DIALOG RAKYAT |
- Kerajaan Johor Peruntuk RM1 Juta
- Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember
- Pegawai bank sahkan anak Taib belanja RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan
- Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13
- Shah Alam: Pertembungan merebut sokongan Melayu bandar
- Hakim Syarie tolak saksi pegawai bank kes bekas menantu KM Sarawak
- MP Pakatan cabar Najib bentang kertas putih skandal NFC
- SPR sendiri jadi pemerhati negara lain – Bersih
- Akhbar terbesar Hong Kong lapor skandal RM40 juta Musa Aman
- Samseng Umno BN roboh papan iklan KEADILAN
- Murshid: Doa hancurkan organisasi tidak salah
- Tawas: Awal dicemuh, kini dikutuk ramai tidak berdaftar
- Memahami Motif Dua Himpunan
- Peserta Himpunan Hijau Bersurai
- Adun BN ‘wakil Syabas’ bukan ‘wakil rakyat’
- Pra Pilihanraya Umum ke 13 : Faktor & Tawaran Yang Mempengaruhi Undi Anda?
- Agus: Kerusi Parlimen 'selamat' BN bawah 100
- Himpunan Hijau: Pilih k'jaan yang dengar tuntutan
- Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi
- Piala AFF: Malaysia kalah 0-3
Kerajaan Johor Peruntuk RM1 Juta Posted: 26 Nov 2012 03:21 PM PST SEGAMAT: Sebuah pusat hemodialisis di sini akan menerima RM1 juta daripada kerajaan negeri Johor sebagai sebahagian daripada usaha membesarkan projek bangunan baru dengan 100 unit dialisis. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan peruntukan untuk Wisma Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat, Isnin pada majlis pecah tanah bagi projek di Bandar Putra. Projek RM8 juta yang melibatkan bangunan enam tingkat itu dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun depan. Kemudahan baru itu akan dapat menerima sehingga 300 pesakit setiap hari berbanding 150 pesakit pada masa sekarang kata pengerusinya Tan Sri Tan Beng Tong. Pusat ini yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah itu telah ditubuhkan 17 tahun lalu dengan hanya lapan buah mesin. Kini ia mempunyai 45 mesin di pusat utamanya di Segamat Baru dan cawangan di Labis. Tan berkata pusat itu telah mengumpul dana untuk membina sebuah pusat yang lebih besar dengan lebih banyak mesin kerana peningkatan bilangan pesakit berkaitan buah pinggang yang memerlukan khidmat rawatan dialisis. | ||||
Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember Posted: 26 Nov 2012 12:41 AM PST MALAYSIA CHRONICLE TEMERLOH- Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 9 Disember ini di Dataran Rakyat, Kerdau dengan tema "Ubah Sekarang Selamatkan Pahang". Menurut Pengarah Himpunan Dr Hamzah Jaafar, program disertai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), STOP LYNAS, BERSIH, HIJAU MALAYSIA, KERABAT dan ROYALTI. Katanya, program akan bermula pada jam 2 petang dengan acara konvoi bermotorsikal Pemuda Pakatan Rakyat. Kemudian diikuti dengan program santai anak muda yang melibatkan artis, golongan pemuda dan wanita serta kebudayaan Orang Asli. "Pidato pada sebelah malamnya akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu. "Himpunan ini mensasarkan kehadiran seramai 30,000 orang dan himpunan ini bakal mencatatkan sejarah kerana ia akan dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum termasuk orang asal," katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang sebentar tadi. Turut hadir Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng. Kedua-duanya merupakan timbalan-timbalan pengarah program tersebut. Himpunan berkenaan merupakan yang keempat selepas diadakan di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan sebelum sampai ke kemuncaknya di Kuala Lumpur pada Januari akan datang. Dr Hamzah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di antara objektif diadakan himpunan ini ialah untuk menggembeleng kekuatan rakyat bersama Pakatan Rakyat dalam menentang Kezaliman BN. "Himpunan ini juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan pilihan raya yang adil dan media bebas. Di samping memberikan maklumat sebenar terutama mengenai isu pemberian BRIM dan belanjawan rasuah BN. "Justeru itu kami menyeru rakyat di segenap peringkat bagi penyertai program penting ini bagi menyatakan sokongan untuk melakukan perubahan dengan mendengar amanat terakhir sebelum pilihan raya daripada pimpinan," tegasnya. Tahniah pejalan kaki Lynas Dalam pada itu Timbalan Ketua MPP Pahang Ahmad Nizam Hamid mewakili Pakatan Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada pejalan-pejalan kaki anti Lynas dari Kuantan yang selamat sampai ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam. "Kami juga menyeru Kerajaan Pahang ambil serius tentang suara hati rakyat yang menolak Lynas. Masih belum terlambat untuk hentikan projek ini. Lagipun Kerajaan Pusat sudah umumkan Pahang akan mendapat royalti petroleum," katanya.-harakahdaily | ||||
Pegawai bank sahkan anak Taib belanja RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan Posted: 26 Nov 2012 12:34 AM PST "Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib," kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank hari ini. Bukti penyata bank dikemukakan oleh peguam plaintif menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Mahmud Abu Bekir daripada Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM880,958.91. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan mengejut apabila membenarkan saksi pegawai bank memberikan keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan bekas menantu KM Sarawak hari ini. Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menolak permohonan peguam Shahnaz Abdul Majid untuk mengemukakan saksi pegawai bank kerana tidak memberikan notis awal. "Saksi pegawai bank boleh beri keterangan kerana plaintif sudah memberikan persetujuan membenarkan saksi untuk disoal balas seperti yang dituntut oleh pihak defendan," kata Hakim semasa perbicaraan bersambung selepas berhenti untuk makan tengah hari. Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada Januari; RM247,201.91 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91. Selepas keterangan saksi pertama tersebut, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili pihak defendan memohon kepada Hakim untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini supaya memberinya peluang menyediakan soal balas. "Saya pohon kepada yang arif untuk menangguhkan perbicaraan hari untuk saya menyoal balas kemudiaannya," kata Zainul Rijal. Muhammad Abdullah menerima permohonan peguam defendan untuk menangguhkan perbicaraan dan menetapkan tarikh baru pada 24 Disember untuk menyambung perbicaraan semula. Peguam plaintif, Mohd Rafie Mohd Shafie kemudiaannya memberitahu mahkamah bahawa terdapat dua orang lagi saksi daripada bank serta memohon Hakim untuk menetapkan satu lagi tarikh dalam tempoh sebulan memandangkan pihaknya akan mengemukakan sepina ke atas seorang ketua pegawai eksekutif Swiss Bank yang tidak dinamakannya. Perbicaraan hari ini merupakan tuntutan RM100 juta untuk mutaah oleh Shahnaz berikutan perceraiannya dengan Mahmud Abu Bekir dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian. Shahnaz dalam perbicaraan sebelum ini berkata jumlah RM400 juta yang dituntutnya itu adalah masuk akal memandangkan mereka telah berkahwin selama lebih 19 tahun dan suaminya memiliki pendapatan bernilai berbilion ringgit. Dalam permohonan cerai yang difailkannya sebelum ini, Shahnaz, yang mempunyai MBA dalam Kewangan berkata, dia mahu bercerai di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1948 kerana Mahmud Abu Bekir tidak memberinya nafkah batin sejak 2001. Kakak kepada ratu jazz Malaysia itu turut berkata, bekas suaminya itu juga pernah menumbuk mukanya, kepala, mata, disepak di rusuk dan dicekik, disamping penggunaan kata-kata kesat yang menyebabkan emosinya terganggu. Perbicaraan hari ini ditangguhkan sehingga 24 Disember depan, jam 10 pagi. | ||||
Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13 Posted: 26 Nov 2012 12:33 AM PST Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya. Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen "ketika ini", tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar. "Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan. "Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi. "Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi," kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan. "Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya," tambah Mahathir. | ||||
Shah Alam: Pertembungan merebut sokongan Melayu bandar Posted: 26 Nov 2012 12:26 AM PST Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit bagi membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hebat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis dalam pilihan raya lalu. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia. KUALA LUMPUR — Pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor terletak di kawasan yang didiami oleh persara kerajaan, penjawat awam, peniaga, mahasiswa dan pekerja kilang dimana majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu. Pilihan raya umum (PRU) 2008 menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya parti pembangkang menang di kerusi ini apabila Khalid Abdul Samad (gambar kanan) dari PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti besar 9,314 undi. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar sehingga Jun lalu adalah 96,066 orang dimana pengundi Melayu berjumlah lebih kurang 70 peratus, selebihnya adalah Cina, India dan lain-lain. Terdapat dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga dalam kawasan parlimen Shah Alam. Selepas tewas dalam PRU 2008, Umno dan Barisan Nasional (BN) memulakan gerak langkah bagi manawan semula ibu negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia itu. PR nampaknya akan mengekalkan penyandang sedia ada, Khalid sebagai calon pada PRU akan datang, manakala BN pula menurut seorang sumber dari Umno Shah Alam, bakal meletakkan anak tempatan, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin kerana kedudukannya sebagai ketua bahagian Umno sekaligus pengerusi BN Shah Alam. Walaupun tidak begitu terkenal di peringkat nasional, Ahmad Nawawi bukanlah nama yang asing di Shah Alam. Seperti Khalid yang mempunyai keluarga aktif politik iaitu melalui abangnya, Tan Sri Shahrir Samad (ahli parlimen Johor Bharu dari Umno), Ahmad Nawawi juga membesar dalam keluarga yang aktif politik. Beliau merupakan anak kepada bekas Adun Batu Tiga, Datuk Md Zin Sulaiman yang terkenal di kawasan Shah Alam dan pernah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal dari tahun 1982 hingga 1994. Mad Zin meninggal dunia ketika masih lagi berkhidmat sebagai Adun setahun sebelum PRU 1995. Kedudukan Ahmad Nawawi sebagai anak tempatan dan ayahnya yang masih diingati oleh penduduk veteran Shah Alam memberikan kelebihan kepada dirinya untuk menjadi pesaing hebat kepada Khalid. Ahmad Nawawi (gambar kiri) yang ditemui oleh The Malaysian Insider yakin gabungan parti pemerintah itu akan dapat menawan semula kerusi parlimen Shah Alam oleh kerana kekuatan mereka di kerusi kedua-dua kerusi Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik. "Batu Tiga dikategorikan sebagai kawasan putih iaitu diyakini menang oleh BN sementara bagi Kota Anggerik, ianya berstatus putih kelabu dimana ianya dianggap sebagai berpeluang menang tetapi gabungan parti pemerintah tersebut perlu bekerja dengan lebih keras," katanya. Bekas Adun Kota Anggerik itu juga menyatakan BN mempunyai KPI dan pecahan peratusan sokongan realistik sebelum yakin menang dan kekalahan pada tahun 2008 salah satu puncanya adalah faktor calon "payung terjun" . "Kita ada KPI (Key Performance Index) untuk menang di Shah Alam, kita bukan mahukan undi Melayu sebanyak 80 peratus pun, daripada 70 peratus pengundi Melayu disini, kita hanya perlukan 65 peratus menyokong kita, dapat 55 ke 60 peratus pengundi India dan 25 ke 30 peratus pengundi Cina, kita sudah menang selesa dengan majoriti 5000 lebih. "Dengan sokongan orang Melayu yang majoritinya sudah balik kepada BN berbanding dengan dahulu, kita merasa lebih yakin untuk mengambil alih Shah Alam. "Pada tahun 2008, diantara punca kekalahan adalah calon BN, Datuk Aziz (Shamsuddin) sudah tidak lagi diterima oleh orang Shah Alam sehingga menyebabkan BN kalah dengan majoriti besar," katanya. Bekas Exco Selangor semasa pentadbiran Dr Khir Toyo menjelaskan, pada tahun 2008, tahap sokongan orang-orang Melayu terhadap BN berkurangan sama seperti pilihan raya tahun 1999, akan tetapi BN selamat pada tahun 1999 kerana disokong oleh pengundi Cina dan India. "Dalam keadaan sekarang ni, bila kita tengok maklumbalas baik dari orang ramai terutamanya Melayu apabila kita turun kelapangan dan ini memberikan kita keyakinan peluang lebih baik. "Kelab pesara kerajaan pun aktif membantu kita, dulu mana ada orang-orang pencen ni nak bantu kita. Sekarang semua orang datang tawarkan diri mereka kerana risau termasuk juga ahli veteran Umno," tambah beliau lagi. Sepanjang pemerintahan PR, pelbagai peristiwa berlaku kawasan parlimen ini termasuk insiden menyentuh sensitiviti agama Hindu apabila segelintir penduduk seksyen 23 Shah Alam berarak sambil membawa kepala Lembu ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan pusat pentadbiran negeri tersebut. Perbuatan membawa kepala lembu serta menendang lambang binatang suci bagi penganut agama Hindu itu menimbulkan kemarahan. Pakatan Rakyat (PR) walaubagaimanapun turut yakin mempertahankan kerusi Melayu bandar itu walaupun terpaksa berlawan dengan asakan kuat daripada Umno dan BN. Dengan sokongan kuat daripada masyarakat bukan Melayu dan populariti Khalid dikalangan orang Melayu Shah Alam, PR yakin kerusi panas tersebut dapat dipertahankan. Setiausaha PKR cabang Shah Alam, Alias Awang Ibrahim menjelaskan kerja keras yang dilakukan oleh ahli parlimen dan kedua-dua ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail menyukarkan peluang BN untuk merampas kerusi parlimen tersebut. "Kita ambil contoh apabila bertemu dengan orang-orang di masjid dan surau, rata-ratanya gembira dengan wakil rakyat PR. Menurut mereka, wakil rakyat PR lebih mesra dan mudah didekati. "Ramai berkata mereka akan pilih PR pada pilihan raya akan datang," kata Alias kepada The Malaysian Insider. Kota Anggerik adalah salah satu kerusi yang dianggap selamat bagi PR dan merupakan antara yang ditawarkan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor Suhaimi Shafie untuk ditandingi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bajet 2013 telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pusingan kedua BR1M yang dijangkakan akan memberikan kesan besar kepada pengundi dari rakyat kelas bawahan. Sesiapa pun yang mahu menang di Shah Alam perlu memahami budaya masyarakat setempat yang berbeza daripada kawasan-kawasan lain. Walaupun terdapat sejumlah besar Melayu elit yang biasanya bersifat lebih liberal, akan tetapi majoritinya seakan-akan bersetuju untuk tidak mempunyai panggung wayang dan tidak membenarkan penjualan minuman keras dikedai-kedai serbaneka dikala terdapat sebuah kilang memproses minuman keras dalam kawasan parlimen ini. | ||||
Hakim Syarie tolak saksi pegawai bank kes bekas menantu KM Sarawak Posted: 26 Nov 2012 12:23 AM PST Shahnaz ketika ini sedang dalam perbicaraan tuntutan RM100 juta untuk mutaah berikutan perceraian dengan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian. "Saya membuat keputusan menolak permohonan oleh plaintif hari ini untuk membawa saksi pegawai bank bagi memberikan pengesahan ke atas bukti-bukti dokumen yang dikemukakan. "Pihak plaintif tidak memaklumkan awal kepada defendan mengenai perkara ini, malahan defendan memohon untuk menyoal balas saksi yang ingin dibawa oleh plaintif," kata Hakim Syarie, Datuk Muhammad Abdullah selepas mendapat bantahan daripada peguam defendan. Muhammad Abdullah dalam keputusannya juga berkata pihak plaintif boleh membawa semula saksi pegawai bank mereka tersebut tetapi dengan syarat saksi tersebut boleh disoal balas pihak defendan. Namun, peguam plaintif Mohd Rafie Mohd Shafie tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan saksi pegawai bank yang dibawanya adalah bertujuan untuk membuat pengesahan dan bukan untuk memberikan keterangan sebagai saksi. "Saksi yang kami bawa ini hanya akan buat pengesahan tidak sampai lima minit pun. Mengapa pihak defendan tidak bersetuju dengan saksi kami ini? "Mereka bukan beri keterangan saksi, tapi hanya buat pengesahan dokumen bank saja," kata Mohd Rafie dalam penghujahannya. Peguam defendan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula mempertahankan permohonannya menolak saksi pegawai bank tersebut memandangkan beliau berhasrat mahu menyoal balas saksi-saksi yang dibawa plaintif tersebut. Selepas keputusan tersebut, pihak plaintif memohon kepada Hakim untuk menangguhkan kes sementara waktu pada jam 12 tengahari ini. | ||||
MP Pakatan cabar Najib bentang kertas putih skandal NFC Posted: 26 Nov 2012 12:09 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) cabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas putih skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.Cabaran itu dibuat oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Anthony Loke (Rasah), Teresa Kok (Seputeh), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Tian Chua (Batu) dan Teo Nie Ching (Serdang). Minggu lalu, Kerajaan Selangor membentangkan kertas putih pelunasan hutang Talam kepada kerajaan negeri berjumlah RM392 juta dalam sidang Dewan Negeri Selangor. "Dalam kertas putih ini, kita telah berjaya membuktikan bahawa dakwaan kerajaan negeri 'bailout' hutang Talam dan berlaku penyelewengan adalah tidak benar dan tidak berasas. "Kejayaan kita membentangkan kertas putih ini telah membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat bersikap telus, jujur dan tidak menyembunyikan sebarang urusniaga yang melibatkan harta milik rakyat bernilai jutaan ringgit. "Justeru, kami selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan kertas putih skandal NFC," kata mereka dalam kenyataan. Mereka mahu kertas putih tersebut disertakan dengan laporan audit oleh firma antarabangsa, PriceWaterhouse Coopers dan dibentangkan kepada semua Ahli Parlimen serta diedarkan kepada media dan orang awam, sama seperti yang dilakukan Kerajaan Selangor. "Kami mahu Kerajaan Persekutuan menerangkan kepada rakyat bagaimana dana milik rakyat ini telah dibelanjakan dan membentangkan semua perbelanjaan, pihak yang membelanjakan dan aset-aset yang dibeli untuk disemak oleh rakyat," jelas mereka. "Kami dapati terdapat ahli politik BN terlalu lantang mengkritik usaha Kerajaan Selangor mengutip hutang lapuk Talam tetapi menikus dalam isu skandal NFC sedangkan sudah terbukti berlaku penyelewengan dalam penggunaan wang rakyat. "Kami percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri gagal menyediakan kertas putih, maka terbukti BN tidak jujur menguruskan harta rakyat dan tiada alasan lagi untuk rakyat terus menyokong BN pada pilihan raya akan datang," kata kenyataan itu lagi. | ||||
SPR sendiri jadi pemerhati negara lain – Bersih Posted: 26 Nov 2012 12:05 AM PST Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menempelak kerajaan Umno BN yang menolak kehadiran pemerhati luar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin berkata, ia tidak dapat diterima sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri menjadi pemerhati pilihan raya di negara lain. "SPR sendiri ingin jemput pemerhati luar. (Malah) mereka juga jadi pemerhati semasa pilihan raya di negara lain. "(Justeru) saya tidak tahu kenapa jadi isu besar apabila Pakatan Rakyat minta Australia jadi pemerhati luar (dalam PRU akan datang)," katanya ketika dihubungi. Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Malaysia tidak memerlukan pemerhati luar untuk memantau perjalanan pilihan raya akan datang. Maria yang kesal dengan tindakan itu menggesa kerajaan bersikap adil menerima pemerhati luar bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 bersih dan adil. Pada 12 Julai lalu, SPR dilaporkan berminat menjemput badan pengendali pilihan raya dari negara Asean sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU 13. SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu. | ||||
Akhbar terbesar Hong Kong lapor skandal RM40 juta Musa Aman Posted: 26 Nov 2012 12:02 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City. Akhbar tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah itu supaya dibuka semula. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan. "Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini," katanya. Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao. "Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan," kata Lih Kang. "Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya," sambung beliau. Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta. Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah. Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November lalu. Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut. | ||||
Samseng Umno BN roboh papan iklan KEADILAN Posted: 26 Nov 2012 12:00 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR- Samseng Umno BN bertindak melampau merobohkan papan iklan KEADILAN tertera gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan 'Harga Minyak Turun' di kilometer 383 Lebuhraya Utara-Selatan Sabtu lalu. Ia dibina atas tanah milik persendirian penyokong KEADILAN, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang. Iklan tersebut merupakan inisiatif Biro Penerangan Pusat dan KEADILAN Perak sebagai kempen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Menempelak perobohan tersebut, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan. "Ini merupakan petanda tidak sihat dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. "Keganasan berterusan samseng upahan Umno BN melambangkan betapa daifnya mereka kerana sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan demokrasi itu sendiri," katanya ketika dihubungi. Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perobohan tersebut. "Kita telah buat laporan polis dan kita harap pihak polis bersikap adil dalam melakukan siasatan. "Billboard berkenaan dibina atas tanah persendirian bukannya milik Kerajaan Persekutuan, ia sepatutnya tidak menjadi masalah," tegas Muhammad Nur. Beliau juga akan membuat sidang media berkaitan isu ini esok dan mendedahkan secara terperinci bukti papan iklan yang dirosakkan itu. | ||||
Murshid: Doa hancurkan organisasi tidak salah Posted: 25 Nov 2012 09:33 PM PST
Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa. "Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan. "Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi," katanya dipetik Sinar Harian. Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka. Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini. Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang. Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi. Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi. "Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya dipetik akhbar itu lagi. Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik). | ||||
Tawas: Awal dicemuh, kini dikutuk ramai tidak berdaftar Posted: 25 Nov 2012 09:28 PM PST
SHAH ALAM: Pada peringkat awal, penubuhan Tabung Warisan Anak-anak Selangor (Tawas) dicemuh, namun kini ia dipertikaikan pula kerana ramai yang tidak mendapat manafaatnya. Isu ini menjadi pertikaian dalam sidang DUN Selangor hari ini apabila di dibangkitkan oleh Adun MCA dari Sungai Pelek, Yap Ed Wah dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa di DUN Selangor. Beliau mempertikaikan kenapa ramai anak-anak yang lahir di Selangor tidak didaftarkan di bawah skim ini. Ia berdasarkan laporan audit negara yang mendakwa, seramai lebih 300,000 kanak-kanak lahir di Selangor namun hanya kira-kira 18,000 lebih sahaja yang didaftarkan di bawah Tawas. Melalui skim Tawas di Selangor, setiap kanak-kanak yang lahir di negeri ini akan diberikan wang RM100 oleh kerajaan negeri dan dimasukkan ke dalam satu tabung. Tabung ini menjanjikan apabila sampai umur 18 tahun, RM1,500 daripadanya akan dikeluarkan dan diberikan kepada kanak-kanak berkenaan. "Kita minta actuaris yang buat kajian. Bila harijadi ke 18, kanak-kanak ini akan dapat RM1,500," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjelaskan tabung ini dalam sidang DUN. Dalam jawapan itu, Khalid juga meminta Adun Sungai Pelek supaya belajar dari pengalaman Amanah Saham Selangor (ASS) yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang gagal. "ASS buat perniagaan dengan melabur dalam pasaran saham. Akibatnya, ASS rugi misalnya harga asalnya RM1, hasilnya tinggal 10 - 20 sen sahaja. "Tawas lain, kita tidak labur tetapi simpan melalui riserve negeri," kata Khalid yang pernah menubuh dan mengurus Amanah Saham Nasional (ASN) sebelum ini. Khalid mendedahkan, Tawas tidak mendapat kerjasama yang baik dari badan-badan kerajaan Pusat untuk mendaftar seramai mungkin peserta. "Kita cuba nak bangunkan Selangor, tetapi kerjasama sangat tidak menggalakkan," katanya. Khalid membuat penyataan ini ekoran kenyataan Adun Sungai Pelek bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai mekanisma yang baik untuk mendaftarkan peserta Tawas ini. Khalid juga menjelaskan, Tawas ditawarkan kepada anak-anak yang lahir di Selangor bukan dipaksakan kerana ada yang tidak mahu berdaftar dengannya. Exco Kesihatan Selangor, Dr Xevier Jayakumar ketika mencelah mendakwa, berdasarkan pengalaman beliau yang menjaga urusan kesihatan, pihak hospital diberikan arahan agar tidak menyimpan borang-borang Tawas di hospital mereka. Dakwaan ini dibantah oleh Adun Sungai Pelek dan meminta Exco berkenaan mengemukakan bukti bertulis mengenainya. | ||||
Posted: 25 Nov 2012 09:23 PM PST MSO Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdanan dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000. Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uran di mana-mana media massa seperti mana himpunan Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.
Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak hebuh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung. Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN. Kedua himpunan itu membawa maksud dan tujuan berbeza. Ia nampak semacam berlainan tujuan dan matlamatnya. Tetapi jika diamat-amati ia membawa motif dan sasaran yang sama. Himpunan di dataran merdeka menentang Lynas, manakala himpunan di Petaling Jaya mengenai bantahan kepada dasar pendidikan nasional. Kedua-duanya membawa konotasi menentang dan membantah. Satu mengenai alam sekitar satu mengenai pendidikan. Namun kesan ialah kepada kerajaan yang memerintah hari ini. Lynas adalah projek yang dibangunkan oleh kerajaan di Pahang, manakala pendidikan adalah dasar yang digubal oleh kerajaan. Ertinya kedua himpunan itu menyerang kerajaan. Dong Zong membantah dasar pendidikan nasional dan mahu mengekalkan pendidikan vernakular tujuannya mereka mahu diberikan kebebasan mutlak dalam penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina memang mempunyai iltizam yang tinggi untuk apa-apa juga perkara berhubung hidup mereka. Mereka boleh bergaduh dan mereka akan menjadi kiambang yang bercantum antara satu sama lain apabila ada biduk yang menerpa menganggu mereka. Paling ketara ialah kedua-dua penyertaan himpunan itu didominasikan oleh orang-orang Cina. Yang menjadi kepala penentangan terhadap Lynas ialah orang Cina manakala yang menjadi ketua kepada himpunan di Petaling Jaya ialah persatuan pendidikan Cina, Dong Zong. Dalam erti kata lain kedua-dua himpunan itu ada kepentingan dengan orang Cina. Bagaimana pun sedikit menjadi persoalannya ia turut sama dihadiri oleh orang pimpinan politik Melayu dan India. Apakah kehadiran orang Melayu di himpunan Dong Zong itu menandakan mereka menyokong tuntutan itu, mahu memperkasakan bahasa ibunda (Cina)? Kalau jawabannya tidak ternyata mereka sudah terjerat. Termasuk jerat dengan tanpa digunakan umpan adalah sebodoh-bodoh manusia. Naluri sebenar kedua-dua himpunan itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Cuma didalam hal ini orang-orang Cina cerdik dan bijak kerana mereka melakukan kerja sambil menyelam minum air. Mereka terus mengganyang kerajaan yang semakin lemah hari ini atau pun yang sukar untuk akur kepada kehendak mereka. Mereka tahu menghitung dan mentafsir bahasa alam, apabila kerajaan UBN jatuh dan naik kerajaan baru mereka akan menuntut segala apa yang mereka kehendak itu. Ketika itu kerajaan baru akan memenuhinya kerana sebagai membalas budi mereka yang tidak seberapa itu.
Seandaian tuntutan itu sekadar seperti mana dituntutkan hari ini tidak mengapa; untuk memastikan bahasa ibunda mereka kekal dalam sistem pendidikan negara, ataupun alam sekitar dijaga sebaik mungkin agar tidak membahayakan kehidupan rakyat negara ini. Orang Melayu dan kaum lain juga tidak terlepas dari terganggu dengan bahaya alam sekitar. Tetapi apa kata kalau tuntutan itu lebih besar dan jauh dari itu? Ini kena difikirkan dan tanda soal ini harus senantiasa ada di kepala. Dan orang Cina sendiri yang ghairah untuk menumbang kerajaan yang ada dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, perlu juga tidak berlebih-lebihan dalam membuka cita-cita mereka. Apa yang mereka harus sedar dan fahami naluri dan perasaan rakyat Melayu negara ini dan hendaklah senantiasa mengenangkan kepada realiti. Sesiapa pun ada apa saja kalau melencung dari realti ia akan musnah. Terjemah daripada kedua-dua himpunan semalam adalah penolakan kepada kerajaan UBN secara total. Bahawa berilah apa-apa bantuan dan janjilah bulan dan bintang atau dacing versi baru kepada mereka, mereka tidakakan peduli lagi. Orang Cina tidak akan berpaling lagi ke belakang dan apa yang mereka nampak adalah jong besar di hadapan. Mereka telah mengambil mata lebam untuk melihat harapan mereka di dalam bulan. Kepada orang Melayu hendaknya jangan terikut-ikut sangat dengan politik chauvenisme orang Cina. Dan dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas, apa yang ditempa ialah bukan soal kepentingan perkauman dan materialistik tetapi perpaduan dan ukhwah yang hendak dibina atas perasaan keagamaan dan keTuhanan. Orang Melayu jangan lari dari paksi ini dan ia perlu diberikan warning sepanjang masa kepada kaum-kaum lain, bahawa persamaan tindakan politik kita berdasarkan kepada keadilan menurut ajaran agama bukannya bangsa atau kaum jauh sekali duniawi. | ||||
Peserta Himpunan Hijau Bersurai Posted: 25 Nov 2012 09:15 PM PST KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Hijau yang berkhemah semalaman berhampiran Dataran Merdeka, bersurai sebelum pukul 11 pagi, Isnin. Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack memberi ucapan ringkas kepada orang ramai. Seorang lagi pemimpin Wong Chin Huat kemudian memberitahu orang ramai untuk beredar. Antara mereka yang hadir di Dataran ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Exco Selangor Ronnie Liu. Polis kemudian mengalihkan penghalang di sepanjang Jalan Raja. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penghadang telah dialihkan sebaik sahaja penunjuk perasaan meninggalkan tempat itu. Pada Ahad, penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka selepas kumpulan terawal berjalan lebih kurang 300km dari Kuantan 13 hari lalu. Sepanjang perjalanan, mereka telah disertai penyokong lain. Kumpulan itu telah membatalkan rancangan mereka untuk berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum. | ||||
Adun BN ‘wakil Syabas’ bukan ‘wakil rakyat’ Posted: 25 Nov 2012 09:13 PM PST SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang sebenarnya. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat. Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas. Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha. Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid meminta beliau menjelaskan benar atau tidak Kerajaan Negeri telah menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water -NRW). Khalid menafikan hal itu kerana pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sehubungan itu, beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu. Khalid juga menegaskan, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstruktorkan semula pekhidmatan air di Selangor. Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini, kata Khalid, adalah lebih kepada 'Contract Management' bukannya 'Resouce management'. "Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," kata Khalid. Kempen tipu rakyat Khalid juga memberitahu, kempen kekurangan air di Selangor kerana penolakan keraajaan negeri terhadap projek Langat 2 adalah kempen tipu rakyat. "Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai 2 tahun akan datang (selepas ia selesai). "Lebih baik buat kempen kurangkan NRW (dari kempen tiada air)," kata Khalid. "Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik," katanya. Khalid juga berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini lebih kepada pengurusan kontrak bukan pengurusan sumber. "Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selanngor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya. Bagi Khalid, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri tetapi "kita tidak buat dengan betul." "Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (velue for money)," kata Khalid. | ||||
Pra Pilihanraya Umum ke 13 : Faktor & Tawaran Yang Mempengaruhi Undi Anda? Posted: 25 Nov 2012 09:05 PM PST Pilihanraya Umum ke 13 mesti diadakan sebelum 28 April 2012. Jadi Datuk Seri Najib mempunyai masa sekitar 5 bulan sahaja lagi untuk mendapat ilham bagi memilih tarikh pilihanraya Umum ke 13 yang sesuai untuknya…..Oleh itu… Oleh itu, dalam laporan artikel kali ini kami ingin membuat sedikit kajian bagi edisi para Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan samada bulan Disember 2012 ini ataupun pada Mac 2013 yang akan datang, bagi mengetahui "mood" kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini. Termasuklah anda-anda di sini… Pilihanraya Umum ke 13 : Tawaran & Janji Daripada Pemimpin Parti PolitikKesemua 6 pemimpin daripada komponen parti politik yang utama di Malaysia seperti di atas ini akan menjanjikan pelbagai tawaran dan janji kepada anda semua pada Pilihanraya Umum ke 13. Jadi persoalannya, apa sebenarnya yang menjadi pertimbangan yang boleh mempengaruhi undi anda semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Sila undi dan…nyatakan mengapa ianya menjadi pilihan utama anda? P/S : Yang mana tiada dalam senarai sila nyatakan di ruangan komen di bawah ini… Tawaran Yang Mempengaruhi Undian Anda? | ||||
Agus: Kerusi Parlimen 'selamat' BN bawah 100 Posted: 25 Nov 2012 08:59 PM PST SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan. Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu. Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu. Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu. "Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang. "Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online. Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil. "... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012. Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini. "Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi. Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini. "Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi. Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini. Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan, Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas." | ||||
Himpunan Hijau: Pilih k'jaan yang dengar tuntutan Posted: 25 Nov 2012 08:55 PM PST Pemimpin perarakan jalan kaki sejauh 300km ke Kuala Lumpur bagi membantah operasi loji Lynas, Wong Tack, hari ini menyeru para penyokongnya supaya memilih kerajaan yang mendengar tuntutan mereka. Berucap dalam persidangan "mesyuarat rakyat" bersama wakil rakyat DAP dan PKR di lokasi perkhemahan mereka di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini, Wong berkata menyeru supaya golongan itu "memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat" "Kami memerluan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan "Hidup rakyat" dan "Rakyat bangkit" oleh peserta perhimpunan. Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput). Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan berkenaan, Wong berkata kerajaan sepatutnya mengutamakan dan melaksanakan polisi untuk keselamatan rakyat. "Dalam beberapa bulan lagi, kita mencari kerajaan yang mendengar suara rakyat. Itulah aspirasi rakyat. "Kita faham sentimen rakyat... Kami mahu kerajaan yang bersih, menghormati hak asasi, mementingkan humanisme dan suara rakyat. Itu merupakan asas kepada rakyat," katanya. Katanya lagi, kerajaan sepatutnya berkomunikasi dengan mereka berhubung isu Lynas dan alam sekitar memandangkan Himpunan Hijau telah menjalankan pelbagai usaha supaya suara mereka didengari. "Kami sudah berjalan, membuat himpunan selepas perhimpunan, kerajaan sepatutnya melibatkan diri dengan kami. "Kami berjalan lebih 300km, mahu berdialog tetapi mereka (wakil kerajaan) tidak hadir di sini," katanya. Wong berkata, beliau akan pulang ke Kuantan bagi merangka strategi untuk memastikan kerajaan yang dipilih selepas pilihan raya umum mengambil berat suara dan tuntutan rakyat berhubung isu berkenaan. Kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai daripada menduduki kawasan jalan berhampiran Dataran Merdeka. Susulan itu, pihak berkuasa membuka semula sekatan di hadapan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 10.35 pagi untuk membolehkan laluan kenderaan. | ||||
Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi Posted: 25 Nov 2012 03:35 PM PST KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi. "Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta. "Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno. "Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu. Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik). Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah. "Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman," katanya. Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan. "Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara," katanya. "Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama," katanya. | ||||
Posted: 25 Nov 2012 03:29 PM PST Mungkin kekalahan terbit daripada hasil uji kaji Datuk K Rajagobal yang tidak menjadi dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa sebelum ini. Paling mendukacitakan, barisan pertahanan negara gagal mengekang kemaraan kuda tua Lions, Aleksandar Duric yang meledak gol ketiga Singapura pada minit ke-75 sebaik sahaja dimasukkan beberapa minit sebelum itu. Terdahulu, ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak meletakkan juara tiga kali itu di hadapan menerusi dua gol pada babak pertama selepas bijak menyempurnakan peluang ketika barisan pertahanan negara 'terlena'. Malaysia menerusi gandingan Safee-Mat Yo sesekali mengancam kubu Lions dan ada kalanya tampak meyakinkan. Meskipun mempunyai beberapa peluang merapatkan kedudukan, jentera serangan tetap gagal menterjemahkan jaringan sehingga pengadil, Kovalenko Valentin menamatkan perlawanan. Rajagobal ketika ditemui pada sidang media akur dengan kekalahan pertama negara pada aksi pembukaan Kumpulan B. Menurutnya, beberapa kesilapan individu menghukum seluruh pasukan. "Selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama, pemain cuba bangkit. Tapi, salah faham pemain membolehkan Singapura menambah gol ketiga sekali gus mematikan langkah Harimau Malaya," katanya. Sementara itu, pengendali Singapura, Radojko Avramovic berpuas hati dengan keputusan dicapai pasukannya sambil memuji barisan benteng pertahanan mereka yang disifatkannya bermain begitu baik. Kekalahan anak didik Rajagobal meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga tercorot kumpulan. Justeru, pemain negara perlu mencatat kemenangan pada dua baki perlawanan seterusnya menentang Laos (Rabu) dan Indonesia (1 Disember) bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir. Sebelum itu, Indonesia dan Laos berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 pada perlawanan |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan