Rabu, 14 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sidang Media selepas perasmian muktamar pemuda

Posted: 14 Nov 2012 04:00 PM PST

HUDUD Untuk Seluruh Manusia ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Nov 2012 03:59 PM PST

Hukum UMPAT Perkara Benar/Betul - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Nov 2012 03:57 PM PST

Didik Anak Beribadat Kerana LEGOLAND - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Nov 2012 03:56 PM PST

Tak Solat SUBUH Sebab Letih Berniaga - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Nov 2012 03:55 PM PST

Interview with Hamas spokesperson Osama Hamdan

Posted: 14 Nov 2012 03:53 PM PST

Israel 'prepared to expand' Gaza operation

Posted: 14 Nov 2012 03:52 PM PST

Israeli army spokeswoman comments on Gaza attacks

Posted: 14 Nov 2012 03:51 PM PST

Obituary: Ahmad Jabari

Posted: 14 Nov 2012 03:51 PM PST

The plight of Aleppo civilians caught in conflict

Posted: 14 Nov 2012 03:51 PM PST

Ahli UMNO berbangsa bukan Melayu, beragama bukan Islam

Posted: 14 Nov 2012 03:43 PM PST



Ketua Wanita Umno Melaka , Rabiyah Ali yang seolah-olah mengakui dirinya itu matang berkata, kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256 al-Baqarah , boleh mengelirukan umat Islam.
Dengan bangganya pula, dia menyatakan : "Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam." di sini 
Siapa sebenarnya yang mengelirukan umat Islam dan bangsa lain di Malaysia kalau bukan Umno?
Umno bersungguh-sungguh cuba mengexploitasikan kenyataan Nurul Izzah itu sambil mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam dan beraqidah betul.
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
Yang menjadi penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau India enggan masuk Islam adalah kerana mereka sayang dan bangga dengan keturunan bangsa mereka dan tidak mahu jadi 'Melayu'.
Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini menjadi  lebih haprak lagi bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja yang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat garis 6 agenda martabat golongan wanita

Posted: 14 Nov 2012 03:34 PM PST

KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat menyeru seluruh perwakilan merapatkan saf perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urus tadbir parti itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucaptamanya berkata, bila pun masanya yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri kelak, muslimat perlu sedia untuk bertempur dalam pilihan raya yang paling sengit ini.

"Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera Dewan Muslimat Pas untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Semua aktivit Muslimat Pas Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70 peratus tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu Pas bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang," ujar beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Pas mahu jawatan PM dan Menteri Kewangan disandang individu berbeza

Posted: 14 Nov 2012 03:30 PM PST

KOTA BHARU - Pemuda Pas Pusat mahu jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, dipegang oleh individu yang berbeza bagi menjamin fungsi semak dan imbang dalam pengurusan kewangan negara.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perkara tersebut  merupakan salah satu polisi yang akan diangkat dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan.

"Polisi ini telah diutarakan oleh golongan profesional muda sempena program Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya yang dianjurkan Ogos lalu," katanya dalam ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-53 yang diadakan di Dewan Jubli Perak di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, mereka juga berbesar hati untuk mengangkat beberapa polisi yang pernah diutarakan oleh perwakilan profesional muda yang mewakili pelbagai disiplin ilmu.

Beliau berkata, ia bagi merealisasikan dan mencorak masa depan di dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Selamatkan Melayu Islam dari khurafat Umno

Posted: 14 Nov 2012 03:26 PM PST



Datuk Seri Abdul Hadi Awang KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno".

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."

"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi.

Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya

Posted: 14 Nov 2012 03:21 PM PST

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi mengumum langkah awal dengan memberi komitmen untuk mengisytihar harta jika beliau dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Komitmen itu dibuat sebagai contoh bagi mencapai matlamat membentuk tadbir urus kerajaan yang baik memandangkan Pakatan Rakyat, yang menurutnya, kini berada di ambang kemenangan dalam pilihan raya.

Mohamad berkata Pakatan Rakyat mesti berani untuk membuat perubahan yang besar untuk mencapai tujuan tersebut.

NONE"Kita pemimpin dan pendukung Islam jangan ajar diri kita terlibat dengan rasuah atau gejala rasuah.  Pakatan Rakyat diambang kemenangan, kita mesti melahirkan keadilan, negara berkebajikan dan masyarakat madani.

"Urus tadbir yang baik menjadi matlamat kita, (maka) kita mesti membuat perubahan besar dan berani membuat perubahan.  Perisytiharan harta, bagi yang bertanding dalam pilihan raya, (di mana) perwakilan di peringkat persekutuan sebagai permulaan.

"Saya mungkin bertanding dalam pilihan raya kalau dengan izin setiausaha agung dan naib presiden, saya akan mengisytihar harta peribadi dalam sidang media nanti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bangga dengan Muslimat, lebih ramai calon PRU

Posted: 14 Nov 2012 03:20 PM PST


(Ustaz Hadi menzahirkan rasa bangganya dengan muslimat)

KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa bangga beliau dengan penglibatan Muslimat PAS yang dilihat jauh kehadapan berbanding parti-parti lain.

Sehubungan dengan itu, katanya, besar kemungkinan PAS akan meletakkan lebih ramai calon muslimat akan diletakkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"PASlah yang pertama mengetengahkan muslimat bertanding, pada tahun 1959. Bukan nak berlagak. Tapi PAS memang tidak ada was-was dengan penglibatan Muslimat dalam pilihan raya," katanya.

Presiden PAS itu melahirkan rasa bangga beliau itu ketika berucap di depan lebih 600 perwakikan Muslimat PAS dari seluruh negara dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS malam ini.

Beliau mengulanginnya ketika sidang media yang diadakan sejurus selepas selesai majlis perasmian muktamar Dewan Muslimat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Nasrudin ingatkan Pemuda PAS tidak bersikap eksklusif

Posted: 14 Nov 2012 03:20 PM PST



 
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan mengingatkan perwakilan dewan tersebut bahawa kini bukannya masanya mereka bersikap eksklusif iaitu "sekadar beraksi di dalam gelanggang sendiri" dalam berdepan dengan pilihan raya.

NONEKatanya, Pemuda PAS mesti mempunyai keberanian untuk terjun ke 'hotspot' anak muda yang dambakan bimbingan dengan "menyantuni generasi muda di padang dan gelanggang sukan, pasar malam mahupun uptown".

"Dan tahniah kepada beberapa JPRK (Jabatan Pilihan Raya Kecil) dan JPRU (Jabatan pilihan raya umum) yang telah menyusun aktiviti anak muda secara berkala seperti aktiviti futsal, wayang pacak di pasar malam dan kaunter-kaunter semakan daftar pemilih.

"Lajnah Kebajikan di semua peringkat perlu mengemudi gerak kerja ziarah dan bantuan kebajikan rakyat secara berterusan sebagai 'Duta Penyelamat dan Kasih Sayang' bersama dengan gerak kerja pilihanraya yang dikemudi Jabatan Pilihanraya di semua peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Pemuda PAS bertemakan "Mencorak Masa Depan" di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu di hadapan lebih 700 perwakilan Muktamar Pemuda malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar Dewan Pemuda Ke 53 : Perbarisan Unit Amal

Posted: 14 Nov 2012 03:06 PM PST

Ucapan Perasmian Presiden Pas - Muktamar Muslimat Ke 52 Part 2

Posted: 14 Nov 2012 03:02 PM PST

Ucapan Perasmian Presiden Pas - Muktamar Muslimat Ke 52 Part 1

Posted: 14 Nov 2012 03:01 PM PST

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas - Sidang Media

Posted: 14 Nov 2012 02:37 PM PST

Ketua Pemuda PAS : Ucaptama Muktamar Ke 53 - Part 2

Posted: 14 Nov 2012 02:37 PM PST

Ketua Pemuda PAS : Ucaptama Muktamar Ke 53 - Part 1

Posted: 14 Nov 2012 02:37 PM PST

Timb Presiden PAS : Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke 53

Posted: 14 Nov 2012 11:35 AM PST

Jadikan Ucaputama Muktamar Pemuda Asas Gerakan

Posted: 14 Nov 2012 10:39 AM PST

Tiada ulasan: