Rabu, 14 November 2012

shalehudin

shalehudin


Masyaallah, patut la bau busuk... [SAKSIKAN]

Posted: 14 Nov 2012 08:00 AM PST

Umno sedang 'tunda najis hanyut'

PETALING JAYA: PKR menyifatkan serangan menggila terhadap naib presidennya, Nurul Izzah Anwar umpama tindakan 'menunda najis yang hanyut'.

Ini kerana, tindakan ini adalah langkah terbaru Umno dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty(gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau.
"Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.
"Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas," beritahu Dr Muhamad Nor.

Beliau memetik ayat al-Quran surah Al-hujurat: 6 untuk menjelaskan isu ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."
"Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik," katanya.
Ayat ini, katanya, menceritakan kisah seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu'id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq.

Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya.

Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa.

Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik, katanya.

Menurutnya, media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur fitnah dan sengaja diputar belitkan.

Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini, katanya, sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.

Bagi beliau, media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.

Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan, ujarnya.
"Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado. UMNO gagal menghakis tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya," katanya.
Menurutnya, isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini.
"Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat," katanya.
Peliknya, kata Muhamad Nor, penjelasan lanjut itu dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan apa sebenarya yang diperkatakan.
"KEADILAN ingin menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada agamanya - Islam.
"Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda negara, merentasi semua agama dan kaum.
"Latarbelakang keluarga dan penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul," tegasnya.
Sesungguhnya, tambah beliau, seluruh lapisan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat sedang terus mara mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
"Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah," tegasnya.


Ada cina MCA besa cakap camnie?

Posted: 14 Nov 2012 07:46 AM PST

Cayalah Tian Chua...
Satu soklan buat bangsa Umno, ada ka cina MCA besa cakap camnie?


Owhh!! Untungnya kita Mahathir masih hidup...

Posted: 14 Nov 2012 06:00 AM PST

Owhh!
Untungnya kita kerana Mahathir masih hidup...
Kita boleh imbas sejarah sambil menatap wajah gagahnya...

Alhamdulillah, Allah swt telah makbulkan doa Allahyarham Ust Fadzil supaya memanjangkan umur Dr Mahathir supaya dia dapat melihat dan nikmati keruntuhan hasil binaannya...


TERHOT: Soi Lek's IDOL in the making...

Posted: 14 Nov 2012 03:28 AM PST

Nama dia bukan main punya sedap...
Orangnya pun lawa dan pandai berkata-kata...
Tapi sayang...
Dia dah hilang TIMBANG...

Kahkahkah...

Rupa-rupanya dia lebih rela memilih Chua Soi Lek sebagai idola dalam hala tuju pegangan hidupnya berbanding dengan Nik Aziz.. Memang dia berhak dalam negara demokrasi ala Umno neh. Nak pilih sapa terpulang kat dia laa, tapi agak-agak la mamat woii... haha...

Takkan hang gamak sampai publicly publish camnie kot...
Dah macam mamat hilang bini ja aku tengok...

Kahkahkah...


Ini sebabnya SPRM wajib diletak dibawah Parlimen

Posted: 14 Nov 2012 12:05 AM PST

Renung dan fahami kartun dari sdr Rossem neh...
Gambaran yang menyeluruh tentang bagaimana SPRM di perkudakan...

Inilah sebabnya kenapa SPRM wajib diletakkan dibawah Parlimen. Bila SPRM dibawah kuasa sang Menteri...

Yang melakukan RASUAH terlepas bebas...
Yang membuat REPOT pulak yang kena...

Owwhh!! Negaraku Malaysia...


Owhh!! Satu lagi berita fitnah...

Posted: 13 Nov 2012 09:07 PM PST

APA???
Sampaikan 42 hari tak ada air???

Owhh!! tidak....
Katakan ini semua fitnah...
Mana boleh sampai 42 hari tak ada air, dah tu kat Pahang pulak tuh...
Ini bukan main-main punya laporang neh, sumber pulak bukan dari Harakah atau Keadilan Daily... tapi dari Sinar Harian lagi...

Kahkahkah...

Mak aii!! 42 hari tak ada air noo...
Kalau orang dalam pantang cuma tinggal lagi 2 hari lagi dah habis...
Tapi pasai apa Piem dan Umno dok nampak kat Selangor ja???


Cara mengenali PENCACAI Umno...

Posted: 13 Nov 2012 05:00 PM PST

Untuk mengenali macai Umno memang tak susah. Memang diaorang tak berpakaian seragam tapi selain daripada depa suka kasi ayat laloq "melayu gaduh sama melayu, cina tepuk tangan" kita juga boleh mengenali macai Umno melalui perlakuan depa...

Antara perlakuan yang menunjukan dia seorang macai Umno ialah :-
  • Semua yang membebankan rakyat depa akan sokong, contohnya kenaikan harga minyak, saman AES, GTS, PTPTN dan macam macam lagi yang merugikan rakyat depa akan sokong...
  • Semua yang meringankan beban rakyat pulak depa akan tolak seperti air percuma, pendidikan percuma, cukai kereta di turunkan dan apa sajalah yang ke arah kebajikan rakyat depa akan tolak dan lawan...
  • Depa akan buat kerja yang depa sendiri tak tau benda apa yang depa buat, contohnya demo anti pluralisme. Kalau di tanya tukang usung banner tu benda apa pluralisme dia sendiri pun tak tau benda apa itu pluralisme. Begitu juga demo sokong AES, kalau di tanya pendemo tu AES tu apa comfirm depa tak tau apa sebab depa hanya buat kerja yang depa pun tak tau benda apa yang depa sedang buat.
Oleh itu untuk mengenal umno bukan dengan melihat pada songkok putih atau songkok hitam tapi lihatlah pada kelakuan dan cara depa bercakap. Kalau keluar dari mulut atau komen seperti apa yang di tulis di atas maka ketahuilah sekalian umat bahawa yang bercakap atau penulis itu adalah macai Umno.

Walaupun yang bercakap itu seperti gambar di atas dan orang kuat Dewan Pemuda Pas malaysia pulak tuh, tapi dia tetap umno kerana darahnya dah biru karat...

Ekellehh... kalau tak bodo bukan macai umnolah namanya...

Kahkahkah...


BANGANG memang tercipta untuk Umno... kahkahkah...

Posted: 13 Nov 2012 03:02 PM PST


JAWAPAN kepada Pemuda Umno Malaysia.. jangan jadi TOLOL sangat

Pertama: Kerajaan diberi mandat oleh rakyat utk memerintah Malaysia, maka sekolah, hospital, jalan raya, etc adalah tanggujawab kerajaan... sekiranya pembangkang memerintah maka menjadi tanggujawab pembangkang juga utk menyediakan semua infrastruktur tersebut. JELAS.

Kedua: Kerajaan dapat wang dari cukai rakyat dan pelaburan mengg
unakan harta negara, hatta pembangkang sekali pon ... terpaksa membayar cukai, jadi dari rakyat untuk rakyat bukan dari kerajaan untuk rakyat. Kerajaan hanya mentadbir dan menguruskan wang rakyat tersebut. JELAS.

Ketiga: Rakyat tidak mempersoalkan semua infrastruktur tersebut, terima kasih kerajaan Malaysia cuma jangan ingat itu wang kerajaan. JELAS.

Keempat : Cuba bayangkan KERAjaan XXX yang memerintah MALAYsia dari tahun 1957. Semua sekolah, hospital, jalan raya etc pun dibuat oleh kerajaan XXX cuma prestasi pentadbiran KERAjaan XXX semakin lama semakin merosot sehingga berlakunya salah urus tadbir negara yg kronik sedang negara Malaysia kaya raya aman dan makmur. Penyakit ini bermula dari satu pemimpin dan terus berjangkit ke pemimpin seterusnya dan menjangkit kepada pemimpin yg sekarang ni dan penyakit itu ber++ teruk.Para pemimpin KERAjaan XXX mengamalkan rasuah, kronizem, pembaziran, skandal etc.

Ekonomi negara merudum dan dibantu lagi dengan ekonomi dunia yg merundum tetapi penyakit itu menyerang dgn lebih teruk lagi. Hutang negara meningkat berganda2, lebih mendukacitakan lagi kerajaan XXX menggunakan pulak perkhidmatan APCO dgn harga yg mahal hanya kerana nak memulihkan imej KERAjaan XXX yang kononya dikatakan tercemar. Bermacam-macam skandal berlaku dan keputusan yg dilakukan oleh KERAjaan XXX sejak akhir2 ni nampak membimbangkan sungguh. Apakah hala tuju MALAYsia. Adakah kita rakyat MALAYsia yang bersyukur akan tetap mengundi KERAjaan XXX hanya semata-mata kita mahu menjadi rakyat yang bersyukur atau tidak mahu dipanggil "kacang lupakan kulit"? Sekiranya ada KERAJAAN YYY yang lebih baik, tidak mahukah kita bertukar ?

p/s: KERAjaan XXX & KERAJAAN YYY bukan nama sebenar. JELAS.

Kelima: Ingat bukan UMNO aje yang menjaga hak istimewa orang melayu. JELAS! (..)


Tiada ulasan: