Khamis, 15 November 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


YDP MPS Diarah Tukar Selepas Bela K'jaan Selangor

Posted: 15 Nov 2012 12:30 AM PST

Shah Alam: Selepas mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu kondo di Batu Caves, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A'ala diarahkan bertukar.

Beliau diarahkan bertukar ke Institut Tadbir Negara (Intan) mulai esok, kata pegawainya di MPS.

Exco kerajaan tempatan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Zainal telahpun diarahkan bertukar, lapor Malaysiakini.

Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.

"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.

Projek kondo di Batu Caves itu diluluskan oleh MPS pada tahun 2007. Namun, pemimpin BN termasuk Datuk Seri Najib Razak menyerang pemimpin Pakatan Selangor atas kelulusan itu.

Semasa sambutan Depavali semalam, Najib mengumumkan, kerajaan BN akan membatalkan projek kondo itu jika BN berjaya memerintah semula di Selangor.

Akhbar The Sun sebelum ini mendedahkan di muka depannya bahawa minit mesyuarat MPS pada tahun 2007 lalu menunjukkan kondo itu diluluskan oleh MPS.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Menteri Luar sekarang, Kohilan yang mewakili Gerakan dalam MPS.

Turut meluluskan projek itu adalah tiga ahli majlis dari MIC.

Bongkar kondo dilulus k'jaan BN punca YDP Selayang diarah bertukar.

KUALA LUMPUR 15 November: Penukaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A'ala dibuat ekoran kenyataannya bahawa pembinaan kondominium Batu Caves di Selangor diluluskan era pentadbiran BN.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu percaya arahan pertukaran itu selepas Zainal pada 30 Oktober lalu menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi janganlah salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Satu tindakan yang ada unsur sembunyi sebab Datuk Zainal Abidin jalankan tugas dengan baik jujur ikhlas cakap apa yang benar, tapi tiba-tiba dikeluarkan daripada Selayang," katanya kepada media.

Zainal dilapor telah diberi notis mengejut dipindahkan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), bermula esok.

Ronnie yang kesal dengan tindakan itu berkata, penukaran Zainal berkuat kuasa serta merta itu seolah-olah menghukum orang yang bercakap benar.

"Beliau jadi mangsa keadaan sebab dia terpaksa beritahu projek itu bukan diluluskan zaman dia (Pakatan), dia perlu cakap zaman BN. Memanglah kebenaran itu menyakitkan.

"Itu tak adil, YDP tak boleh dianggap macam ketua bahagian sahaja, (YDP) satu jawatan yang perlu diberi penghormatan.

Kalau nak transfer (tukar) pun, tanyalah kerajaan negeri dulu," ujarnya.

Projek kondominium 29 tingkat itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada bawah pentadbiran BN.

MIC baru-baru ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek berkenaan yang terletak berhampiran kuil Subramaniar di Batu Caves.

Pada 8 November lalu, terbongkar minit mesyuarat MPS bertarikh 29 November 2007 mengesahkan, projek itu turut disokong oleh ahli majlis dari MIC
-KD

Ulasan GB

Demikianlah sikap kerajaan UMNO BN yang sentiasa menekan kakitangan awam yang berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Namun sampai bila mereka mampu melakukan?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, dimana satu hari kerajaan UMNO BN akan ditukarkan kepada Pakatan Rakyat!

Itu keyakinan orang-orang beriman.

Punca Sebenar Satu Kampung keluar UMNO Dikenalpasti

Posted: 14 Nov 2012 09:45 PM PST

Johor Bharu : Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.

"Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.

"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.

"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.

Datuk Seri Hasan Mengaku Bersalah Berkhalwat Dan Insaf

Posted: 14 Nov 2012 06:42 PM PST

Putrajaya - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf - Bernama

Ulasan GB

GB suka ayat ini:

Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf

Kita berharap beliau benar-benar insaf dan bertaubat dari kesalahannya.

Sabda Nabi:

"Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat". ( Ibn Majah )

[WASPADA] Layari laman Sosial Lebih 3 Jam Jejas Mental

Posted: 14 Nov 2012 04:03 PM PST

Musim cuti sekolah sudah pun bermula sejak beberapa hari lalu. Ada diantara anak-anak yang telah merancang jadual untuk bercuti bersama keluarga.

Tidak kurang juga ada yang hanya duduk di rumah memandangkan ibu bapa sibuk bekerja.

mereka yang tidak ada sebarang aktiviti untuk dilakukan, ramai yang mengambil jalan dengan hanya duduk di depan gajet masing-masing sambil melayari internet.

Tetapi tahukah anda pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial selama tiga hingga tujuh jam sehari berkemungkinan menghidap kemurungan pada masa depan? Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan.

Golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu 'copy skills'.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat.

Khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

"Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja," katanya. -BH

Isu Kondo Batu Caves: Bukan Terlupa, Tetapi Sengaja Buat-buat Lupa Atau Jahil

Posted: 14 Nov 2012 06:04 AM PST

Najib lupa siapa punya projek kondo Batu Caves

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.

Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.

"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.

"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot.

"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.

"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi.

Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.

Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri. -HD

Ulasan GB

Yang GB lihat bukannya Najib terlupa tetapi beliau sengaja buat-buat lupa atau memang jahil lansung mengenai projek kondo batu Caves itu.

Kebenaran tidak dapat ditolak atau disembunyikan. Sememangnya kerajaan UMNO-BNlah dahulu yang telah meluluskan projek berkenaan. Tetapi bikin kecoh sekarangini untuk membatalkannya dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan PR negeri Selangor.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: