Jumaat, 23 November 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Projek Langgar TGNA

Posted: 23 Nov 2012 04:44 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Selepas kes Langgar TGHA di Rusila dulu, gua dihubungi oleh beberapa media perdana. Gua enggan. Kerana tidak mahu isu itu dinilai oleh audien media perdana. Gua hanya mahu isu itu dinilai oleh audien internet.

Selepas menolaknya, gua dihubungi oleh sekumpulan manusia. Merundingkan harga (cecah juta beb) jika gua buat Projek Langgar TGNA di Pulau Melaka. Mereka kasi gua senarai isu yang gua boleh pilih sendiri. Mereka kasi gua perlindungan politik. Mereka kasi gua peguam, polis dan media.

Ketika itu gua hanya maklumkan kepada sahabat. Tidak dikongsi dalam blog. Kerana tidak mahu dilihat koya. Poyo. Berlebih2an dalam isu langgar TGHA.

[2]
Hari ini gua dihubungi (tag) oleh Lau Chit Fang. Mengenai isu salon rambut KB Mall. Isu ini sangat melukakan orang bukan Islam. Dan isu ini bukan isu agama atau bangsa. Tetapi isu hak seorang bukan Islam.

Salon rambut A di KB Mall ini gagal mendapatkan lesen perniagaan. Tetapi beroperasi selama 2 tahun atas sistem bayar denda demi denda.

Menurut En Lau, dalam Peraturan PBT Fasal 107 (2), wanita dilarang menggunting rambut lelaki. Kerana peraturan tersebutlah MPKB tidak boleh mengeluarkan lesen.

Baru-baru ini, penguatkuasa MPKB telah menyaman salon tersebut kerana pekerja wanita bukan Islam telah menggunting rambut lelaki bukan Islam. Isu salon tersebut keluar dalam The Star. Keesokan harinya MPKB datang dan mengeluarkan saman berkenaan lesen dan papan iklan.



[3]
Menurut En Lau, beliau sebagai masyarakat bukan Islam sudah habis punca untuk mengadu bagi mendapatkan hak bukan Islam wanita menggunting rambut bukan Islam lelaki.

En Lau berkata masyarakat bukan Islam hanya mahu menambah perkataan kecuali bagi bukan Islam sahaja dalam peraturan PBT tersebut. Ini hanya soal gunting rambut. Bukan soal urut.

[4]
Gua ada bertanya pihak lain yang beliau minta tolong. Gua bimbang, gua mendahului keadaan. En Lau kata, Anuar Tan tidak boleh berbuat apa kerana mendakwa ini di luar bidang tugasnya.

Gua mengambil keputusan begini. Dalam masa terdekat, gua akan sampaikan memorandum, bertempoh yang munasabah, kepada TGNA secara tertutup. Kita semua mahu mendengar penjelasan. Bimbang kalau2 ada perkara yang kita tak tahu. Tapi berhak tahu dan sebarkan penjelasannya.

Seandainya masih tidak mendapat penjelasan, maka terpaksa mengumpul orang, bagi memfizikalkan hasrat memohon penjelasan mengapa peraturan itu tidak boleh dikecualikan kepada orang bukan Islam.

Apabila perkara ini sudah sampai bentuk fizikal terhadap tokoh manusia, maka, sekali lagi gua terpaksa menelan maki dan tanggapan jahat dari jutaan manusia dan juga kecederaan fizikal. Takpa. Gua dah lali. Gua yang pilih jalan ni. Lillahitaala.

Dan mengikut kebiasaannya, untuk persediaan terhadap itu, gua akan menulis penjelasannya dalam blog gua. Jika anda mengatakan hukum neraka untuk mendapatkan penjelasan seorang tokoh kepada manusia, maka, itulah dia anda. Itulah dia gua.

Wallahualam.



Tiada ulasan: