Jumaat, 30 November 2012

Laman Nurani

Laman Nurani


Siap Print Untuk Ditepek Supaya Orang Kampung Dapat Baca

Posted: 30 Nov 2012 08:39 AM PST

Petronas Membayar 5% Bahagian Kelantan Kepada Kerajaan Persekutuan adalah Jenayah Pecah Amanah

Posted: 30 Nov 2012 08:36 AM PST

Petronas Membayar 5% Bahagian Kelantan Kepada Kerajaan Persekutuan adalah Jenayah Pecah Amanah

Saya merujuk kepada kenyataan media Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abas pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, Petronas sememangnya membayar 5% bahagian negeri Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada Kerajaan Negeri K
elantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak Akta yang sama.

Suka diingatkan;

Pertama - Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas. Tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia.

Menurut perjanjian itu, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5% bayaran tunai dua kali setiap tahun bila mana pengeluaran bermula.

Kedua - Kenapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya membayar kepada pihak ketiga iaitu Kerajaan Persekutuan?

Jika Kelantan tidak layak menerima bayaran itu atas apa jua sebab, Kerajaan Persekutuan juga tidak berhak menerima lebih dari 5% bayaran tunai hak Kerajaan Persekutuan selain dividen dan cukai.

5% itu akan pergi ke mana?

Ketiga - Pembayaran oleh Petronas 5% hak Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan adalah satu tindakan jenayah pecah amanah di mana hukumannya adalah mandatori penjara.

Keempat - Kerajaan Persekutuan juga melakukan jenayah dengan bersyubhat menerima bayaran bukan haknya dan menggunakan wang itu tidak seperti yang dikehendaki oleh perjanjian.

Kelima - semua pihak yang bersyubhat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama.

Adalah menyedihkan, Petronas sebagai sebuah syarikat multi nasional yang menanda tangani beratus-ratus perjanjian di seluruh dunia, boleh memungkiri perjanjian dengan sebuah Kerajaan Negeri dalam negaranya sendiri.

Mustahil bagi Petronas untuk tidak memahami perjanjian mudah seperti itu dan sebarang tanggung jawab perundangan kembali kepada Petronas dengan semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertingginya akan dipertanggung jawabkan.

Tindakan yang sesuai akan diambil oleh Kerajaan Kelantan apabila tiba masanya.

Kerajaan Negeri juga akan menulis surat kepada Petronas untuk mendapatkan jumlah wang 5%bahagian Kelantan yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

Husam Haji Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
30 Nov 2012
16 Muharam 1434

Tiada ulasan: