Kenapa Umno Bangkitkan Isu Tabung Memali ? Posted: 23 Nov 2012 09:35 AM PST Peristiwa Hitam Di Memali
Oleh: ZULKIFILI YAHAYA Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu. Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu. Halal atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal. Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya. Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi 'pembela' kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali. Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini. Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini. Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat 'keselamatan' politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja. Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "massacre" atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh. Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepasumber dari facebook |
Jangan Pandai Pandai Buat Fitnah...PDRM Sahkan Tidak Berlaku Penyelewengan Tabung Memali.. Posted: 23 Nov 2012 09:32 AM PST |
KAJIAN UM:SOKONGAN TERHADAP UMNO/BN TERUS MERUDUM Posted: 22 Nov 2012 04:18 PM PST [TEPAT] Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin
Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan. Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin UMNO-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.
Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada UMNO menjelang pilihan raya nanti.
Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi UMNO-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.
Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN.
Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap 'kelemahan' negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.
"Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa," menurut ringkasan laporan kajian tersebut.
Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.
"Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.
"Persoalannya bukan Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah," katanya kepada TV Selangor.
sumber facebook
Msinc-Ada kajian yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi 36 dari 59 kerusi Dun yang dipertandingkan.Kajian ini adalah kajian yang diguna pakai oleh UMNO.Itulah sebabnya kempen Najib di Perak dikurangkan atau tidak menyeluruh..balik balik pegi Manjung,Pangkor..
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan