DIALOG RAKYAT |
- PRU13: Ismail Kamus dicalon semula?
- Kawal Agama Dijadikan Isu dan Modal Politik
- Anwar: PR belum bincang Hadi ke Pekan, cabar Najib bertanding di Maran
- Panggilan bom palsu ganggu prosiding di mahkamah Shah Alam selama tiga jam
- Polis siasat The Malaysian Insider berikutan liputan kes hina Sultan di Facebook
- Pengguna Lebuhraya SKVE Disaman AES Diminta Serah Butiran kepada KASE
- Kaum Ibu Hadir Ke Parlimen Bantah Lynas
- Rafizi Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah
- Nurul Izzah mahu saman
- Saman: Syed Hamid, 3 lagi gagal batal jawapan Teresa
- Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik
- Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' bingungkan PKR
- Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi
- Jais mungkin panggil Nurul Izzah
- Pas digesa beri pendirian
- Nik Aziz sedia ditentang
- TPM selar PAS galak Melayu masuk DAP
- Al-Arqam: Badrulamin & 15 lagi didakwa
- Rafizi ke HK siasat isu RM40 juta Umno
PRU13: Ismail Kamus dicalon semula? Posted: 06 Nov 2012 06:36 AM PST Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti (PAS) maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008. Oleh Khaulah Azwar Kunjungan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi isyarat bahawa Adun PAS bagi Dun tersebut bakal berubah menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti. Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008. Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS Kawasan Gombak. Mereka ialah Yang DiPertua (YDP) Kawasan Ustaz Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan. Namun terdengar suara daripada kalangan ahli-ahli parti yang mahu bekas Adun PAS Gombak Setia (1999-2004) Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana beliau kini bertambah sihat dan mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin. Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah Ketokohan Ismail Kamus diyakini dapat menyaingi ketua 'Beras Jati' (Hasan Ali) yang nampaknya seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak. Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang masih setia kepada Hasan Ali, baik secara terang- terangan atau maupun secara senyap, tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut. Nama Ismail Kamus disebut-sebut sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi. Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUN Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya. Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak beserta kerusi parlimennya sekali. Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi penggal kedua. | ||
Kawal Agama Dijadikan Isu dan Modal Politik Posted: 06 Nov 2012 06:24 AM PST MSO Kekerapan agama dijadikan isu dan modal politik akhir-akhir ini sungguh mendukacitakan kita. Memang politik itu serba mungkin dan segala benda berada dibawah geluknya. Tetapi ada kalanya benda yang dibawa masuk dalam geluk politik itu sesuatu yang tidak wajar dan perlu dihindar. Misalnya tindakan dan bicara ahli politik kita memain atau menjadikan agama sebagai isu dan modal politik ia agak melampau. Ada yang telah menyentuh perasaan dan menguriskan iman orang muslim. Dibimbangi kalau ini dibiarkan tanpa pengawalan akhirnya ia boleh menyebabkan ada darah akan menitis di bumi ini. Mungkin dari kalangan ahli politik mereka boleh menerima agama dijadikan isu atau modal politik kerana matlamat mereka bukan hendak menjaga kesucian agama Islam, melainkan untuk mencapai matlamat mendapatkan kuasa. Dunia politik bukan saja sanggup memperdagangkan apa jua hal, tetapi sanggup juga melacurkan apa juga perkara demi mendapatkan kuasa. Inilah kejinya dan sadisnya politik. Namun begitu, kebebasan dan kerencaman politik itu tidak boleh dijadikan lesen untuk melakukan apa saja seperti menjadikan ia modal dan isu politik. Orang politik boleh menerimanya tetapi dibimbangi ada golongan ekstrem dan fanatik agama apabila mereka mengambil peduli hal-hal itu menyebabkan akan berlaku perkara tidak diingini. Bagi orang politik kalau sekalipun mereka terpaksa menjual agama, demi kuasa dan kemenangan mereka akan lakukan. Dalam politik semua perkara dan benda laku untuk dijual. Ia bergantung sejauh mana kekreatifan seseorang ahli politik mengolahkan sesuatu itu. Misalnya dari ayat yang sama, surah yang sama dan Qur'an yang sama ia boleh ditafsir dan diterjemah mengikut aliran dan pentas politik masing-masing. Inilah bisa dan hebatnya politik. Adakalanya fatwa dan formula politik mengatasi al Qur'an walaupun al Qur'an itu adalah qadim dan mutlak akan kebenaran dan hadnya. Tetapi orang politik sanggup 'menasakhkan' mana-mana ayat Qur'an kerana politik melalui khilas-khilas dan ijhtihad sendiri. Yang selalu kita ketahui dan temui firman-firamn Allah dan hadith-hadith Nabi hanhya dibaca bukan untuk dilaksanakan dan dipatuhi tetapi sebagai umpan pancing dan disamping bagi menggambarkan 'kefasihan' di dalam agama. Disebabkan kerana rata-rata yang terlibat dalam politik negara ini adalah Melayu yang secara harfiah perlembagan negara adalah Islam, elok kalau masing-masing mengambil tanggungjawab menjaga agar agama tidak mudah dijadikan isu dan modal politik. Asinglah sedikit subjek mengenai agama dari dipolitikkan sebegitu mudah sekali. Biar adalah sedikit timbang tara dalam hal ini. Cubalah hormat dan jaga martabat agama. Agama adalah segala-gala mahkota didalam kehidupan. Kalau agama dicemari, boleh diperleceh dan diperkatakan oleh sesiapa saja, dijadikan toys politik dimanakah kemuliaan dan kekeramatan agama itu. Hak asasi Islam sebagai sebuah agama orang muslim (Melayu) sudah tiak ada lagi kalau semua kaum dari berbagai agama boleh memperkatakan tentangnya seweneng-wenengnya. Dayuslah orang Islam kalau agama mereka boleh diperlecehkan. Untuk menyedari dan menginsafkan ini saya mengambil dua peristiwa atau kejadian dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan bagaimana agama Islam boleh dipersendakan dengan mudah dan umat Islam (Melayu) semacam sudah hilang geram untuk membela agama sendiri. Ia berlaku dan berlangsung bagaikan sekawan gagak terbang di atas kepala sambil memuntahkan najis. Pertama, mengenai kelancangan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempertikaikan atau bercakap mengenai hukum hudud yang beliau jahil murakab mengenainya. Jangan pedulikan apakah yang dipertikaikan itu apakah hukum hudud itu hudud Pas atau Umno, tetapi apa yang disentuhkan atau dijadikan modal politik oleh Soi Lek sungguh menyesalkan dan kurang hajar. Umat Melayu sepatutnya bingkas mengenai hal ini bahawa Chua Soi Lek tidak berhak untuk mempertikaikan sama ada hudud Pas atau hudud Umno? (Kalau ada). Cara beliau mempertikaikan hudud menjadikan modal untuk menakutkan orang Cina dari mengundi Pas itu sungguh memalukan umat Islam.Tindakannya mencabar dan melakarkan arang ke wajah orang Islam. Ini kerana beliau tidak layak untuk bercakap mengenai hudud bukan saja beliau 'jahil tukil', tetapi dia sendiri tidak berimkan dengan agama Islam yang menzahirkan hudud. Malangnya, umat Islam hanya memerhati saja apa yang dilakukan Soi Lek. Beliau bebas mengeluarkan beribu patah perkataan mengenai hudud. Kata-kata itu ada yang berkonotasi memperleceh dan menghina hukum Allah itu. Yang sedihnya pula umat Islam hanya memerhati saja tanpa tindakan tegas. Umat Islam dalam Pas dan Umno menjadi begitu naif kerana tidak cuba menegur dan menghalanhg Soi Lek secara bermaufakat. Ada pula yang seakan-akan sengaja memberi celah untuk Soi Lek terus bersuara dengan bergaya. Semua umat Islam kena sedar, dari sudut mana sekalipun Soi Lek tidak boleh memperkatakan hudud apa lagi cuba mempertikaikan hikmah dan rahmat di sebaliknya. Sebijak mana Soi Lek dia tidak akan mengetahui tujuan apa dan hikmat apa Allah membenarkan hudud. Jadi dimanakah relevansinya dia menyentuh soal-soal agama dan Islam. Ketidaklyakan beliau untuk bercakap mengenai hudud boleh diumpamakan begini; walaupun Soi Lek memiliki pisau tajam, ada kudarat untuk menyembelihkan seekor lembu, namun dari sisi Islam beliau tidak boleh melakukan penyembelihan kerana beliau tidak Islam. Ataupun kalau kebetulan dia membuat mucung ***** nya atas maslahat kesihatan, tetapi tanpa mengetahui apakah hikmah di sebaliknya dari sisi agama dan sunatnya, pembuangan mucung itu tidak membawa apa-apa erti kepadanya. Begitu juga dengan hukum hudud. Kita tahu Soi Lek tidak tahu status ini, tetapi dukaciatakanya tidak ada pula umat Islam yang cuba memberi tahu kepadanya. Seperti dikatakan tadi, Soi Lek galak memperkatakan hudud kerana tidak ada bangkangan dan bantahan dari umat Islam. Umat Islam yang teperangkap dalam dilema politik, terdesak inginkan kuasa terpaksa memberi ruang atau tidak mengambil peduli ini menyebabkan Soi Lek jadi semakin besar kepala. Perkara atau kejadian kedua ialah berhubung pandangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dan tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menerima mana-mana agama yang telah dimanipulasikan itu. Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu adalah dari konteks agama secaraca umum seperti mana dijelaskan oleh firman Allah. Apabila ia ada hubung kait dengan agama maka tidak wajar untuk mana-mana bukan Islam cuba menyentuh dan memberi pandangan peribadi. Sebab pandangan perbadi tidak dapat mengubah ketetapan agama. Dalam perkara ini didapati seorang ahli Parlimen India, yang beragam Hindu ikut sama mahu bercakap mengulas pandangan Nurul Izzah itu. Untuk apa ahli parlimen ini bersuara, dia tidak tahu menahu mengenai agama Islam beliau tidak ada lokas standi pun untuk menyentuhnya. Bagi saya ahli parimen berkenaan tidak ubah sekeping daging babi yang tidak pun boleh diletakkan berhampiran dengan daging lembu yang disembelih oleh orang Islam. Dia tidak ada cop mohor halal untuk bercakap mengenainya. Tetapi itulah yang terjadi. Seenaknya beliau turut mengupas dan memberi reaksi kepada pandangan Nurul Izzah itu kononnya Nurul Izzah bercakap demi politik. Dalam hal ini lebih malang dan dukacita lagi kenapa wartawan boleh meminta pandangan darinya. Kalaulah wartawan itu dikatakan sama jahil dengan ahli parlimen berkenaan, apakah editor atau penyunting media eletronik nyang menyiarkan komen ahli parlimen berkenaan juga jahil?
Gejala-gejala atau politik melampau ini mungkin ia wajar dan tidak menghiris hati orang politik, walaupun dia mengaku muslim. Mereka boleh menghalalkan apa saja asalnya menjadi modal politik yang menjanjikan kuasa. Orang politik meletak kuasa sebagai mahkota paling gemilang. Tetapi golongan lain yang ekstrem dan fanatik dengan agama tidak dapat menerima apa yang sedang cuba diamalkan di Malaysia kini, iaitu meliberalkan segala aspek kehidupan termasuk agama. Bagi mereka kebebasan beragama bukan bererti bebas untuk bercakap dan mengucar agama orang lain. Kebebasan beragama ialah bebas menganuti agama yang diingini. Bila menyentuh perkara ini ia tidak tertakluk orang bukan Islam di luar parti Islam saja tidak berhak bercakap mengenai agama Islam, tetapi yang bersekutu didalam parti Islam juga tidak berhak juga. Sekali lagi dipohon kepada ahli politik Melayu tidak kiralah dalam Pas atau Umno hendak lebih berhati-hati dan masing-masing bertanggungjaab kepada agama. Cubalah letakkan agama itu diatas dan bendunglah ia dari mudah dipersenda-sendakan oleh sesiapa. Kehebatan dan kebermaknaan orang politik dan perjuangan ialah apabila berusaha memartabatkan agama, tanahair kemudian bangsa. Tidak ada ertinya kita berjuang kalau agama 'terlerak', bangsa terbuah tanah air lebur. Tidak ada guna! Ditegaskan sekali lagi kalau perkara ini tidak dikawal, perlecehan dan campur tangan ke atas agama Islam berterusan, ia boleh menyebabkan akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ingat sejarah dan sunnah manusia boleh sakit kerana bangsa, tetapi mereka sanggup mati kerana agama. | ||
Anwar: PR belum bincang Hadi ke Pekan, cabar Najib bertanding di Maran Posted: 06 Nov 2012 06:14 AM PST KUALA LUMPUR— Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan. Anwar yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti langkah Abdul Hadi, untuk menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Marang, yang kini milik Abdul Hadi. "Kami belum membincangkan perkara itu ... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti. "Tapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas ... jika benar beliau yakin, beliau perlu nytakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya. Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi turun temurun keluarga Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Hasratnya itu turut disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemimpin Umno bagaimanapun melihat tindakan Abdul Hadi umpama "membunuh karier politiknya" kerana mereka menjangkakan sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan. Najib yang bertanding di Pekan pertama kalinya ketika berusia 24 tahun menang tanpa bertanding selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976. Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999. | ||
Panggilan bom palsu ganggu prosiding di mahkamah Shah Alam selama tiga jam Posted: 06 Nov 2012 06:05 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Lebih 300 petugas mahkamah beserta orang awam diarah mengosongkan kompleks itu dan berhimpun di perkarangan letak kereta sementara menunggu pasukan unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan memeriksa seluruh bangunan mahkamah. Mereka tidak menemui bom atau sebarang unsur bahan letupan. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata polis menerima maklumat mengenai panggilan bom itu kira-kira pukul 8.25 pagi selepas seorang lelaki menelefon operator wanita mahkamah itu dan mengugut akan meletupkan bom di kawasan mahkamah pada tiga waktu, pukul 9, 10 dan 11 pagi. "Hasil siasatan kami mendapati ia adalah panggilan palsu. Kami juga belum dapat memastikan sama ada panggilan itu dibuat melalui telefon awam atau telefon bimbit serta dari mana panggilan itu dibuat," katanya. Mazlan berkata sepanjang operasi pemeriksaan dijalankan, semua tertuduh untuk kes sebutan dan perbicaraan, ditempatkan di lokap berpusat di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam. — Bernama | ||
Polis siasat The Malaysian Insider berikutan liputan kes hina Sultan di Facebook Posted: 06 Nov 2012 06:01 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR— Polis Johor telah memulakan siasatan jenayah fitnah terhadap The Malaysian Insider dan Malaysiakini berhubung liputan mengenai tangkapan minggu lepas terhadapseorang lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook beliau. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan, berkata siasatan itu berikutan dua laporan polis yang dilakukan oleh polis negeri terhadap artikel yang disiarkan oleh kedua-dua portal berita mengenai penangkapan itu, lapor Berita Harian hari ini. "Tentang penangkapan itu, The Malaysian Insider dan Malaysiakini menerbitkan artikel mengenai penyiasatan dan tangkapan pada Sabtu dan Ahad lepas. "Berikutan penerbitan, polis Johor membuat dua laporan mengenai artikel dan penyiasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan," beliau dipetik berkata dalam akhbar harian Melayu itu. ACP Azizan berkata, penulis artikel dan semua yang dinamakan dalam laporan akan dipanggil untuk siasatan. Seksyen 500, Kanun Keseksaan, yang menggariskan hukuman untuk fitnah, menyatakan bahawa "barang siapa menfitnah seseorang hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya". Ahmad Abd Jalil, juru ukur kuantiti berusia 27 tahun, telah ditahan oleh polis di pejabat beliau pada malam Jumaat lalu di bawah Akta Hasutan kerana tulisan di Facebook yang didakwa menghina Sultan Johor. The Malaysian Insider melaporkan penangkapan dan peristiwa-peristiwa berikutnya tentang penahanan beliau pada hari Sabtu, memetik maklumat dari peguam Ahmad, Mohd Zakwan Adenan dan adik-beradik yang enggan dinamakan. Pada hari Ahad, portal berita ini melaporkan mengenai kejadian itu, kali ini memetik bapa Ahmad Abd Jalil Abd Rahman, yang menyatakan ketakutan keluarganya atas keselamatan anaknya di bawah reman polis. Semalam Abdul Jalil memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis menahan semula anaknya, Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskannya dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari "orang atas" (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga. "Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?" kata Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider. IPK merujuk kepada "ibu pejabat polis kontigen", dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari. The Star semalam melaporkan pemangku ketua CID Johor, ACP Abd Aziz Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada 21 Oktober menggambarkan Sultan Ibrahim tidak layak untuk memimpin negeri tersebut. Menurut laporan tersebut lagi, Ahmad turut disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia. | ||
Pengguna Lebuhraya SKVE Disaman AES Diminta Serah Butiran kepada KASE Posted: 05 Nov 2012 09:36 PM PST KUALA LUMPUR– Pengguna jalan raya yang menerima notis saman berhubung kesalahan kelajuan yang melibatkan kamera AES khususnya di KM6.6 Jalan Kajang-Puchong SKVE diminta supaya menghantar butiran saman mereka kepada Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Ini kerana, butiran had kelajuan yang tertera pada notis yang dikeluarkan nyata bercanggah dengan had yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti dipaparkan di laman web rasmi mereka. Penasihat Perundangan KASE, Zulhazmi Shariff berkata, terdapat pengurangan had laju kepada 80 kilometer sejam (km/j) di kawasan berkenaan sedangkan had kelajuan yang ditetapkan adalah 90 kilometer sejam. Namun, berdasarkan aduan yang diterima, terdapat pemandu yang disaman pada kelajuan 91km/j walhal Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam kenyataan di New Sunday Times berkata, terdapat kelonggaran had kelajuan (buffer) 10km/j pada setiap kamera AES mengikut setiap had laju yang ditetapkan. "Saman yang dikeluarkan 80km/j. ini bukan buffer tapi pengurangan had kelajuan. "Buffer patut jika had kelajuan 90km/j, dianjak kepada 100km/j. Saman bermula pada kelajuan 101km/j. Di mana buffer?" soal Zulhazmi. Jelasnya lagi, kekeliruan turut berlaku terhadap lokasi mahkamah kerana penerima notis berkenaan diarahkan ke Majistret Kajang sedangkan berdasarkan paparan JPJ sepatutnya dirujuk kepada Majistret Sepang. Justeru, KASE mendesak semua saman tersebut ditarik balik dan saman yang dibayar dipulangkan kembali atau JPJ sendiri akan berhadapan saman balas atas kecuaian mereka. Beliau turut membangkitkan keadaan paparan gambar yang disertakan pada notis saman AES yang tidak menyatakan butiran had laju berbanding notis saman yang dikeluarkan oleh polis trafik. Setakat ini, lebih 20 orang pengadu mengemukakan aduan saman di kawasan berkenaan. Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghantarkan butiran melalui email kempenantisamanekor@gmail.com. Dalam pada itu, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan 'keengganan' Kabinet untuk menagguhkan perlaksanaan AES yang dilihat seolah-olah Menteri Kabinet mempunyai 'kepentingan' dalam perkara ini. Mahfuz sekali lagi mengulangi kesediaan KASE menyediakan pasukan guaman percuma bagi membantu mereka yang menerima saman AES. | ||
Kaum Ibu Hadir Ke Parlimen Bantah Lynas Posted: 05 Nov 2012 09:04 PM PST KUALA LUMPUR : Sekumpulan ibu-ibu prihatin dari Kuantan berjanji meneruskan penentangan terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation kerana bimbang ancaman terhadap masa depan anak-anak mereka. Kumpulan yang diketuai Rahiza Zulkifli itu hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, mereka amat perihatin dengan keputusan kerajaan meluluskan lesen sementara kepada Lynas bagi memulakan operasi memproses nadir bumi dari Mount Weld, Australia. Memorandum tersebut diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bagi pihak Najib yang sedang berada di luar negara. "Sebagai ibu, kami sentiasa mahukan yang terbaik bagi keluarga kami. Untuk anak-anak dan juga untuk negara Malaysia tercinta. "Kami juga mahukan pembangunan lestari yang tidak mengancam alam sekitar dan juga kehidupan seharian," kata Rahiza. Majlis penyerahan memorandum berkenaan dibuat di pejabat Nazri, tingkat satu bangunan Parlimen sambil ditemani Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Mengulas tuntutan dari kumpulan ibu-ibu Kuantan, Fuziah berkata, seorang ibu akan melakukan apa sahaja bagi menjamin masa depan dan keselamatan anak mereka. "Ini adalah naluri seorang ibu. Bahawa akan ada bahaya yang mengancam keselamatan anak-anak mereka dan juga generasi akan datang (dengan operasi Lynas)," katanya. | ||
Rafizi Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah Posted: 05 Nov 2012 09:02 PM PST PUTRAJAYA: Walau berdepan dengan kemungkinan disaman,Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk terus membongkar skandal RM40 juta yang didakwa Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia. Rafizi berkata, beliau akan terus mencari bukti bagi mengaitkan penglibatan ketiga-tiga individu ini walaupun laporan mengenainya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). "Saya sedar bahawa SPRM akan menuntut saya supaya berhenti membuat sebarang kenyataan sementara siasatan sedang dilakukan namun jika saya menemui beberapa bukti baru saya akan terus mendedahkannya. "Saya bersedia berdepan sebarang kemungkinan walaupun laporan sudah dibuat kepada SPRM saya fikir jika kedua-dua pihak bekerjasama adalah lebih baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan laporan mengenai ketiga-tiga individu terbabit di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini. Dalam pada itu, kandungan laporan itu meminta SPRM supaya membuka fail siasatan di bawah Akta SPRM 2009, Bahagian IV (Kesalahan dan Penalti)Seksyen 16(a) iaitu perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain. Terdahulu, Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Parlimen dan undang-undang membuat kenyataan bahawa tiada sebarang unsur rasuah bagi mengaitkan wang RM40 juta melibatkan jutawan balak Michael Chia kepada Umno Sabah. Nazri dikaitkan memiliki hubungan rapat dengan Michael Chia kerana anaknya Nedim Nazri menggunakan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa dimiliki oleh jutawan balak itu. Menurut Rafizi, kenyataan Nazri menimbulkan tanda tanya kerana bersungguh-sungguh mempertahankan Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan membersihkan nama Michael Chia daripada sebarang dakwaan. Selain itu, Rafizi akan mencari bukti-bukti berkaitan skandal itu dengan menemui beberapa pihak berkaitan di Hongkong termasuk mengadakan perjumpaan bersama Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) pada minggu hadapan. "Saya tidak mahu hanya membuat laporan kepada SPRM dan berharap kita dapat menemui beberapa fakta berkaitan apabila perbincangan lanjut diadakan kelak," katanya lagi. Pada 2008, Michael Chia pernah ditahan di Lapangan Antarabangsa Hongkong oleh ICAC kerana membawa wang tunai berjumlah RM40 juta yang didakwa hendak diberikan kepada Musa Aman. | ||
Posted: 05 Nov 2012 08:52 PM PST SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu. "Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan. Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut. "(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama. "Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu. Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama. Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. "Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. "Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. "Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya. Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad." "Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. "Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi. Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama. Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya. | ||
Saman: Syed Hamid, 3 lagi gagal batal jawapan Teresa Posted: 05 Nov 2012 08:44 PM PST Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain untuk membatalkan jawapan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap pernyataan pembelaan berhubung samannya mengenai kesilapan menangkap dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), empat tahun lepas. Hakim Datuk Su Geok Yiam, yang membuat keputusan itu di dalam kamar, menetapkan 6 Disember untuk pengurusan kes, dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan rayuan mereka tentang isu-isu untuk dibicarakan sebelum tarikh itu. Dalam prosiding semalam, Kok diwakili peguam K. Muralidharan manakala keempat-empat defendan diwakili peguam kanan persekutuan Lailawati Ali. Kok memfailkan saman pada 13 Mac 2009, terhadap Syed Hamid (kiri), Ketua Polis Negara pada masa itu Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia. Dalam penyataan tuntutannya Kok berkata dia ditangkap oleh defendan di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower, OG Heights, jam 11.15 malam pada 12 September 2008, dan ditahan selama dua jam tanpa diberi kebenaran menghubungi saudara terdekat atau peguamnya. Beliau mendakwa pada 2 pagi 13 September 2008, di Balai Polis Wangsa Maju, beliau telah dimaklumkan oleh defendan ketiga bahawa beliau ditahan di bawah Seksyen 73(1) ISA atas alasan telah melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum. Selanjutnya Kok mendakwa beliau telah dihantar ke sebuah tempat penahanan rahsia dan ditahan di situ sehingga 19 Sept, 2008, tanpa dibicarakan. Beliau mendakwa tangkapan dan penahanannya dibuat tanpa alasan dan kerana kecuaian, tindakan sebelah pihak dan sesuka hati oleh defendan yang silap dalam menangkap dan menahannya, menyebabkannya mengalami tekanan mental, kesakitan dan keracunan makanan serta penafian hak perlembagaan baginya. Kok menuntut kerugian akibat kesilapan menangkap dan penahanan beliau, kesakitan, tekanan mental, ganti rugi am dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama | ||
Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik Posted: 05 Nov 2012 08:41 PM PST dikemaskini - Iklan Petronas tahun ini untuk mengucapkan selamat menyambut 'Perayaan Deepavali' kepada penganut agama Hindu, begitu jauh berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang mengetengahkan unsur kasih sayang, amat bermakna dan sukar dilupai. Menurut mereka yang telah menyaksinya, klip perayaan selama tiga minit itu bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan - adalah tidak sesuai. Wikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi. (*Wikipedia explains 'Dappan Kuthu' as: 'This instrument can be heard being played in houses where death has occurred to reduce or to suppress the sound of crying or to inform others about a death in Tamil villages. The particular beat employed is called Saavu Adi.) Dilancarkan di YouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial. Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan. Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh itu, tegasnya, ia perlu dihentikan dan dikeluarkan serta-merta daripada YouTube dan daripada ke udara. Senator S Ramakrishnan yang telah menyaksikan klip itu di YouTube, berkata walaupun iklan Petronas disasarkan kepada golongan belia, tetapi ia mengagungkan trend yang tidak lama lagi akan pudar. Menurutnya, klip itu tidak mewakili budaya masyarakat India yang berusia lebih 5,000 tahun atau sentimen menyambut Deepavali di kalangan penganut Hindu di seluruh dunia. "Iklan itu tidak menggambarkan budaya India, tetapi berdasarkan trend semasa filem-filem Tamil yang menggambarkan keganasan, kegiatan samseng dan mengagungkan bintang-bintang filem," katanya. | ||
Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' bingungkan PKR Posted: 05 Nov 2012 08:35 PM PST Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bingung dengan hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan. Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun. Zaid (kiri) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan. "Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden. "Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang. Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden. Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan. | ||
Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi Posted: 05 Nov 2012 04:08 PM PST
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen. Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29). Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria. Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd. Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot. Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai. | ||
Jais mungkin panggil Nurul Izzah Posted: 05 Nov 2012 04:01 PM PST SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mungkin akan dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu. Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut. "(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama. "Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu. Semalam, media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama. | ||
Posted: 05 Nov 2012 03:57 PM PST SHAH ALAM - Pas digesa membuat pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu didakwa tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang. Menurutnya, mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Namun beliau menegaskan, jika dilihat dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam, kenyataan sedemikian ternyata bertentangan dengan ajaran sebenar agama Islam. "Kita ingin melihat pimpinan tertinggi Pas terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. "Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular?," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum Islamic State: Which Version; Who's Responsibility? anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini didakwa merujuk kepada peruntukan dalam al-Quran tidak ada paksaan dalam agama Islam. | ||
Posted: 05 Nov 2012 03:55 PM PST KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya. "Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) Pas," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan dari Dakwah Halaqat Negeri Kelantan di JKR 10 di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am Pas itu pada PRU13 walau di kerusi Parlimen sekalipun. Kelmarin, Nik Sapeia dalam kenyataannya berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU13. Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga mungkin bersedia untuk ditentang olehnya. Terdahulu Nik Abdul Aziz menerima sumbangan berjumlah RM30,607 daripada Unit Dakwah Halaqat Negeri Kelantan bagi membantu menampung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu- Kuala Krai sepanjang 73 kilometer. Sementara itu, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri, Abdullah Ab Razak berkata, pihaknya mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpulkan jumlah itu yang diperoleh daripada ahli dan rakyat negeri ini. "Sumbangan yang diserahkan hari ini (semalam) adalah yang pertama, ia dikumpulkan sewaktu menjalankan aktiviti seperti kelas-kelas mengajar dan sebagainya," katanya. Seramai 16 pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan hadir pada majlis ringkas yang turut memberi peluang kepada mereka berdialog dengan Menteri Besar itu. | ||
TPM selar PAS galak Melayu masuk DAP Posted: 05 Nov 2012 03:50 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP. Beliau berkata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain. "Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini Isnin. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS. Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya. Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik. Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya. Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata bahawa parti itu "memang cakap tak serupa bikin." "Kita mendengar tentang prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu," katanya. Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata: "Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak," katanya. | ||
Al-Arqam: Badrulamin & 15 lagi didakwa Posted: 05 Nov 2012 03:47 PM PST Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ada hubungan dengan Al-Arqam, yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad. Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Badrulamin ditahan, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut. Menurutnya seramai 16 orang telah ditahan termasuk Badrulamin di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Laporan sebelum ini menyebut bekas pengikut kumpulan al-Arqam cuba menghidupkan gerakan itu dengan berselindung di bawah nama Global Ikhwan, satu rangkaian perniagaan. Mereka ditahan dalam satu operasi malam Khamis lalu. Majlis Khamis dihadiri sekitar 3,500 orang. Tambahnya, "kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama. "Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti. "Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan," katanya kepada sidang media di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk "Abuya terus memimpin walaupun ghaib" telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah. Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995. Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan "Abuya terus memimpin walaupun ghaib", ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam. Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon. "Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka. "Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya," katanya lagi. | ||
Rafizi ke HK siasat isu RM40 juta Umno Posted: 05 Nov 2012 03:39 PM PST Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. "Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan. "Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi. Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah. "Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya. Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. Rafizi dijangka akan ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman. "Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat. "Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC. Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang tadi. Rafizi berkata, ICAC sebelum ini dikata telah membersihkan nama Chia. Namun, penemuan baru di Malaysia berhubung pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah kini melibatkan keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz. KEADILAN menuntut SPRM membuka fail siasatan terhadap Nazri apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia. "Akan berlaku konflik kepentingan. Sebab itu kita desak Perdana Menteri, Najib Razak arah Nazri bercuti. Berbeza dengan kes Shahrizat (Jalil) (NFC), Nazri adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM," jelasnya. KEADILAN sebelum ini mendedahkan wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah Hummer berharga RM479,000 diberikan kepada anak Nazri, Nedim seolah-olah untuk membersihkan nama Chia. "Nazri sampai hari ini tak nafikan (pemberian Hummer). Nazri seperti tak rasa bersalah dengan hujahnya mengatakan dirinya tiada kaitan. Mengikut tafsiran kami, kes ini ada asas untuk disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Seksyen 16 (a). "Sebelum ini dalam kes NFC, kita beri semua maklumat yang ada, termasuk transaksi kepada Jabatan Jenayah Komersil. Tapi SPRM tak pernah hubungi. Sebab itu kita alu-alukan semua pihak termasuk wartawan untuk berkongsi maklumat yang ada untuk membantu pembongkaran," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan