Biaqpila |
- GEMPAQ!!! BEG BERSOLAT JEMAAH???
- Letaklah jawatan...dah lama sangat dah!
- BUKTI CAKAP NAJIB TAK LEH PAKAI
- Peserta Himpunan Hijau bermalam di Dataran
- TONIK LUAR BIASA NAJIB BELUM CUKUP BAGUS UNTUK SEMANGAT HARIMAU MALAYA... KAH! KAH! KAH!
GEMPAQ!!! BEG BERSOLAT JEMAAH??? Posted: 26 Nov 2012 02:00 PM PST |
Letaklah jawatan...dah lama sangat dah! Posted: 26 Nov 2012 01:00 AM PST Walaupun didoa agar menang oleh seluruh peminat namun malam tadi pasukan Harimau Malaya KO kepada pasukan Singapure! Satu keputusan KO yang sangat mengecewakan peminat bolasepak tanahair! Menonton permainan pasukan Harimau Malaya si Rajagopal malam tadi tak ubah bagaikan menonton perlawanan bolasepak di padang belia sebuah perkampungan kecil di pedalaman negara yang entah di mana. Lembik, berat kaki, pucat muka, garba, lintang kalang, serba tak kena dan macam-macam aksi terencat ada di tengah padang! Macam tu nak mempertahankan juara? Sebenarnya, rasanya para pemain bolasepak Malaysia tidak salah dalam setiap pertandingan jika mereka kalah. Yang salah bukan pemain tetapi aku tetap menyalahkan FAM dan jurulatih! FAM dan jurulatih bolasepak Malaysia tak ada erm dan kualiti dalam mengendalikan FAM dan latihan bola sepak pasukan negara! Dulu zaman Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Presiden FAM, pasukan bolasepak Malaysia benar-benar harimau kepada pasukan lain dalam dunia ini. Dibaham habis pasukan yang menentangnya. Jepun, Korea Selatan, Iran, Kuwait dan lain-lain kecut perut dengan Harimau Malaysia waktu itu. Dengar sahaja nama Syed Ahmad, Abdullah Ali, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, Super Mokh dan lain-lain dua tiga kali pergi kecing pemain lawan sebelum masuk padang! Pasukan Harimau Malaya Rajagopal hari ini? Pasukan Bangla pun bermain sambil gelak-gelak! Begitulah nasib pasukan bolasepak Malaysia, selepas Tan Sri Hamzah Abu Samah pergi dan diganti dengan orang lain. Kini Pasukan bolasepak Malaysia nama sahaja harimau tapi macam harimau tua yang dah tak ada gigi...ek eleh sapalah nak berdebor bila berentap dengan harimau yang macam tu? FAM dan jurulatih bolasepak yang ada pada hari ini terkena penyakit kerajaan Umno/Bn dalam membuat dasar-dasar kerajaan yang tak habis-habis nak berekperimen. Kerajaan Umno/Bn banyak membuat dasar yang mengekperimenkan nasib dan masa depan rakyat, kalau eksperimen berjaya oklah , kalau gagal nasiblah rakyat, janji para kroni tak boleh dirugikan! Apa yang berlaku kepada pasukan yang digelar Harimau Malaya malam tadi adalah padah daripada ekpesimen sang Raja yang tak habis-habis! Rasanya eksperimen sang Raja akan hanya selesai sebaik pasukan Malaysia tersadung dalam piala AF Suzuki ini. Aku tak yakin Rajagopal akan terus berjaya dengan eksperimennya nanti. Untuk mengatasi masalah pasukan bolasepak negara yang ada pada hari ini, aku berpendapat Rajagopal perlu meletak jawatan segera untuk tugas beliau diambil alih oleh jurulatih lain yang lebih kreatif dan bertenaga! Rajagopal sudah tidak kreatif lagi...rasanya sistem latihannya telah bercelaru! Dia mesti berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan. Yang paling penting untuk diinsafi bukan sahaja Rajagopal tapi jugak pengurusan tertinggi FAM. Semenjak peninggalan Tan Sri Hamzah Abu Samah, produktiviti FAM tidak banyak boleh dibanggakan dalam membina pasukan bolasepak kebangsaan yang menjadi minat dan harapan pelbagai golongan dan majoriti rakyat. Pasukan pengurusan tertinggi FAM dalam keadaannya yang ada pada hari ini begitu sukar dan terlalu payah untuk dikritik dan ditegur oleh para pengkritik sukan bola sepak yang telus, jujur dan profesional. Salah-salah kritik bimbang dikatakan tiada adab dan menderhaka pulak.... jadi pakat-pakatlah buat tak kisah...lantaklah! Sampai bila kita mesti begitu? Dengan sebab itu pengurusan tertinggi FAM wajib diubah seperti mana rakyat umum sedang berusaha mahu mengubah Umno/Bn yang telah tidak relevan lagi pada masa ini. Pengurusan tertinggi FAM yang lebih kreatif dan profesional perlu diserahkan kepada mereka yang ahli dan pakar yang berpijak dibumi nyata bukan meletakkan pengurusan FAM dikasta yang terlalu tinggi hingga sukar untuk 'dibelasah' secara profesional dan telus demi peningkatan mutu bolasepak negara. Mudah-mudahan tulisan ini tidak dianggap biadap dan derhaka kerana memang pengurusan tertinggi FAM yang ada pada hari ini sudah tidak mampu lagi mengangkat martabat dan maruah pasukan bolasepak kebangsaan ke tahap yang membanggakan kita semua! Sampai bila kita mesti terus memberi alasan yang karut setiap kali kita gagal? Dan setiap kali gagal para pemainlah yang menjadi mangsa untuk disingkir. Bagaimana pula dengan jurulatih dan sekali sekala salahkah kalau pengurusan tertinggi FAM mengambil tanggungjawab meletak jawatan? Buatlah sekali...dah lama sangat dah pun! garamlada |
BUKTI CAKAP NAJIB TAK LEH PAKAI Posted: 25 Nov 2012 09:49 PM PST Piala AFF: Najib yakin Harimau Malaya bangkit DATUK Seri Najib Tun Razak yakin skuad Harimau Malaya mampu bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan pada siri perlawanan persahabatan bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bermula Ahad ini (malam tadi). Baca selanjutnya di sini *SKUAD kebangsaan tewas 0-3 di tangan Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 malam tadi. DEY MACHA!!! GUA RASA FAM PERLU DIROMBAK SEMULA DARIPADA PRESIDEN SAMPAI TUKANG BANCUH AYAQ KALAU TAK ROMBAK MEMANG LAGU NI SAJALAH HASILNYA KAH! KAH! KAH! BILA ASYIK KALAH,JURULATIH AKAN ROMBAK PEMAIN KALAU ROMBAK PEMAIN PUN DOK KALAH JUGAK KENA ROMBAK JURULATIH LA PULAK KAH! KAH! KAH! |
Peserta Himpunan Hijau bermalam di Dataran Posted: 25 Nov 2012 06:49 PM PST Sebahagian daripada 20,000 orang peserta Himpunan Hijau bermalam di atas jalan berhampiran Dataran Merdeka pada malam tadi selepas menamatkan perarakan aman sejauh 300km dari Kuantan bagi membantah operasi loji Lynas. Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan menunjukkan seramai 200 orang para peserta berkenaan bermalam di situ dan jumlah itu semakin bertambah pagi ini. Walau keletihan namun mereka tetap ceria dan bersemangat, kata ketua publisiti Himpunan Hijau Lee Chean Chung yang menambah, ada di kalangan mereka mengalami sakit otot selepas perarakan tersebut. "Kami, ada persembahan musik, main gitar malam tadi sampai pukul 2 pagi. Kami dalam mood gembira dan merayakan (kejayaan himpunan hijau)," katanya ketika ditemui Malaysiakini. Lee juga berkata mereka akan mengadakan "persidangan rakyat" dengan mengemukakan beberapa resolusi antaranya menghentikan operasi Lynas di negara ini. Katanya, penjelasan itu akan disampaikan oleh peserta yang telah menyertai acara jalan kaki Himpunan Hijau selama 14 hari bermula dari Kuantan ke Kuala Lumpur. "Kita juga berharap ada ahli parlimen dapat hadir memberi sokongan," katanya. Persidangan dan proses memberi penjelasan berhubung resolusi itu akan bermula pada jam 9 pagi. Kumpulan berkenaan turut menerima kunjungan barisan pemimpin DAP – antaranya Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Tak Kok Wai, Fong Poh Kuan dan Chong Eng yang hadir untuk menyertai mesyuarat rakyat bersama aktivis berkenaan pagi ini. Peserta berkenaan turut melaungkan slogan "Stop Lynas, Save Malaysia", Henti Lynas, Tak mahu Lynas", "Malaysia bukan tikus makmal, bukan tong sampah" beberapa kali. MK |
TONIK LUAR BIASA NAJIB BELUM CUKUP BAGUS UNTUK SEMANGAT HARIMAU MALAYA... KAH! KAH! KAH! Posted: 25 Nov 2012 05:03 PM PST Gua pun bukan lah nak salahkan Jurulatih Pasukan Bolasepak Harimau Malaya K.Rajagobal bila beliau mengatakan yang Pasukan Harimau Malaya mendapat suntikan semangat LUAR BIASA atau pun TONIK LUAR BIASA... apabila Perdana Menteri Datuk Seri Hj Seri Najib (DSHN) yang TURUN PADANG menyaksikan seisi latihan SKUAD NEGARA tempoh hari... ialah mungkin beliau rasa TERUJA dengan KEHADIRAN seorang PERDANA MENTERI (PM)... sehingga kata-kata beliau seperti LAWAK 1 MALAYSIA... kah kah kah !. SH Cuma gua nak INGATKAN beliau supaya lain kali JANGAN nak kata kehadiran seorang PM tu umpama TONIK LUAR BIASA beb... kah kah kah... mungkin lah kalau seorang PM yang BERTUAH maka TUAH tersebut sedikit sebanyak akan TERPERECIK kat seseorang atau pun sesebuah pasukan... itu kalau yang BERTUAH beb tapi kalau yang TAK BERTUAH... tak ke yang TAK BERTUAH tu sedikit sebanyak akan TERPERECIK kat badan seseorang atau pun sesebuah pasukan.... kah kah kah ! Cuba lah lu orang BAYANGKAN apa yang akan menjadi TAJUK akhbar dan media Penchacai jikalau keputusan Perlawanan antara Malaysia dan Singapura tadi TERBALIK iaitu Malaysia 3 Singapura 0... kah kah kah... bagai NAK RAK akhbar dan media Penchacai MENGAMPU TELOR NAJIB beb... kah kah kah... antara tajuk sudah tentu berbunyi BERKAT KEHADIRAN DSHN MAKA MALAYSIA BEROLEH KEMENANGAN... mungkin ada juga yang berbunyi SYABAS MALAYSIA KERANA MENDENGAR AMANAT DSHN... kah kah kah !. Lepas itu akan disiarkan lah RAKAMAN komen-komen Penchacai yang sudah tentu mengatakan KEMENANGAN MALAYSIA disebabkan PM TURUN PADANG tempoh hari... kah kah kah... KESIAN gua TENGOK dengan DSHN... UMNO dan ISI PERUT UMNO ni beb... seolah-olah APA SAJA yang DIRANCANG untuk dijadikan MODAL menyambung NYAWA UMNO yang tinggal NYAWA-NYAWA IKAN tu SERBA TAK MENJADI beb... seakan-akan TUAH sudah MENYAMPAH BETUL DENGAN UMNO dan ISI PERUTNYA... kah kah kah !. Untuk itu lain kali suruh lah jangan bagi UMNO dan ISI PERUTNYA MENYEBUK kat sesuatu PROGRAM yang melibatkan NEGARA... kah kah kah... sebab gua nampak banyak sangat SUWEY dia orang ni beb... lu orang tengok lah semasa Badminton Akhir Sukan Olimpik LONDON yang lepas... hampir-hampir PINGAT EMAS sudah boleh DIMILIKI oleh MALAYSIA tapi lu orang sendiri pun dah TAHU apa keputusan nya dan siapa yang punya SUWEY tersebut... kah kah kah !. inderasipejuang |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan