shalehudin |
- TERHOT: Nampak sangat dia langsung tak baca....
- Untungnya jadi bangsa Umno [GAMBAR]
- Gambar KJ sapu air liur meleleh... kahkahkah...
- Najib dah tak cukup tangan nak picit kepala...
- Jangan marahkan Musa Hassan, dia hanya sahkan apa yang kita dah tau...
- Sedap betoi Hj Hadi KENEN Umno... hehe...
- Rosmah makin kembang, Aspan Alias puji dia jelita... kahkahkah...
- Rosmah dah silap pilih kawan daaa....
- Makcik ni lebih bermaruah dari ibu tunggal bergincu merah jambu...
TERHOT: Nampak sangat dia langsung tak baca.... Posted: 29 Nov 2012 12:00 PM PST Negara hilang kedaulatan ekonomi jika Buku Jingga pembangkang dilaksana KUALA LUMPUR: Negara akan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece jika manifesto pembangkang yang digariskan melalui 59 janji dalam Buku Jingga dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, pelaksanaannya akan menjurus kepada defisit bajet kerajaan pusat melonjak kepada hampir 30 peratus pada tahun pertama, dan kadar nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melambung 140 peratus menjelang 2015. "Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece. "Waktu itu pengurusan iktisad negara tidak lagi berada dalam tangan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi beralih ke tangan institusi antarabangsa. Adakah itu yang kita inginkan?" soal Najib yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini.Beliau berkata, inilah tahap kualiti dan ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan yang tidak langsung mengejutkan. "(Ini) kerana semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada 1997 hingga 1998, terbukti, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya yang kini menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, tindakan beliau (Anwar) memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan, menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak, khususnya masyarakat perniagaan. Sebaliknya, Najib berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional, Malaysia kini antara negara dagangan terbesar dunia dengan nilai eksport dan import lebih RM1 trilion. Malaysia juga diiktiraf Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam barisan 20 negara paling berdaya saing di dunia. Bank Dunia pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah untuk berurusniaga, manakala Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pula menilai status Malaysia sebagai negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi. Najib menarik perhatian, Dasar Transformasi Nasional yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, telah memeta transformasi kerajaan, ekonomi dan politik secara rapi bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai. Hasil pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi baharu misalnya, menjadikan pendapatan per kapita GNI negara meningkat 30 peratus antara 2009 dan 2011, iaitu daripada AS$6,700 kepada AS$9,700. "Kemuncaknya nanti ialah mencapai pendapatan per kapita US$15,000. Hakikatnya, jika kita menggunakan kayu ukur mutakhir Bank Dunia bagi mengklasifikasi sebuah negara sebagai berpendapatan tinggi iaitu AS$12,476, ia jelas menunjukkan Malaysia sudahpun berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf tersebut lebih awal," katanya.Tambah beliau, perjuangan UMNO sejak merdeka memperlihat kejayaan yang monumental melalui penciptaan kelas menengah profesional Melayu yang besar selain berjaya menangani permasalahan kemiskinan. "UMNO akan terus memperjuang agenda Melayu dan Bumiputera supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di negara tercinta ini," tegas Najib. - BERNAMA |
Untungnya jadi bangsa Umno [GAMBAR] Posted: 29 Nov 2012 10:48 AM PST Amboii... Untungnya hampa jadi bangsa umno neh noo... Hujung-hujung tahun ja dapat cuci mata... Kagumnya aku dengan Harussani... Terpegunnya aku dengan Ust Fathul Bari... Takkan semuanya jadi halal hanya kerana depa neh Melayu sejati... Hihihi... Bukan main no, hampa tuduh Anwar Ibrahim penyokong pluralisma... Pluralisma hotak hampa kalau dah lagu neh...!! |
Gambar KJ sapu air liur meleleh... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2012 06:55 AM PST Perubahan Negara Melalui BN, Bukan Ubah Kerajaan - Khairy KUALA LUMPUR: Perubahan terhadap negara bukan perlu dilakukan dengan mengubah kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya menerusi perubahan melalui Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas sekiranya rakyat terutama generasi muda di negara ini menuntut perubahan negara. "Kita tidak perlu ubah kerajaan untuk mendapat perubahan negara disebabkan agenda Umno dan Barisan Nasional di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda transformasi. "Segala transformasi yang kita buat seperti ekonomi, politik dan kerajaan, semuanya daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya.Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis. Sehubungan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, idea dan cadangan bahawa perubahan hanya dapat dilakukan sekiranya kerajaan diubah tidak diperlukan, di mana ia sama sekali ditolak dan disangkal. "Menerusi ucapan presiden parti, perubahan itu akan datang melalui BN tanpa menjejaskan masa depan negara," katanya.Menurut Khairy, Najib sebagai Presiden Umno memberi isyarat yang serius bahawa pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang amat penting mengenai soal masa depan parti dan rakyat. "Pilihan yang terbaik iaitu Barisan Nasional dan bukannya pakatan pembangkang yang memusnahkan negara," katanya.Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13. Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini. |
Najib dah tak cukup tangan nak picit kepala... Posted: 29 Nov 2012 04:37 AM PST Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes. Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut. Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya. Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan. Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut. Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.- Malaysiakini |
Jangan marahkan Musa Hassan, dia hanya sahkan apa yang kita dah tau... Posted: 29 Nov 2012 03:25 AM PST Desak Musa Hassan dedah campur tangan Hishammuddin KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan polis seperti yang didedahkan beliau semalam. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri memang campur tangan dalam pentadbiran polis. "Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik," kata Shamsul. "Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam kes mana Hishammuddin telah campur tangan," katanya ketika dihubungi.Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau. Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan tersebut. "Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik," katanya. KD |
Sedap betoi Hj Hadi KENEN Umno... hehe... Posted: 29 Nov 2012 03:00 AM PST Hadi: Orang Umno salah naik "bas" KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Perhimpunan Agung UMNO ke-66 tahun ini dijangka menjadi medan untuk menghentam PAS selain menonjolkan partinya konon lebih Islam dan membela orang Melayu. Katanya, Umno cenderung bertindak begitu kerana berada dalam keadaan terdesak menjelang PRU-13 yang bila-bila masa sahaja akan diadakan daripada sekarang. Ujarnya, apabila PAS mendoakan kehancuran Umno bukanlah bermaksud mendoakan turunnya bencana alam atau menggunakan bom atom hingga memusnahkan semua orang. "Kita mendoakan supaya Umno kalah pilihanraya bukannya doakan kemusnahan individu, " tegasnya sambil menyebut bahtera sebagai analogi kepada Umno manakala kelasi untuk pemimpin dan ahli parti tersebut.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, perlu dibezakan antara parti Umno dengan orang (pemimpin dan ahli) Umno. Kelasi-kelasinya pelbagai sifat. Ada kelasi yang jaga, kelasi mabuk dan kelasi tidur. "Itu sebab kita tidak nafikan ada orang Umno yang baik yang mahu tolong bangsa dan agamanya. Sayangnya, mereka ini salah naik bahtera. Samalah seperti naik bas. "Nak pergi Pulau Pinang tapi naik bas ke Johor Bahru. Bagaimana nak sampai? Kenalah tukar bas yang betul," seloroh beliau ketika ditemui Harakah di Pejabat Agung. |
Rosmah makin kembang, Aspan Alias puji dia jelita... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2012 01:32 AM PST Banyak istighfar dengar ucapan pemimpin Umno Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu. Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP. Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu. Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih. Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara 'head-on' dengan kehendak agama dan negara. Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia. Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu 'desperate' untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini. Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya. Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi 'billionaire' dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini. Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya. Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu. Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN. Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang 'there is life after UMNO'. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir. Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang 'subservient' kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah. Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya. Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat. Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini. - Aspan Alias |
Rosmah dah silap pilih kawan daaa.... Posted: 28 Nov 2012 06:51 PM PST Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak. Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk. SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu. Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan hadapan. Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara. Badrul Hisham Shaharin Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia |
Makcik ni lebih bermaruah dari ibu tunggal bergincu merah jambu... Posted: 28 Nov 2012 05:21 PM PST Saya simpati dan kagum dengan kegigihan warga emas yang kebanyakannya ibu tunggal yang membimbit supik besar menjaja berbagai kerepek di kedai-kdai mamak di sekitar kediman saya. Ada kalanya lewat tengah malam mereka masih menjaja barangan julan mereka. Umurnya yang sama baya dengan ibu saya. Mereka seharusnya tidak berada di tempat itu lagi dalam usia sebegitu dan pada masa yg begitu larut. Tetapi apa boleh buat demi menyambung hidup. Malam tadi saya memberanikan diri bertanya kepada salah seorang yang mengheret supik besar menjaja kerepek itu. Saya tanya makcik itu; makcik dari mana? jawabnya dari Kuala Selangor... Makcik kenapa berniaga tengah malam begini? Untuk hidup Incek? Saya tanya lagi makcik ini tak ada suami ke? Tak ada inche sudah lama suami saya meninggal. Anak ada? tanya saya lagi. Ada tujuh orang. Jadi makcik ni jandalah? Soal saya lagi. Dia tersenyum... dan mengangguk sambil mengeluarkan berbagai kerepek di atas meja untuk dipilih. Kalau janda kenapa makcik tak pegi tunjuk perasaan tuntutan bayaran RM10.9 juta dari Menteri Besar Selangor? Ooo biarlah Inchek saya tak nak jual muka begitu. Khabarnya yang tunjuk perasaan itu dapat RM100 seorang... dan dibawa dengan kenderaan free... biarlah saya bersusah menjual kerepek ini....dari menyelak kain dan menyingsing lengan baju di khalayak. Panjang lebar balas makcik itu. Saya mendengar penuh minat. Selepas membelinya dua supik kerepek ubi kayu... makcik itu pergi mendekati meja lain pula. Dalam hati saya merunggut, makcik ini jauh lebih bermaruah dan mendiri berbanding dengan ibu tunggal yang berbedak bergincu merah jambu, berhora hore melaungkan Khalid pembohong, Khalid pembogong sampai ada yang terlondeh kain tudung. Wou... Wassalam |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan