Sabtu, 24 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka

Posted: 24 Nov 2012 02:00 PM PST


GOMBAK, 24 NOVEMBER: Peserta "Green Walk" yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak.

Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew.

Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat.

Menurut wakil "Green Walk" yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang.

"Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang," katanya

Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kumpulan anti-Lynas masih belum memberitahu polis mengenai rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin ini.

Mengenai usaha pihak untuk menggagalkan perhimpunan di Dataran Merdeka itu, Wong mempertikai elemen apakah yang boleh mengancam keselamatan negara dengan perhimpunan itu.

"Kami berjalan dengan penuh cinta. Rakyat sudah berjalan jauh sehingga 300 kilometer dan adakah masuk akal untuk mereka mohon kebenaran untuk duduk dan meregangkan kaki," katanya.

Pada Isnin lalu, Lynas mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi memproses bahan mentah bulan depan dan semalam lebih 100 kontena mengandungi bijih nadir bumi sudah tiba di Pelabuhan Kuantan dengan kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Kesanggupan Malaysia membenarkan nadir bumi diproses di Kuantan meningkatkan kebimbangan umum berlakunya risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan manusia terjejas dengan bahan berbahaya radioaktif seperti yang berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 80-an. – Roketkini.com

Nurul Izzah saman Utusan, sedia menghadap Sultan

Posted: 23 Nov 2012 07:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau 'menyokong' kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Beliau memohon gantirugi am, teladan, teruk dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menuntut perintah injunksi terhadap Utusan Malaysia untuk tidak menerbitkan berita yang boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau diwakili peguam Hanifa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Utusan pada muka depannya 5 November lalu, memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah".

Lanjutan itu, Izzah pada 9 November membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Utusan, dengan dakwaan bahawa akhbar milik Umno itu memutarbelit kenyataannya.

Sementara itu beliau yang juga Naib Presiden PKR turut menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan berhubung fitnah Utusan itu.

"Saya sudah menyerahkan surat penjelasan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan dan bersedia menghadap Tuanku untuk memberi penjelasan," kata yang dipetik KeadilanDaily.

HD

Tiada ulasan: