DIALOG RAKYAT |
- Pemuda mahu Harakah cecah 300,000 naskah
- Selangor dakwa 134,675 pengundi tidak dapat dikenal pasti
- Saman Ke Atas Utusan Perlu Menyeluruh
- Rais harap perwakilan perhimpunan Umno lebih serius, kurangkan jenaka
- KPM jawab tiga isu permintaan Pertubuhan Dong Zong
- Chandra: PRU13 ujian besar kekal kestabilan sosiopolitik
- Kafa terima sumbangan Pusat, Umno RM1.2j
- Saifuddin: AGM Umno perlu hantar mesej jelas pikat pengundi atas pagar
- Perkasa: 'Jika ikut Bebas, BN telah menang penuh'
- Peta Lima Kawasan DUN Tidak Lengkap
- PKNS Perlu Berkembang Ke Peringkat Global
- Berakhirnya era BN – Bahagian Pertama
- Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka
- Istilah ‘SaT1M’ Sesuai Diguna Banteras Skandal Pemilikan Tanah Umno-BN
- Belanja RM1.5 Juta Untuk Skim Kesihatan Wanita
- Pengurus: 'Harimau Malaya bukan skuad longlai'
- PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
- Penganalisis: 'Mengapa Tun M pilih Abdul Hadi?'
- P'raya umum fokus utama perhimpunan agung Umno
- Najib minta kaum India nilai semula sumbangan k'jaan BN
- Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati
- Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah Israel
- Umno Dedah Penyelewengan PAS
Pemuda mahu Harakah cecah 300,000 naskah Posted: 24 Nov 2012 03:10 PM PST
Perwakilan mahu editorial Harakah distruktur semula dan sebuah jawatankuasa menapis diwujudkan. Bagi mengikuti apa yang berlaku di sebalik citra Pemuda, ikuti penjelasan diberi Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor. Punca minat pemuda memilih isu Harakah pada muktamar kali ini? Berdasar kepada usul yang dibawa Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mereka mahu Harakah distruktur kembali. Mereka mahu pembaikan kepada Harakah dibuat sebagai organ parti dan wadah gerakan Islam di Malaysia. Pembaikian dimaksudkan dari segi kandungan contohnya petikan-petikan berita yang berlaku di Arab Spring, perubahan di Mesir dan negara Asia Barat lain serta sorotan berita dengan negara-negara jiran. Isu di Syria berkaitan bersekongkolnya rejim Hafiz Bashar yang agak skeptical dengan Iran. Itu sebagai asas teguran dibuat. Jadi saya sebagai sebagai penapis usul kita terima dan ia dibahas dengan agak hangat. Pemuda mencadangkan badan seperti Audit Syariah bagi menapis berita-berita yang akan keluar dalam Harakah cetak dan harakahdaily supaya selari dengan aspirasi parti dan gerakan dakwah. Contoh iklan-iklan yang tidak wajar seperti ubat-ubat kuat biarlah disiarkan dalam akhbar lain. Ketua Pemuda anggota Lembaga Pengarah Harakah? Ketua Pemuda hanya boleh memberi cadangan, namun dengan ada desakan daripada akar umbi yang kita anggap lebih kuat. Kita tidak boleh hendak sekat pandangan-pandangan ahli selaras ruang demokratik bagi mereka menyuarakan pandangan dan ekspresi kebebasan bersuara. Bebas untuk bermuhasabab tetapi mesti beradab. Pemuda pusat juga meraskan Harakah perlu diberi energi baru supaya selaras dengan bilangan ahli sekarang lebih sejuta. Mengambil kita jumlah ahli yang ramai sekurang-kurangnya mesti teredar 300,000 naskah setiap keluaran. Ia pernah dicapai sebelum ini. Jumlah edaran sekarang sekitar 110,000 naskah pemuda menganggap belum selaras dengan jumlah ahli PAS yang ramai. Mungkin ada ahli yang tidak beli Harakah sebagai silent protes. Ini sepatutnya pimpinan dan pihak editorial mengambil kira pandangan yang diluah peringkat akar umbi. Begitu juga ada perwakilan dari Perlis yang mahu agihan siaran berita lebih seimbang. Masalah juga dilihat kerana Harakah hanya memfokus pemimpin-pemimpin tertentu, sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin berbakat. Mungkinkah ada kenyataan pemuda tidak keluar sehingga adanya usul Harakah kali ini? Saya sebagai ketua penerangan merasakan banyak kenyataan Pemuda yang keluar dalam kedua-dua media tersebut. Itu tidak timbul. Tidak wujud diskriminasi. Sebaliknya perlu diwajahkan kembali supaya sesuai dengan organ parti dan gerakan Islam. Harakahdaily perlu dilihat seperti Islamonline dan seumpamanya. Selain itu berita-berita yang dianggap tidak relevan dan sangsi usah dipetik semula. Bagaimana penjelasan mengenai Harakah diberi Setiausaha Agung? Disebutnya Harakah print disemak Ustaz Idris Ahmad, manakala Harakahdaily Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, namun pemuda melihat perlu ditambah kepada satu team seperti Audit Syariat membabitkan lima hingga enam orang yang ada ilmu boleh membantu secara bergilir-gilir. Mereka boleh bertindak sebagai penapis rencana dari ayat ke ayat. Ini kerana Harakah boleh mempengaruhi pemikiran ahli, jadi perlu ditapis dengan lebih teliti. Hendaklah kita berlapang dada dengan pandangan akar umbi. Apa cadangan pemuda? Pemberitaaan mesti diperingkatkan lagi. Kolum rencana ramai cendikiawan yang ada kepakaran dan boleh menulis. Secara peribadi kurang sesuai wartawan Harakah ada kolum mengulas pandangan politik kontemporari. Sebab kita ramai tokoh yang boleh menjadi penulis tamu dan sebagainya. Mungkin golongan medium class dalam PAS tidak memahaminya dan perlu dan pihak yang lebih pakar mengulas sesuatu isu. | |||||
Selangor dakwa 134,675 pengundi tidak dapat dikenal pasti Posted: 24 Nov 2012 03:03 PM PST SHAH ALAM – Kerajaan Negeri mendakwa mengesan seramai 134,675 orang bersamaan dengan 28 peratus pemilih daftar pengundi yang tidak dapat dikenal pasti melalui Projek Pendemokrasian Negeri Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian tersebut mendapati seramai 497,084 pemilih baru pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilih Induk. Katanya, daripada 134,675 pemilih tidak dikenal pasti itu, 51 peratus adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baru dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun. "Daripada aspek bangsa pula, 45 peratus pemilih tidak dikenal pasti adalah berbangsa Melayu, Cina (35), India (13) dan lain-lain (7). "Kita melaksanakan projek ini kerana ragu dan sangsi dengan penambahan bilangan daftar pemilih yang terlalu ramai di kawasan Dun dan Parlimen Selangor," katanya pada sidang media di SUK di sini semalam. Beliau menjelaskan kertas laporan tersebut diedarkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri, semalam. Ketika ditanya pemberita berhubung ciri-ciri pemilih tidak dapat dikenal pasti, Abdul Khalid berkata, beliau akan menjelaskannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mendedahkannya. Menurutnya, Dun Sri Serdang mencatatkan bilangan pemilih tidak dapat dikenal pasti paling ramai iaitu melebihi 9,000 orang, diikuti Subang Jaya (8,000), Hulu Klang (lebih 5,000). Katanya, Bukit Lanjan, Kinrara, Kota Anggerik, Kota Damansara, Sri Muda dan Taman Medan masing-masing mencatatkan lebih 4,000 pemilih. Abdul Khalid berkata, kajian tersebut mendapati terdapat lima kawasan Dun tidak mempunyai peta lengkap iaitu Sungai Panjang, Sri Serdang (daerah mengundi tidak wujud dalam peta), Damansara Utama (sempadan tidak dibetulkan), Hulu Klang, Sementa dan Selat Klang (sempadan daerah mengundi tidak jelas). "Kajian ini membuktikan kebimbangan kita terhadap peningkatan jumlah pengundi meragukan di kawasan Dun tertentu adalah berasas dan kukuh. "Sehubungan itu, kita akan membawa hasil kajian ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan penjelasan sebelum tindakan lanjut kita ambil sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya. Ketika ditanya pemberita, bila laporan tersebut akan diserahkan kepada SPR, Abdul Khalid berkata, beliau akan menyerahkan selepas berakhir sidang Dun dijangka minggu depan. | |||||
Saman Ke Atas Utusan Perlu Menyeluruh Posted: 24 Nov 2012 03:00 PM PST MSO Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu., pada 5 November lalu. Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates. Sebelum ini sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan. Kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit. Bagaimana pun akhabr berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang. Mengenai hal ini sukaciata dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu. Saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vandor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan. Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan. Sudah pasti kalau agen-agesn kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan. Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko. | |||||
Rais harap perwakilan perhimpunan Umno lebih serius, kurangkan jenaka Posted: 24 Nov 2012 02:56 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula Selasa ini akan menumpukan kepada perkara-perkara lebih faktual dan mengurangkan jenaka serta gelak ketawa. Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Tahun lalu berlaku banyak berjenaka, ketawa...sehingga 'kerja rumah' yang paling penting kadangkala dilupai. "Diharapkan kali ini tumpukan betul-betul kepada pergolakan, bagaimana mengatasi perpecahan dalam masyarakat Melayu misalnya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyertai acara Sepetang YB Menteri KPKK Bersama Mahasiswa Mahasiswi Universiti Malaya (UM) sempena Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di UM, di sini hari ini. Rais juga berharap agar perwakilan juga tidak mengemukakan pandangan-pandangan yang membawa kepada isu perkauman sehingga memecahkan konsep ummah sebaliknya fokus pada cara bagaimana menegakkan perjuangan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Sementara itu menyentuh mengenai PMS, Rais berkata kementeriannya akan membiayai satu segmen industri kreatif di UM bagi menjayakan pelan dasar industri kreatif negara. "Melalui program hari ini KPKK akan mengumpulkan data untuk menentukan kecenderungan aspek seni budaya mahasiswa UM yang memerlukan bantuan dan bimbingan KPKK. "Kita (KPKK) boleh bantu dari segi latihan dan kepakaran dalam beberapa aspek atau mereka boleh sertai bengkel di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)," katanya. Beliau berkata program yang juga telah dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bertujuan mencungkil potensi mahasiswa yang berminat dalam industri kreatif ke arah produktiviti tinggi dalam bidang tersebut. - Bernama | |||||
KPM jawab tiga isu permintaan Pertubuhan Dong Zong Posted: 24 Nov 2012 02:55 PM PST SINAR HARIAN KPM malahan akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, katanya. "Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) juga djamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ini dikukuhkan dengan penyataan di dalam PPPM Bab 7 muka surat 7 hingga 16," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab isu yang diutarakan dalam memorandum daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini. Seramai 20 orang wakil Dong Zong yang diketuai oleh Pengerusinya Dr Yap Sin Tian telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz 26 Sept lalu. Abd Ghafar berkata, kerajaan tidak berhasrat mengubah status atau ciri SJK malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan Malaysia mempunyai kelebihan daripada legasi yang pelbagai dan satu-satunya negara di luar negeri China yang mempunyai SJKC. Mengenai pertambahan masa pembelajaran Bahasa Malaysia ke 570 minit seminggu yang dikatakan boleh menjejaskan bahasa ibunda, beliau menjelaskan pertambahan tersebut hanya bagi murid-murid kelas pemulihan di tahap 2 SJKC yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu dan hanya meliputi 30 peratus sahaja. "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan Tahun 1, pada tahun 2014 kohort murid Tahun 1 2011 akan berada di tahun 4 (Tahap 2 KSSR). "Pertambahan masa Bahasa Malaysia di SJKC bagi Tahap 1 ialah daripada 270 minit kepada 300 minit manakala bagi Tahap 2 pula ialah daripada 180 minit kepada 270 minit," katanya. Namun katanya, perbezaan ini harus dilihat dalam konteks dua sistem yang berbeza iaitu peruntukan masa bagi tahap 2 180 minit bagi KBSR dan 270 minit bagi KSSR. Katanya, pertambahan kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu atau 300 minit adalah tidak diwajibkan kepada semua murid SJKC kecuali yang memerlukan sokongan kelas pemulihan sahaja. Oleh itu pertambahan waktu Bahasa Malaysia bagi Tahun 4 hingga 6 sebenarnya ialah daripada 180 minit kepada 270 minit. "Pertambahan masa satu jam sehari adalah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia bagi murid yang dikenal pasti tidak menguasai tahap minimum penguasaan bahasa tersebut di Tahun 4 hingga 6 di SJKC dan SJKT. "KPM berpandangan adalah lebih baik murid-murid yang belum menguasai bahasa ini dikenal pasti lebih awal di tahun 4, 5 dan 6. "Dengan adanya sesi pemulihan selama satu jam setiap hari kepada mereka yang tidak menguasai tahap minimum, dapat membantu mereka menguasai bahasa berkenaan sebelum mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah," katanya. Dalam masa yang sama, katanya kerajaan mengakui bahawa bahasa ibunda adalah penting dan menggalakkan rakyat menguasai Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. Sementara itu, Abd Ghafar turut menyatakan rasional terhadap pelaksanaan murid-murid tahun 4 hingga 6 dari SJKC yang perlu mengikut sukatan seperti Sekolah Kebangsaan. "Hasrat dan rasional cadangan pelaksanaan adalah bertujuan membolehkan murid SJK dapat menguasai kemahiran Bahasa Malaysia lebih cepat sebelum mereka masuk sekolah menengah yang akan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya". Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid dan menambah baik transisi SJK ke sekolah menengah dan mengekalkan murid di sekolah. - Bernama | |||||
Chandra: PRU13 ujian besar kekal kestabilan sosiopolitik Posted: 24 Nov 2012 02:59 AM PST KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah ujian terbesar kepada rakyat dalam mempertahankan kestabilan struktur sosiopolitik sedia ada di Malaysia, kata Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar hari ini. Menurut beliau, pilihan raya umum kali ini adalah cabaran bagi rakyat untuk mengekalkan kestabilan sosiopolitik negara seperti yang dikecapi seperti sebelum ini. Beliau berkata, keghairahan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang ingin meruntuhkan sosiopolitik negara perlu dihapuskan dengan serta-merta melalui pilihan raya akan datang. "Sekiranya rakyat menghargai sistem sosiopolitik kita yang berjaya sekian lama, jika mereka menghargai kewujudan keamanan sedia ada, mereka harus mempertahankannya melalui undi dalam pilihan raya. "Pilihan raya yang ke-13, kita tolak sama sekali mereka yang mahu rosakkan sistem sosiopolitik kita yang telah lama berjaya. "Sekiranya kita tak menolak, individu dan makhluk tertentu dengan sosiopolitik ini akan menyebabkan anak-anak kita akan menghadapi masalah," katanya pada forum Perhimpunan Barisan 1Malaysia Untuk Masa Depan Rakyat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini. Dalam pada itu, Chandra berkata, rakyat perlu terus mempertahankan sistem sosiopolitik sedia ada untuk menjaminkan masa hadapan generasi akan datang. | |||||
Kafa terima sumbangan Pusat, Umno RM1.2j Posted: 24 Nov 2012 02:58 AM PST MACHANG - The Red Warriors (TRW) menerima sumbangan masing-masing bernilai RM1 juta daripada Kerajaan Pusat dan RM200,000 daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan sebagai tanda sokongan bagi meneruskan saingan bola sepak musim depan di sini, hari ini. Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak Kelantan yang menunjukkan kejayaan luar biasa sepanjang musim ini. Katanya, gelombang kejayaan TRW membuktikan kehebatan pasukan bola sepak Kelantan serta penyokong-penyokongnya. "Saya berharap penyokong terus berdiri teguh di belakang TRW bagi memastikan lebih banyak kejayaan dapat digondol pada musim akan datang. "Bola sepak bukan sekadar sukan tetapi platform yang mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang dan parti politik," katanya ketika berucap pada Karnival TRW di Sekolah Kebangsaan Machang 1 di sini. Hadir sama, Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub. Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, wang tersebut memberi sumbangan yang besar bagi memantapkan pasukan itu. Katanya, setiap tahun pihaknya menerima sumbangan daripada Kerajaan Pusat seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan itu. "Kira-kira 30 peratus daripada dana pasukan setiap tahun adalah daripada Kerajaan Pusat dan kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi kepercayaan yang tinggi kepada TRW. "Biarpun 'kehilangan' pemain yang bernilai dan ada ura-ura yang mengatakan terdapat penaja yang ingin mengundur diri atas kehilangan itu namun Alhamdulillah , TRW menerima banyak tawaran penajaan bagi musim depan malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia adalah penajaan terbanyak yang akan kami terima," katanya. | |||||
Saifuddin: AGM Umno perlu hantar mesej jelas pikat pengundi atas pagar Posted: 24 Nov 2012 02:56 AM PST SHAH ALAM - Umno perlu menggunakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM), yang berlangsung minggu depan untuk menghantar mesej jelas kepada pengundi-pengundi dikategorikan sebagai golongan "atas pagar", kata Datuk Saifuddin Abdullah. Ahli Majlis Tertinggi ini yang menamakan golongan atas pagar sebagai "golongan pertengahan" bakal memainkan peranan yang penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Menurut Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, mereka (golongan atas pagar), seramai 30 peratus daripada pengundi iaitu peratusan terbesar dalam sejarah PRU. "Walaupun majoriti 70 peratus yang lain dijangka undi (Barisan Nasional) BN, tapi belum sampai 50 peratus. "Bermakna golongan ini bakal main peranan yang paling penting iaitu menentukan keputusan PRU13, dari dua segi, jumlah kerusi dan undi popular," kata beliau dalam satu kenyataan SMS, hari ini. Perhimpunan tahunan Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini - yang terakhir sebelum PRU13. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, golongan pertengahan masih menerima isu-isu politik yang lazim, "yang saya gelar 'pengharapan pembangunan' seperti prasarana, pendidikan, pekerjaan dan kebajikan." "Juga pemimpin yang mesra rakyat. Tapi, mereka mula menyoal tentang pelaksanaan. Lalu muncul soal-soal ketelusan, ketirisan dan rasuah. "Di samping itu, kini mereka menekankan isu-isu baru iaitu 'pengharapan demokrasi' seperti kebebasan bersuara dan media, hak asasi manusia dan minoriti, federalisme, integriti, pengurusan kewangan, keadilan sosial, kelestarian ekonomi, dan alam sekitar, kesaksamaan gender, penghakupayaan mahasiswa/belia, sistem pilihan raya dan inovasi demokrasi. "Mereka mahu pemimpin yang membawa pemikiran dan budaya politik ke tahap yang lebih tinggi," kata beliau lagi. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, pengharapan golongan pertengahan telah berubah. "Justeru Umno mesti berubah. Kita ada rekod cemerlang memenuhi pengharapan pembangunan. "Tetapi PRU12 tunjukkan yang kita belum menguasai pengharapan demokrasi. Jadi, kita perlu tingkatkan kewibawaan dalam hal ini. Kita perlu lebih komited menjuarai pengharapan demokrasi," katanya sambil menambah bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah melakukannya melalui transformasi politik. Najib juga Pengerusi BN. "Namun orang luar anggap Umno belum berubah. Perhimpunan ini pentas terbaik untuk tunjukkan kita benar-benar telah berubah," katanya lagi. | |||||
Perkasa: 'Jika ikut Bebas, BN telah menang penuh' Posted: 24 Nov 2012 02:55 AM PST KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini. Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu. Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa. "Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh. "Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang. "Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini. Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu". Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN. "... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi. Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat. Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan. "Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang. "Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya. | |||||
Peta Lima Kawasan DUN Tidak Lengkap Posted: 24 Nov 2012 02:28 AM PST SHAH ALAM : Kajian Semakan Daftar Pemilih Negeri Selangor sepertimana dilaporkan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor mendapati terdapat lima kawasan DUN di mana peta didapati tidak lengkap. Antara lain terdapat daerah mengundi yang tidak wujud dalam peta, sempadan kawasan yang tidak dibetulkan serta sempadan daerah mengundi yang tidak jelas. Kawasan DUN yang terlibat ialah DUN Sungai Panjang, Sri Serdang, Damansara Utama, Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang. Bagi DUN Sungai Panjang, daerah mengundi Parit 2 – 5 didapati tidak wujud dalam peta sama seperti ketidakwujudan daerah mengundi Sri Aman di kawasan DUN Seri Serdang. Sementara itu, sempadan antara Damansara Jaya Utama dan Selatan di DUN Damansara Utama juga didapati sehingga kini tidak dibetulkan. Untuk kawasan DUN Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang, laporan khas tersebut juga memaklumkan sempadan daerah-daerah mengundi ketiga-tiga kawasan ini tidak jelas. Tahun lalu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan satu sekretariat khas berikutan penambahan 497, 084 pengundi baru sepertimana yang diperolehi daripada rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM). Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dilantik sebagai Pegawai Koordinasi dan pemantau bagi perjalanan Projek Semakan Daftar Pemilih bagi suku ke-4 tahun 2011. Semakan daftar pemilih dilakukan ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. | |||||
PKNS Perlu Berkembang Ke Peringkat Global Posted: 24 Nov 2012 02:10 AM PST SUBANG JAYA : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disarankan untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dan berani menceburi bidang-bidang baru. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PKNS perlu membuat anjakan pemikiran supaya ia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan hartanah dan perumahan di Selangor sahaja. Ianya bagi memastikan perbadanan yang ditubuhkan sejak tahun 1964 itu mampu bersaing dalam dunia perniagaan di peringkat global. Ujar Abdul Khalid, PKNS perlu belajar kejayaan perniagaan daripada Permodalam Nasional Berhad (PNB) dan syarikat Guthrie yang berjaya berkembang di peringkat global dalam beberapa bidang perniagaan strategik. Abdul Khalid berkata, PKNS juga boleh mengambil contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Johor (PBNJ) yang mengembangkan perniagaannya ke rantau Asean. "Sekarang PBNJ bukan sahaja berjaya dalam bidang hartanah tetapi juga berjaya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan, sektor perladangan dan beberapa bidang lain," katanya. Abdul Khalid berkata demikian semasa Merasmikan Hari Keluarga PKNS di Padang Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya di sini. Semetara itu, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, sokongan ahli keluarga memberikan galakan kepada kakitangan PKNS untuk menjayakan misi dan visi syarikat tersebut. "Malah dengan semangat dan dokongan padu mereka inilah maka maka PKNS dapat kukuh berdiri selama 48 tahun," katanya. Program itu dirancang untuk mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan mengukuhkan hubungan ukhuwah antara warga kerja PKNS dan keluarga mereka. Turut hadir Exco Selangor, Teresa Kok dan Ahli-Ahli Lembaga PKNS serta kira-kira 2,000 warga kerja dan keluarga PKNS. | |||||
Berakhirnya era BN – Bahagian Pertama Posted: 24 Nov 2012 02:08 AM PST Oleh Liew Chin Tong Barisan Nasional merupakan kerajaan bukan-komunis yang yang paling lama memerintah melalui pilihanraya demokratik (walaupun semua orang tahu bahawa terlampau banyak manipulasi dan taktik kotor digunakan oleh BN). Namun demikian, setelah lebih setengah abad (sejak zaman pemerintahan Perikatan pada 1955), BN sudah tua dan uzur serta semakin lemah dan lelah. Ia sudah lapuk dan usang serta tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia. Gugurnya BN dari arena politik negara hanya menunggu masa sahaja. Lima sebab utama berakhirnya era BN adalah: * BN semakin tidak popular BN semakin tidak digemari pengundi pelbagai kaum di kawasan bandar, pengundi pelbagai kaum di kalangan wanita, pengundi muda pelbagai kaum di-bawah umur 40, pengundi bukan-Melayu di seluruh negara dan pengundi Bumiputera bukan-Islam di Sabah dan Sarawak. Kumpulan-kumpulan ini marah dengan kepimpinan BN yang diterajui UMNO yang lebih mementingkan kroni mereka sahaja. * Gula-gula politik BN gagal beli undi Senjata lazim yang dipakai oleh BN untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya lalu, iaitu wang, sudah semakin tumpul. Sehinggakan trend masakini ialah para pengundi sudah bijak untuk menerima habuan kerajaan tetapi tidak mengundi BN kerana mereka tahu ia bukan duit dari poket pemimpin BN, sebaliknya ia adalah wang milik rakyat. Ia cuma seperti harta kembali kepada tuan yang asal. Habuan seperti BR1M, sama yang diberi tahun lalu atau tahun depan sebenarnya adalah daripada cukai pendapatan rakyat, dan dengan itu, rakyat sudah sedar bahawa tidak perlu rasa terhutang budi apabila menerima bantuan yang sememangnya hak dan milik rakyat sendiri. * Amalan kronisme BN yang menjadi-jadi Kerajaan BN yang sekian lama mengamalkan amalan nepotisme dan kronisme terus dan akan meneruskan amalan terkutuk ini yang telah menyebabkan banyak kumpulan rakyat terpinggir dan terbiar. Selagi BN kekal berkuasa, amalan pilih kasih dan diskriminasi itu akan menjadi corak pentadbiran negara yang menimbulkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran. * Ancaman inflasi yang tidak terkawal dan ketidaktentuan ekonomi Masalah ekonomi yang hanya mengkayakan kapitalis yang sudah kaya tetapi memiskinkan rakyat yang gigih berusaha sudah menjadikan kelaziman BN, khususnya sejak awal tahun 1980-an. Keadaan ini menyebabkan tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi negara. Sebagaimana yang diucapkan oleh tokoh sains dunia Albert Einstein, "Kegilaan bererti melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berlainan." Kata-kata ini mengajar kita bahawa kalau hendak kepada perubahan, yang pertama, amalan yang buruk atau tidak baik mesti diubah terlebih dahulu! * Kemunculan media alternatif Kemunculan media alternatif telah memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan berita-berita dan warta-warta yang bernas dan tidak berat sebelah tentang urusan pentadbiran negara. Rakyat sudah semakin tidak percaya lagi dengan media besar kawalan BN yang hanya menyiarkan berita kebaikan pemerintah tetapi mengutuk segala kebaikan Pakatan Rakyat serta masyarakat sivil. Media seperti Utusan Malaysia dan TV3 serta sekutu-sekutu mereka telah terbukti berniat jahat dengan menyiarkan fitnah yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara. Nasib baik rakyat Malaysia sudah matang dan sudah fasih dengan taktik kotor media kawalan UMNO itu, dan menjadikan suara kerajaan BN tersebut semakin tidak relevan. – Roketkini.com Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP. Rencana ini ditulis dengan kerjasama dam bantuan Soh Boon Hong Bahagian kedua: Bagaimana Pakatan Rakyat dapat mengembalikan maruah dan harga diri rakyat Malaysia | |||||
Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka Posted: 24 Nov 2012 02:06 AM PST Roketkini.com GOMBAK: Peserta "Green Walk" yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak. Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew. Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat. Menurut wakil "Green Walk" yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang. "Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang," katanya Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kumpulan anti-Lynas masih belum memberitahu polis mengenai rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin ini. Mengenai usaha pihak untuk menggagalkan perhimpunan di Dataran Merdeka itu, Wong mempertikai elemen apakah yang boleh mengancam keselamatan negara dengan perhimpunan itu. "Kami berjalan dengan penuh cinta. Rakyat sudah berjalan jauh sehingga 300 kilometer dan adakah masuk akal untuk mereka mohon kebenaran untuk duduk dan meregangkan kaki," katanya. Pada Isnin lalu, Lynas mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi memproses bahan mentah bulan depan dan semalam lebih 100 kontena mengandungi bijih nadir bumi sudah tiba di Pelabuhan Kuantan dengan kawalan ketat luar biasa pihak polis. Kesanggupan Malaysia membenarkan nadir bumi diproses di Kuantan meningkatkan kebimbangan umum berlakunya risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan manusia terjejas dengan bahan berbahaya radioaktif seperti yang berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 80-an. – Roketkini.com | |||||
Istilah ‘SaT1M’ Sesuai Diguna Banteras Skandal Pemilikan Tanah Umno-BN Posted: 23 Nov 2012 10:25 PM PST SHAH ALAM, : Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim. Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah. "Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011," katanya. Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera. Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan. Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta. Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi. "Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta. "Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya," katanya. Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan daripada Suee Lim berhubung pemilikan tanah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menggunakan sistem terbuka (sistem digital) tanpa perlu merujuk kepada pejabat daerah. Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semua pemilikan tanah bagi memastikan ia dilakukan secara tertib tanpa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak. "Sekiranya pembelian tanah itu tidak digunakan seperti yang dicadangkan, maka Kerajaan Negeru berhak untuk mengambil semula tanah itu. Kita perlu meneliti dokumen pemberian dan jika wujud salah guna kuasa, maka kita boleh ambil tindakan undang-undang," katanya. | |||||
Belanja RM1.5 Juta Untuk Skim Kesihatan Wanita Posted: 23 Nov 2012 10:22 PM PST SHAH ALAM : Sehingga kini, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM1.5 juta bagi memberi manfaat kepada 17, 582 wanita di Selangor untuk menikmati program Kesihatan Wanita. Menurut Exco Wanita, Dr Rodziah Ismail, sejak mula program ini diperkenalkan pada tahun 2010, kaum wanita mula sedar bahawa mereka perlu mengambil peluang ini untuk memeriksa kesihatan mereka. "Jumlah penyertaan ini saya kira sangat memberansangkan kerana wanita kini lebih mengerti keperluan mereka untuk menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk keluarga. "Daripada jumlah tersebut, seramai 115 daripada mereka disyaki menghidap kanser," jelas Rodziah menjawab soalan lisan daripada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. Tambahnya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 5.2 juta untuk menjayakan program kesihatan wanita iaitu peruntukan RM1 juta bagi setiap tahun. "Saya harap para YB di dalam dewan dapat meuar-uarkan mengenai program ini supaya rakyat di luar khususnya wanita beroleh manfaat," katanya lagi. Beliau yang juga Adun Batu Tiga turut menjelaskan, program kesihatan bukan ditamatkan seperti didakwa pihak tertentu sebaliknya melalui proses penilaian untuk penambahbaikan. "Bukan tiada lagi, tetapi kita perlu memberi ruang untuk Kerajaan Negeri meneliti dan menambah baik program sedia ada. "Malah, kita juga akan mengadakan skim kesihatan lain seperti urutan refleksologi dan juga program kesedaran mengawal tekanan hidup wanita," jelas beliau sambil menambah tender baru kini sudah dibuka untuk sesi program baru yang akan dimulakan sedikit masa lagi. | |||||
Posted: 23 Nov 2012 10:14 PM PST Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat 24 November 2012 KOTA BHARU- Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasuk antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan. "Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh diselesaikan di peringkat PR sendiri. "Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang," katanya. Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh. | |||||
Pengurus: 'Harimau Malaya bukan skuad longlai' Posted: 23 Nov 2012 10:12 PM PST MELIHAT pada perkembangan dan kemajuan dicapai sepanjang tiga tahun lalu, rakyat meletakkan harapan yang cukup tinggi ke atas Harimau Malaya dalam akan memulakan saingan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Di sebalik harapan tinggi, prestasi skuad kebangsaan sepanjuang empat perlawanan persahabatan lalu, ramai yang mengkritik dan melemparkan kecaman. Selaku pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berkongsi perkembangan sepanjang tiga tahun lalu. Beliau masih meletakkan keyakinan tinggi ke atas pasukan kebangsaan. Begitu juga beliau yakin dengan pendekatan dan kepimpinan jurulatih Datuk K. Rajagobal. Sambil menekan aspek hikmah di sebalik perkembangan semasa, Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) berkata, Harimau Malaya yang kini berada dalam keadaan 'berluka' akan kembali bangkit. Justeru, Subahan yakin bahawa Harimau Malaya akan membuktikan segala kecaman dan kritikan itu tidak benar. "Saya akui pemain kita tidak mempamerkan aksi terbaik pada hari tersebut, tetapi bagi saya, saya melihatnya sebagai hikmah kerana dengan adanya kritikan dan pandangan sebegitu. Ia membuatkan pemain bersemangat dan berazam uktuk membuktikan kekuatan sebenar kepada peminat, pengkritik dan sebagainya. "Kita akan buktikan bahawa kami akan bangkit dan saya tahu pemain saya, setiap kali mereka dalam keadaan tertekan mereka akan bangkit. Jadi perlawanan pertama menentang Singapura Ahad ini perlawanan yang ditunggu dengan penuh debaran dan bagi saya, saya bersemangat menunggu perlawanan ini," kata Subahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer. Ikuti temu bual bersama Sinar Harian Online yang dikendalikan di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor Khamis lalu. SINAR HARIAN ONLINE: Apa status dan kedudukan pasukan kebangsaan sekarang? SUBAHAN: Satu perkara yang paling mustahak apabila pihak pengurusan FAM, kita bukan sahaja menitikberatkan tentang kemenangan dan mana-mana piala, tapi inginkan gambaran yang lebih besar supaya pasukan kebangsaan boleh menjadi satu pasukan yang boleh dibanggakan dan ada kesinambungan dalam mana-mana perlawanan. Kalau dilihat pasukan luar negara seperti England dan Brazil bukannya selalu menang tiap-tiap kali menyertai Piala Dunia - maksudnya mereka akan sampai di satu tahap sama ada suku akhir atau separuh akhir - bukan menang tapi ke satu tahap yang kita rasa bangga. Kita hendak pastikan bahawa skuad kebangsaan setelah menang Piala AFF 2010, sebenarnya bukan perancangan 2010... kita ingat 2012 akan menang selepas menang Sukan SEA pada 2009, selepas satu tempoh jurang 20 tahun. Tetapi nampaknya kemenangan datang lebih cepat, dua tahun lebih awal, Matlamat kita nak pastikan sama ada suka atau pun tidak suka, kena sampai sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam kejohanana AFF walaupun hasrat kita nak menang atau mempertahankan kejuaraan. Tetapi bagi saya, sekiranya kita dah berjaya berada di satu tahap yang membanggakan, saya dah berpuas hati, tapi menjadi masalahnya sekarang ini disebabkan kita menjadi tuan rumah dan ditambah Malaysia merupakan juara bertahan. Persepsi daripada seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin negara dan rakyat ingin memastikan kita terus mempertahankan kejuaraan. Benda ini, rasanya tidak mustahil dengan adanya pasukan seperti hari ini, kita boleh, meskipun kita lihat dalam perlawanan persahabatan sebelum ini pemain kurang mempamerkan prestasi yang membanggakan, tapi ternyata saya dan jurulatih setelah bersama sejak tahun 2009 dan masa itu pemain-pemain hanya berumur dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, dan mereka masih bersama kita dari tahun 2009 dan 2010, kita tahu karakter mereka, keperibadian mereka - mereka adalah pemain-pemain yang akan memberi persembahan terbaik apabila mereka berada dalam keadaan tertekan. Jadi, apabila ramai rakyat yang mengkritik, penganalisis sukan mengatakan skuad Harimau Malaya longlai, bagi saya, saya menerima dan menganggap apa yang berlaku semua ini ada hikmah di sebaliknya. SINAR HARIAN ONLINE: Maknaya? SUBAHAN: Jadi bagi saya, setelah kita sengaja mengatur perlawanan persahabatan dengan Vietnam, kerana suka ataupun tidak suka, hari ini kita kena terima hakikat bahawa Vietnam bukan sahaja dari segi ranking, tapi dari segi kekuatan pasukan pun, kita memang tahu Vietnam sebuah pasukan yang kuat di rantau Asia dan disusuli oleh Thailand. Jadi, sengaja pihak persatuan dan Datuk K. Rajagobal mengaturkan perlawanan ini, bagi membolehkan kita mengukur sendiri setakat mana kemampuan kita dan sejauh mana kehebatan mereka. Walaupun kita kalah, walaupun ramai yang menginginkan kita menang, tapi bagi saya, kalah itu tiada masalah. Hanya apabila kita bermain pada hari tersebut, kita dapat melihat di mana kelemahan kita dan kita dapat lihat di mana kita perlu baiki dan kita juga lihat sejauh mana kehebatan pihak lawan. Pada masa yang sama, apabila kita kalah, pemain berasa begitu terkilan sebab mereka tahu mereka mampu melakukan lebih baik daripada itu. Kemudian kita lawan Hong Kong. Sebenarnya lawan dengan Hong Kong, tidak seteruk mana persembahan pemain, hanya beberapa kesilapan yang kita selalu ulangi, khususnya di bahagian pertahanan di mana dalam tempoh penghabisan, kita selalu hilang fokus dan membiarkan pihak lawan mendapat kelebihan dengan menjaringkan gol. Dengan Bangladesh, kita banyak mengharapkan Bangladesh ini adalah pasukan belasahan tapi walaupun rankingnya 171, kita jangan lupa Bangladesh pun sama dengan Filipina, bukan Bangladesh seperti dulu. Cuma persepsi masayarakat Malaysia, kalau dengar Bangla sahaja, anggap tiada kelas. Itu tidak benar. Kalau kaji balik, Bangladesh telah menang banyak kejohanan di rantau Asia Selatan. Saya akui pemain kita tidak mempamerkan aksi terbaik pada hari tersebut, tetapi bagi saya, saya melihatnya sebagai hikmah kerana dengan adanya kritikan dan pandangan sebegitu. Ia membuatkan pemain bersemangat dan berazam untuk membuktikan kekuatan sebenar kepada peminat, pengkritik dan sebagainya. Kita akan buktikan bahawa kami akan bangkit dan saya tahu pemain saya, setiap kali mereka dalam keadaan tertekan, mereka akan bangkit. Jadi perlawanan pertama menentang Singapura Ahad ini, perlawanan yang ditunggu dengan penuh debaran dan bagi saya, saya bersemangat menunggu perlawanan ini. Saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, kita hendak memastikan akan memberi terbaik dan akan menang menentang Singapura. Dan, saya pernah menasihatkan para pemain bahawa saya tidak mahu kita melayakkan diri ke separuh akhir seperti mana dua tahun lepas. Di mana perlawanan pembukaan kita kalah kepada Indonesia 1-5, kemudian kita menang dan masuk atas 'belas kasihan orang lain', kemudian kita seri dengan Thailand dan nasib membantu kita layak ke separuh akhir selepas Indonesia menang ke atas Thailand. Kali ini, kita perlu habiskan dari awal, mara dengan bergaya, menang dengan bergaya... tidak boleh raih kegagalan, lawan dengan Loas perlu menang, lawan Singapura perlu menang dan lawan Indonesia perlu menang. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah senario sekarang sama seperti situasi dua tahun lepas, kalah kena kritik, dikritik teruk macam sekarang sebelum kejohanan sebenar bermula? SUBAHAN: Senario yang sama. Pada 2010 ramai orang mengkritik kita dan khususnya kepada jurulatih kerana beliau menyenaraikan terlalu ramai pemain muda, tidak mengambil pemain senior. Mereka mengkiritik Rajagobal. Senario hari ini sama senario dulu. Sebab itu, saya tetap yakin bahawa pemain-pemain ini walaupun muda, purata umur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, tapi mereka berbekalkan terlalu banyak pengalaman dalam diri mereka, mereka pernah bermain pada persaingan Piala AFC, Sukan SEA 2009, dan juga AFF. Kita pernah lawan dengan kelab-kelab EPL, Arsenal, City. Jadi mereka ada banyak pengalaman yang diperoleh. Jadi tidak ada sebab mengapa mereka tidak harus memperlihatkan persembahan yang baik dalam kejohanan ini, tiada sebab langsung. Jadi, saya tidak boleh terima alasan kenapa kita tidak boleh beraksi dengan baik dan menjadi juara kejohanan kali ini kerana pengalaman yang ada pada mereka cukup, lebih dari cukup. SINAR HARIAN ONLINE: Tadi, Datuk mengatakan bahawa Datuk kenal karakter setiap pemain. Setakat mana Datuk rapat dengan pemain, pasukan? SUBAHAN: Sangat rapat. Kami macam keluarga. Bila saya jadi pengurus pada tahun 2009, dan berganding dengan Rajagobal, saya merasakan gandingan yang diberikan kepada kami cukup mantap. Kami selalu berbincang, bertukar pandangan dan beliau pun apa-apa buat keputusan akan meminta kebenaran. SINAR HARIAN ONLINE: Selaku pengurus, berdasarkan kecaman dan kritikan pedas diterima, apakah Datuk Rajagobal berada dalam keadaan tertekan? SUBAHAN: Tidak, bagi saya beliau tidak tertekan. Rajagobal pernah melalui situasi ini. Bagi kami, kami tahu macam mana hendak menangani tekanan kerana kami pernah melalui situasi lebih buruk berbanding ini. Jadi, kami sebagai pengurusan tertinggi pasukan kebangsaan, kita selalu mengingatkan pemain bahawa kita kena terima kritikan, kita kena terima tekanan, kita perlu menunjukkan balik kepada pengkritik dan orang yang berkenaan bahawa mereka adalah silap. SINAR HARIAN ONLINE: Apa matlamat sebenar pasukan kebangsaan? SUBAHAN: Saya percaya apa yang kami lakukan ini bukan setakat memfokus saingan Piala AFF, tetapi bergerak jauh ke depan. Matlamat kami sejak 2011 adalah untuk melayakkan diri ke final Asian Cup 2015 di Australia. Ini sasaran kami. Jadi selepas AFF, kami akan mulakan kempen AFC 2015 dengan perlawanan pertama akan bertemu Qatar. Qatar bukan pasukan yang mudah, tetapi satu pasukan yang kuat, dan kami yakin kerana kami juga ada bermain dengan banyak pasukan di rantau Timur Tengah. SINAR HARIAN ONLINE: Melihat pada keadaan semasa, adakah kita boleh mengharapkan terbaik daripada pasukan kita? SUBAHAN: Kita tidak melakukan yang terbaik. Ia bukan apa yang kita jangkakan. Walaupun kalah dengan Thailand, dengan Vietnam dan seri dengan Bangladsh, saya merasakan situasi yang baik dan senario yang baik. Kerana kalau kita menang dengan Vietnam dan Thailand, perlawanan sebenar nanti mereka akan mendabik dada, akan merasa kita ini bagus dan besar kepala. Mereka akan memperlekehkan lawan. Jadi, kalau kalah kita seakan-akan dilihat sebagai harimau yang terluka. dan biasanya harimau ini akan menjadi lebih ganas dalam situasi sebegini. Kita juga akan risau bahawa pasukan kita masih perlu diperbaiki. Maka, masa akan datang mereka akan lebih berhati-hati. Semalam pun, semasa melakukan sesi dialog bersama jurulatih dan pemain-pemain, kita pun bertanya kepada pemain dan ketua pasukan, Safiq Rahim sendiri mengakui dengan ikhlas bahawa pemain-pemain merasakan sangat terkilan dengan persembahan mereka. Mereka tahu mereka boleh melakukan dengan lebih baik dengan apa yang mereka pamerkan. Dengan itu, mereka berjanji akan bermain bermatian-matian sehingga ke titisan darah yang terakhir demi perjuangan negara dan imej bola sepak negara. SINAR HARIAN ONLINE: Program pemulihan semangat selama tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu nampaknya tidak memberi sebarang kesan. Malah dilihat para pemain semakin hilang fokus dan keyakinan diri? SUBAHAN: Sebenarnya tidak. Itu semua hanya kebetulan sahaja. Pada tahun 2010 pun sebelum bermula Piala AFF, kami bercuti di Pulau Langkawi, dalam mana-mana pasukan pun termasuk luar negara, sebelum perlawanan, pemain akan dibawa bercuti untuk tenangkan fikiran, kuatkan semangat berpasukan, kembalikan semangat. Lawatan ke Pangkor bagus, dan permainan yang dipamerkan pemain kebetulan sahaja. tiada kena-mengena langsung dengan lawatan di Pangkor bagi saya, walaupun ramai yang mengkritik dan maki hamun, saya tidak ambil peduli dan sentiasa fokus. Kami akan memberi yang terbaik pada hari minggu ini. SINAR HARIAN ONLINE: Perancangan dua tahun lepas, adakah semuanya berjalan dengan lancar atau ada yang tergendala? SUBAHANl: Tergendala sekejap sahaja. Tahun 2009 kita menang Sukan SEA... kemenangan itu datang dengan cepat selepas 20 tahun kami mengambil alih, terus kami menang Sukan SEA. SINAR HARIAN ONLINE: Datuk kata kita menang dengan cepat, adakah kita tidak konsisten dengan prestasi itu? SUBAHAN: Bukan, saya kata tidak boleh. Tetapi ia satu usaha yang sukar. Untuk menang memang senang, tetapi untuk kekalkan kemenangan, ia sukar. Bukan sahaja bola sepak, tetapi dalam apa juga proses. Satu sahaja yang kita tidak mencapai sasaran, kita tidak berjaya melayakkan diri dalam kejohanan dunia. Sasaran kita masuk kelayakan Piala Dunia, dan berharap masuk ke peringkat seterusnya, tapi kita kalah dalam aksi pembukaan kepada Singapura 3-5. tapi kita dah cuba yang terbaik dan kami terima. Sebenarnya dalam peracangan FAM sendiri, kita tidak mahu jadi jaguh di rantau ini sahaja. Memang kita nak juara Sukan SEA dan berjaya mempertahankan kejuaraan tapi yang pentingnya bagi saya adalah kita layak untuk kelayakan Piala Dunia. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Datuk membawa peranan sebagai pengurus dalam skuad kebangsaan? SUBAHAN: Dah tiga tahun saya bersama Harimau Malaya. Tugas saya sebenarnya lebih ke arah kepada kebajikan pemain. Kemudian nak semarakkan jati diri dan menyuntik semangat pemain. Seperti mana saya cakapkan sebelum ini ada tiga eleman yang akan menentukan hala tuju pemantapan skuad kebangsaan. Pertama, kehebatan kejurulatihan... mengenai jurulatih iaitu Rajagobal, walaupun saya dengan dia ada pandangan berbeza, saya menghormati dia sebagai jurulatih yang profesional, namun kami boleh bekerja bersama. Apa sahaja keputusan dia lakukan, dia akan merujuk kepada saya dan kami ibarat satu keluarga. Kedua jati diri, semangat para pemain tidak cepat mengaku kalah yang menjurus daya saing mereka dan karakter ini yang menjulang Harimau Malaya menjuarai Piala AFF pada 2010, hatta muntah darah sekali pun, yang penting kita menang. Ketiga, pemberian insentif, soal insentif, biarpun orang menganggap ini tidak penting, namun bagi pemain ia penting, kerana menyentuh soal kebajikan mereka. FAM ada skim khas untuk diberikan kepada setiap pemain jika mencapai kemenangan dalam mana-mana perlawanan. Itu sebab Perdana Menteri sendiri datang (Rabu lalu) dan bagi semangat kepada pemain. Tugas saya memang pembakar semangat. Saya suka memberi motivasi kepada golongan anak-anak muda, jadi ini tugas saya. Apa yang paling penting kita perlu memberikan perhatian untuk kebajikan pemain. Dulu skuad kebangsaan untuk mendapatkan imbuhan agak susah. Tapi sekarang pemain diberi imbuhan yang begitu tinggi. Setiap perlawanan akan diberi ganjaran ada bonus. Setiap pengorbanan pastinya ada pengajaran. Contonnya, saya selalu tekankan kepada pemain, bermain bola ini sebagai satu pengorbanan kerana tinggalkan keluarga pada waktu pagi dan petang dan mereka akan dapat ganjaran setimpal atas usaha mereka itu. Tengoklah apa yang terjadi pada Safee Sali, dia kini menjadi jutawan segera di Indonesia selepas mempamerkan prestasi cemerlang di AFF lalu. Begitu juga dengan Khairul Fahmi yang dianggap antara superstar pada masa kini. SINAR HARIAN ONLINE: Bermakna, boleh dikatakan FAM sedang menyediakan platfrom untuk membawa pemain ke peringkat antarabangsa? SUBAHAN: Ya, kita buat untuk kebajikan mereka. Bukan sahaja nak meningkatkan prestasi bola sepak negara, tetapi dengan senario yang kita ada dengan jurulatih yang bagus dengan pengurus yang memberi semangat kemudian dengan imbuhan yang diberikan, kita mahu sekali gus, itu akan memberikan kemenangan. Apabila kita menang, mutu bola sepak akan tinggi. Tiga tahun lepas, kita nak tengok rakyat Malaysia pakai baju Malaysia pun susah, hari ini berlumba-lumba nak beli baju Malaysia. SINAR HARIAN ONLINE: Segelintir rakyat mengkritik FAM, Tuanku Presiden, Timbalan Presiden Tengku Abdullah. Apa pandangan Datuk selaku Naib Presiden dan pengurus pasukan kebangsaan? SUBAHAN: Ini kerana mereka tidak faham. Mereka tidak duduk dalam FAM, mereka tidak faham apa yang berlalu. Saya inginkan tekankan sekali lagi kepada rakyat Malaysia, meskipun kita badan induk bola sepak negara, tapi kita tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan. Kita adalah entiti persendirian. Kita mengelola FAM melalui budi bicara Sultan yang begitu lama berkorban, bukan sahaja masa, tapi wang ringgit beliau untuk kemajuan bola sepak negara. Dengan adanya budi bicara Tuanku Sultan, kita berusaha mendapatkan tajaan Astro, Telekom. Dan, bagi saya kejayaan FAM dan skuad kebangsaan hari ini, tanpa adanya Tuanku Presiden, mustahil kita akan berada di tahap seperti ini sekarang. Ini yang saya tidak faham, padahal segala kewangan dicari oleh Sultan, bukan orang lain, jadi baginda orang yang paling layak mengkritik, bukan orang lain. Tuanku yang lebih layak sebab beliau yang banyak membantu FAM. Dan, bagi saya Tuanku Sultan tidak akan mengganggu dari segi pengurusan, apa pun dari segi jurulatih, beliau tidak pernah. Sultan hanya memberikan pandangan bernas, tetapi dari segi mengganggu tugas cara jurulatih dan sebaliknya tidak pernah. Sultan sangat profesional. Dunia bola sepak sudah berubah. Kita boleh lihat sekarang stadium dah mula dibanjiri penyokong. Meskipun kita kurang mempamerkan prestasi cemerlang menentang Bangladesh, tapi saya yakin Stadium Bukit Jalil akan dibanjiri oleh penyokong Malaysia pada Ahad ini. Saya pasti kerana kita akan lawan dengan Singapura dan ini pembukaan pertama. Dan, saya yakin semua rakyat malaysia tidak kira bangsa, umur akan keluar beramai-ramai untuk menyokong skuad kebangsaan kerana dengan adanya semangat 1Malaysia, sokongan padu ia akan menghasilkan kejayaan buat pasukan dan memberi suntikan moral kepada pemain. Telekom Malaysia contohnya telah memberikan RM1 juta kepada pasukan negara setiap kali kita menang kejuaraan. Saya pun ada berbincang dengan syarikat swasta untuk tampil memberi sokongan dan insentif sekiranya kita menang. Jadi dari segi imbuhan tiada masalah. Setiap kemenangan ada insentif. Jadi apa yang kita nak adalah Malaysia akan berjaya. Sekiranya berjaya, yang akan mendapat manfaat adalah pemain kerana mereka akan terima ganjaran yang banyak. Mereka akan terima hadiah-hadiah yang bagus kerana menghargai jasa mereka. Pada masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun semalam (Rabu lalu) berkata, sekiranya kami menang, beliau akan beri sesuatu. Meskipun kita tidak mahu bermain kerana wang ringgit, tetapi ini juga menjadi satu elemen dalam menyuntik semangat pemain untuk lebih cemerlang. Insentif sangat penting. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan MSN, adakah sudah tiba masanya pihak terbabit menghulurkan imbuhan seprti mana dibuat kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela? SUBAHAN: Saya rasa tiada masalah dan saya juga bersetuju sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan dan MSN mengadakan satu pelan ganjaran yang boleh diberikan kepada semua pemain - bukan sahaja kepada skuad kebangsaan tetapi mana-mana pemain lain yang mewakili negara dan berjaya mengharumkan nama negara, pastinya perlu satu insentif untuk diberikan. Ini kerana ia pastinya memerlukan imbuhan atau ganjaran untuk memberikan suntikan semangat yang lebih kepada pemain. SINAR HARIAN ONLINE: Rajagobal dikritik selalu dengan eksperimen beliau, tetapi kesudahannya gagal? SUBAHAN: Bagi saya ia tidak gagal, ini saya kata, orang kalau tidak faham bola, dia memang akan kata eksperimen. Bagi saya beliau seorang jurulatih profesional, beliau harus diberikan ruang seluas-luasnya. Walaupun kita berbincang dan bertukar pandangan, tapi akhirnya saya memberi dia ruang untuk buat apa sahaja, saya menghormati beliau. Dia nak buat eksperimen, atau apa sahaja.... adalah hak beliau sebagai jurulatih, dan kalau kita menang, maka semua akan seronok, sekiranya kalah, beliau akan bertanggungjawab bukan sahaja kepada rakyat, tetapi kepada FAM. Jadi, sekiranya beliau mahu buat apa-apa pun, itu hak dia, siapa kita untuk bertanya. Lagipun dia sudah diberikan mandat sebagai ketua jurulatih, jadi beliau boleh buat apa sahaja dan bagi saya eksperimen itu tidak timbul kerana saya selalu berpesan kepada Rajagobal, bakat di luar banyak, jangan hanya fokus kepada 20 pemain ini sahaja. kita mahu pemain yang hebat. Lagipun dengan adanya eksperimen seperti ini, kita sudah memiliki hampir 60 pemain di pasukan kebangsaan, yang boleh dipanggil bila-bila masa sahaja. Bagi saya, tindakan yang dibuat Rajagobal sangat bagus. Beliau sentiasa memberi peluang kepada pemain baru. Apa yang Rajagobal buat adalah baik, tapi untuk saingan Piala AFF, beliau sudah mempunyai barisan kesebelasan utama. Mereka akan turunkan barisan terbaik. SINAR HARIAN ONLINE: Ada orang berpendapat Rajagobal patut digugurkan dan digantikan? SUBAHAN: Itu biasalah. Ini yang saya katakan, bagi orang yang tidak faham tentang bola sepak, mereka akan berkata sedemikian. Kita lihat jurulatih luar negara pun seperti jurulatih Arsenal, Arsene Wenger pun tidak mencapai apa-apa pun kemenangan dalam lima tahun, tapi pihak atasan mereka tetap percayakannya. Bagi saya, saya gembira dengan beliau. Begitu juga dengan FAM. Kita sepatutnya menghargai Rajagobal. Kita janganlah lupa jasa beliau yang berjaya mengembalikan kembali kegemilangan bola sepak negara. Banyak jasa beliau kepada negara. Jadi apabila beliau kecundang sekarang, kita harus memberi sokongan moral dan bukannya mengkritik. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah Rajagobal telah mencapai sasaran yang diinginkan oleh FAM? SUBAHAN: Bagi saya sebagai pengurus, Rajagobal telah mencapai KPI yang ditetapkan oleh FAM. FAM telah memberi saya mandat untuk mengurus pasukan kebangsaan, saya bertanggungjawab setiap apa yang berlaku. Saya begitu gembira dengan prestasi Rajagobal. SINAR HARIAN ONLINE: Apa yang berlaku perkembangan setakat ini, Piala AFF bukan segala-galanya? SUBAHAN: Ya, itu yang saya maksudkan. Kita perlukan kesinambungan. Setiap Sukan SEA, kita ke final dan Piala AFF, kita mara ke separuh akhir. SINAR HARIAN ONLINE: Apa impian dan cita-cita FAM dan Datuk selaku pengurus? SUBAHAN: Cita-cita saya mudah, saya tidak impikan untuk menang Piala Dunia ataupun melayakkan diri ke Piala Dunia, saya rasa, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Malaysia. Rasanya kalau kita berjaya melepasi AFC 2015 di Australia pun sudah satu pencapaian yang kagumkan. Piala Dunia masih jauh... saya seorang yang praktikal dan masih berpijak di bumi yang nyata. Apa yang saya harapkan skuad kebangsaan akan menjadi satu pasukan yang digeruni di rantau Asia. Itu sahaja impian saya. Itu pun dah cukup. SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan Datuk mengenai kedudukan ranking? Ramai melihat ia sangat penting tetapi kita berhadapan dengan penurunan. SUBAHAN: Ranking macam badminton, Lin Dan dan Chong Wei, berapa banyak kejohanan yang kita sertai, banyak kejohanan kita sertai, semakin tinggi ranking. Dalam bola sepak, kami tiada masa untuk mengadakan banyak perlawanan persahabatan. Bagi saya, ranking cuma sebagai satu pengukur oleh Fifa. Tapi saya tidak merasakan ranking adalah angka untuk mengukur kekuatan sebenar. Pastinya kita mahu naikkan rankig , tapi saya tidak kisah atau gusar dengan ranking sebenarnya apa yang penting dalam setiap kejohanan yang disertai, kita mesti menang. Ranking bukan membawa kepada kemenangan tapi kemenangan membawa kepada ranking. Ranking cuma subjektif, kita tidak perlu risau sebenarnya. Ranking tidak penting bagi saya. SINAR HARIAN ONLINE: Menjelang perlawanan Ahad ini (esok), mesej Datuk selaku pengurus pasukan kebangsaan? SUBAHAN: Saya merayu dan memohon kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau usia, mereka seharusnya jangan mudah patah semangat. Kepada mereka, pada tahun 2009, 2010, inilah barisan pemain yang telah membawa kejayaan buat negara. Berjaya kembalikan kegembilangan bola sepak. Jadi apa yang rakyat perlu buat, berikan kami sokongan, pastikan Stadium (Bukit Jalil) dibanjiri kerana sokongan merupakan elemen penting untuk tingkatkan semangat pemain. | |||||
PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120? Posted: 23 Nov 2012 10:09 PM PST SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'", kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN. "... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi. Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN. Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong. Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November. Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam. Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam. Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis. "Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109. "Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun," katanya. Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang. "Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November," katanya. PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai 'simpanan tetap' BN. Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13. Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya meramalkan September dan ia meleset lagi. Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac. Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan. Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno. "Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi," katanya. Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13. Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini. | |||||
Penganalisis: 'Mengapa Tun M pilih Abdul Hadi?' Posted: 23 Nov 2012 10:07 PM PST SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kelebihan berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin layak diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar. "Tun (Mahathir) sudah tentu mampu melihat kelebihan pada Abdul Hadi berbanding Anwar dan dia juga tahu siapa yang lebih baik untuk rakyat dan negara," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. Berbanding Anwar, katanya, Abdul Hadi tiada krisis atau masalah peribadi. "Isu peribadi mampu menjejaskan kredibiliti seseorang pemimpin jika dia sering dikaitkan dengan imej negatif," katanya. Sehubungan itu, katanya, keyakinan Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri berbanding Anwar adalah satu pandangan perlu dikongsi orang ramai kerana pemimpin Pas itu tidak mempunyai sejarah seperti Anwar. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, perkara yang paling utama dilihat Dr Mahathir dalam membuat penilaian itu sudah tentu aspek moral yang membezakan kedua-duanya. "Tun Mahathir melihat kelebihan yang ada pada Abdul Hadi berbanding Anwar yang pernah didakwa atas tuduhan moral sebelum ini. Selain itu, Abdul Hadi juga memimpin parti besar pembangkang, iaitu Pas yang merupakan sebuah parti yang berstruktur dan tersusun. "Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan Abdul Hadi dipilih oleh Tun Mahathir," katanya. Sivamurugam berkata, seseorang Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab besar memastikan wujudnya kestabilan berterusan dalam negara. "Ciri-ciri penting seorang Perdana Menteri ialah mampu memelihara kestabilan, keselamatan dan urus tadbir serta permuafakatan dengan mempertahankan perpaduan masyarakat rencam," katanya. | |||||
P'raya umum fokus utama perhimpunan agung Umno Posted: 23 Nov 2012 10:03 PM PST Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno sudah bersedia menerima kehadiran 5,447 anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan bermula minggu depan. Katanya segala persiapan kini sudah di peringkat akhir dan mengikut jadual yang ditetapkan. "Kami di ibu pejabat Umno yakin perhimpunan agung akan berjalan dengan lancar," katanya pada sidang media khas mengenai perhimpunan agung itu di Ibupejabat Umno semalam. Menurut Tengku Adnan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bakal bermula Selasa ini dengan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan didominasi oleh mood pilihan raya yang juga merupakan fokus utama Perdana Menteri dan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 991 anggota perwakilan bagi setiap sayap parti itu akan bersidang dan mengemukakan agenda masing-masing sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 pada Khamis. Tengku Adnan berkata seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah negara di peringkat antarabangsa juga telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan kali ini sebagai pemerhati dan menyertai Forum Antarabangsa 2012. Forum bertajuk 'Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat-Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan' itu akan berlangsung selama dua hari bermula Isnin (26 Nov). Dalam pada itu Tengku Adnan sekali lagi mengingatkan perwakilan Umno yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno 2012 supaya berhujah secara bijak dan tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyakitkan hati pihak lain. Katanya walaupun mungkin teruja berucap terutamanya memandangkan perhimpunan kali ini diselubungi mood pilihan raya, mereka perlu mengelak daripada menimbulkan isu yang boleh menyinggung perasaan orang lain. "Kita minta mereka 'bertomakninah' sedikit. Memang ada kebebasan untuk berbahas dan kita terima semua usul yang diberikan. Tapi sebagai parti berasaskan kaum, kita juga bimbang dan meminta bahawa mereka jangan menyakitkan hati orang lain," katanya. Persidangan Agung Umno kali ini juga akan menyaksikan seramai 1,782 wartawan dari 102 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik selain media baharu termasuk blogger dan portal berita online akan bertugas sepanjang persidangan berlangsung. Bernama | |||||
Najib minta kaum India nilai semula sumbangan k'jaan BN Posted: 23 Nov 2012 10:02 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India di negara ini supaya menilai semula sumbangan dan bantuan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat itu sepanjang empat tahun ini. Perdana Menteri berkata banyak masalah tertunggak masyarakat itu telah dapat diselesaikan oleh kerajaan termasuk memberi peruntukan besar untuk meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi mereka. "Sejak menjadi Perdana Menteri, peruntukan untuk kaum India bertambah dengan begitu ketara sekali...bantuan untuk sekolah Tamil antara 2009 hingga 2012 mencecah RM300 juta dan RM100 juta lagi kita tambah dalam bajet 2013," katanya ketika berucap melancarkan Buku Tamil Karya Penulis Tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya malam tadi. Beliau berkata kerajaan juga telah dapat menyelesaikan banyak masalah masyarakat India seperti permohonan kad pengenalan, sijil kelahiran serta taraf kewarganegaraan. Kerajaan juga lebih prihatin dengan mempraktikkan dasar pendekatan kepada rakyat dengan menghantar pasukan kerajaan untuk turun padang supaya rakyat mudah berinteraksi bagi menyelesaikan masalah mereka, katanya. "Di bawah payung konsep 1Malaysia kita mahu pastikan semua dasar-dasar kerajaan dapat memberi faedah kepada setiap kumpulan etnik sama ada besar mahupun kecil. "Kita mahu membuka lebih banyak peluang supaya setiap warga Malaysia akan dapat mencapai tahap kejayaan yang maksima, yang cuma berbeza sama ada mahu atau tidak rajin atau sebaliknya," katanya. Najib juga berkata rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pihak pembangkang yang kini nampak bercelaru dengan pendapat masing-masing. "Mereka ibarat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Kita tidak boleh memperjudikan masa depan kita. Masa depan kita terlalu mahal sebenarnya untuk kita dan anak-anak kita," katanya. Mengenai penerbitan buku Tamil, Perdana Menteri turut meminta supaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dapat membantu lebih banyak penerbitan karya Tamil supaya khazanah budaya dan kesasteraan India dipelihara untuk generasi akan datang. Beliau berkata dalam menghadapi fenomena 'localisation' di mana setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan jati diri dan identiti masing-masing, masyarakat India tidak terkecuali dalam usaha untuk memelihara warisan dan budaya mereka. Bagaimanapun, Najib berkata ini tidak bererti masyarakat India tidak mahu terlibat dalam pembentukan masyarakat Malaysia atau menyumbang kepada perpaduan. "Saya di sini untuk beri sokongan kepada usaha Parti Makkal Sakti dan Universiti Malaya kerana saya faham usaha seperti ini dekat di hati masyarakat Tamil. "Saya percaya program ini dapat memberikan Putiya Nambikkai (Harapan Baru) dalam mengorak langkah penulis Tamil di Malaysia," katanya. Pada majlis itu, Najib melancarkan 10 buku Tamil yang dihasilkan oleh penulis tempatan. Turut hadir Presiden Yayasan Sakti Datuk R.S Thanenthiran dan Pengarah program 'Cherish & Share', Prof Dr M.Rajantheran. Bernama | |||||
Posted: 23 Nov 2012 09:56 PM PST Malaysiadaily Jentera Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras bagi memastikan Sarawak kekal sebagai kawasan selamat perikatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beberapa isu membabitkan kepimpinan negeri dan masyarakat setempat perlu diselesaikan jika BN mahu mempertahankan kerusi dimenangi empat tahun lalu. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, jika tersilap langkah, BN boleh hilang tujuh daripada 31 kerusi Parlimen Sarawak kepada Pakatan Rakyat (PR). "Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Pakatan Rakyat menambah dengan banyaknya jumlah kerusi pada kali ini, lebih lagi berbanding dengan 2008, mereka tidak menjalin kerjasama yang begitu utuh, jadi sekarang dan sebenarnya selepas 2011 pilihan raya negeri yang lalu kelihatannya terdapat kerjasama yang baik di kalangan parti yang menganggotai Pakatan Rakyat," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani. Katanya, selain Kuching dan Sibu, BN mungkin kehilangan kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Hulu Rajang jika wujud pertandinagn dua penjuru. "Kalau betulah Pakatan Rakyat dapat mencapai kemenangan di tujuh kerusi ini, ini adalah satu kemenangan besar berbanding hanya satu pada pilihan raya 2008 dan dari segi itu kita boleh katakan Barisan Nasional anggap simpanan tetap selama ini, boleh kita katakan simpanan tetap yang terhakis." kata beliau. Jika PRU13 diadakan, dijangka bila-bila masa dari sekarang, Sarawak hanya menyaksikan pertandingan peringkat parlimen. Sarawak telah melangsungkan pilihan raya umum negeri April 2011. Jeniri menegaskan, jika BN tidak segera memantapkan jentera dan menyelesaikan isu yang menjadi rungutan rakyat, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kedudukan BN pada PRU13, malah akan berlanjutan hingga pilihan raya umum negeri seterusnya. Selain Sarawak, Sabah juga dilihat sebagai 'simpanan tetap' BN. Kedua-dua negeri memperuntukkan 56 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi Parlimen pada masa sekarang 222. Sementara itu, mengulas mengenai keyakinan Pas bahawa parti itu mampu menawan kerusi Parlimen Sibuti dan Samarahan di Sarawak, Jeniri menegaskan, ia tidak lebih dari cakap-cakap politik. "Mengambil kira prestasi Pas dalam pilihan raya negeri yang lalu, saya fikir Sarawak bukannya, masih lagi bukan tempat untuk Pas meletakkan keyakinan untuk meraih kemenangan. "Jadi kemenangan itu kejayaan boleh dikatakan hanya satu fatamorgana yang begitu kabur untuk Pas kerana bagi orang Sarawak dan pengundi Islam di Sarawak Pas itu dilihat sebagai sebuah parti yang tidak serasi dengan nilai budaya dan keagamaan di sini," katanya. Antara faktor lain yang menjadi penghalang ialah kelemahan jentera Pas di Sarawak, dan sumber kewangan parti yang terhad untuk menjalankan kempen. Pas ketika muktamarnya yang lalu menyatakan ia akan bertanding di tujuh kawasan Parlimen di Sarawak pada PRU13. Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi memberitahu bahawa pihaknya sudah mengatur strategi, malah kekuatan jentera parti itu sudah seratus peratus dalam keadaan bersiap sedia. BN juga katanya, yakin akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan pada PRU13. "Jadi kalau sesiapa yang menganggarkan bahawa mugnkin tujuh kerusi jatuh ke pembakang, itu pendapat masing-masing dan saya percaya kami boleh ambil dua pertiga kerusi di Sarawak," katanya lagi. | |||||
Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati Posted: 23 Nov 2012 05:07 PM PST
Terkini, ibu-ibu tunggal di Selangor diangkut oleh puak-puak ini. Sebagai timbal balas, penulis ingin siarkan semula manifesto Barisan Nasional 2008 yang lalu. Slogan utamanya SELAMAT , AMAN, MAKMUR cukup membuatkan kita ketawa gelihati dengan slogan ini. Hahaha.... sekarang korang nilaikan sendiri apa janji yang telah ditunaikan oleh Barisan Nasional tahun 2008. Kalau ada yang tak ditunaikan, boleh ke orang Pakatan Rakyat pula saman Kerajaan UMNO BN ni?.... Janji manifesto BN 2008 Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my. Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut: Ekonomi - Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu - Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun - Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun - Mengurangkan lagi defisit fiskal negara - Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi Keselamatan - Mengurangkan indeks jenayah negara - Menangani isu pendatang asing tanpa izin - Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai - Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam Urus tadbir kerajaan - Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih - Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) - Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa Pendidikan - Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, - Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil - Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) - Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum Pembangunan - Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 - Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu - Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas - Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar - Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru - Pendekatan "Kelantan Baru, Kelantan Maju" bagi penduduk negeri itu Perkhidmatan awam - Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan - Cepatkan pengeluaran lesen dan permit - Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam Agama - Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari - Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah - Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya: Sistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan. Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan | |||||
Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah Israel Posted: 23 Nov 2012 05:04 PM PST
Ustaz Mohd Nor mengetuai perhimpunan aman membantah Kezaliman Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU: Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat umat Islam khususnya di kalangan Pemuda PAS yang menyertai himpunan secara aman membantah serangan Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin. Lebih 1,000 orang menyertai demontrasi aman tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, semalam. Katanya, perhimpunan aman menentang kezaliman tentera Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin sebagai bukti kebersamaan PAS dengan nasib rakyat di Gaza. "Ini menunjukkan kebersamaan kita, sayang kita dan simpati kita terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza, Palestin. "Walau pun kita berhimpun dalam masa yang singkat, jarak yang jauh dari Palestin, tetapi kita mahu menunjukkan bahawa sebenarnya hati kita merasai apa yang disabdakan oleh Nabi saw dengan maksudnya. Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, dalam simpati mereka ibarat satu jasad. Apabila satu anggota dari jasad ini sakit, maka seluruh tubuh akan mengadu sakit dan deman," ujarnya ketika berucap pada perhimpunan aman itu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyifatkan negara Palestin itu seumpama 'jantung hati' bagi umat Islam di seluruh dunia hari ini. "Jantung hati kita ialah Palestin, yang sedang diburu dan diperangi oleh Israel. Marilah kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan menunjukkan sikap kita menentang Israel. "Hari ini, Israel menyerang umat Islam Palestin tetapi sebenarnya Israel sedang 'menggali kubur' mereka untuk kehancuran mereka. "Ini kerana, Islam sedang bangkit di Asia Tengah. Islam sedang berkuasa di Timur Tengah dan Islam juga akan berkuasa di Malaysia ini, Insya Allah," tegasnya disambut dengan laungan takbir para hadirin. | |||||
Posted: 23 Nov 2012 04:59 PM PST BACHOK: Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember depan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek berkata, Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi. Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, Jumaat. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kemenangan BarisanNasional di Kelantan pada pilihan raya ke-13 akan datang amat penting bagi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam. Pada majlis itu, lebih 100 kenderaan termasuk bas dan motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah itu yang membawa slogan "Gelombang Merah" yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan