian Ekspo MAIK 2012 sempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Ke 100 MAIK dan melawat pameran diiringi oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Safiq Rahim sah pilih Johor

Posted: 01 Nov 2012 01:54 AM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.7185.1351759487!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Wartawan Sinar Harian

KETUA pasukan Selangor, Safiq Rahim mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Safiq yang juga ketua pasukan kebangsaan berkata hasrat beliau ke Johor mendapat restu daripada keluarga serta majikan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersetuju melepaskannya.

"Saya masih menunggu kontrak saya bersama FAS yang bakal berakhir pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak bersama Johor.

"Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," katanya di sini.

Selain Safiq, pasukan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC hampir pasti mendapat khidmat tiga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak serta Mohd Azmi Muslim serta bekas pemain Terengganu, Mohd Muslim Ahmad.

Safiq yang mempunyai kepakaran menjaringkan gol melalui sepakan percuma berkata, antara faktor beliau berpindah ke Johor adalah untuk beralih angin selepas bersama Selangor sejak 2007.

Beliau berharap untuk merangkul Piala Malaysia bersama Johor kerana ia merupakan satu-satunya piala yang belum diraihnya sepanjang menyarung jersi Selangor.

Mengenai tawaran menjalani latihan bersama sebuah kelab di Croatia baru-baru ini, Safiq berkata beliau terpaksa melupakan hasrat itu kerana tarikhnya bertembung dengan persiapan skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki, akhir bulan ini. - Bernama

Aziz Bari sahkan tanding, yakin rampas kerusi Sabak Bernam

Posted: 01 Nov 2012 12:46 AM PDT


Wartawan Sinar Harian


SABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Gempar!! Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

Posted: 31 Oct 2012 10:00 PM PDT

http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2012/11/S1020056.jpg


Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato' Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato' Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)

Klik Untuk Bukti Selanjutnya..

Kos Selenggara Kediaman Rasmi PM Najib

Posted: 31 Oct 2012 07:45 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/930_477876472235435_1222823541_n.jpg

Anugerah 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang ditangguh

Posted: 31 Oct 2012 07:32 PM PDT



Hafiz Yatim

EKSKLUSIF Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggelegak' berhubung anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang, walaupun beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.

Beliau dijadual menerima anugerah 'Darjah Indera Mahkota Pahang' yang membawa gelaran 'Datuk', kata satu sumber yang ingin tahu mengapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Bagaimanapun, berikutan pertanyaan berterusan daripada Malaysiakini sejak dua hari lepas, portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan".

Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.

Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka.

"Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata sumber tersebut.

Apatah lagi, calon tersebut adalah dari kalangan pegawai SPRM sendiri.

Ketika dihubungi semalam, Moh Samsudin hanya berkata: "Memandangkan aduan telah dibuat kepada anda (Malaysiakini), anda perlu menyiasatnya (sendiri)."

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, juga ketika dihubungi, telah mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Mohd Shukri Abdull (kanan) untuk memberi respon.

Shukri berkata Moh Samsudin tidak dimasukkan dalam proses saringan kerana pencalonan untuk anugerah itu datang terus dari istana Pahang.

Bagaimanapun, satu lagi sumber yang biasa dengan proses saringan tersebut menegaskan bahawa SPRM mempunyai kuasa untuk menyaring calon-calon dan menyekat pemberian anugerah walaupun dalam keadaan sedemikian.

Pada kira-kira jam 6.30 semalam, Shukri menghantar SMS kepada Malaysiakini menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pahang telah menangguhkan anugerah darjah kebesaran itu kepada individu berkenaan.

Satu daripada tiga tuduhan salahlaku dibuat terhadapnya ialah tiga tahun lalu ketika menjadi pengarah SPRM Selangor, selepas beliau memberikan 'nasihat' kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum merakam kenyataannya berhubung kontroversi berkaitan penggunaan kereta rasminya.

Satu sumber yang biasa dengan kes itu berkata Moh Samsudin tidak diberi kuasa untuk menawarkan 'nasihat' atau merakam kenyataan itu.

"Dia boleh telah dipecat, tetapi telah diberi amaran keras dan dipindahkan untuk menjadi pengarah (SPRM) Pahang.

"Tangga gajinya telah diturunkan daripada gred khas kepada D54, dan gajinya dan promosinya telah digantung sehingga 2014," kata sumber itu.

Tuduhan salahlaku ketiga sedang disiasat, tetapi butiran mengenainya tidak didedahkan sementara menunggu keputusan siasatan.

Kerja Umno. Sekolah Boleh Digunakan?

Posted: 31 Oct 2012 05:58 PM PDT

http://2.bp.blogspot.com/-JRoZsT6EJh4/UJG_S1ySgLI/AAAAAAAAQaM/SBZZi3IGjKM/s1600/surat+guru+besar+srksg+petani+mohon+anak+murid+hadir.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-hQjgqwILbo8/UJG_aFuvtoI/AAAAAAAAQaU/ZikVmFk8C24/s1600/surat+jkkk+minta+turunkan+bendera+pas.jpg

Tiada ulasan: