PERAKITE |
- Hanya Umno Kelate bijok urus pasukan bola ...
- Reezal Merican kata Nik Aziz penyesat nombor satu
- Tok Mudin kata Umno pulih dah.. sakit rupanya selama ni
Hanya Umno Kelate bijok urus pasukan bola ... Posted: 29 Nov 2012 08:40 AM PST Wakil Umno kata PAS tak sokong apapun pasukan Red Warriors.. satu sen tak bantu. Pasukan tu berjayapun kerana Umno kelate jah, kata Datuk Alwi Che Ahmad. Oo gitu guana Melako, Negeri Sembilan..Johor yang juga diterajui Umno tak menang. Makno Umno negeri lain tak bijok macam dio kot.. bodoh rupanyer Ketua Menteri Melako Ali Rustam,, Menteri Besar Johor dna Menteri Besari Negeri Sembilan. Terengganu dan Pahang pun bodoh juga,, apalah Perak di bawah Zambry AK... tak pandai serupo Umno Kelate weh.... Patutlah weh... Alwi adalah Ketua Pembangkang DUN Kelantan. Dio kata Umno bertungkus-lumus dalam memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai, kerajaan negeri dapat namo. Baru tau.. itulah bijaknya kerajaan negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat "Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta." kata beliau. Sombong weh bunyi... Stadium negeri tu hok sapo weh..... negeri tu bawah sapo.. sampai maso ambik kelik lah weh pasukan bola tu |
Reezal Merican kata Nik Aziz penyesat nombor satu Posted: 29 Nov 2012 08:14 AM PST Calon Umno-BN Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican yang tidak disenangi kebanyakan pimpinan Umno kawasan berkenaan, khususnya orang lama bakal menghadapi slent boikot pada PRU13 nanti. Silap hari kelantangan Ketua Pemuda Umno Kepala Batas itu yang beriya-iya untuk mengambil alih tempat legasi Tun Abdullah Badawi sebenarnya tidak disenangi oleh kalangan pimpinan veteran di kawasan itu. DS Reezal menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membahaskan usul menyokong ucapan dasar presiden di sini. Itu je modal yang menjadi teras ucapan sebagai mewakili Kepala Batas Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau berkata, banyak yang dilakukan oleh UMNO untuk menegakkan syiar Islam dalam negara, antaranya mengetengahkan sistem kewangan Islam dan melahirkan lebih ramai cerdik pandai serta ulama. Cuma tak pula disebut kebanyakan selepas menjadi ulama mereka tidak menyertai umno... he he Reezal Merican berkata, juga menyifatkan TG Nik Aziz Nik Mat adalah 'penyesat nombor satu." Namun pandai ler mamak ini meletak mamak sebagai satun etnik yang sebaris dengan Melayu Jawa, Bugis, Banjar dan Mamak. Putar alam sungguh... |
Tok Mudin kata Umno pulih dah.. sakit rupanya selama ni Posted: 29 Nov 2012 07:58 AM PST Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO dah pulih selepas kejutan pilihan raya 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU 13. Beliau berkata, kini terdapat perubahan ketara dalam soal kekuatan dan perpaduan dalam parti, ditambah lagi dengan proses tranformasi menguntungkan rakyat yang dilaksana Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Ini, katanya, dilihat sewaktu tinjauan turun padang yang dilakukan beliau selain perjumpaan dengan kepimpinan parti di peringkat bawah. Ooook alah.. semua import...tak ramai bakpo "Kita dapat lihat pada peringkat awal pada 2008 selepas kita hadapi pilihan raya sampai terkini 2012, saya lihat ketara bahawa parti kita sudah pulih malah lebih daripada itu menerusi proses transformasi yang dipimpin oleh presiden parti melalui kerajaan yang ada. "Memang nyata ada perubahan. Cuma kita harap ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan daripada pengundi dalam PRU akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini. Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan apa jua perkara yang diputuskan oleh pemimpin parti perlu diterima dengan sepenuhnya oleh anggota UMNO kerana aspek taat setia amat penting dalam menentukan kejayaan sebuah organisasi. (tak konfiden lak dah) "Komitmen anggota parti mesti ada untuk turun bertarung dengan musuh politik kita dan sekali gus meraih sokongan rakyat untuk memenangi PRU nanti," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan