Rabu, 14 November 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ketua Pengarah Kesihatan Mengaku Khalwat dengan Isteri Orang

Posted: 14 Nov 2012 06:51 AM PST

Yang mana Dr Hasan?

[Bernama] PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan pada Rabu didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika  gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi pada Rabu.

Wan Syarifah  turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah , bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. 


P/s: Aduhai!


11 Remaja Cina Bersunat

Posted: 13 Nov 2012 11:02 PM PST


[SH] PASIR MAS – Walaupun amalan berkhatan menjadi kemestian dalam kalangan umat Islam, namun masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit menjadikannya sebagai tradisi sejak sekian lama.

Remaja, Justin Khor Han Shen, 15, berkata, dia sudah menanam niat mahu berkhatan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Justin berkata, ibu bapanya juga tidak menghalang malah menggalakkan untuk bersunat sepertimana yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain.

"Sebelum bersunat, saya ada bertanya kepada rakan saya yang beragama Islam dan mereka banyak memberi semangat agar tidak takut ketika berhadapan dengan 'tok mudim'.

"Keberanian saya mula timbul apabila melihat kanak-kanak Islam tidak gentar mahupun menangis ketika dikhatankan. Malulah jika saya yang sudah remaja, menangis ketika bersunat," katanya semalam.

Menurutnya, rakannya juga ada memberi semua petua serta pantang larang sebelum dan selepas bersunat, agar ia tidak memudaratkan kesihatannya kelak.

Tradisi keluarga turun-temurun

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Kelantan, Albert Khor berkata, tradisi berkhatan bukanlah perkara baru kerana ia dilakukan lebih 50 tahun lalu.

"Ini bukan suatu yang pelik kerana rata-rata lelaki yang mencecah usia lapan tahun, akan bersiap sedia untuk berkhatan. Tanya sahaja penduduk lelaki di kampung ini, pasti sukar untuk mencari yang belum bersunat," katanya.

Menurutnya, amalan ini diterima oleh masyarakat Cina kerana menjadi tradisi turun-temurun bermula daripada nenek moyang yang menetap di Pasir Mas puluhan tahun lalu.

Albert berkata, tiada salahnya untuk berkhatan kerana ia baik dari segi kesihatan malah kebersihan turut terjamin.

Katanya, amalan yang baik daripada kaum lain boleh dibuat, kerana ia memberi manfaat kepada pelaku malah ia juga tidak menyalahi agama yang dianuti.

"Kanak-kanak masa kini bertuah kerana tidak akan merasa sakit kerana pelbagai kemudahan serta teknologi digunakan ketika bersunat. Berbeza dengan zaman dahulu, kami disunatkan tanpa menggunakan bius malah penggunaan batang pisang turut menyakitkan mereka sehingga sebulan lamanya," katanya.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan ubat ini dapat mempercepatkan proses pemulihan daripada sebulan kepada hanya tiga hari.

Generasi kelima

Sementara itu, Tok Mudim Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Mohamad Suhaimi berkata, dia tidak menyangka seramai 11 remaja berbangsa Cina berusia lapan hingga 18 tahun berani untuk berkhatan.

Sebelum ini katanya, alternatif berkhatan secara separa tradisional dan moden ini, hanya disertai oleh pelajar Melayu.

Menurutnya, dia menjadi tok mudim sejak 20 tahun lalu dan menjadi kepakaran turun temurun sejak lima generasi lalu.

"Saya belajar daripada arwah bapa dan datuk, yang mana ketika itu masih lagi menggunakan rawatan tradisional. Ketika itu, remaja yang bersunat tidak dibius dan tidak dijahit, sebaliknya hanya dibalut menggunakan kain sehingga menyebabkan terpaksa berpantang selama sebulan," katanya.

Beliau berkata, kaedah bersunat yang digunakan kini lebih moden dan tidak memakan masa yang lama untuk berpantang.

Mohamad yang juga peniaga dan pembuat batu nisan menasihati remaja yang berkhatan, agar mematuhi semua pantang larang pemakanan, agar proses penyembuhannya lebih cepat.



3 Anggota Polis Didakwa Merogol Pembantu Kedai Warga Indonesia

Posted: 13 Nov 2012 10:51 PM PST

Berita awal di sini.

[SH] GEORGETOWN - Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang pembantu kedai warganegara Indonesia pada Jumaat lalu ditahan kerja sementara siasatan sudah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah menahan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah itu.

"Setakat ini, kita sudah merekod 10 keterangan daripada saksi kejadian dan polis sedang menunggu laporan kimia dan laporan perubatan untuk mendakwa ketiga-tiga anggota itu di mahkamah. Sehingga kini, mereka ditahan kerja untuk siasatan dijalankan ke atas mereka.

"Setakat hari ini, 95 peratus siasatan sudah siap. Kita akan tunggu pihak Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan perintah untuk mendakwa ketiga-tiga anggota ini," katanya pada media hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan dengan telus walaupun melibatkan anggota polis.

"Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk mempercepatkan siasatan dan siasatan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika dilihat dari tempoh tangkapan dibuat, kita menahan ketiga-tiga anggota berkenaan sehari selepas laporan dibuat mangsa.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Kita mengharapkan agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi yang boleh mengganggu hubungan diantara Malaysia dan Indonesia," katanya.

Sementara itu, pemangku Konsul Jeneral Indonesia Pulau Pinang, Sofiana Mufidah berkata, pihaknya mengharapkan siasatan yang telus dan mengikut prosedur dalam kes itu sehingga ia selesai.

"Kita mengharapkan ia (siasatan) diadakan dengan baik dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak yang salah walaupun melibatkan anggota PDRM. Kita juga meminta rakyat Indonesia supaya bertenang dan mengawal emosi.

"Pihak konsul faham, dengan berlakunya kejadian sebegini, ia sedikit sebanyak menyentuh perasaan masyarakat Indonesia (di Malaysia atau di Indonesia), namun kita perlu menangani masalah ini dengan tenang dan perlu mempercayai PDRM dalam menjalankan siasatan. Kita berharap agar kes ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Sofiana berkata, mangsa kini berada di pejabat konsul Indonesia di Pulau Pinang sementara menunggu sehingga kes berkenaan selesai.

Sabtu lalu, seorang pekerja kedai makan warga Indonesia berusia 25 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah balai di Bukit Mertajam selepas menahannya di kawasan perumahan kira-kira jam 6.20 pagi Jumaat lalu.


Berita Berkaitan:



Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar menyatakan beliau telah mengirimkan surat kepada Kerajaan Malaysia memprotes keras atas dakwaan pemerkosaan yang dilakukan tiga polis negara Malaysia terhadap seorang tenaga kerja Indonesia (TKI), demikian lapor kompas.com

"Kita sudah menyampaikan protes supaya pelaku dihukum seberat-beratnya," kata Muhaimin sebelum Rapat Koordinasi tentang Perburuhan, di Pejabat Menteri Kordinator Bidang Perekonomian di Jakarta, Isnin (12/11/2012).

Muhaimin, surat protes tersebut disampaikan melalui Satuan Tugas Tenaga Kerja Indonesia-Malaysia. Sebelumnya, pada Sabtu (10/11/2012), media Malaysia, Sinar Harian, menyiarkan berita seorang TKI perempuan diperkosa oleh tiga orang polis Malaysia di Balai Polis Polisi Bukit Mertajam, Penang, Malaysia. Mangsa yang mempunyai singkatan nama "SM" (25), menyatakan, pemerkosaan terjadi pada Jumaat (9/11/2012), ketika dirinya diperiksa oleh polis Malaysia.

SM mengakui, dia tidak memiliki dokumen lengkap kerana hanya menunjukkan salinan fotokopi pasport sehingga dibawa ke balai polis. Ketika itu, mangsa minta dilepaskan, tetapi tidak dibenarkan. Beliau mendakwa diperkosa oleh tiga anggota polis dan kemudian baru dibebaskan.

Muhaimin menyatakan, berdasarkan laporan dari KBRI di Malaysia, suspek pemerkosaan sudah ditangkap. "Selanjutnya, kami sudah melakukan tindakan untuk menjaga psikologis mangsa, termasuk menyediakan peguam," ujarnya.

Ia mengingatkan, para TKI harus waspada dengan menyiapkan dokumen-dokumen. "Perlengkapan dokumen ialah agar TKI tidak diremehkan dan memiliki harga diri di Malaysia," ujarnya.




Tiada ulasan: