Rabu, 14 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli UMNO ditangkap khalwat dengan isteri orang?

Posted: 14 Nov 2012 09:43 AM PST


Ada orang kata dia ni ahli UMNO.. ada sesiapa boleh mengesahkan?.. tetapi perangai dia ni pun sama dengan pemimpin UMNO..

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. - Bernama

Takut pembohongannya terbongkar, Utusan larang diselit risalah politik pada edarannya..

Posted: 14 Nov 2012 03:33 AM PST

Kita sering melihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media-media yang dikuasai UMNO.

Dan bagi mengelakkan rakyat yang hanya bergantung kepada maklumat yang disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN itu mendapat maklumat sebaliknya, media tersebut langsung tidak memberikan peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjawab serangan Najib itu.

Tindakan ini tak lebih daripada tindakan seorang yang bacul kerana tangan lawannya diikat ketika beliau menyerang, jadi beliau bebas menyerang apa saja sesuai dengan kehendaknya..

Nampaknya kini langkah penakut @ bacul Najib itu kini menular kepada Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia pula yang telah beberapa kali dibuktikan oleh Mahkamah sebagai penyebar fitnah.

Bagi mengelakkan rakyat tahu apa pembohongan yang disiarkannya, pihak pengedar di daerah Lenggong, Perak telah dilarang dari menyelitkan sebarang risalah berbentuk politik dalam edaran surat khabar tersebut.


Ceh!! Dah nak bungkuspun masih tak sedar diri?

Baitulmal Perlis Menyeleweng, Dr. Juanda letak jawatan..

Posted: 14 Nov 2012 01:17 AM PST


Berita dari sumber yang dipercayai mengatakan bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal.

Difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.

Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?

Ini kenyataan media dari SAMM Perlis mengenai perkara ini..

Penyelewengan Baitulmal: Dr Juanda Letak Jawatan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal.

SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan. Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?

SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.

Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam. Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat.

Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk berkompromi sehingga meletakkan jawatan. SAMM Perlis memuji tindakkan Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada yang sepatutnya.

Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat ini. Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis
019-4342244
Abunasrullah@gmail.com

Selagi ada wakil dari puak-puak yang tak peduli samada halal atau haram itu menguasai pentadbiran beginilah jadinya...

GEMPAR!! Pemuda UMNO demo bantah Nurul, Pertahan Islam sambil cuba tunjuk kemaluan..

Posted: 13 Nov 2012 08:37 PM PST


Tengok gambar pencacai UMNO kat atas tu.. buat demo kononnya mempertahankan Islam tapi dalam masa yang sama cuba hendak membuka zip seluar untuk menunjukkan kemaluan.. apa cerita ni?

Demo membantah Nurul Izzah yang di katakan telah menyentuh institusi agama islam telah di lakukan oleh pemuda Barisan Nasional hari ini di ampang, dalam demo itu di anggarkan sebanyak 10 ribu anak muda dari penyokong Barisan Nasional telah berkumpul di tepi jalanraya sambil melaungkan hidup melayu, jangan ganggu kesucian melayu islam.

Demonstrasi besar besaran ini bagi menunjukan kekecewaan pemuda umno dan barisan nasional terhadap nurul izzah yang di dapati telah di sokong oleh hampir 80% generasi anak muda malaysia masakini.


Pendemo juga cuba menunjukkan kemaluan mereka yang sangat memukau kerana umum tahu bahawa umno dan porno tidak dapat di pisahkan, ianya bagaikan isi dan kulit, mereka belajar dari pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang mengalami pelbagai skandal dan bloger bloger lucah tajaan Barisan Nasional yang di bayar rm 3-4 ribu sebulan serta media propaganda utusan.


Mereka membantah ucapan penuh nurul izzah dalam menyentuh isu mengenai melayu itu islam dan islam itu melayu, pemuda Barisan Nasional yang bermazhab ahlul punnah wal ranah ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang lebih 40 kilometer dari lingkaran tengah dua hingga ke air terjun bukit belacan.



Mereka telah membawa sepanduk, bendera barisan nasional dan juga membawa seluar pendek yang mengikut mazhab ahlul punnah wal ranah mereka adalah 1 daripada kewajipan pandang ke timur,

Berbalik kepada demonstrasi besar besaran dari pemuda Barisan Nasional ini,BBC, CNN, Washington post dan juga media prima tv3 telah membuat liputan meluas ke seluruh dunia secara langsung.

Menurut saksi di tempat kejadian, rm 50 telah di sediakan untuk setiap pendemo dan juga makan tengahari serta minyak motor dan baju Barisan Nasional, juga tidak lupa mereka di bekalkan dengan seorang penyeri dari puteri umno malaysia yang berambut perang.


Laporan dari : Era Pasca

Pembersihan RM275Juta Wang Haram Musa Aman dilaporkan di Switzerland

Posted: 13 Nov 2012 04:30 PM PST


Banyak betul duit dia ni ya.. Baru-baru ni heboh pasal RM40Juta yang dikatakan sebagai sumbangan seorang Ahli Perniagaan buat diri dia kemudiannya bertukar menjadi sumbangan kepada UMNO Sabah, ini pula tentang RM275 Juta pulak..

Kes mengenai pengubahan wang haram ini juga melibatkan Musa Aman dan sekumpulan 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan ketua menteri Sabah itu.


Menurut Bruno Manser Fund (BMF), kes itu membabitkan dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang didakwa sebagai penamanya.

"Kes itu dibuka peguam negara Switzerland pada 29 Ogos susulan satu laporan jenayah oleh BMF," kata BMF dalam kenyataan mereka.

Berikut adalah kenyataan Media BMF..

Bruno Manser Fund takes Malaysian money-laundering case to the Swiss Federal Criminal Court

The Bruno Manser Fund (BMF) and 255 Malaysian citizens ask to be admitted as private plaintiffs to an ongoing money-laundering case against Swiss bank UBS – Malaysian government and judiciary accused of „state failure" and „collusion" with UBS customers Musa bin Aman and Michael Chia

(BELLINZONA, SWITZERLAND) Swiss NGO, the Bruno Manser Fund (BMF), and 255 citizens from the Malaysian state of Sabah are asking the Swiss Federal Criminal Court in Bellinzona to be admitted as private plaintiffs in an ongoing criminal case against Swiss bank UBS.
The case has been opened by the Swiss Attorney General on 29 August 2012, following a criminal complaint by the Bruno Manser Fund. UBS is accused of having laundered over 90 million US dollars on behalf of Musa bin Aman, Chief Minister of the Malaysian state of Sabah, and his nominee Michael Chia.

Musa bin Aman is accused of having raised these funds illegally from local businessmen in return for granting logging concessions and timber export permits. The rainforests in the East Malaysian state of Sabah, located on the island of Borneo, are one of the world's biodiversity centers. They have been gravely damaged by excessive logging and the massive conversion of forests into oil palm plantations.

On 26 October 2012, the Swiss Attorney General ruled that BMF should be excluded from the ongoing UBS/Musa case as the NGO had not been directly damaged by the bank's laundering of Malaysian timber corruption proceeds through UBS accounts in Hong Kong, Singapore and Zurich.

'State failure' and 'collusion' of Malaysia's highest authorities

In a complaint lodged last week by the Bruno Manser Fund against the Attorney General's decision, the NGO argues it should be admitted as a plaintiff to the case in order to represent 255 citizens from Sabah and the Malaysian public.

The NGO's lawyers are arguing that the Malaysian authorities, who would have had the right to be heard in the case, are „incapable of action" in the matter due to „state failure" and „collusion" of the country's highest political representatives and its judiciary with the alleged money-launderers.

Due to the authorities' failure to represent the interest of the Malaysian public, BMF and Malaysian citizens represented by the NGO should be admitted as plaintiffs to the case in order to guarantee fair procedures.

BMF's submission to the Swiss Federal Criminal Court underlines that Malaysia's de-facto law minister, Nazri bin Abdul Aziz, stated in Parliament in Kuala Lumpur that UBS customer and suspected money-launderer Michael Chia was carrying 13 million Singapore dollars in donations for Sabah UMNO, Malaysia's ruling party, and that Mr. Nazri's son is driving a car registered under the name of Michael Chia.

Furthermore, the Swiss court has been made aware of the fact that UBS customer and suspected money-launderer, Musa bin Aman, is the brother of the Malaysian Minister of Foreign Affairs, Anifah bin Aman, and that Musa's wife is a relative of the wife of Malaysia's Attorney General, Abdul Gani Patail.

"Therefore, Musa bin Aman is not only the dominant political player in Sabah but also enjoys protection from the highest political and judicial authorities in autocratically-ruled Malaysia", the complaint concludes.

It is expected that the Swiss court will decide on the admission of BMF and the private plaintiffs from Sabah to the case within two to three months.

Under Switzerland's tough anti-money-laundering laws, it is forbidden for Swiss companies to be involved in corruption and money-laundering in their worldwide operations. However, only rarely have companies been held responsible for such crimes.

Please contact us for more information:

Bruno Manser Fund
Socinstrasse 37
4051 Basel, Switzerland
Tel. +41 61 261 94 74

Hmmm.. pencacai UMNO tentu lebih banyak duit mereka kannnn?? sebab itulah mereka bermati-matian mempertahankan pemimpin mereka..

Sikit sebanyak kes ini memalukan Malaysia kerana tiadanya tindakan dari Kerajaan Malaysia telah menyebabkan ianya dilaporkan di Switzerland..

Lebih menarik lagi.. ianya juga dilaporkan oleh NGO dari luar Malaysia.. ini mungkin kerana NGO dalam Malaysia kebanyakkannya merelakan diri mereka menjadi tunggangan pemimpin UMNO/BN..

Tiada ulasan: