DUNIACACAMARBA |
- Kenyataan Husam Musa tentang Pendedahan Deepak Jaikishan
- Polis Buru 4 Suspek Kes Rogol & Rompak Pusat Refleksologi
- Jururawat Akui Terbabit dalam Skandal Rasuah Seks Pemimpin China
Kenyataan Husam Musa tentang Pendedahan Deepak Jaikishan Posted: 28 Nov 2012 09:18 PM PST Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13? [HD] Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik. Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib. Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara. Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'. (Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam) Kenyataan Deepak sangat serius kesannya: 1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya". "Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala". 2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti". 3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori". 4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam". 5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka". Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya dilibatkan. Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya? Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan? Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib. UMNO mempunyai pilihan. Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru. Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak. Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira. Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13. Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu. Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas. Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh. Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya! Husam Musa Naib Presiden PAS 28 November 2012 Laporan MK tentang hal ini: Husam: Najib Tak Boleh Diam Lagi Isu Deepak [MK] Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno. "Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir. Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti. Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini. Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak. "Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak. "Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira. "Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan. "Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya. Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut: "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya. "Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. "Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. "Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak. Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib. Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya. Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan. Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak. Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama. | ||
Polis Buru 4 Suspek Kes Rogol & Rompak Pusat Refleksologi Posted: 28 Nov 2012 08:26 PM PST
[SH] KUALA LUMPUR - Polis mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan rogol dua pekerja warga asing di sebuah pusat refleksologi, Setapak, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. "Empat lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai menaiki motosikal ke lokasi kejadian," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lelaki penjaga premis berkenaan menerima banyak jahitan selepas telinga kirinya hampir putus, manakala seorang lagi mangsa cedera ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang. Dua suspek dipercayai turut merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis itu selain melarikan wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000. Orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran atau melalui hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun dengan mendatangkan cedera. | ||
Jururawat Akui Terbabit dalam Skandal Rasuah Seks Pemimpin China Posted: 28 Nov 2012 06:54 PM PST [HM] BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu. Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini. Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit. Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei. Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya. Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah. "Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya," kata Zhao. Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini. Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi. Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai. Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu. Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah. Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong. Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu. Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak. Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei. Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali. Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan