shalehudin |
- Tindakan terpantas didunia... kahkahkah...
- Anwar janji bantu jika Jais dakwa saya...
- Depa nih FAIL matematik la Tuan Haji woii...
- Bangsa Umno tau ka cerita neh...
- Berita gembira pada mangsa AES...
- Perghh!! Aishah memang sempoi lah... [Wajib tonton]
- Tuu dia aaiihh!! Baru kami tau, banyaknya cukai judi
- GAMBAR: Petugas BN pamerkan skil terpendam...
- PANAS: Hanya keturunan makan babi ja percaya fitnah neh...
Tindakan terpantas didunia... kahkahkah... Posted: 06 Nov 2012 10:00 AM PST Mais: Sultan kesal, Jais diarah siasat Izzah SHAH ALAM - Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu. "Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya. Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut. "Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. "Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. "Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. "Walau apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.- SH |
Anwar janji bantu jika Jais dakwa saya... Posted: 06 Nov 2012 08:10 AM PST Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrolamin Baharon SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrolamin Baharon berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan sokongan dan sedia membela beliau jika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenakan tuduhan ke atasnya berhubung kemunculannya pada satu majlis anjuran bekas pengikut al-Arqam di Rawang, Khamis lalu. Menurutnya, Anwar ada memberi pesanan kepadanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sehari selepas ditahan pihak Jais. "Anwar ada memberi SMS kepada saya selepas ditahan. Beliau sempat memberi pesanan kepada saya supaya sentiasa bertenang dan tidak terlalu risau atas siasatan yang dijalankan pihak Jais," katanya kepada Sinar Harian Online.Badrolamin ditahan dalam serbuan Jais ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut al-Arqam dan laporan akhbar ada mendakwa Badrolamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari. Bagaimanapun, sehari selepas ditahan, beliau menafikan terlibat dalam acara tersebut dan hanya datang semata-mata mahu membawa keluarganya menikmati lagu nasyid yang disajikan kepada tetamu malam itu. "Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan oleh pihak Jais dan saya masih menunggu keputusan. Jika terpaksa dibawa ke muka pengadilan Anwar sedia membantu saya, tidak apa yang perlu dirisaukan," ujarnya.- SH |
Depa nih FAIL matematik la Tuan Haji woii... Posted: 06 Nov 2012 06:27 AM PST "Kalau 99 peratus jelas, 1 peratus tak jelas, maka kita tidak boleh hukum orang," Hadi: Mesti 100 peratus jelas sebelum menghukum... Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama agama seperti yang dilapor media. Menurutnya, beliau tidak mendapat gambaran sebenarnya untuk mengulas berhubung kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu. "Kita tidak mendapat gambaran sebenar. Saya tidak boleh buat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana tak lengkap," katanya.Kemudian, wartawan cuba menjelaskan isi kenyataan Nurul Izzah itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak boleh... Kita mesti baca sepenuhnya". Hadir sama di sidang akhbar tersebut antaranya ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa, serta Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. Diasak wartawan bahawa laporan Utusan yang memetik laporanMalaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu, Abdul Hadi berkata: "Kita kena detail, nak menghukum tak boleh". Ditanya oleh wartawan sama ada mahu berjumpa dengan anak sulung ketua umum PKR itu, untuk mendapat penjelasan sebenar Abdul Hadi berkata: "Kita rasa kita banyak hal-hal lain yang hendak kita hadapi terutama pilihan raya. Memang dekat dengan pilihan raya, memang dicari apa sahaja isu untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu kepada pilihan raya," katanya.Menurutnya lagi, dalam Islam sesuatu perkara mesti 100 peratus jelas sebelum membuat hukuman atau keputusan. "Kalau 99 peratus jelas, 1 peratus tak jelas, maka kita tidak boleh hukum orang," kata Abdul Hadi.- Malaysiakini |
Bangsa Umno tau ka cerita neh... Posted: 06 Nov 2012 04:00 AM PST Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup menawarkan RM 9.3 billion untuk pengambilalihan Syabas demi memastikan hak rakyat Selangor menikmati air bersih dan dijamin oleh kerajaan negeri agar harga air tidak naik sewenang-wenangnya. Tapi, tawaran tersebut ditolak oleh Syabas yang dipayungi keputusannya oleh Umno pusat. Dan, bayangkan bagaimana Umno masih memilih untuk membela kroni mereka [baca Syabas] dimana... CEOnya saja bergaji sebanyak RM 425,000 sebulan daripada bersengkang mata membela nasib rakyat?? Bangsa Umno??? Dok bangang macam tu lagi la... kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka yang hidup mewah dan bermaharajalela... |
Berita gembira pada mangsa AES... Posted: 06 Nov 2012 02:55 AM PST Lagi kepincangan AES didedahkan. Berita gembira kepada mangsa... Pengguna jalan raya yang menerima notis saman berhubung kesalahan kelajuan yang melibatkan kamera AES khususnya di KM6.6 Jalan Kajang-Puchong SKVE diminta supaya menghantar butiran saman mereka kepada Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Ini kerana, butiran had kelajuan yang tertera pada notis yang dikeluarkan nyata bercanggah dengan had yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti dipaparkan di laman web rasmi mereka. Penasihat Perundangan KASE, Zulhazmi Shariff berkata, terdapat pengurangan had laju kepada 80 kilometer sejam (km/j) di kawasan berkenaan sedangkan had kelajuan yang ditetapkan adalah 90 kilometer sejam. Namun, berdasarkan aduan yang diterima, terdapat pemandu yang disaman pada kelajuan 91km/j walhal Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam kenyataan di New Sunday Times berkata, terdapat kelonggaran had kelajuan (buffer) 10km/j pada setiap kamera AES mengikut setiap had laju yang ditetapkan. "Saman yang dikeluarkan 80km/j. ini bukan buffer tapi pengurangan had kelajuan. "Buffer patut jika had kelajuan 90km/j, dianjak kepada 100km/j. Saman bermula pada kelajuan 101km/j. Di mana buffer?" soal Zulhazmi.Jelasnya lagi, kekeliruan turut berlaku terhadap lokasi mahkamah kerana penerima notis berkenaan diarahkan ke Majistret Kajang sedangkan berdasarkan paparan JPJ sepatutnya dirujuk kepada Majistret Sepang. Justeru, KASE mendesak semua saman tersebut ditarik balik dan saman yang dibayar dipulangkan kembali atau JPJ sendiri akan berhadapan saman balas atas kecuaian mereka. Beliau turut membangkitkan keadaan paparan gambar yang disertakan pada notis saman AES yang tidak menyatakan butiran had laju berbanding notis saman yang dikeluarkan oleh polis trafik. Setakat ini, lebih 20 orang pengadu mengemukakan aduan saman di kawasan berkenaan. Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghantarkan butiran melalui email kempenantisamanekor@gmail.com. Dalam pada itu, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan 'keengganan' Kabinet untuk menagguhkan perlaksanaan AES yang dilihat seolah-olah Menteri Kabinet mempunyai 'kepentingan' dalam perkara ini. Mahfuz sekali lagi mengulangi kesediaan KASE menyediakan pasukan guaman percuma bagi membantu mereka yang menerima saman AES. |
Perghh!! Aishah memang sempoi lah... [Wajib tonton] Posted: 06 Nov 2012 12:07 AM PST Perghh!! Aishah memang sempoi larh... Jangan terkejut pasai mulanya gua pun terkejut. Tengokkan thumbnail ingatkan Aishah tengah nyanyi... sekali ceramah sempoi punyerr... Ingat pesan Aishah, Umno bukan adat. Boleh lempaq ke laut bebila masa pun... Kahkahkah... |
Tuu dia aaiihh!! Baru kami tau, banyaknya cukai judi Posted: 05 Nov 2012 09:29 PM PST Kerajaan UMNO@BN peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen. Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29). Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria. Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd. Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot. Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai. |
GAMBAR: Petugas BN pamerkan skil terpendam... Posted: 05 Nov 2012 06:08 PM PST Kerja Syaitan Dikenali : Cermin kereta petugas DAP dipecahkan SEREMBAN, 5 NOVEMBER: Mungkin berang dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Sabtu lalu, ada pihak bertindak merosakkan kereta peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, termasuk sebuah kereta milik petugas Ibu Pejabat Kebangsaan DAP. Pembantu Editor Roketkini.com itu menyedari cermin belakang kereta Proton Saga miliknya retak seribu dipercayai akibat hentakan benda tumpul mungkin penukul ketika mahu meninggalkan acara berkenaan.
Menurut beliau, politik ganas yang dibawa UMNO tidak akan menjanjikan apa-apa selain tindakan reaksioner rakyat yang bakal menumbangkan UMNO daripada terus memerintah Negeri Sembilan. Kereta yang diletak di tepi jalan bersama ribuan kereta pengunjung yang hadir di perhimpunan itu menjadi sasaran mungkin kerana kenderaan itu didaftarkan di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Mungkin mereka tidak suka orang negeri lain datang mempengaruhi penduduk setempat. Mungkin dia suka penduduk setempat dibodohkan berterusan. Mungkin mereka yang bertanggungjawab merosakkan kereta saya ini akalnya letak di lutut. Ada banyak kemungkinan," katanya berseloroh. Selain kereta petugas DAP itu, sebuah lagi kereta Toyota Estima milik peserta himpunan turut menerima nasib yang sama, malah lebih teruk lagi iaitu cermin belakang kereta itu pecah sehingga hancur berkecai. Estima yang menggunakan nombor plat Kedah itu juga menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin atas alasan yang sama, dan dipercayai mesej yang cuba disampaikan ialah supaya orang luar tidak mencampuri urusan politik di Negeri Sembilan. Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Sabtu lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat sekitar Seremban dan Senawang membanjiri padang di taman itu walaupun hujan lebat, yang menggambarkan Negeri Sembilan juga sedang dilanda angin perubahan yang amat kencang. |
PANAS: Hanya keturunan makan babi ja percaya fitnah neh... Posted: 05 Nov 2012 03:40 PM PST Nurul Izzah dan suami. Semalam saya telah menasihati seorang rakan Fb saya agar membuang maklumat berbau fitnah ke atas Nurul Izzah yang dipostingkan ke dalam wallnya, kononnya Izzah bersetuju orang Melayu bebas memilih agama yang hendak dianutinya. Saya sudah tidak percaya kalau Nurul Izzah yang didik dengan Islam sejak kecil mengubah pegangan dengan menerima kebebasan beragama seperti dimaksudkan dari posting itu. Nurul Izzah masih waras rasanya. Saya sendiri tidak pernah terdengar kalau Nurul Izzah sudah gila atau pun terkeluar dari fahaman Islam ahli sunnah waljemaah. Sebgenarnya rakan itu bebas melakukan apa saja walaupun fitnah, itu hak dia, tetapi kerana dia rakan saya menyebabkan rakan-rakan saya yang lain juga dapat membaca atau ikut sama terpalit dengan dosa fitnah itu. Sebab itu saya meminta ia membuangnya. Saya tidak pasti apakah rakan Fb saya itu - merupakan seorang kuat menyokong Ibrahim Ali bertindak seperti mana saya suruh. Saya akan mengambil tindakan melucutkan keahliannya (sebagai kawan saya) kalau rakan itu tidak berbuat demikian, atau didapati tuduhan ke atas Nurul Izzah itu fitnah. Tidak ada guna saya memelihara rakan yang tidak waras dan penuh dengan hasad dengki. Bagi saya, kalau berita itu benar dan tidak berunsur provokasi melampau dan fitnah boleh dibiarkan. Tetapi kalau ia sudah melampau saya tidak tergamak membiarkan fitnah tersebar dalam wall Fb. Saya tidak suka kalau fitnah murahan dilambakkan sama ke dalam wall saya. Saya tidak mahu bersubahat. Mungkin maklumat yang diperolehi oleh rakan Fb saya itu benar seperti mana diterimanya. Tetapi sejauh mana kebenarannya dia tidak menilai, melainkan menelannya seperti belut menelan tahi adalah salah baginya. Sepatutnya perkara-perkara melibatkan fitnah, soal agama, bangsa dan apa-apa sekali pun tidak boleh mudah diterima. Fikir dengan akal waras dan panjang terlebih dahulu. Allah memberikan kita akal fikiran untuk menilai apakah yang kita terima dan disuakan kepada kita itu benar atau tidak. Janganlah sia-siakan sesuatu anugerah yang termahal dari Allah. Kemuliaan manusia yang digezetkan oleh Tuhan itu ialah apabila dia menggunakan akal fikiran dengan sesempurnanya. Manusia tidak boleh menganggap dirinya mulia dan merupakan makhluk teragung di sisi Allah kalau ia tidak menggunakan kemuliaan itu atau pun tahu akan kegunaan kemuliaan itu. Bahkan manusia yang sebegitu hampir sama dengan haiwan-haiwan seperti katak, ular, lipan, chimpazee dan sebagainya. Apa pun sumber yang kita terima tidak boleh ditelan bulat-bulat. Ini termasuklah dari orang yang kita taksubi. Walaupun kita menyokong seseorang tetapi tidak bermakna apa sumber dan perkara diberikan kita terima begitu saja tanpa sensor oleh akal fikiran. Apa lagi kalau sumber itu ada masalah dengan pihak-pihak tertentu ia makin tidak boleh dipercayai. Sebelum kita menerimanya sebagai benar dan mengambil tindakan menyebarkan, fikir dan kaji dulu, guna logik fikiran jika tidak ia menjadi fitnah kering yang merugikan semua orang. Jangan ambil kira apakah ia baik atau tidak, setiap patah dikelaurkan dari mulutnya (orang bermasalah) hendaklah dinilai dan disemak dengan ayat-ayat al-Qur'an. Naif sangatlah kalau menerima seadanya begitu sahaja. Begitu juga dengan apa disiarkan oleh media yang selamanya dikenali sebagai musuh dan berniat jahat kepada seseorang itu. Bukan sahaja terhadap Nurul Izzah tetapi sesiapa juga. Media yang jahat akan membawa misi dan agenda kejahatan bila-bila masa sahaja. Selamanya ia akan menyembunyikan kebenaran kerana media berkenaan sudah ditunggang oleh syaitan dikenali. Dan pagi ini semasa saya minum pagi ada seorang pelanggan kedai itu membaca surat khabar Utusan Malaysia. Kebetulan ia mengangkat agak tinggi helaian yang dibaca itu menyebabkan saya tersilau berita mengenai Nurul Izzah yang maksudnya sama yang disampaikan oleh rakan Fb saya itu. Dalam hati tersebut, mungkin berita Nurul Izzah itu seperti mana yang cuba disebarluaskan oleh rakan Fb saya. Sebenatar kemudian, pembaca akhbar itu, (tentu orang Umno sebab mirip wakjah) berkata; Nurul "Izzah kata orang Melayu boleh pilih agamanya". Begitu terdengar, hati saya berdetak dan telinga terus menjadi panas. Jerat fitnah yang dilemparkan oleh akhbar itu sudah pun mengena, bisik hati saya. Walaupun saya tidak pasti apakah yang membaca itu mempercayainya atau tidak, tetapi saya dapat mengagak bila dia membaca akhabr Utusan menunjukkan dia seorang yang menjadikan Utusan sebagai hadith sahiah. Alangkan malangnya. Saya terus menghubungi Nuruk Izzah untuk mendapat penjelasan terhadap apa yang ditulis oleh akhbar berkenaan. Izzah tidak sempat angkat kemudian saya menghantar sms berbunyi: Izzah komen sikit fitnah Utusa hari ni... uncle nak ulas dalam blog.. MSO. Tidak sampai dua minit Nurul Izzah call dan saya meminta dia membuat komen terhadap berita berkenaan. Mungkin kerana beliau sudah berada di parlimen, menyebabkan percakapan tidak lama dan Izzah minta email saya untuk dikirimkan komentarnya. Berikut adalah kenyataan ringkas Nurul Izzah yang dirikimkan kepada saya; Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...." - daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.Nurul Izzah Anwar 4 November 2012 Itulah kenyataan Nurul Izzah yang dihantar kepada saya. Orang yang tidak bengong dan ibunya tidak mengidamkan daging babi semasa mengandungkannya, akan dapat menilai apakah apakah maksud dan mesej pengucapan dan penjelasan Nurul Izzah sebenarnya. Bahawa dia memberi pendapat itu berdasarkan kebenaran dan perintah Allah di dalam al-Qur'an bahawa tidak ada paksaan ke atas seseorang untuk beragama. Agamamu untukmu agamaku untuku. Namun beliau menerima dan berpegang bila seseorang itu sudah memeluk agama Islam ia hendaklah kejap dengan agamanya, istiqamah dengan segala ajarannya; iaini berpegang kepada syariat Islam, halal haram dan sebagainya. Ini bermaksud apa-apa perbuatan si pemeluk itu ke atas agamanya yang boleh mendatangkan kecemaran kepada Islam pasti akan ditentangnya. Semisalnya kalau seseorang itu murtad hendaklah ia dikenakan hukuman kerana perbuatan itu mencemarkan kesucian Islam. Susah sangatkah untuk memahami pernyataan Nurul Izzah itu. Hanya orang yang bengong berniat jahat dan ibunya semasa mengandungkan dia memakan daging babi saja akan sukar untuk memahaminya. Ia akan cenderong untuk melebarkan (elaborate) pernyataan itu ke arah songsang dan mencemarkan agama dan juga kemurinan akidah Nuruk Izzah sendiri. Kekesalan Nurul Izzah terhadap pemutarbelitan kenyataan itu tepatlah yang saya bayangkan. Bahawa saya percaya seratus peratus kenyataan jawaban Izzah itu diputar belitkan oleh jari jemari syaitan dikenali dengan harapan untuk memburukkan reputasi Izzah sebagai serorang Islam dan pemimpin masa depan negara. Saya ingin persoalkan disini, ini pun kalau ianya masih relevan, dimanakah sikap tanggungjawab dan moral pegarang akhbar berkenaan. Sepatutnya apa yang berlaku kalau dia jahil dan fasik dia bertanya kepada orang yang airf dan alim mengenainya. Namun kerana niat jahat sudah tersemin dihati, segala yang betul pun diputar apa lagi hal-hal yang kabur baginya. Yang mendapat bahana dan kecelakaannya di dalam hal ini ialah pembaca akhbar berkenaan yang tidak pernah menggunakan akal ketiga untuk menilai setiap laporan sejauh mana kebenaran dan ketapatannya. Kalau ianya ditelan berseorangan dosa itu hanya berkembang dalam dirinya dan kalau ia turut menceritakan kepada orang lain maka dosa itu menjadi lebih panjang melingkari dirinya sampai ke pintu neraka. MSO |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan