Rabu, 14 November 2012

PERAKITE

PERAKITE


Adun Behrang dan Changkat Jering ada berani bertanding semula?

Posted: 14 Nov 2012 03:33 AM PST

Lama tak menulis kerana takda isu yang menarik.. namun kisah katak lompat adun DAP Jelapang akan bertanding atas tiket BN menarik perhatian. 

hee yit foong interview 010209 02Hee Yit Foong, salah sekor katak lompat pada 2009 (bersama-sama Adun Behrang (PKR) Jamaludin Radzi dan Adun Changkat Jering Osman Jailu yang dikaitkan dengan isu rasuah) dengan berani umum diri sendiri untuk mempertahankan kerusi itu dengan tiket BN pada pru 13.

Tabik spring pada Yit Foong yang ada berani umum diri sendiri untuk bertanding. Fuhh BN beri kepercayaan penuh pada dia untuk pertahankan kerusi itu, Sukacita lah esok atau luas Jamudlin dan Osman turut umum akan bertanding atas tiket Umno.. baru hebat.

Dalam satu wawancara disiarkan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News semalam, Hee berkata beliau akan bertanding kerusi yang dirampas Pakatan pada 2008 itu "bawah bendera BN".

Ketika diminta menjelaskan "bawah bendera BN" itu, Hee berkata beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan: