Rabu, 14 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Hijrah tuntut rakyat berani lakukan perubahan

Posted: 14 Nov 2012 02:00 PM PST


Hijrah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan banyak peristiwa penting berlaku selepas itu. Pastinya, banyak pengajaran dapat dipelajari daripada perjuangan Rasulullah yang boleh dijadikan iktibar. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu sia-sia bahkan ada pengajaran di sebaliknya sebagai panduan kepada umat berikutnya.

Kisah nabi yang terkandung dalam al-Quran bukanlah cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi mereka yang mahu beriman.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat.

Maksud hijrah

Perkataan 'hijrah' bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah daripada tidak baik kepada yang lebih baik, lebih kukuh dan mantap.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada sekarang, sebaliknya perlukan perubahan demi kebaikan semua. Selagi rakyat tidak berani mengubah selagi itu keadaan hidup mereka tidak berubah kepada yang lebih baik, sejahtera dan selamat.

Hijrah juga boleh dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah umat Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.

Sempena sambutan Maal Hijrah ini, sewajarnya setiap rakyat bermuhasabah diri atau memperbetulkan kesilapan lalu demi kebaikan untuk mengelak rakyat daripada terus ditipu, disalahguna pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hijrah ke arah lebih berjaya

Ini selaras dengan pemahaman mengenai peristiwa hijrah nabi adalah titik permulaan bagi membina masyarakat dan menjurus rakyat melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

Rakyat negara ini hendaklah mengambil iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Hijrah haruslah difahami sebagai berpindah daripada suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan lebih baik, yakni apa perkara yang tidak baik yang dilakukan baik oleh diri sendiri, orang lain atau pemerintah hendaklah diubah kepada yang terbaik.

Hijrah membawa seseorang mengambil peluang berhijrah daripada melakukan keburukan kepada kebaikan. Setiap tahun apabila bertukarnya tahun sama ada kalendar Islam mahupun konvensional, setiap individu tidak kira bangsa, jantina sudah pastinya menanam niat dan cita-cita di hati sanubari mereka mahukan perubahan.

Ubah untuk kemakmuran dan harga diri

Untuk menambah baik azam dan cita-cita amat sesuai untuk kita berfikir sejenak sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk melakukan perubahan demi kemakmuran rakyat dan kemajuan negara yang berteraskan maruah dan harga diri.

Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada rakyat Malaysia yang akan berdepan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur.

Oleh itu, menerusi semangat hijrah, rakyat perlu berani berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan saja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada rakyat dan negara yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku ketika ini.

Selagi rakyat tidak mahu mengubah, selagi itu pemerintah bermaharaja melakukan apa saja mengikut kemahuan mereka.

Kalau rakyat merelakan apa saja yang dilakukan pemerintah selagi itu nasib mereka tidak akan terbela dan tahap kehidupan dan ekonomi mereka sukar berubah.

Semoga kehadiran 1 Muharam 1434 akan membawa kebaikan dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat. – Roketkini.com


KARTUN MALAM PERTAMA JAGUH BADMINTON

Posted: 14 Nov 2012 05:47 AM PST

ANU TERSEPIT ZIP

Posted: 14 Nov 2012 12:31 AM PST


DEY MACHA!!!
APA MAMAT BN SEKOQ TU TENGAH BUAT?
APAKAH ANUNYA TERSEPIT DENGAN ZIP SELUAQ?
KAH! KAH! KAH!

INILAH BUDAYA BERUK JALANAN
YANG SEDANG DILATIH BERMULA DARI SEKARANG
PASAI LEPAS PRU NI BN DAH TUMBANG
MAKA KERJA DEPA ADALAH MENGGANTI PEMBANGKANG
TAPI PUAK NI LAGI DASAT BERDEMO
MACAM-MACAM ADA
TUNJUK PUNGKOQ
TUNJUK TELOQ TERSEPIT ZIP SELUAQ
PENDEK KATA SEMUA YANG PORNO DEPA BOLEH BUAT
KAH! KAH! KAH!

MAKA BERSEDIALAH KITA HADAPI
SIRI DEMONSTRASI OLEH PUAK-PUAK NI
SELEPAS PRU KE 13 NANTI

SATU KAMPUNG NAK KELUAQ UMNO

Posted: 13 Nov 2012 05:00 PM PST


Abai keselamatan penduduk, satu kampung mahu keluar Umno

OHOR BHARU 13 November: Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.
Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.

"Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.

"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.

KD


Tiada ulasan: