Khamis, 29 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid Kering

Posted: 29 Nov 2012 02:00 PM PST

Pak Habib Ditahan Polis

Posted: 29 Nov 2012 07:39 AM PST





Polis tahan penulis buku di PWTC



KUALA LUMPUR - Seorang penulis buku yang didakwa pernah menghina Sultan Johor ditahan polis pagi tadi ketika sedang berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66.



Lelaki berusia dalam lingkungan 70 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis.



Pihak berkuasa turut merampas 13 buku.



Beliau kemudian dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC.



Difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan.



Tiga bulan lalu, penulis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya.



Turut ditahan rakan wanita penulis terbabit -SH




Syed Hussein Alattas ditahan di PWTC Kerana Jual Buku SSS





Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.



Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.



Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.



Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.



"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.



Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.



Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.



Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.



Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.




Update 4:45 PM - Berita awal yang diterima tidak tepat.Dikhabarkan Pak Habib masih ada di Bilik Gerakan Polis PWTC dan belum dibawa ke IPD Dang Wangi.



Update 5:50 PM - Dikhabarkan Pak Habib akan dibebaskan dengan Jaminan Polis dengan seorang penjamin.Amrayy dalam perjalanan untuk menjamin Pak Habib.



6:10 PM : PAK HABIB TELAH DIBEBASKAN
-pkrl



greenboc



“Ulang tayang drama” lakonan UMNO bermula

Posted: 29 Nov 2012 12:29 AM PST



KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER: Mainan politik pembohongan, putar belit dan momokan terbukti merupakan strategi UMNO-BN menyebar dakyah kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum demi meraih sokongan.

Ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO semalam, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkata bahawa cita-cita PAS menjadikan Malaysia Negara Islam ibarat "bermimpi di siang hari".

Paling melucukan pada masa yang sama, Presiden MCA, Chua Soi Lek pula mendakwa PAS akan melaksanakan agenda negara Islamnya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menakutkan masyarakat bukan Islam.

Menyifatkan ucapan pemimpin BN itu sebagai lakonan semula 'drama' yang diulang tayang pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam nada menyindir menyoal siapa sebenarnya yang berbohong?

"Pada penghujung Perhimpunan Agung UMNO ke-65, Disember tahun lalu, saya lontarkan persoalan, "Siapa berbohong; Najib, Muhyiddin atau Soi Lek? Atau ketiga-tiganya sekali?.

"Ini mengesahkan pandangan saya bahawa PR mengamalkan politik "Bersatu dan Perintah" manakala tradisi "Pecah dan Perintah" pula diamalkan UMNO-BN sejak sekian lamanya." jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.-Roketkini.com


Desak Tangkap Hishamuddin Hussein

Posted: 28 Nov 2012 05:00 PM PST



Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhiantan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dai air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihamuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu dimuka dunia. Hishamuddin ialah salah seoran naib presidedn Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya Ngo seperti Perkasa(m), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.

Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menunding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.

Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishmuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara,

Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu polis di raja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontres kurang menyengat.

Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan polis di raja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke, 17 selepas SPR (15) dan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 16). [wm.kl.5:59 pm 28/11/12]

msomelayu





Tiada ulasan: