shalehudin |
- Robengah (bekas amah Rais Yatim) TETIBA kaya... haha...
- Kalaulah perkara neh kena kat PAS...
- Istana Kelantan buat laporan Polis, kenapa?
- Ini baru gambar permulaan... kahkahkah...
- Pehal makcik-makcik Ameno neh...
- GEMBIRA di Gaza, biar gambar berbicara...
- Isi tersirat di hari Jumaat... [WAJB BACA]
Robengah (bekas amah Rais Yatim) TETIBA kaya... haha... Posted: 23 Nov 2012 08:00 AM PST Kes Menteri rogol amah: Duta dan polis Indonesia buka siasatan (Oleh Aliff Fikri) AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. "Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim. "Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia," katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan. "Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak. "Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya.Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah. "Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai. "Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini," tegas Fariz.Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. |
Kalaulah perkara neh kena kat PAS... Posted: 23 Nov 2012 07:14 AM PST PANAS... Exco Kedah dedah salah urus zaman Umno... Kalaulah perkara neh kena kat PAS, mau riuh la satu Malaysia kata PAS salah guna kuasa... |
Istana Kelantan buat laporan Polis, kenapa? Posted: 23 Nov 2012 05:14 AM PST Istana Kelantan Kesan Penjualan Darjah Kebesaran Berharga Hingga RM200,000 KOTA BAHARU: Istana Kelantan mengesan perbuatan pihak tertentu yang menyamar sebagai Kerabat Diraja Kelantan dan cuba menipu orang ramai dengan mendakwa boleh mendapatkan pingat dan darjah kebesaraan Negeri Kelantan. Ketua Istiadat Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu dijual dengan harga mencecah hingga RM200,000. Beliau berkata penjualan pingat dan darjah kebesaran tersebut bercanggah dengan Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua) yang menyatakan hanya Sultan Kelantan yang berhak mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada individu-individu yang layak. "Tiada mana-mana orang atau individu boleh mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran Negeri. Pihak yang menganjurkan majlis tersebut telah melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan. "Saya ingin tegaskan tidak ada mana-mana pihak diberi autoriti oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk pengurniaan Darjah Kebesaran dan melibatkan bayaran kewangan," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, Khamis.Abdul Halim berkata penjualan darjah kebesaran kepada individu dari dalam dan luar Kelantan ini mula dikesan pada akhir tahun lepas dan Istana Kelantan telah membuat beberapa laporan polis mengenainya. Beliau berkata ada pihak tertentu mendakwa dirinya adalah kerabat Diraja Kelantan dan telah mengurniakan pingat kepada beberapa individu termasuk dari Sarawak dan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Kelantan atau dari luar negeri ini supaya tidak terpedaya dengan kegiatan untuk menganjur atau menerima pengurniaan daripada mana-mana pihak selain daripada Istana Kelantan sendiri. "Kami juga menasihatkan individu yang menerima darjah kebesaran (secara tidak sah) supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa. "Saya amat dukacita dengan pihak-pihak tertentu yang masih tidak serik dengan tindakan yang dikenakan dan masih terus menawarkan darjah dan pingat kebesaran secara tidak sah dan menipu individu tertentu," katanya. BERNAMA |
Ini baru gambar permulaan... kahkahkah... Posted: 23 Nov 2012 02:00 AM PST Rafizi serah bukti baru, desak ICAC siasat semula rasuah RM40j HONG KONG 22 November: Satu laporan baru dikemukakan kepada jawatankuasa semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pagi ini untuk mendesak kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia dibuka semula. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya pagi tadi. Menurutnya, beliau bersama rombongan yang disertai beberapa wakil rakyat Malaysia itu akan membekalkan maklumat baru berhubung skandal tersebut. "Pagi ini, saya bersama Leong Jee Keen, Hee Loy Sian, Chang Lih Kang akan buat laporan baru dan beri maklumat baru kepada ICAC agar kes RM40 juta disiasat semula," katanya. "Ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong akan desak ICAC siasat rasuah RM40 juta," jelas beliau. "Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru. "KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC," katanya lagi dalam kenyataan dari Hong Kong.Rafizi bersama rombongan berlepas ke negara itu semalam untuk memulakan proses permohonan membuka siasatan kes itu. Mengikut Rafizi, beberapa perkara dapat disahkan berdasarkan laporan wawancara Free Malaysia Today kelmarin bersama Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta itu. Antaranya, pihak berkuasa Malaysia sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara atau kedua-duanya sekali yang memaklumkan kepada ICAC bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno. Katanya, ternyata RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut). "Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno. "Datuk Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik. "Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkara tersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia. "Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, kerana ia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas," jelas Rafizi.Beliau juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun menyerahkan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawa RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sah di sisi undang-undang. Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta. Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Nazri mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah. KEADILAN kemudian mendedahkan Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri yang bermati-mati mempertahankan Chia. |
Pehal makcik-makcik Ameno neh... Posted: 23 Nov 2012 01:53 AM PST Wow!! Ni yang kita kata, tak dak berita isu dicipta... Sure beb... Berita neh mesti TV3 akan putarbelitkan siang hingga malam 24 jam... Utusan akan utusexkan cerita yang mereka cipta di setiap keluaran... Kahkahkah..... Kesian la aku tengok makcik2 Umno neh, walaupun muka segak2 bergaya tapi depa masih lagi cukup makan, sihat dan tembam2 belaka... Camna boleh kenai depa neh Umno??? Ekelleh.... Bukannya susah pun nak kenai makcik2 Umno neh... pakai spek mata hitam macam mak datin, cukur sikit bulu kening, pas tu dok menyalak sana sini tunjuk garang... Kononnya, 'Ibu Tunggal' telah bertindak menyaman Kerajaan PR Selangor RM10Juta sebab tak tunai Manifesto Pilihanraya... Kahkahkah... SHAH ALAM: Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman. Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua. Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama, kata mereka. Plaintif-plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal, kata mereka. Plaintif-plaintif mendakwa defendan kedua sebagai Ketua Eksekutif kepada defendan pertama telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada plaintif dan golongan ibu tunggal di Selangor. Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos. Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan. Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama dan kedua melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor. Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'. Sementara itu, Murtini memberitahu wartawan mereka memfailkan saman itu bagi menuntut apa yang dijanjikan kepada golongan ini dalam manifesto pilihan raya umum 2008. "Harapan kami janji mesti ditepati, dan rakyat selaku pengundi sentiasa ingat kepada manifesto," katanya. Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan. Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat. - BERNAMA |
GEMBIRA di Gaza, biar gambar berbicara... Posted: 22 Nov 2012 10:02 PM PST Dua suasana berbeza melanda saat genjatan senjata yang dipersetujui antara HAMAS dan Israel. Lihatlah saja wajah 'dungu kesedihan' pemimpin Israel seakan begitu mudah kita untuk faham akan 'kekecewaan' mereka... Kecewa kerana misi mereka menghirup sepuasnya darah Palestin dengan kecanggihan teknologi ketenteraan mereka telah gagal... Manakala... Ukiran senyuman daripada pimpinan HAMAS jelas terpancar memberi maksud kepada kita semua iaitu KEMENANGAN! ****************************** Ucapan 'istimewa' untuk Israel: 'Seronok' ke terima hadiah kejutan seperti yang dijanjikan oleh pejuang-pejuang Palestin? THIS IS GAZA! |
Isi tersirat di hari Jumaat... [WAJB BACA] Posted: 22 Nov 2012 04:28 PM PST Kisah sorang pemotong batu... Najib seorang pemotong batu yang amat tidak berpuas hati dengan dirinya dan kehidupannya. Najib sentiasa merungut. Satu hari, Najib disuruh oleh seorang kaya raya untuk memotong batu di belakang rumahnya. Rumah orang kaya raya tersebut penuh dengan harta dan semua pelawat-pelawat VVVIP. "Orang kaya raya ini mesti power!" fikir Najib. Dia menjadi dengki dan menutup mata berdoa agar satu hari beliau menjadi sekaya orang kaya raya tersebut. Najib terkejut, apabila ia membuka matanya, doanya termakbul, dia seorang yang kaya raya kini, penuh dengan harta dan kuasa yang tidak pernah dirasainya. Setelah beberapa ketika, Najib berasa jengkel kepada mereka yang tidak sekayanya. Tiba-tiba satu hari, satu satu kereta pegawai besar datang melalui jalan di depan rumahnya. Pegawai tersebut duduk dalam kereta yang sangat mewah dan eksklusif dengan pelbagai bodyguard, dan apabila berjalan akan diiringi oleh barisan askar. Orang kaya raya macam mana pun kena tabik pada pegawai tersebut. "Powernya pegawai itu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi pegawai VVVVVVIP itu," doa Najib sambil menutup mata. Doa Najib termakbul, kini dia telah menjadi Pegawai tersebut, yang disanjungi, ditakuti dan dibenci oleh orang-orang kelilingnya…. Semasa berada dalam kereta, Najib terasa amat panas. Najib keluar melihat teriknya matahari tersebut yang bersinar megah di langit. "Powernya matahari tersebut. Alangkah baiknya kalau saya boleh menjadi matahari," doa Najib sambil menutup mata… Bila Najib membuka mata, betul dia dah jadi matahari – dia menggunakan kuasanya untuk memancar segala cahaya dan haba ke bumi sehingga kemarau berlaku untuk menunjukkan bahawa dia paling berkasa. Tiba-tiba ada awan besar datang menghalang dia, cahaya dia tidak sampai ke bumi. "Powernya awan ini. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi awan besar itu…" doa Najib sambil menutup mata lagi. Apabila membuka mata, doa Najib termakbul lagi, beliau kini menjadi awam besar. Dia menunjukkan kekuasaan dengan hujan lebat sehingga flyover ciptaan manusia boleh terbanjir. Semasa Najib sedang menurunkan hujan, tiba-tiba datang angin kuat menolak dia ke laut besar. "Powernya angin. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi angin pula…" doa Najib sambil menutup mata. Bila membuka mata, Najib betul menjadi angin seperti yang didoakan – ditiupkanya semua bumbung dan menumbang berderet pokok sehingga ia menjadi dahsyat dan dibenci semua orang di bawah. Tapi ada satu yang tidak berjaya ditiup Najib – sebuah batu besar. Tak kira sekuat mana tiupan Najib batu besar itu tetap tidak bergerak. "Powernya batu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi batu…" doa Najib sambil menutup mata. Kemudian, Najib betul menjadi batu besar, berkuasa daripada segalanya di muka bumi ini. Tapi ketika Najib berdiri di sana, dia terdengar suara tukul menghentam satu permukaan yang keras dan merasakan dirinya sedang diubah bentuk. Najib melihat sekeliling – dan terlihat seorang pemotong batu merupai dirinya sendiri sedang memecahkan dirinya. "Oi, bangun!" Najib tersedar daripada tidur petang… "Kamu nak jadi apa, tengah makan pun boleh tertidur," sindir orang kaya raya tersebut. "Seorang pemotong batu dah ok," kata Najib. Dapat isi tersirat untuk hari Jumaat? Senyum Jumaat.- Ust Tuan Ibrahim Tuan Man |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan