Muslimeen United |
TERHOT: Kisah MB Selangor terjumpa HANTU... Posted: 23 Nov 2012 02:44 PM PST Laporan Projek Pendemokrasian Selangor Dedah 134,675 Pengundi Tidak Dikenali SHAH ALAM 23 NOV : Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor dedah Laporan Projek Pendemokrasian. Jumlah ini mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri ini mencecah 1,924,281 orang. Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang. Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita. Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita. Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011. Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan. Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti. Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan. Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka. Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan. Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012. Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita. Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini dan diedarkan kepada Adun. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan. |
Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU Posted: 23 Nov 2012 02:25 PM PST AES mudahkan BN kalah PRU13 NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu. Kalau tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa 'penghisap darah' menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 'Penghisap darah' AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang. Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES. Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan. Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju. Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES. Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya. Situasi menjadi semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Mengikut Mahfuz melalui maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik. Manakala Beta Tegap Sdn Bhd didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES. Yang dipertikaikan Mahfuz macam mana dua syarikat ini boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan pada 2008. "Ini menunjukkan ada yang tidak kena… ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengperkayakan kroni dengan merompak wang rakyat. Ini perompak jalanan namanya," katanya. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan juga bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat itu dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum. Apabila AES dikuatkuasakan nanti tidak tahu nasib rakyat yang menjadi mangsa. Sudahlah sekarang rakyat dibebani dengan pelbagai saman termasuk oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak lama lagi akan dibebankan dengan saman AES pula. Ramai juga yang berang dengan keputusan meneruskan AES dan mereka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang kamera AES di Pekan dan Pagoh. Sekarang rakyat boleh berfikir sendiri, apa sebenarnya yang UMNO-BN dewa-dewakan sehingga menarik balik penangguhan AES. Ini satu lagi membuktikan UMNO-BN lebih utama memperkayakan kroni daripada membela nasib rakyat. Walaupun rakyat diberi pelbagai 'gula-gula' pilihan raya termasuk BR1M untuk memenangkan BN, tetapi habuan itu dengan sendirinya akan terhapus apabila mereka terpaksa membayar saman AES nanti. -roketkini 'Semoga berjumpa lagi di bumi M'sia tanpa Lynas!' |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan