DIALOG RAKYAT |
- Pak Habib Ditahan Polis
- Penemuan gas: Royalti Sarawak wajar dinaik 20%
- Peneroka Kesedar Lebir dilulus geran tanah
- Jangan jadikan guru mangsa dendam politik
- Kerajaan Negeri Sumbang Dana Untuk Pesta Filem Kemanusian
- Risalah PAS – Parti Ajaran Sesat diedar di PWTC
- Najib ulang cerita lama
- BN bantah projek persimpangan bertingkat
- Berapa Maaf Daa!!!
- Mahfuz tuntut Pak Lah kemuka penjelasan berhubung isu penjual karpet
- Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak
- Majoriti Pemilik Tanah Baru Adalah Melayu
- Persimpangan Bertingkat Sebelah I-City Tidak Pakai Wang Rakyat
- Umno sekarang bersatu semasa nyanyi lagu Umno
- Deepak, Musa: Perwakilan Umno perlu tanya Najib
- Pengundi luar negara: SPR tidak tepati janji
- Menteri bohong, JAS tak sokong kondo 29 tingkat
- Cerita selipar Jepun, siput babi jadi modal bahas
- Tuduhan Deepak: Projek mega cah keting dalam Umno
- Tiada maaf lagi bagi mu, UMNO-BN pada PRU-13
- Perwakilan rayu rakyat Kedah beri peluang kedua
- SPR tidak ikhlas laksana cadangan PSC: Anthony Loke
- Rakyat yang akan mengubah kerana UMNO sudah tidak boleh berubah – Lim Kit Siang
- PATI – Belenggu Sabah
- Ugutan Shahrizat: 13 Mei Jika UMNO Kalah, PAS Akan Buat Laporan Polis Seluruh Negara
Posted: 29 Nov 2012 03:26 PM PST KELAB GREENBOC Polis tahan penulis buku di PWTC KUALA LUMPUR - Seorang penulis buku yang didakwa pernah menghina Sultan Johor ditahan polis pagi tadi ketika sedang berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66. Lelaki berusia dalam lingkungan 70 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis. Pihak berkuasa turut merampas 13 buku. Beliau kemudian dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC. Difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan. Tiga bulan lalu, penulis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya. Turut ditahan rakan wanita penulis terbabit -SH Syed Hussein Alattas ditahan di PWTC Kerana Jual Buku SSS | ||||
Penemuan gas: Royalti Sarawak wajar dinaik 20% Posted: 29 Nov 2012 03:23 PM PST
Arifiriazul menunjukkan keratan akhbar mengenai penemuan terbaru simpanan gas di perairan Miri. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Sarawak bersyukur dengan penemuan terbaru simpanan gas (gas reserve) di perairan Miri oleh Petronas baru-baru ini. Penemuan gas di lapangan Kuang Utara dan Tukau Timur itu dianggarkan mempunyai simpanan gas sebanyak 4.4 TSCF (trillion standard cubic feet). "Penemuan terbaru ini menunjukkan Sarawak ialah negeri yang kaya dengan hasil asli terutama hasil minyak dan gas," kata Ketuanya, Mohd Arifiriazul Paijo. Justeru, ujarnya hasil gas itu hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, sesuai dengan tuntutan Islam untuk sesuatu hasil hendaklah dibelanjakan untuk negeri tersebut sebelum dipindahkan kepada kerajaan pusat. Tambahnya, fokus utama hendaklah diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas seperti lebuhraya, kemudahan air bersih dan elektrik di seluruh Sarawak serta program-program mensifarkan kemiskinan di kalangan rakyat Sarawak. "Kami menganggarkan pendapatan sebanyak RM43 billion sepanjang operasi pengeluaran gas daripada dua lapangan ini," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, dengan menganggarkan operasi pengeluaran selama 20 tahun, hasil tahunan daripada penemuan terbaru ini ialah RM2.16 billion setahun. "Kami meneruskan tuntutan 20% royalti daripada hasil pendapatan tersebut yang dianggarkan RM430 juta setahun bermula daripada tahun pengeluaran pertama," ujarnya lagi. Dengan jumlah royalti tahunan sebesar itu, katanya kemiskinan di Sarawak dengan kadar 5.3% mampu disifarkan sepenuhnya hanya dalam masa setahun. Dalam masa yang sama, kata beliau sekiranya keseluruhan hasil daripada 20% royalti gas ini dijumlahkan untuk 20 tahun operasinya, kerajaan negeri akan memperoleh hampir RM9 bilion yang dianggarkan mampu membina sekitar 60,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak yang memerlukan. Sehubungan itu, katanya Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah sedar bahawa hasil minyak dan gas Sarawak ialah milik rakyat Sarawak dan hendaklah dikembalikan kepada rakyat Sarawak. "Hasil royalti 20% selaras dengan tuntutan NGO R dan Pakatan Rakyat ini hendaklah disokong oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat Sarawak. "Janganlah berslogan juara rakyat tetapi tidak mahu membela nasib rakyat sendiri," katanya lagi. | ||||
Peneroka Kesedar Lebir dilulus geran tanah Posted: 29 Nov 2012 03:22 PM PST
KOTA BHARU: Setelah tinggal di kawasan rancangan kemajuan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sejak 1980-an, akhirnya impian peneroka mendapat geran hak milik tanah menjadi kenyataan. Seramai 86 peneroka Kesedar Lebir Gua Musang dilulus surat hak milik tanah pada mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat Exco juga turut meluluskan bagi mengazet Akta Tanah di bawah Seksyen 5 di bawah Akta Penempatan Beramai-Ramai (GSA 1960). "Ia bertujuan memberikan hak milik kepada peneroka-peneroka di Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2 membabitkan kawasan seluas 1,291.06 hektar. "Dengan menggazetkan akta tanah tersebut, peluang untuk memberikan hak milik kepada mereka yang terlibat di Felda Chiku 1 dan Felda Chiku 2 dapat dilaksanakan," ujarnya selepas mesyuarat Exco. Pada pertengahan tahun ini kerajaan negeri juga menyampaikan geran lot rumah dan kebun kepada peneroka serta penduduk bukan Islam yang tinggal di Gua Musang pada satu majlis yang diadakan di Dewan Sivik. Sebelum itu pemimpin Umno menghasut dan cuba menghalang peneroka mengisi borang dan membayar premium tanah pada kadar yang minimum bagi membolehkan mereka mendapat geran hak milik tanah. Dan sekarang peneroka bakal mendapat geran tersebut seperti dijanjikan kerajaan negeri tanpa termakan hasutan pemimpin Umno. Husam berkata, geran-geran tersebut akan diberikan kepada peneroka dalam masa terdekat ini. | ||||
Jangan jadikan guru mangsa dendam politik Posted: 29 Nov 2012 03:21 PM PST
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memberi amaran kepada kerajaan Umno BN agar tidak menjadikan guru sebagai mangsa dendam politik mereka. Presiden Pendidik, Normala Sudirman (gambar) berkata, tindakan tersebut hanya akan menambahkan kebencian guru kepada Umno BN. "Mengapa ada campur tangan politik untuk kepentingan sesuatu parti terhadap pendidik yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan. Pemecatan itu didakwa ada kaitan dengan tindakan beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala juga berkata, Umno BN tidak berhak mengongkong kegiatan penjawat awam selepas waktu kerja. "Selepas waktu kerja, seseorang itu berhak melibatkan dalam apa juga aktiviti selagi tidka melangar undang-undang. "Mengikut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga, sebagai seorang warganegara, seseorang berhak menyatakan sokongan mereka terhadap mana-mana pihak kerana ia termaktub dalam perlembagaan Malaysia," tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar Qatrun terus konsisten menyatakan pendirian beliau. "Pendidik simpati dnegan apa yang berlaku ke atas Qatrun dan berharap beliau istiqamah dalam pendirian dan prinsip beliau," katanya. Qatrun yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan disiasat 22 Oktober lalu dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini. Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci. Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas. Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang. | ||||
Kerajaan Negeri Sumbang Dana Untuk Pesta Filem Kemanusian Posted: 29 Nov 2012 03:13 PM PST SHAH ALAM 29 NOV : Kerajaan Negeri menyumbangkan sebanyak RM 33,215 kepada NGO Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) bagi penganjuran pesta filem hak asasi manusia. Exco Kebajikan dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Pesta Filem Hak Kemanusian (FFF) yang dianjurkan oleh KOMAS telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri semenjak tiga tahun lalu. Katanya, FFF2012 lalu yang bertemakan 'Demokrasi: Siapa Bos?' menayangkan dokumentari mengenai isu hak asasi manusia seperti hak mahasiswa berpolitik, hak tanah Orang Asal, hak beragama dan rampasan kuasa di Sabah dan Perak oleh Umno-BN. "Kerajaan Negeri sentiasa menyokong kebebasan maklumat supaya ianya menjadi suatu ketetapan dan pegangan kepada seluruh rakyat di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Adun Hulu Kelang Saari Sungib mengenai dasar Kerajaan Negeri terhadap aktiviti NGO dalam penghasilan filem dokumentari hak asasi manusia. Soalan itu diajukan ketika persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini. Sehubungan itu, sejak 2010 Kerajaan Negeri telah mewujudkan akhbar seperti SelangorKini dan Selangor Times serta saluran media elektronik seperti TvSelangor untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat di negeri ini. Katanya, saluran media alternatif ini juga menghasilkan dokumentari dan filem-filem pendek yang berkaitan dengan isu hak asasi manusia. | ||||
Risalah PAS – Parti Ajaran Sesat diedar di PWTC Posted: 29 Nov 2012 03:07 PM PST Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman KUALA LUMPUR: Sekeping risalah enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar di PWTC sempena perhimpunan agung Umno. Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu. Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut. Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman. Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004. Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau. Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa. Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan. Ia turut memetik ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku." Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid. | ||||
Posted: 29 Nov 2012 03:05 PM PST Beliau terus memperlekehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13. KUALA LUMPUR: Di Dewan Merdeka di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi apa yang pernah diperkatakannya sejak mengambilalih kuasa sejak tiga tahun lalu. Antara fokus intipati ucapan perasmian ke 66 perhimpunan agung Umno pagi ini ialah mengajak rakyat menolak pembangkang dalam pilihan raya ke 13 kelak. Beliau terus memperlekehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13. Beliau tidak menyebut nama Anwar sebaliknya hanya menyebut sebagai Ketua Pembangkang dan bekas Menteri Kewangan ataupun Ketua Umum PkR. Najib juga memperlekehkan PAS, PKR dan DAP yang menurutnya asas perjuangan berbeza walaupun bernaung di bawah satu pakatan. Beliau juga menyebut betapa rakyat perlu terus menyokong Umno dan BN dalam mengemudi negara. Bagaimanapun, beberapa ahli Umno yang ditemui berkata, ucapan Najib sama seperti yang diucapkan dalam perhimpunan Umno tahun lalu atau mana-mana program politik yang lajn. Ismail Utip berkata, ucapan dan peringatan Najib sudah berkali-kali didengar sejak beberapa bulan lalu. `Macam dulu' "Syok…tapi sama macam dulu juga," katanya sambil ketawa. Menurut beliau lagi, ucapan ini merupakan peringatan kepada orang Melayu dan ahli Umno supaya menyokong parti yang boleh membela rakyat. Bagaimanapun, Hamzan Ghani dari Kelantan bertanya adakah ucapan Perdana Menteri itu boleh memberi kesan kepada rakyat Kelantan. "Saya harap Najib boleh merampas Kelantan…kalau tidak semangat itu sia-sia saja. "Adakah pemimpin Umno di Kelantan insaf dengan amanat Najib?," tambahnya. Turut baca: Hanya Umno-BN pilihan rakyat Umno akan perjuang dan pertahankan Islam Petikan ucapan Presiden Umno | ||||
BN bantah projek persimpangan bertingkat Posted: 29 Nov 2012 03:02 PM PST Peruntukan sebanyak RM31.8 juta kepada pemaju i-City Properties untuk membina projek sepanjang dua kilometer itu tidak memberi manfaat. Sidang DUN Selangor SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor membantah pembinaan projek persimpangan bertingkat menghubungkan Lebuhraya Persekutuan yang disediakan dalam Bajet Peruntukan Pembangunan Negeri 2013. Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menyifatkan keputusan kerajaan negeri memberi peruntukan sebanyak RM31.8 juta kepada pemaju i-City Properties Sdn Bhd untuk membina projek sepanjang dua kilometer itu tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat. "Peruntukan itu adalah wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir atau mengatasi masalah kesesakan jalan di beberapa lebuh raya utama di negeri itu," katanya dalam sidang media di lobi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Menurutnya, kerajaan negeri sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bersetuju bahawa pemaju membiayai persimpangan bertingkat ini. Tetapi sekarang dalam bajet 2013 ini pemaju diberi keistimewaan dan mendapat peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut. "Keputusan ini bercanggah dengan dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mengutamakan rakyat, sedangkan banyak permohonan pembangunan tidak diberi peruntukan. Contohnya isu perparitan dan banjir. "Lebih baik peruntukan itu digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir atau mengatasi kesesakan kenderaan di Lebuhraya Persekutuan ke persimpangan NKVE di Bukit Raja…atau lebuhraya Guthrie ke Shah Alam yang sesak pada waktu kemuncak," katanya. Projek sepanjang dua kilometer itu akan menghubungkan Lebuh Raya Persekutuan bermula di Plaza Tol Sungai Rasah dengan Kawasan Pembangunan Seksyen 7, Shah Alam. Menurut Shamsudin, kerajaan negeri tidak prihatin kepada bantahan penduduk di Seksyen 7 ekoran pembinaan projek itu dibuat di kawasan zon penampan (pemisah di antara semua kawasan rekreasi dan hutan simpan). Beliau turut mempersoalkan mengapa projek berkenaan tidak dilaksanakan di dalam I-City, sebaliknya menceroboh zon penampan tersebut. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pengurus projek akan menyumbang keseluruhan kos pembinaan bersama sembilan syarikat swasta dan pemaju seperti i-City Properties Sdn Bhd (i-City) dan IJM Properties. Projek ini juga dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013. | ||||
Posted: 29 Nov 2012 02:53 PM PST Oleh Ahmad Zawawi Hari ini Presiden UMNO memohon maaf lagi. Kita tidak tahu kali yang keberapa. Setidak-tidaknya pada Perhimpunan yang lepas juga beliau ada memohon maaf. Bagi ahli-ahli UMNO setelah menghayati permohonan maaf yang begitu mendayu-dayu ini kita percaya mereka telah bersedia memberikan kemaafan. Lagipun sudah empat tahun lebih kesalahan tersebut berlalu. Ahli-ahli UMNO pun nampaknya yakin yang pada PRU 13 ini "Kek Besar" itu akan dapat dimenafaati oleh lebih ramai ahli. Tidaklah seperti masa-masa yang lalu dimana ia hanya berkisar dikalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja. Yang paling lucu dalam Amanat Presiden pada Perhimpunan 2012 ini dimana beliau meminta ahli-ahli UMNO kembali kepada rakyat - disaat-saat pilihanraya menjelang tiba baru orang-orang UMNO mendapat seru. Apa saja yang Presiden sebut ahli-ahli akan patuh dan percaya. Itu mungkin apa yang ahli-ahli UMNO percaya tetapi bukan keseluruhan para pengundi yang akan menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Kerajaan. Menunggu sehingga tempohnya terhentak kedinding baru hendak diadakan Pilihanraya itu sendiri telah membuktikan Parti yang sedang memerintah amat takut berdepan dengan rakyat. Saya percaya para pengundi (Rakyat Malaysia) yang telah membulatkan tekat dan azam bersama-sama Pakatan Rakyat membentuk Parlimen Ke 13 tidak akan berganjar setapakpun kebelakang walaupun mendengar guruh yang berdentum-dentum itu. Kesimpulannya, masyarakat UMNO/BN mungkin sudah cukup mewah daripada hasil mahsul negara akan tetapi rakyat terbanyak masih tertinggal dibelakang. Jika benar selama 50 tahun lebih UMNO/BN telah membela nasib rakyat mengapa masih ramai rakyat dikalangan yang miskin. Setelah lima dekad memerintah negara masih ada rakyat yang menunggu bantuan rumah PPRT? Diakhiri coretan ini dengan sepotong kata-kata hikmat: Jangan mudah percaya Hujan Sehari boleh menghapuskan kemarau yang sedang dihadapi sejak berpuloh tahun. http://ahmadzawawi.wordpress.com | ||||
Mahfuz tuntut Pak Lah kemuka penjelasan berhubung isu penjual karpet Posted: 29 Nov 2012 05:00 AM PST KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penjual karpet Deepak Jaikishan yang didakwa ditipu oleh pemimpin Wanita Umno kerana perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan beliau. Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri. "Pak Lah perlu beri penjelasan... kita percaya semua dalam pengetahuan beliau, kenapa beliau serah kepada (Perdana Menteri Datuk Ser ) Najib (Razak)," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. Deepak sebelum ini mendedahkan pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM 13 juta dengan disertai jaminan RM72 juta jaminan bank dari seorang Ketua Wanita Umno. Ketua Wanita Umno itu jelas Deepak telah dianugerahkan projek penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). "Seperti ada perjanjian antara Pak Lah dengan Najib," soal Mahfuz. Deepak membawa perkara itu ke mahkamah dan dan menamakan Awan Megah Sdn Bhd bersama Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam pendakwaan kerana didakwa menipunya untuk projek tanah bernilai jutaan ringgit. | ||||
Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak Posted: 29 Nov 2012 04:57 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes. Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut. Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya. Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan. Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut. Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. | ||||
Majoriti Pemilik Tanah Baru Adalah Melayu Posted: 29 Nov 2012 04:55 AM PST SHAH ALAM : Hampir 7,000 hak milik tanah dikeluarkan Kerajaan Negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan empat tahun lalu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bahawa lebih separuh daripada jumlah tersebut juga adalah pemilikan kepada rakyat Selangor yang berbangsa Melayu. Kira-kira sejumlah 3,833 penerima adalah berbangsa Melayu, 1,994 berbangsa Cina sementara 1,171 adalah berbangsa India. Abdul Khalid ketika menjawab soalan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut menyatakan Kerajaan Negeri menggalakkan permohonan tanah secara berkelompok. Kesemua permohonan yang menepati syarat, lengkap dan teratur akan diluluskan Kerajaan Negeri. "Namun terdapat juga isu yang menyebabkan kita menghadapi masalah untuk meluluskan permohonan rakyat," ujarnya yang juga Adun Ijok. Antara isu yang dihadapi Pejabat Tanah Daerah ialah permohonan yang melibatkan rizab kerajaan seperti rizab jalan dan sungai selain masalah teknikal antara kedudukan tanah dan mukim berbeza yang memerlukan laporan berasingan. | ||||
Persimpangan Bertingkat Sebelah I-City Tidak Pakai Wang Rakyat Posted: 29 Nov 2012 04:49 AM PST SHAH ALAM : Persimpangan bertingkat bersebelah I-City akan dibina menggunakan dana yang diperuntukkan oleh tabung Kerajaan Negeri yang menerima sumbangan daripada pemaju-pemaju di negeri ini. Justeru, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias bahawa pembangunan persimpangan bernilai RM 46 juta itu menggunakan dana rakyat. "Kita tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya peruntukan diambil daripada pemaju-pemaju yang membayar mengikut sistem kiraan 'Gross Development Value' (Nilai Pembangunan Kasar). "Ini bermakna, semakin tinggi atau besar pembangunan, semakin tinggi sumbangan kepada Kerajaan Negeri," jelasnya sewaktu perbahasan usul peruntukan pembangunan 2012 di Sidang DNS hari ini. Mengulas lanjut, Abdul Khalid memberitahu keputusan pembangunan persimpangan bertingkat itu diputuskan sebelum tahun 2008 lagi. "Namun, perlaksanaanya tidak jelas maka kita bertindak untuk mengubah cara perlaksanaanya agar kesemua proses dari awal direkod dengn telus dan jelas untuk tujuan audit. "Itulah sebabnya juga kita memasukkannya dalam belanjawan negeri," tegasnya. Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata beliau tidak mencampuri urusan perlaksanaan tersebut. Segala perancangan dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan dipantau oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertindak sebagai perunding bagi projek tersebut. | ||||
Umno sekarang bersatu semasa nyanyi lagu Umno Posted: 29 Nov 2012 04:45 AM PST Aspan Alias, Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat. Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu. TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya. Saya pun menjawab dengan gurauan, "wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan." Rakan saya itu menjawab pantas, "Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?" katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu. Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah. UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan 'initiative' untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai'ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO. Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini. UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin. Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Deepak, Musa: Perwakilan Umno perlu tanya Najib Posted: 29 Nov 2012 04:44 AM PST
Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13). "Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan Najib perlu jawab. "Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily. Selain isu Deepak katanya, perwakilan Umno juga perlu mendesak naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri yang didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan semalam. Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu di belakang Deepak dan Musa yang mahu menekan Najib sehingga kedua-duanya berani tampil mendedahkan hal sebenar di saat Najib dan Umno sedang dalam perhimpunan agung mereka. "Pendedahan ini dibuat pada waktu yang sangat strategik seperti telah dirancang pihak tertentu. "Najib perlu perjelas sama ada Deepak dan Musa ini adalah permainan Muhyiddin untuk menekan beliau untuk berundur, atau ianya memang dakwaan sebenar," soalnya. Sorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut sependapat bahawa ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak dan Musa itu. "Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam. Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib". "Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," jelas Husam. | ||||
Pengundi luar negara: SPR tidak tepati janji Posted: 29 Nov 2012 04:42 AM PST
Menurut Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, SPR sepatutnya membentangkan 'statute paper' dan menteri seharusnya memaklumkan kepada parlimen berkenaan pindaan Peraturan Pengurusan Perjalanan Pilihan Raya. "Malangnya ia tidak ada, sedangkan hari ini adalah sidang parlimen terakhir sebelum pilihan raya yang dijangka berlaku pada bila-bila masa," katanya kecewa. Jelas Fuziah, sewaktu SPR berjumpa ahli-ahli Parlimen mereka mengatakan kertas tersebut akan dibentangkan pada sidang parlimen kali ini. "SPR telah menafikan hak rakyat yang berada di luar negara untuk mengundi," katanya. Turut bersama dalam sidang media ini, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud. Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, perkara ini sudah diputuskan dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya (PAC) yang dibentangkan pada April lepas. Malah katanya, perkara ini tidak melibatkan perlembagaan dan ianya hanya peraturan di bawah kuasa SPR sahaja. "Jadi kita beranggapan setelah jaminan diberi dan diputuskan dalam PAC, ianya akan dibentangkan. Tetapi sampai hari ini tidak ada satu pindaan, maka statusnya sama. "Jadi tidak ada kemajuan baik pulih dan penambahbaikan pilihan raya seperti mana yang kita minta," katanya dalam sidang media. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw meminta SPR menjelaskan mengapa mereka tidak dapat menunaikan janji untuk membuat pindaan tersebut dalam sidang parlimen kali ini. "Apa sebab musababnya, adakah SPR akan bentang pada Mac 2013 nanti?" tegasnya. | ||||
Menteri bohong, JAS tak sokong kondo 29 tingkat Posted: 29 Nov 2012 04:40 AM PST
SHAH ALAM: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berbohong apabila mendakwa projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sebaliknya JAS, melalui satu kenyataan bertarikh 24 Januari 2007, jelas tidak menyokong projek yang dimajukan oleh Dolomite Industries Company Sdn Bhd itu. Bagaimanapun pemaju projek tersebut tetap berdegil meneruskan pembangunan tanpa mengambil kira pendirian JAS, lapor Selangorku. Demikian kata Pengerusi Jawatankuada Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini. "JAS tidak pernah keluarkan surat sokongan seperti yang didakwa Menteri Perumahan dalam laporan Malaysiakini bertajuk "Chor: Dolomite kemuka penyelesaian kejuruteraan" 19 November 2012 lalu," kata Elizabeth. Elizabeth turut menunjukkan laporan JAS yang ditandatangani Pengarah JAS Negeri Selangor, Rosli Zul yang jelas tidak menyokong pembangunan tersebut memandangkan ianya boleh menimbulkan masalah tanah runtuh. Elizabeth juga memberitahu sehingga kini, sembilan blok bangunan komersil projek itu telah disiapkan tetapi belum diduduki kerana masih belum mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC). Terdahulu, Majlis Perbandaran Selanyang ketika era pentadbiran Umno-BN telah memberi kebenaran merancang kepada projek yang terletak di kira-kira 180 meter dari Kuil Mahamariamman, Batu Caves. Bagaimanapun projek itu menerima tentangan masyarakat Hindu yang bimbang ia akan menjejaskan struktur tanah Batu Caves yang merupakan tempat ibadat mereka. | ||||
Cerita selipar Jepun, siput babi jadi modal bahas Posted: 29 Nov 2012 04:35 AM PST Seorang pembahas di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini mencuit hati para perwakilan apabila beliau secara berjenaka mempersoalkan pengunaan perkataan "Islam" dalam nama parti PAS. Ketua pembangkang di DUN Kelantan itu berkata, "Islam" dalam nama parti PAS bukan bermaksud parti itu benar-benar Islam – seperti juga nama objek atau individu tertentu. "Tengok orang pakai selipar Jepun, bukan (maknanya orang itu) Jepun. "(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi juga bukan babi," kata Alwi yang turut mengundang ketawa kecil dari penonton perbahasan di ruang legar PWTC. Alwi seterusnya membandingkan bahawa PKR hanya "mencampurkan" Melayu, Cina dan India berbanding BN yang disifatkannya sebagai "penyatu" Melayu, Cina dan India. Bagaimanapun, ketiga-tiga kelompok kaum itu – yang diumpamakannya sebagai tanaman beras, gandum dan jagung – memerlukan suasana dan persekitaran berbeza untuk tumbuh subur. Katanya, tanaman berkenaan dan terbantut pertumbuhannya jika ditanam bersama di dalam satu bendang. "Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam ladang gandum. Jagung kena tanam ladang jagung. "Apabila bubur, roti dan jagung kita letak sebelah menyebelah barulah kita boleh makan. "Kalau semua kita campur sekali (dari awal) boleh makan tak? "Itulah konsep BN. Bukankah elok pemimpin-pemimpin kita sudah buat sejak dahulu lagi?", soalnya. | ||||
Tuduhan Deepak: Projek mega cah keting dalam Umno Posted: 29 Nov 2012 04:29 AM PST
Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu" "Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'. "Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya. Ditanya mengenai kemungkinan Deepak juga akan melakukan u-turn seperti yang berlaku dalam Akuan Bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam dahulu, Mohamad berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak kerana Najib mungkin akan menggunakan segalanya kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan terdesak ini. "(Isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor) juga tak mungkin duduk sahaja dan berdiam diri dalam keadaan sekarang. "Semua orang tahu dialah yang paling berkuasa sehingga didakwa di sana-sini bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pun takut kepadanya. "Dengan kuasanya yang katanya begitu hebat itu, tentu Rosmah akan buat sesuatu," kata Mohamad (gambar). Tetapi, kata Mohamad, sama seperti kes Balasubramaniam dahulu di mana orang hanya percaya kepada SDnya yang pertama sahaja. Mengulas lanjut mengenai apa yang disifatkannya sebagai "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," beliau berkata, semua mata kini memandang ke arah Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Setakat itu sahaja saya diberitahu, semua mata memandang ke arah Dr Mahathir dan Muhyiddin bila Deepak membuat pendedahan demi pendedahan yang menyusahkan Najib," kata Mohamad. Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. | ||||
Tiada maaf lagi bagi mu, UMNO-BN pada PRU-13 Posted: 29 Nov 2012 04:27 AM PST Oleh Noor Jaafar MAAF?…, tiada maaf bagi mu UMNO-BN, kerana kesalahan yang kamu (UMNO-BN) lakukan bukan sekali malah banyak kali sejak 55 tahun memerintah. Kalau rakyat masih boleh memaafkan UMNO-BN, bermakna rakyat tidak sensitif atau merelakan apa saja kesalahan yang dilakukan pemimpin UMNO-BN sebelum ini. Boleh dikatakan hampir setiap kali dalam 12 kali pilihan raya umum pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO-BN, tetapi rakyat masih 'merelakan' UMNO-BN memerintah negara ini. Ia jauh berbanding sikap rakyat dan pemimpin negara lain, mereka akan tukar kerajaan atau pemimpin meletakkan jawatan jika berlaku dan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah. Hanya pada PRU-12, hasil kerjasama tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, DAP dan PAS, menampakkan rakyat semakin sedar dan mahu menukar kerajaan sebab itu UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti. Kalau tidak lama dulu, UMNO-BN dihantui isu BMF di Hong Kong, kini banyak lagi penyelewengan yang didedahkan menjelang PRU-13 tidak lama lagi, termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene, projek ternak lembu NFC (National Feedlot Corporation) dan PKFZ yang membazirkan ribuan juta wang rakyat. Mungkin rakyat maafkan UMNO-BN kerana mereka tidak faham bahawa duit yang diseleweng atau 'disonglap' pemimpin UMNO-BN itu duit mereka sebab itu UMNO-BN masih dipilih memerintah negara. Rakyat baru bangkit dari tidur Bagaimanapun pada PRU-13 nanti mungkin berlainan, rakyat sudah sedar dan faham, mereka dilihat mula bangkit daripada 'tidur' tidak lagi akan mengizinkan wang rakyat dibelanjakan diselewengkan sewenangnya walaupun UMNO-BN mengumpan mereka dengan pelbagai habuan termasuk BR1M, baucer buku 1Malaysia, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Skim Tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi. Mereka mula yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kerajaan negeri yang diperintah PR membuktikan pemimpin mereka bersih, tidak menyeleweng dan rasuah seperti yang diperakui menerusi laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi kewangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. UMNO-BN lemas, Najib sanggup bersumpah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib nampak semakin 'lemas' sebab itu merayu supaya rakyat memaafkan mereka sekali lagi pada PRU-13 nanti untuk membolehkan UMNO-BN membaiki kesilapan atau terus sebaliknya terus melakukan kesalahan yang sama. Rayuan Najib itu bukan pertama kali, malah sudah acap kali dilafazkan termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke Kelantan, Kedah dan Selangor sebelum ini. Pemimpin PR juga sudah berjanji akan memerintah negara lebih baik daripada UMNO-BN sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan jika mereka gagal rakyat boleh menumbangnya semula pada PRU-14. Sekarang rakyat juga sedar, mereka kini dibebani dengan pelbagai masalah termasuk harga barang mahal, minyak mahal, gaji rendah dan pelbagai hutang, tidak termasuk terpaksa membayar cukai, kompaun saman polis, JPJ dan yang termasuk menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diharamkan di negeri yang diperintah PR. Jauh panggang daripada api berhubung dakwaan UMNO yang mereka membela bangsa Melayu, agama dan negara kerana Kelantan yang diperintah Melayu juga dizalimi, mengutuk pari yang memperjuangkan Islam dan menjahanamkan negara menjadikan wang rakyat macam wangnya sendiri. UMNO-BN cukup takut kalah PRU-13 Atas alasan itulah menyebabkan UMNO-BN cukup takut akan tewas pada PRU-13 nanti sebab itu mereka bertekad akan melakukan apa saja untuk kekal memerintah negara. Sebab itu juga mereka mula memainkan sentimen agama, perkauman dan mengugut rakyat supaya takut memilih PR pada PRU-13 nanti. Sebagai rakyat Malaysia, pencapaian kewangan negara dengan hutang yang begitu banyak tidak langsung membolehkan ia dibanggakan berbanding pencapaian beberapa negara jiran, termasuk Singapura yang tidak mempunyai banyak hasil tetapi sudah begitu jauh meninggalkan Malaysia. Pada saat genting setelah tahu UMNO-BN akan kalah pada PRU-13, barulah Presiden UMNO sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam. Bagaimanapun, rakyat diharap tidak termakan dengan janji manis UMNO-BN itu, malah membuka pintu hati untuk memberi peluang PR menterjemahkan amanah rakyat dengan lebih baik, termasuk menurunkan harga petroleum, membayar royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, hapus PTPTN yakni pendidikan percuma, gaji minimum RM1,200 sebulan, harga kereta lebih murah dan hapuskan tol. – Roketkini.com | ||||
Perwakilan rayu rakyat Kedah beri peluang kedua Posted: 29 Nov 2012 04:25 AM PST Seorang perwakilan dari negeri Kedah hari ini merayu kepada rakyat negeri itu supaya memberi peluang kedua kepada Umno dan BN untuk mentadbir negeri berkenaan selepas kecundang pada pilihan raya umum Mac 2008. Dalam ucapannya, Datuk Othman Aziz menegaskan, Umno Kedah berjanji "menjadikan negeri itu cemerlang, tidak mahu merosakkan kepercayaan rakyat, dan menjadikan negeri itu maju" jika berjaya merampas semula negeri itu. "Kami merayu bagi peluang kali kedua... Tidak ada parti yang membela rakyat selain melalui Umno dan BN. "Ahli Umno dan pemerhati di luar sana, marilah kita berjanji dengan YAB Presiden, bahawa kita akan bingkas bangun, tegas, bekerja kuat supaya menang dan mengambil balik negeri Kedah," katanya membahaskan ucapan dasar presiden. Beliau turut menyeru supaya ahli dan jentera supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikan kepercayaan presiden Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, golongan itu perlu bersatu padu bagi "mengembalikan kuasa kepada BN di negeri itu dan menunjukkan bahawa parti itu lebih baik daripada Pakatan Rakyat di negeri itu". Beliau berkata demikian selepas membangkitkan beberapa persoalan yang menyentuh kelemahan pentadbiran Menteri Besar Kedah dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau antara lainnya membangkitkan isu penebangan balak untuk menjadi dusun dan ladang rakyat yang didakwa menjejaskan alam sekita serta masalah aliran tunai dan kekurangan pelajar yang didakwa dihadapi Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Selain itu, beliau turut menimbulkan dakwaan campurtangan dalam pentadbiran Perkhidmatan Awam Kedah, isu pelaburan di Kulim Hi-tech, dan isu kilang di Papua New Guinea. "Bila tanya MB, (dia kata) saya tak tahu... Kita akan dedah bila tiba masanya," katanya. Mengulas mengenai punca kekalahan Umno di negeri itu, Othman yang juga setiausaha Umno negeri berkata ia antaranya berpunca daripada tindakan kira-kira 4,000 ahli Umno yang tidak tidak keluar mengundi dan membuang undi rosak. Katanya, tindakan itu membolehkan PAS memerintah negeri itu selepas menguasai lima kerusi dan dengan kelebihan undi kira-kira1600 undi atau 0.002 peratus sahaja. "(Oleh) sebab itu kita akujanji, (situasi ini) tidak akan berulang pada pilihan raya akan datang," katanya sambil menambah pihaknya akan memujuk 292,012 pengundi atas pagar daripada lebih 1 juta orang pengundi di negeri itu dengan kerjasama Wanita Umno. Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan komponen BN untuk menarik lebih 150,000 pengundi Cina, lebih 64,000 pengundi India dan termasuk masyarakat Siam. Mereka juga akan bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri serta NGO untuk menarik kira-kira 40 peratus pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun menyokong parti itu. Othman berkata kekerapan lawatan Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddn Yassin ke negeri itu beberapa kali pada tahun lalu dan tahun ini, memberi isyarat bahawa "ada potensi mengambil balik" negeri itu daripada Pakatan Rakyat. | ||||
SPR tidak ikhlas laksana cadangan PSC: Anthony Loke Posted: 29 Nov 2012 04:23 AM PST Roketkini.com Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Foke dalam kenyataan medianya berkata, SPR gagal menepati janji itu meskipun sudah berjanji dalam satu mesyuarat pada 19 November lalu untuk meminda peraturan pilihan raya bagi membenarkan pengundi luar negara mendaftar sebagai pengundi pos. Anthony yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Penambahbaikan Pilihan Raya berkata, pihak SPR sudah berkali-kali gagal mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan pengundi luar negara mendaftar sebagai mengundi. Menurut beliau, ini bukan saja salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH, ia juga merupakan cadangan di dalam laporan PSC untuk "Meluaskan kategori pengundi tidak hadir luar negara kepada semua warganegara Malaysia yang layak." Katanya, pihak SPR sendiri sudah bersetuju dengan cadangan itu dengan memetik sebuah kenyataan media pada April 2012 bahawa, "SPR sudah meneliti syor terbabit dan bersetuju memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos." "Kegagalan SPR untuk membentang sebarang pindaan (di Parlimen) mengenai kelayakan pengundi luar negara untuk mengundi menunjukkan kerajaan Malaysia sebenarnya tidak ikhlas untuk mengadakan pilihan raya yang bersih, adil dan telus," ujar Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP. Malah, beliau berkata, kegagalan SPR itu menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan semua cadangan penambahbaikan yang dikemukakan PSC, termasuk memastikan senarai daftar pemilih bersih daripada sebarang kepincangan. – Roketkini.com | ||||
Rakyat yang akan mengubah kerana UMNO sudah tidak boleh berubah – Lim Kit Siang Posted: 29 Nov 2012 04:19 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Jika beginilah sikap UMNO yang masih tidak pernah mahu berubah sejak dulu, sebab itu rakyat wajar mengubahnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, berkata berdasarkan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ketika merasmikan upacara penutup Forum Antarabangsa 2012 sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-66 pelbagai tuduhan karut dan tidak lojik dilemparkan kepada DAP. Katanya, manakala ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, Muhyiddin melabelkan DAP sebagai "rasis" dan "cauvinis'. "Saya memang tidak sangka seorang pemimpin nombor dua negara yang sebelum ini bersikap sederhana, kini bertukar menjadi kasar dan "bersumpah-sumpah" 24 jam," ujarnya.' Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, tuduhan Muhyiddin itu ternyata tidak benar kerana pemimpin DAP terbuka menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia yang mana rakyat mesti terlebih dahulu menganggap diri mereka rakyat Malaysia sebelum kaum, agama, kawasan atau status sosio-ekonomi," jelas Lim dalam satu kenyataan. Katanya, tomahan Muhyiddin itu bukan lagi sesuatu yang menghairankan kerana tahun lalu dia sudah mencipta rekod sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama yang menipu secara terang-terangan ketika berucap pada perhimpunan yang sama. "Muhyiddin dengan sewenang-wenangnya menuduh DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu malah dia juga menuduh DAP mempunyai agenda menubuhkan negara Republik." ujar beliau. Bagaimanapun, Muhyiddin terus membisu apabila dia dicabar membuktikan tuduhan terhadap DAP, malah jika tuduhan itu benar, mungkin sudah lama DAP diharamkan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Perhimpunan Agung UMNO ke-66 masih di peringkat awal. Kita masih belum tahu siapa pemimpin UMNO yang akan menyerlah dan menjadikan DAP untuk melemparkan pelbagai tuduhan dan kecaman yang tidak berasas, "Najib selalu mengatakan bahawa UMNO mesti berubah atau UMNO akan diubah. "Adakah ucapan pemimpin dan perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menggambarkan bahawa parti itu tidak boleh berubah atau UMNO yang perlu diubah oleh pengundi pada PRU-13 nanti" katanya. Kit Siang berkata, sejak penubuhannya, terbukti DAP sebah parti yang konsisten dan tegas berjuang demi rakyat pelbagai kaum di Malaysia berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan. -Roketkini.com | ||||
Posted: 29 Nov 2012 04:15 AM PST Oleh T.K. Tan Masalah peningkatan kadar kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah tidak terkawal di Sabah bakal menjejas seluruh struktur ekonomi, sosial, demografi dan fizikal Sabah. Baru-baru ini rakyat Sabah telah menyuarakan isu PATI ini sebagai isu yang paling mustahak untuk diselesai oleh kerajaan. Persoalannya, mampukah BN menyelesaikan masalah yang diciptakannya sendiri? Sejarah masalah PATI Sabah bermula hampir sewaktu penubuhan Malaysia. Dalam tahun 1970an, disebabkan persengketaan politik dan agama di selatan Filipina, ramai pelarian berhijrah ke Sabah mencari tempat bernaung. Akibatnya mereka diberi hak status pelarian politik dan dikenali sebagai pelarian IMM 13. Setakat tahun 2009, sudah ada 81,000 penduduk Sabah yang diberi status IMM 13 yang memberi mereka hak untuk bergerak secara bebas dan mencari pekerjaan. Namun penyerapan PATI ini telah bertambah secara mendadak. Oleh kerana kebanyakan pelarian ini beragama Islam terutama yang beragama Islam, mereka dengan senangnya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Sabah. Kesannya, komposisi etnik dan agama Sabah berubah secara mendadak. Pada tahun 1960, 62 peratus daripada penduduk Sabah adalah dari golongan bukan Islam. Pada tahun 2010 pula, penduduk beragama Islam membentuk 65 peratus daripada penduduk Sabah. Penduduk Sabah yang bejumlah 651,304 pada tahun 1970 kini telah meningkat sehingga 3,117,405; pertumbuhan sebanyak 479 peratus, satu angka yang sangat menakjubkan! Pendatang asing kini merupakan 28 peratus daripada jumlah penduduk Sabah. Daripada 3.1 juta penduduk Sabah, dianggarkan 1.7 juta adalah golongan PATI. Mengikut Dr Chong Eng Leong, seramai lebih daripada 800,000 PATI ini telah mempunyai kad pengenalan biru atau kewarganegaraan Malaysia. Senjata Politik Satu program yang disyaki ditaja dan diadakan oleh kerajaan yang dikenali sebagai Projek IC; disyaki dimulakan pada tahun 1990an dengan matlamat untuk merubah komposisi penduduk dan pengundi di Sabah. Ia adalah untuk memberikan kelebihan politik kepada parti-parti tertentu terutamanya dari segi pola pengundian negeri Sabah. Mutalib Md Daud, seorang penulis yang telah banyak menulis mengenai topik PATI di Sabah yang merangkap Setiausaha Eksekutif UMNO Bahagian Silam, menyatakan dalam satu kes mahkamah pada tahun 1999 bahawa beliau mendapati daripada 43,000 ahli baru UMNO yang direkrutkan pada masa itu, hanya 14,000 sahaja mempunyai kad pengenalan (KP) biru yang sah, selebihnya mempunyai KP yang diragui status mereka. (Hakim Muhd. Kamil Awang, Petisyen Pilihanraya No K11, 1999) Penggunaan PATI sebagai pengundi disyaki telah digunakan dengan dahsyat sekali. Di antara tahun 1990 hingga 1994 Sabah berada dibawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS). PBS telah menarik diri dari gabungan BN sejurus sebelum pilihanraya umum 1990. Pada tahun 1994 Sabah mengadakan pilihanraya negerinya (PRN). PBS dijangkakan akan menang PRN tersebut dengan mudah kerana sentimen anti kerajaan pusat yang berleluasa di Sabah ketika itu. Ini kerana Jeffrey Kitingan adik kepada ketua menteri Sabah yang popular ketika itu iaitu Joseph Pairin Kitingan baru saja dilepaskan daripada penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari 1994. Namun jumlah pengundi di Sabah meningkat secara luarbiasa, yakni dalam kadar 17.6 peratus untuk tempoh daripada 1990 hingga 1995 berbanding dengan kadar nasional 13 peratus. Kebanyakan daripada pengundi baru yang didaftarkan ini disyaki adalah daripada golongan PATI. Akhirnya PBS menang tipis dengan majoriti sebanyak dua kerusi DUN sahaja. Setelah PBS jatuh daripada tampuk kuasa dengan hinanya angkara ADUN yang melompat ke BN, BN menerajui semula kerajaan negeri sejak dari detik tersebut tanpa dikalahkan dalam pilihanraya. RCI Dalam tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre pada bulan September lalu, isu PATI disenaraikan sebagai isu yang utama di Sabah (53 peratus). Dalam tinjauan tersebut, sebanyak 87 peratus daripada responden menyatakan keinginan untuk melihat satu Suruhanjaya Diraja Penyiasatan (RCI) ke atas isu PATI ini. Namun, hanya 54 peratus daripada mereka yang maklum balas percaya RCI ini akan menyelesaikan masalah ini. Pada 1 Jun 2012, kerajaan pusat akhirnya bersetuju untuk mengadakan RCI untuk menyiasat masalah berkaitan dengan pendatang asing tharam di Sabah Namun, terma rujukan (TOR) untuk tujuan suruhanjaya tersebut nampak lemah isinya. Satu daripada terma tersebut berbunyi: "Untuk menyiasat jika penganugerahan KP atau status warga negara itu mengikut undang-undang." Pengumuman RCI tersebut hanya berlaku beberapa hari setelah beberapa pemimpin BN Sabah berpaling tadah ke pihak oposisi sebagai membantah sikap kerajaan yang tidak acuh dalam menangani masalah PATI ini. – Roketkini.com | ||||
Ugutan Shahrizat: 13 Mei Jika UMNO Kalah, PAS Akan Buat Laporan Polis Seluruh Negara Posted: 29 Nov 2012 12:08 AM PST Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat. "Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya. "Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya. Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini. Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang. Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat. Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu. "Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu. "Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya. -HD Shahrizat selar media 'pro pembangkang' dalam ucapan penggulungan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan