Addin |
- Umno Warning Ahlinya..
- Ahli Parlimen Hong Kong Sokong Skandal Musa Aman Di Siasat Semula
- Adun Umno Mencarut Dalam Dewan
- Tembelang Musa Aman Pecah Lagi..
- Akhirnya.. Kebodohan Pemimpin Umno Terbongkar
- Nurul Izzah Saman Utusan Pula
- Jika Di Negara Luar, Rafizi Ramli Sudah Pasti Di Beri Pingat
- Ketua Pemuda Umno Di Tahan Bersama Arak Dan Dadah
- Rupanya Sebab Ni Adun Kota Seputeh Mengamuk Sakan Dalam Dewan
- Najib Pasti Kecut Perut Baca Buku Ni..
- Polis Kena 'Goreng' Supaya Bertugas Di Loji Lynas?
- SAMM Dakwa Ada Bukti Malaysia Hantar Getah Ke Israel Pada 19 November
Posted: 23 Nov 2012 09:13 AM PST Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agung jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti. Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti. Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan. Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan. Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu. Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agung seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agung itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama. Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agung orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya 'buat tidak tahu sahaja' tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar. UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain. Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan. UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu. Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka. Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO. Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com |
Ahli Parlimen Hong Kong Sokong Skandal Musa Aman Di Siasat Semula Posted: 23 Nov 2012 06:57 AM PST PETALING JAYA 23 November: Ahli Parlimen (MP) Hong Kong, James To menyokong penuh usaha KEADILAN untuk menggesa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, James turut berjanji untuk membawa isu tersebut ke dalam Sidang Parlimen Hong Kong. "Mereka menyatakan kebimbangan akan keseriusan kes ini dan menurutnya adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu ICAC dalam mengumpul bukti," katanya."Justeru, kalau ada bukti kukuh diserahkan, kes pasti dibuka semula kerana mereka tak mahu Hong Kong dijadikan 'syurga' untuk melakukan jenayah rasuah," jelasnya. Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti petang tadi sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini. Delegasi KEADILAN itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu.Lih Kang berkata, selain James, Ahli Parlimen Hong Kong yang turut berjumpa mereka dan menyatakan sokongan termasuk Naib Pengerusi Panel Keselamatan, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong. ~kd |
Adun Umno Mencarut Dalam Dewan Posted: 23 Nov 2012 05:21 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim ternyata tidak layak menjadi wakil rakyat apabila menghamburkan kenyataan yang bersifat 'seksis dan lucah' terhadap YB Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, malah ternyata bersifat menghina dan melampau. Inikah sikap sebenar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang memiliki mentaliti kotor dan songsang yang dipilih oleh rakyat untuk berada dalam dewan yang mulia? Para wanita wajar menolak Adun Umno yang jelas menghina dan berfikiran lucah serta sempit. Jingga 13 mendesak agar Mohd Isa dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan dengan segera dan menggantung beliau di atas sikap tidak profesional, seksis dan lucah. Tindakan tegas juga wajar diambil terhadap kenyataan yang ternyata bertujuan mengaibkan Elizabeth secara terbuka dengan sesuatu yang tidak masuk akal sebagai seorang Adun. Jingga 13 menyeru seluruh wanita di Malaysia khususnya wanita di Selangor mengambil pendirian menolak wakil-wakil rakyat Umno BN dalam PRU 13 yang ternyata tidak menghormati golongan wanita. Afy Adrimie Saharudin Timbalan Setiausaha 2 Jingga 13 |
Tembelang Musa Aman Pecah Lagi.. Posted: 23 Nov 2012 04:13 AM PST DAMANSARA 23 November: UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi. "Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes 'money laundering' (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland. "Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat," katanya depan lebih 5,000 rakyat. "Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia berjumlah RM40 juta," kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu. Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun hingga kini tiada seorang pun didakwa. "Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab," jelasnya. Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20 tahun memerintah. "Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion. "Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis," sambung Sivarasa. "Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan)," tegasnya. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. ~kd |
Akhirnya.. Kebodohan Pemimpin Umno Terbongkar Posted: 23 Nov 2012 02:15 AM PST Pas perlu menyertai Barisan Nasional (BN) jika mahu memastikan presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri. Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Razali Idris berkata, gabungan Pas dalam BN akan membantu menambahkan majoriti Melayu dalam Umno, sekali gus akan memungkinkan Presiden Pas untuk menjadi ketua tadbir negara. Menurutnya, Umno sudah tentu bersikap terbuka dan beliau yakin pimpinan parti itu juga akan menerima pemimpin Pas untuk memerintah negara, sekali gus lebih memartabatkan agenda Islam serta pelaksanaan Islam. "Sekarang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah pemimpin Umno. Kalau Pas bergabung dalam BN, sudah tentu ia boleh dibincang. Mungkin pemimpin Umno jadi Perdana Menteri dan pemimpin Pas jadi Timbalan Perdana Menteri," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang. Razali berkata, Pas di peringkat bawah menginginkan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak sedar bahawa pimpinan PR di peringkat Pusat termasuk pimpinan Pas sebenarnya sudah pun mengetahui bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bakal diangkat menyandang jawatan tersebut. Beliau percaya, kepimpinan Pas tidak memaklumkan perkara itu kepada peringkat bawahan termasuk sayap partinya sendiri seperti Dewan Ulama Pas yang membangkitkan perkara itu dalam muktamar baru-baru ini. "Apa yang ditimbulkan dalam muktamar itu seolah-olah mereka tidak tahu mengenai perkara itu, dan ini menunjukkan pimpinan Pas tidak memaklumkan kepada ahli parti mereka sendiri. "Jadi, apabila perkara itu ditegaskan oleh Dewan Ulama Pas, terbongkarlah bahawa kepimpinan atasan Pas tidak pernah memberitahu ahli peringkat bawahan mengenai Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa Abdul Hadi juga telah kalah dari sudut pemilihan sebagai Perdana Menteri apabila PKR dan DAP masing-masing mengangkat Anwar untuk menyandang jawatan tersebut, termasuk di kalangan ahli Pas sendiri khususnya dari kalangan Anwarinas. Beliau percaya, keadaan itu juga mendorong Abdul Hadi bersuara untuk tidak bertanding dengan alasan sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, selain menyatakan untuk menjadi khadam jika Islam menang. ~jalanpulang |
Posted: 22 Nov 2012 11:50 PM PST Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan. Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua. Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu. Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan. Menurut pernyataan tuntutan, tiga lagi artikel yang diterbitkan akhbar berkenaan di muka surat lima bertarikh 6 November 2012 pula adalah "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu"," Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik" dan "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama". Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama. Beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut dalam saman tersebut. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu didakwa membuat kenyataan tersebut sewaktu menjadi panelis forum "Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu. Berikutan itu, beliau kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Sultan Sultan melahirkan rasa kesal. ~sinar |
Jika Di Negara Luar, Rafizi Ramli Sudah Pasti Di Beri Pingat Posted: 22 Nov 2012 11:25 PM PST SHAH ALAM 23 November: Peguam Sivarasa Rasiah bertegas tidak setuju dengan keputusan hakim hari ini yang menolak permohonan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli untuk mengenepi pertuduhan ke atasnya di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989. Ini kerana menurut beliau, memang sepatutnya pendakwaan terhadap anak guamnya itu tidak perlu. "Rafizi mempunyai tanggungjawab untuk dedahkan penyelewengan terhadap wang rakyat, dan Datuk (Mohamad) Salleh (Ismail) sebagai penyeleweng tidak punya hak undang-undang untuk mendakwa Rafizi," jelasnya kepada Keadilan Daily. Berikutan penolakan itu, Sivarasa dan dua lagi peguam yang mewakili Rafizi – Latheefa Koya dan Eric Paulsen akan memfailkan notis di Mahkamah Rayuan, Isnin depan. "Kita hormat keputusan hakim tetapi kita akan buat rayuan kerana kita yakin memang Rafizi tidak sepatutnya didakwa di mahkamah seperti seorang penjenayah, kalau di negara luar beliau pasti diberi pingat," katanya. Hakim turut memutuskan kes pendakwaan yang dijadualkan berlangsung 3 Disember depan, ditangguh sehingga keputusan rayuan diperoleh. Rafizi hari ini yang masih di Hong Kong bersama rombongan KEADILAN mengikuti kes tersebut dari sana. Beliau bertemu Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia. Rafizi pada 1 Ogos lalu ditahan di bawah akta Bafia dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Beliau sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan National Feedlot Corporation (NFC) dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail – suami Shahrizat sebelum ini didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Beliau merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta. Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan terhadap Mohamad Salleh. Pada 30 Disember lalu, pihak berkuasa mendakwa pemberi maklumat dalam kes NFC, Datuk Shamsubahrin Ismail atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta. Shamsubahrin turut pernah direman dan diarah melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mendedahkan skandal yang melibatkan Umno BN. Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, tuduhan ke atas Shamsubahrin adalah taktik Umno bagi menjadikan ahli perniagaan itu 'kambing hitam' dalam skandal tersebut, sekaligus melindungi Mohamad Salleh. Jika disabit kesalahan, Rafizi boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank. ~kd |
Ketua Pemuda Umno Di Tahan Bersama Arak Dan Dadah Posted: 22 Nov 2012 10:31 PM PST KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu."Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik."Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa. Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. ~kd |
Rupanya Sebab Ni Adun Kota Seputeh Mengamuk Sakan Dalam Dewan Posted: 22 Nov 2012 07:22 PM PST ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato' Che Barni.Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17. Beliau menjelaskan ketika sesi penggulungan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh berkenaan dengan pemecatan dua orang pegawai di kawasan Kubang Pasu, di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman."Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP. "Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya," terangnya.Tambahnya lagi, beliau berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.Sementara itu, selepas diperintahkan keluar, ADUN Si Putih bersama-sama dengan Exco (BN) yang lain keluar dewan beramai-ramai. Namun, selepas YB Lim Soo Nee selesai berucap mereka masuk semula ke dewan kecuali Abu Hasan Sarif. ~kedahla |
Najib Pasti Kecut Perut Baca Buku Ni.. Posted: 22 Nov 2012 05:46 PM PST KUALA LUMPUR 22 November: Kisah pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.6 bilion dan kes pembunuhan Altantuya diterjemah ke dalam buku kartun bertajuk 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene'.Buku terbaru kartunis Zunar hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu mengandungi 32 muka surat.Ia bagi memudahkan pemahaman orang ramai terhadap skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi negara."Ia bukan hanya sekadar kartun, ia diterjemah dari fakta sebenar, iaitu dari artikel akhbar, maklumat dari prosiding mahkamah di Perancis dan fakta dari inkuiri yang sedang berlangsung," jelas Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSACH) petang tadi. Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, buku tersebut merupakan satu lagi usaha untuk menyebarkan maklumat sebenar selain ceramah dan jelajah."Kita harap lebih ramai akan faham dan mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai skandal ini," katanya.Pelancaran buku itu akan berlangsung pada Khamis depan di Auditorium KLSACH pada jam 8 malam. Hasil karya tersebut akan dirasmikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.Pembelian Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Perdana Menteri menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.Skandal ini berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang diletup mengguna C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006. Beliau adalah penterjemah kepada Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Najib Razak.Buku 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' berharga RM5 senaskah itu dicetak 100,000. ~kd |
Polis Kena 'Goreng' Supaya Bertugas Di Loji Lynas? Posted: 22 Nov 2012 04:51 PM PST KUANTAN, 23 Nov - Sebahagian besar anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini meluahkan perasaan kecewa mereka akibat tindakan kerajaan menjadikan mereka "alat" untuk menjaga kepentingan pojek Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kekecewaan itu timbul apabila anggota polis terbabit yang sepatutnya berjaga-jaga kiranya ada rusuhan atau demontrasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam ketika operasi membawa masuk bahan nadir bumi yang tiba dari Australia di Pelabuhan Kuantan ke kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Namun, apa yang belaku anggota polis dari cawangan trafik IPD terbabit seramai lebih kurang 30 orang tiba-tiba ditugaskan menjadi polis pengiring lori-lori treler yang digunakan untuk operasi terbabit. Menurut beberapa orang anggota polis berkenaan, mereka benar-benar tertipu dengan arahan berkenaan. Kerajaan tidak sepatutnya menyalahgunakan tugas anggota polis. "Kami bukannya dibayar gaji untuk iringi lori treler sebuah syarikat swasta seperti Lynas ... lainlah ia syarikat milik kerajaan. Apa yang terjadi ini jelas sekali telah melanggar tugasan dan tanggubgjawab yang telah diamanahkan kepada kami", kata mereka. Apa yang berlaku ini jelas sekali melanggar peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Soalnya kenapa anggota polis ini digunakan untuk mengiringi operasi membawa bahan nadir bumi "rare earth"?. Kenapa Lynas yang telah melabur beratus juta ringgit itu tidak menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan (security), jika mereka benar-benar mahu kawalan keselamatan dilakukan terhadap operasi tersebut. Kenapa perlu anggota polis dijadikan alat kepada operasi sebuah syarikat swasta. Lynas bukan kilang milik Kerajaan Negeri Pahang atau pun Kerajaan Malaysia. Ia milik pihak swasta. Maka menggunakan anggota polis untuk tujuan berkenaan jelas sekali bercanggah dengan peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Difahamkan, awal pagi semalam sahaja ada lebih dari 150 trip lori treler berkenaan berulang alik dari Pelabuhan Kuantan ke Gebeng. "Kami terpaksa lakukan kerja amal hingga jam 6.00 pagi dikala orang lain tidur lena. Lebih menyedihkan, kami hanya disajikan sedikit minuman dan makanan (mee goreng) tiada upah dan elaun tambahan diberikan. Lynas yang kaya raya bakal mengaut untung ratusan juta ringgit .. kudrat dan tenaga kami hanya dibayar dengan sepingga mee goreng... jika semalaman dibayar RM200 hingga RM300 seorang mungkin tidak menjadi pertikaian. Namun, inilah yang terjadi kepada kami sekarang... Kami mengawasi bahan mentah mereka dengan arahan pihak atasan. Kami yang menanggung risiko baik dari segi kesihatan atau pun ancaman nyawa", jelas salah seorang lagi anggota polis terbabit. Difahamkan juga, anggota polis terbabit di tempatkan di Balai Polis Pelabuhan Kuantan sebelum memulakan operasi sekitar jam 1.00 pagi. "Arahan yang diberikan, semua operasi tidak akan dimulakan sekiranya ada rusuhan atau himpunan di pintu masuk jalan ke pelabuhan. Sepatutnya itulah tugas kami, mengawasi ketenteraman awam.. bukan dijadikan alat untuk menjaga kepentingan sebuah syarikat yang kaya raya seperti Lynas ini. Harap-harap pihak kerajaan dapat berbuat sesuatu agar kebajikan kami lebih terbela jika ada operasi sebegini rupa pada masa-masa yang akan datang", tambah mereka lagi. ~pdo |
SAMM Dakwa Ada Bukti Malaysia Hantar Getah Ke Israel Pada 19 November Posted: 22 Nov 2012 04:14 PM PST SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi. Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu. "Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong. "Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel. "Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?" kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan. "Kita cabar Datuk Mukhriz Mahathir menafikan Malaysia menghantar getah ke Israel. "Jika kamu berani menafikan, kita bersedia keluar dengan bukti dengan satu syarat Mukhriz harus meletak jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab," katanya kepada TVSelangor. Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 orang. Beliau berkata, Kerajaan Umno-BN hipokrit apabila mengkritik Israel dalam politik domestik tetapi di peringkat antarabangsa mereka membantu. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramahnya berkata Umno-BN kini menukar haluan dengan mengiktiraf Ikhwanul Muslimin walaupun sebelum ini melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas. "Hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pimpinan ini seperti Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi; Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dan Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mengusarkan Umno-BN yang sebelum ini mengatakan Anwar sebagai agen Israel dan agen Amerika. "Hasilnya Umno-BN mengubah strategi dengan sudah mula dekat dengan pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin Mesir sehingga pada 4 Disember ini ketika negara menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia, Kuala Lumpur telah menjemput Dr Muhammad Mursi hadir ke forum itu," katanya. Beliau turut mendakwa Khaled Meshaal difahamkan akan dijemput hadir dalam Perhimpunan Agung Umno hujung November ini. ~selangorku |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan