bumiperak |
Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat.. Posted: 14 Nov 2012 11:31 PM PST KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga. "Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib (gambar). Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama. Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja." "Tanyalah benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang (Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS hari ini. Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa. "Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun. Ketika ditanya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikatakan meminta Nurul Izzah juga bertaubat, Ustaz Harun berkata, "Nasharudin dia punya pasal...Nurul Izzah nak bertaubat, apa kesalahan dia. Cuba nyatakan apakah dia kesalahan Nurul Izzah yang nyata." Dalam sidang media itu, Ustaz Harun Taib juga menegaskan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah dengan Islam sejak dahulu, kini dan akan datang dengan izin Allah SWT. Ini kerana, katanya asas rujukan parti PAS yang tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma' Ulamak dan Qias. "Insya Allah, PAS akan terus dipimpin oleh ulamak kerana dasar PAS tidak berubah iaitu Islam. Rujukan PAS tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. "Itu (Islam) adalah undang-undang tubuh PAS, perlembagaan PAS, dasar PAS sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang, Insya Allah," tegasnya. Ketika ditanya peranan Mursyidul Am PAS dalam urusan kepartian, Ustaz Harun menjelaskan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemantau serta penasihat parti. "Mursyidul Am, itu dia duduk di atas sekali dan memantau parti supaya parti tidak lari dari landasannya (Islam). "Dia (Nik Aziz) memantau sama ada yang dijalankan oleh Presiden parti (Ustaz Abdul Hadi) dan Ahli Jawatankuasanya itu betul-betul mengikut lunas Islam atau tidak dan jika tidak, dia akan memberi teguranlah," ujarnya kepada pihak media. Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa secara umumnya Pakatan Rakyat menerima syariat Islam dilaksanakan. Katanya, apabila PAS berjaya mendapat keyakinan rakyat bagi memimpin negara syariat Islam akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. |
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan