Rabu, 14 November 2012

Addin

Addin


Ketua Pengarah Kesihatan Di Cekup Khalwat

Posted: 14 Nov 2012 08:12 AM PST

Ini 'hadiah' paling bermakna sempena sambutan tahun baru Maal Hijrah yang akan disambut ESOK!Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.Jika Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik di Hotel Pullman Putrajaya kira-kira jam 2.18 pagi hari ini.   Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka berdua membayar denda itu.Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.   Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie, Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.   Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.   Hasil siasatan lanjut mendapati Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.Ketika merayu hukuman ringan, Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan INSAF!

Fakta tertuduh:

Nama: Hasan Abdul Rahman

Jawatan: Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan

Nama : Wan Syarifah Nooraazmanita Wan HassanJawatan:

Jururawat Gred U41, Unit Pengurusan Peperiksaan Jabatan (PPJ)




Iklan




Mufti Perlis Letak Jawatan

Posted: 14 Nov 2012 04:31 AM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal.SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?

SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.

Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam. Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat.

Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk berkompromi sehingga meletakkan jawatan.  SAMM Perlis memuji tindakkan Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada yang sepatutnya.

Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat ini. Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis


Iklan



Laporan Bohong BERNAMA Akan Cetuskan Kemarahan Rakyat Indonesia

Posted: 14 Nov 2012 01:00 AM PST


Agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA, semalam telah menyiarkan berita yang dusta dan tidak tepat berkait dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara yang berlaku kelmarin.

Di dalam laporan BERNAMA yang tersebar dibeberapa media massa pro-kerajaan menyatakanyang hadir menunjuk perasaan itu kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya ialah 1,000 orang.Daripada foto yang tersebar di media massa Indonesia, ternyata laporan BERNAMA itu bukan saja tidak tepat tetapi dusta kerana angka sebenar bukannya 20 orang.

Cuba lihat gambar di atas.Logikkah hanya 20 peserta penunjuk perasaan?Laporan BERNAMA seterusnya menyatakan:"Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah"Sudahlah laporannya 20 orang, kemudian dikatakan termasuk wanita dan kanak-kanak! Oleh itu berapa angka yang bukan wanita dan bukan kanak-kanak?

Wanita dan kanak-kanak pun menunggang motorsikal? Mana bukti bergambar demo itu disertai cuma 20 orang?Satu usaha BERNAMA yang cuba meemperlecehkan demonstrasi berkenaan dan teknik kewartawanan longkang BERNAMA ini juga selalu digunakan tatkala menyiarkan berita-berita mengenai Pakatan Rakyat di Malaysia!

Baca laporan bernama di SINI.


~greenboc



Iklan



Restoran Hidang Menu Anjing

Posted: 13 Nov 2012 10:31 PM PST

PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat yang kurang senang dengan sikap pengunjung restoran itu yang mabuk dan membuat bising pada pada awal pagi."Tindakan pernah diambil setahun lalu namun premis terbabit masih berdegil menyebabkan  tindakan diambil sekali lagi," katanya.Ke semua warga asing ditahan akan diperiksa, manakala yang tiada dokumen pengenalan diri akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.Difahamkan, pub itu popular dalam kalangan warga Myanmar apabila ada di antaranya yang datang dari jauh semat-mata mahu menikmati hiburan di situ.Siasatan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras  yang kebanyakannya diimport."Kesemua minuman keras yang dijual dirampas dan akan diserahkan kepada Kastam untuk tindakan selanjutnya," katanya.Sementara itu, pihak MBPJ menjalankan sitaan ke atas beberapa barangan termasuk pembesar suara dan set televisyen mengikut Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen. ~sinar





Iklan


Ulamak Umno Tuli Dan Bisu - Anwar

Posted: 13 Nov 2012 09:23 PM PST

SENTUL 14 November: Pendirian ulama Umno dipersoal apabila bisu berhubung tohmahan ke atas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan tuli terhadap kenyataan menghina janggut Nabi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Dulu Dr Mahathir mengata tentang janggut Nabi. Siapa pernah lihat janggut Nabi? Mana ustaz Umno? Kenapa tak tegur?," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim depan hampir 1,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Padang Balang, di sini, malam tadi.

"Yang mengata kamu diam, yang tak kata apa-apa, kamu fitnah. Allah maha kaya. Dia tunjuk anak Dr Mahathir ada saham syarikat arak," tegas Ketua Umum KEADILAN sambil menyifatkan perlakuan Umno itu sebagai hipokrit.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah saman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama.

Manakala Mahathir yang juga bekas Presiden Umno, pernah menyinggung amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah SAW dan tidak menarik balik atau memohon maaf berkenaan hal tersebut.Anwar berkata, menyerang lawan politik dengan kata-kata kesat dan fitnah langsung tidak mencerminkan budaya Melayu beragama Islam yang mempunyai tatasusila mulia."Bukan budaya orang Melayu buat kerja khianat," kata Ketua Pembangkang.

Beliau mempersoal kontrak kerajaan yang dianugerah Perdana Menteri kepada lingkaran kroni yang sama antaranya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Ananda Krishnan dan YTL (Yeoh Tiong Lay)."Kenapa Najib takut sangat pada Syed Mokhtar, sampai semua kontrak beri pada dia? Hutang Syed Mokhtar sekarang RM40 bilion.

Kenapa kontrak Kementerian Pelajaran serah pada YTL? Bekal komputer, IT, E-Learning dan ko-kurikulum pun. Walhal YTL hutang RM50 bilion," jelasnya."Mengapa khazanah negara kamu (kerajaan) buat begini? Bila dekat pilihan raya, dia bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia. Lepas pilihan raya dia 'broom' (sapu)," kata Anwar disambut ketawa hadirin.Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad. ~kd



Iklan





Rupanya Sebab Ni Satu Kampung Ugut Mahu Keluar Umno

Posted: 13 Nov 2012 06:36 PM PST


Semalam, heboh disiarkan tentang sekumpulan penduduk yang menyokong Umno mengugut untuk keluar dari parti itu tetapi masih menjadi persoalan mengapa mereka sanggup bertindak demikian.

Hari ini, segala spekulasi tersebut terjawab!Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, mengancam akan berbuat demikian berikutan parti yang kunun memperjuangkan nasib orang Melayu itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah."Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.

"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.

"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.Parlimen Batu Pahat diwakili Puad Zakarshi yang merupakan timbalan menteri pelajaran manakala parlimen Parit Sulong disandang bekas ketua puteri Umno, Noraini Ahmad.




Iklan





Tiada ulasan: