Rabu, 14 November 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


INI ADALAH GAME TERBAIK 2013

Posted: 13 Nov 2012 08:27 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

NONE"Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan
daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

"Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib.
NONEBeliau berkata demikian semasa berucap di majlis rumah terbuka Deepavali di perkarangan kompleks Batu Caves anjuran MIC hari ini.

Turut hadir pada ialah Presiden MIC Datuk G Palanivel, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini, terdapat kontroversi bantahan daripada kaum India meminta agar kondominium Park Avenue di kawasan Batu Caves dihentikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Pada 7 November lalu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek bangunan setinggi 29 tingkat itu bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

NONESelain itu, ketika berucap, Najib turut berkata akan
mempertimbangkan supaya kompleks batu Caves itu menjadi sebuah tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Najib berkata, permohonan bagi menjadikan tempat itu sebagai warisan dunia akan dibuat pada tahun 2015 selepas tempoh menganggotai World Heritage Committee (WHC) tamat.

"Kabinet melalui kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan meminta supaya Batu Caves ini dapat dipertimbangkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco.

"Ada sikit soal teknikal kerana pada masa ini Malaysia masih merupakan anggota World Heritage Committee. Kita tak boleh buat permohonan pada masa ini kerana takut berlaku pertembungan," katanya lagi.

Najib turut berkata, sempena hari Deepavali hari ini, beliau bersama ahli kabinet lain telah memutuskan untuk memberikan cuti am sempena perayaan itu kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaupun tak begitu besar kesannya tetapi sebagi simbolik, kabinet telah memutuskan cuti am hari Deepavali dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan. Walaupun labuan tak ramai orang hindu, tetapi secara simbolik Labuan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan dan layak terima hari Deepavali sebagai cuti am," katanya

MASJID ADALAH MEDAN POLITIK UTAMA

Posted: 13 Nov 2012 07:27 PM PST

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 14 Nov 2012
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihan raya.
Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya di kalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku di masa ini.

Salam Maal Hijrah

YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Tiada ulasan: