ALHUSSEYN |
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu dan juga bukan sebuah Parti Islam Posted: 14 Nov 2012 01:02 AM PST Ketua Wanita Umno Melaka , Rabiyah Ali yang seolah-olah mengakui dirinya itu matang berkata, kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256 al-Baqarah , boleh mengelirukan umat Islam. Dengan bangganya pula, dia menyatakan : "Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam." di sini Siapa sebenarnya yang mengelirukan umat Islam dan bangsa lain di Malaysia kalau bukan Umno? Umno bersungguh-sungguh cuba mengexploitasikan kenyataan Nurul Izzah itu sambil mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam dan beraqidah betul. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu Yang menjadi penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau India enggan masuk Islam adalah kerana mereka sayang dan bangga dengan keturunan bangsa mereka dan tidak mahu jadi 'Melayu'. Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini menjadi lebih haprak lagi bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja yang Melayu. Apakah seseorang itu terlucut keturunan bangsa Melayunya hanya kerana dia bukan beragama Islam? Keluar agama Islam dianggap telah keluar dari bangsa Melayu.Begitulah pentafsiran perundangan dan perlembagaan negara Malaysia. Mengapa tidak ada hukum Murtad? 'Melayu Islam, Islam Melayu' ini juga menyebabkan orang Melayu merasakan diri mereka lebih 'superior' daripada bangsa lain yang baru memeluk Islam. Orang Melayu menganggap seolah-olah Islam ini adalah hak exclusive bangsa Melayu sahaja. Maka sebab itu, tidak hairanlah kenapa bangsa lain yang baru memeluk Islam akan dicop sebagai 'Muallaf' selama hayatnya walaupun muallaf ini sudah menjadi lebih celik agama daripada Islam baka tadi. Ada juga yang kononnya untuk lebih menghormati kalangan 'Muallaf' ini lalu golongan ini dipanggil sebagai 'Saudara Baru'. Ini hanya berlaku di Malaysia. Pernahkah Rasulullah layan sahabat-sahabat yang baru masuk Islam macam itu? Tetapi inilah budaya yang Umno serapkan kepada orang Melayu! Adakah Melayu dilahirkan semuanya Islam? Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengertian Melayu adalah meluas kerana ia merupakan penduduk pribumi Nusantara yang meliputi seluruh kepulauan Melayu - Indonesia , Filipina, Tanah Besar (Thailand, Burma, Indocina termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu. Apakah semua Melayu ini dilahirkan ke dunia ini beragama Islam? Bangsa Melayu telah melalui beberapa peringkat perkembangan mengikut zaman-zaman yang turut mempengaruhi kepercayaan dan budaya mereka. Pada awal mulanya, mereka dengan amalan animismanya mula di pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan kedatangan Islam dan seterusnya pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani. Melayu di Bali hingga kini kekal dengan anutan agama Hindu. Ramai orang Melayu Malaysia yang keliru bila berkunjung ke Indonesia kerana percaya bahawa 'Melayu merupakan seorang Islam'. Saya sendiri pernah mengalaminya bila tersalah masuk ke sebuah kedai makan.Setelah saya duduk dan meneliti menu untuk buat pesanan, saya terkedu lalu bertanya : Kenapa ada kodok di sini Pak? "Itu untuk yang bukan Islam, Pak" jawab tuan kedai itu yang berkulit matang sawa persis orang Melayu, pakai songkok persis orang Umno! Ha! ha! ha! aku sudah terkena…bisik saya dalam hati. Rupa-rupanya saya sudah silap masuk ke kedai makan bukan Islam. Rasanya ramai orang Melayu Malaysia macam saya yang pernah mengalaminya kerana percaya Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! Bagaimana nanti dengan khabar mengenai kemasukan Melayu dari sana kemari? Bukan 2 atau 3 orang cuma, tetapi beribu jumlahnya. Apakah kita mampu membezakan antara orang Madura yang Islam dan bukan Islam? Antara yang Batak Muslim dan non Muslim? Malah janganlah lupa bahawa kita juga ada baka yang mengamalkan kepercayaan animisma iaitu saudara kita,Orang Asal ... Umno bukan parti orang Melayu pun! Semasa saya menjadi guru sekolah, ramai murid-murid Orang Asal yang menggunakan nama Melayu tetapi bukan Islam. Tidak dinafikan Umno adalah dalang dalam usaha untuk mengasilimisasikan Orang Asal supara diserap dijadikan Melayu Umno. Samalah sebagaimana pengasilimisian manusia yang asal berketurunan Malayalee menjadi Melayu setelah nama asalnya Mahathir s/o Iskandar Kutty di tukar jadi Mahathir Mohamad. Kalau nama ada s/o mana bisa diterima untuk jadi ahli Umno kan? Semasa belajar di university Singapura dulu, Mahathir didaftarkan sebagai orang India. Bapanya, Iskandar Kutty adalah berasal dari Kerala, Selatan India. Lihat sumber di sini Umno tidak perlu bermati-matian mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam.Jangan juga merasakan bahawa Melayu itu sinonim hanya kepada Umno sahaja. Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul Rahman adalah keturunan Siam? Bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah keturunan Malayalee. Korang tentu masih ingat lagi Jeane isteri mantan PM Malaysia, Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu. Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha. Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan, persatuan ini mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan sebuah Parti Islam. Sepatutnya malu jika mengaku sebagai parti Islam yang terbesar di dunia. Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka bukanlah Melayu! Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri Melayu? Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan