Khamis, 29 November 2012

Addin

Addin


Syed Hussein Al-Attas Di Tahan Polis Kerana Jual Buku Setan, Syaitan, Sultan Di PWTC

Posted: 29 Nov 2012 09:06 AM PST


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.



Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

"Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah," ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.




~asd



Iklan C(ii)





Umno Berbohong Kehadiran Israel

Posted: 29 Nov 2012 07:58 AM PST

SHAH ALAM 29 November: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan pembohongan Umno berhubung penafian mereka tentang kehadiran delegasi Israel di Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur 4 hingga 8 Jun lalu.Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ia adalah taktik Umno untuk mengaburi rakyat, sedangkan bukti delegasi Israel tertera dalam senarai kehadiran, sebelum data itu ditukar kepada Belanda."Ubahsuai yang dibuat Umno tidak boleh mengelak daripada rakyat yang aktif menggunakan internet melalui cariangoogle."Pada 25 Mei 2012, sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari Israel kepada Belanda.

"Ubah suai ini dibuat oleh Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk tidak memaparkan ada delegasi dari Israel," katanya pada sidang media di bangunan SUK, di sini.Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendedahkan surat kerajaan mendapatkan bantuan Israel dengan melobi untuk sokongan cadangan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan tersebut dan membantu negara memenangi jawatan Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) bagi sesi 2009-2012.

Turut didedah, kerajaan menawar secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke IGU di Tianjin, China dengan restu Wisma Putra."MGA telah berbohong dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar bagi menghadiri persidangan."Kita mencabar kerajaan untuk dedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012, iaitu tarikh tutup pendaftaran yang dibuat melalui bank transfer payment.

"Selepas tarikh tutup, sekretariat menyenaraikan pula senarai delegasi di mana salah seorang delegasi, Han Peter Doorneweert iaitu Pengurus Kormesial LNG Development dari Noble Energy, sebuah syarikat beroperasi di Israel," jelasnya.Mengulas lanjut, Fariz desak supaya Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengadakan siasatan dalaman secara telus kerana beberapa kakitangan kanan Petronas turut terlibat dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.

"Ia demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas dalam persidangan dan persatuan gas tersebut."Ini bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan Zionis kerana boleh menghakis kepercayan kakitangan Petronas keseluruhannya," ujar Fariz. ~kd





Iklan C(ii)





Pencacai Umno.. Hang Mai Sini Jap!!

Posted: 29 Nov 2012 05:26 AM PST

Pencacai Umno mai sini jap.. baca ni!! Cakap pejuang Islam, cakap pejuang rakyat Palestin. Tapi diam-diam ada hubungan dengan Israel.



Dalam perhimpunan Umno macam-macam goreng rakyat.. akhirnya tembelang pecah.. sekarang jawablah..


Jingga 13 Dedah Delegasi Israel Hadir Persidangan Gas Sedunia Di Kuala Lumpur
SHAH ALAM, 29 NOV: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi ke persidangan itu yang menunjukkan nama delegasi dari Israel.
Dalam daftar senarai delegasi WGC yang ditunjukkan kepada media didapati Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter merupakan salah seorang delegasi Israel yang hadir.

Demikian menurut Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

"Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini.

Kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel," kata Fariz.

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012. ~selangorku

Pejuang rakyat Palestin konon..



Iklan C(ii)




Di Tuduh Campurtangan Siasatan Polis.. Ini Penjelasan Hishamuddin Hussein

Posted: 29 Nov 2012 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung. Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

"Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

"Dalam BN kita nak lihat isu besar," tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang "lemas" dan memerlukan "ranting" untuk berpaut.

"Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

"Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini," kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lag. ~themalaysianinsider 



Iklan C(ii)




Dalang Pendedahan Deepak Di Kesan?

Posted: 29 Nov 2012 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR 29 November: KEADILAN percaya kenyataan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) didorong oleh tekanan pihak Umno yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak menolak kemungkinan kempen memburukkan imej Najib itu sengaja diatur sempena Perhimpunan Agung Umno. "Kemungkinan besar (ia berlaku) memandangkan wawancara dibuat ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Lagipun Deepak sejak dahulu bukanlah bersama kita," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shamsul, ia dikuatkan lagi apabila Presiden Umno ketika taklimatnya dalam perhimpunan itu meminta ahli Umno bersatu dan tidak mengkhianati parti.

"Ini menunjukkan wujud perpecahan dan perebutan kuasa dalam Umno," katanya.

Deepak yang juga kawan baik Rosmah Mansor dalam wawancara Malaysiakini menyatakan kekesalannya ekoran terlibat dalam mengaturkan akuan bersumpah (SD) kedua Bala.

Antara lain, Deepak mendedahkan, SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Bala, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaaribuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Memetik wawancara sama, Deepak turut mengaku membayar sejumlah wang kepada keluarga Najib pada 2007 agar Najib, Menteri Pertahanan ketika itu campur tangan bagi membolehkan beliau mengambil bahagian dalam satu projek kementerian itu.

Mengulas kenyataan tersebut, Shamsul menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas dan menilai pendedahan Deepak dengan bertanggungjawab.

"Polis perlu ambil sikap tegas. Panggil Deepak ambil keterangan beliau dan minta maklumat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang buat siasatan sebelum ini," kata Shamsul.

12 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan SPRM mengambil keterangan Deepak dan adik Najib, Datuk Nazim Razak berkenaan akuan bersumpah Bala itu.

Bala sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai 2009 muncul di ibu pejabat KEADILAN dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.

Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Bala mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri.

Malah beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu. ~kd


Iklan C(ii)




Risalah PAS-Parti Ajaran Sesat Di Edar Di Perhimpunan Agung Umno

Posted: 29 Nov 2012 12:06 AM PST


Bukti fitnah sudah menjadi hadam dalam Umno, dari pemimpin hinggalah ke pencacainya. Terbaru, Umno edarkan risalah enam muka surat bertajuk, PAS - Parti Ajaran Sesat di perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Sekiranya ada bukti PAS, Parti Ajaran Sesat sila dakwa ke mahkamah tetapi malangnya sehingga sekarang Umno menikus.

Berani cakap belakang sahaja.. ajak berdebat, cakap debat bukan budaya kita tetapi di belakang hentam macam-macam. Itulah budaya Umno.. budaya seorang pengecut..


Risalah PAS - Parti ajaran sesat di edar di PWTC

KUALA LUMPUR: Sekeping risalah enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar di PWTC sempena perhimpunan agung Umno.

Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.

Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman.

Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau.

Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa.

Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan.

Ia turut memetik ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid. ~freemalaysiatoday




Iklan C(ii)




Bukti Tidak Boleh Di Sorok Lagi.. Ucapan Najib Serlahkan Umno BN Akan Kalah PRU13

Posted: 28 Nov 2012 10:52 PM PST


Ramai pemerhati melihat ini adalah perhimpunan agung Umno terakhir sebelum Umno bergelar parti pembangkang selepas PRU 13.

Mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, apabila seorang Perdana Menteri merayu dan meratap supaya memilih parti Umno dalam pilihanraya.

Apa perlu merayu kepada pengundi sekiranya parti Umno masih kuat dan berpengaruh. Sudah pasti rakyat akan memilihnya berdasarkan prestasi semasa yang dimiliki.

Namun, Najib selaku Perdana Menteri melihat peluang Umno BN agak tipis untuk mencapai kemenangan pada PRU 13 nanti.

Segala gula-gula pilihanraya telah di tabur kepada rakyat namun tidak jalan. Dari BR1M, KR1M dan pelbagai gula-gula di beri rakyat sebagai pengundi tidak memberi respon tidak baik terhadap Umno BN.

Dari Himpunan Hijau, Bersih, Oren.. rakyat turun beramai-ramai menunjukkan tanda protes terhadap pentadbiran Najib sekarang.

Jadi.. tiada jalan lagi terpaksalah merayu dan maratap pada rakyat. Segala pemberian kerajaan, prestasi terdahulu di ungkit kembali bagi memancing jiwa rakyat.. namun hasilnya masih lesu..

Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN kekal

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah. ~sinar


Iklan C(ii)






Deepak Dedah Lagi.. Najib Makin Menggelupur

Posted: 28 Nov 2012 10:22 PM PST

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno."Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna.

Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak."Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak."Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira."Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita.

Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya."Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala."Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya."Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubraniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib. Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, denganalasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama. 




Iklan C(ii)






Utusan, Media Pencacai No. 1 M'sia Bakal Muflis.. Ini Buktinya

Posted: 28 Nov 2012 07:17 PM PST


KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta."Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas.

Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi," katanya.

Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. ~bernama



Iklan C(ii)





Shahrizat Ugut Tragedi 13 Mei Berulang Jika Umno Kalah

Posted: 28 Nov 2012 05:54 PM PST

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat."Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat,kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu."Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya. ~harakahdaily


Iklan C(ii)






Tiada ulasan: