Addin |
- Siapakah Gerangan Dalam Liang Lahad Ni?
- Rupanya Sebab Ni Pengarah Urusan Akhbar The Star Milikan MCA Letak Jawatan
- Rais Yatim Bakal Panas Punggung?
- Rayuan Bantu Rakyat Palestin
- Speaker Halau Keluar Adun BN
- Cuba Anda Lihat Saman AES Ni.. Apa Yang Tak Kena?
- Sidang Media Tergempar 3 Petang Ini..
- Sebab Utama Yahudi Laknatullah Bunuh Kanak-Kanak Palestin
- Rupanya Yang Di Sanjung-Sanjung Ni Profesor Kangkung
- Video Perkembangan Terkini Skandal Musa Aman Di Hong Kong
- Kartun Terbaik!!.. Umno Paling Takut Senjata Ini Sekarang..
- Pengarah Urusan The Star Milik MCA Letak Jawatan
- Perkembangan Terkini Rombongan Jalan Kaki Anti Lynas Dari Kuantan Ke Bangunan Parlimen (300km)
Siapakah Gerangan Dalam Liang Lahad Ni? Posted: 22 Nov 2012 02:39 PM PST Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah? Jangan terkejut! Kerana dia adalah... Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar! |
Rupanya Sebab Ni Pengarah Urusan Akhbar The Star Milikan MCA Letak Jawatan Posted: 22 Nov 2012 07:58 AM PST Ekoran berita yang Addin paparkan dalam blog ini yang di petik dari The Malaysian Insider berkenaan perletakan jawatan Pengarah Urusan Akhbar The Star, Ho Kay Tat pagi tadi (baca sini). The Edge Media Group telah e-melkan kenyataan sidang medianya berkenaan perletakan jawatan Ho Kay Tat yang akan menyertai The Edge Media Group. Perletakan jawatan pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat (gambar) yang akan menyertai kembali The Edge, memberi tamparan hebat kepada akhbar milik MCA itu kerana gagal mengekalkan khidmat pemberita disegani ini. Berikut adalah kenyataan media yang di e-melkan kepada Addin.. |
Rais Yatim Bakal Panas Punggung? Posted: 22 Nov 2012 07:24 AM PST Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. "Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu." Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia," katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan. "Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak."Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya. Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah."Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai. "Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini," tegas Fariz.Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Robengaj sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. ~jalanpulang |
Posted: 22 Nov 2012 05:41 AM PST KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel. Muslim Care merayu rakyat Malaysia memberi bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin. Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasar kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan. "Pasukan bantuan akan serah bantuan kewangan kepada rakan NGO di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan," katanya. Beliau dipetik Harakah Daily sebagai berkata demikian pada sidang media di Masjid As-Syakirin, KLCC hari ini. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747. ~harakahdaily |
Posted: 22 Nov 2012 04:54 AM PST ALOR SETAR – Sidang Dewan Undangan Negeri menjadi gempar seketika apabila semua ADUN pembangkang keluar dewan sebagai memberi sokongan kepada YB Dato'Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputih). Perkara ini terjadi ekoran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,YB Dato'Abdul Isa Ismail, mengarahkan Adun Kota Siputih keluar dewan setelah amaran supaya beliau duduk dan berhenti membuat kecoh tidak dihiraukan. Insiden ini terjadi ekoran ADUN Kota Siputih memohon diberi laluan semasa YB Lim Soo Nee (PKR- Kulim) membuat ucapan penggulungan tetapi tidak dibenarkan. Beliau terus mendesak dan tidak menghiraukan arahan YB Speaker agar beliau duduk semula di tempatnya. Akibat keengganan itu, beliau telah diarahkan keluar dewan dan tidak dibenarkan menyertai persidangan. Walau bagaimana pun, semua ADUN berkenaan masuk semula ke dewan menyertai persidangan sejurus selepas YB Lim Soo Nee tamat berucap.~kedahla |
Cuba Anda Lihat Saman AES Ni.. Apa Yang Tak Kena? Posted: 22 Nov 2012 01:41 AM PST Nah!! Ini bukti AES merompak duit rakyat. Tak kira motosikal wa'ima basikal kalau boleh saman, mereka nak saman jugak. Apa yang tak kena pada saman AES ni? Ntah ler..bagi Addin, takde pape yang tak kena.. Tapi yang musykilnya, sejak bila pulak motosikal kena saman had laju ni? Addin tak tau sangat pasal undang-undang jalanraya ni.. kepada sesiapa yang tau tolong bagitau skit.. Inilah bukti projek AES ni satu lagi projek mengayakan kroni.. kroni makin kaya, rakyat makin papa kedana.. Sama-sama kita tolak AES, tolak AES sampai tersungkur rebah ke bumi bersama Umno BN.. |
Sidang Media Tergempar 3 Petang Ini.. Posted: 21 Nov 2012 11:55 PM PST Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC). Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman. James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi. Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini: 1. Kenyataan Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC 2. Kenyataan Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno 3. Pendedahan bahawa anak Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Musa Aman. Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC. Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini. Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 22 NOVEMBER 2012 |
Sebab Utama Yahudi Laknatullah Bunuh Kanak-Kanak Palestin Posted: 21 Nov 2012 10:26 PM PST Perang antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya. Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi. "Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?" demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur'an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka. Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur'an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi. Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka. ~myberita |
Rupanya Yang Di Sanjung-Sanjung Ni Profesor Kangkung Posted: 21 Nov 2012 09:41 PM PST Malam tadi saluran televisyen propaganda Umno No 3 telah menyiarkan rakaman slog SoalJawab yang menampilkan cendekiawan Melayu yang juga seorang da'i dan murabbi negara bernama Sidek Baba. Isu yang dibahaskan - disoal dan dijawab dari satu pihak, ialah mengenai kontroversi doa yang dibaca selepas solat hajat di di stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, yang antara lain meminta agar kerajaan BN KO atau hancur.Sidek BabaTampaknya ahli dan penyokong Umno begitu takut dengan doakan berkenaan. Kenapa? Alasan doa itu dipohonkan kepada Allah s.w.t. kerana kerajaan BN telah berlaku zalim dan penganiayaan kepada rakyat. Saluran tv propagnda No 3 itu seperti juga ahli Umno kepanasan dan tidak boleh duduk diam ikut bangkit sama mempertahankan kerajaannya dan dalam masa sama menghentam Pas yang menganjurkan doa berkenaan. Tv No 3 berkenaan cuba menggambarkan kepada umum, Pas sebuah parti yang unIslamic dan berperangai buruk dan salah akidah. Salah satu ikhtiar untuk memburuk Pas sebenarnya, bukan menjernihkan keadaan maka Sidek Baba dipanggil untuk bersekongkol dengan Umno. Maaflah taraf Sidek Baba dalam mempertahankan isu doa ini lebih kurang taraf anak dara tua yang sanggup memjadikan ibunya sebagai alat kerana mahu melepas dendamnya kepada Anwar Ibrahim. Kenapa dikatakan begitu kerana kalau tv 'cepuah' berkenaan bersikap adil, soaljawab itu tidak hanya menampilkan satu pihak sebaliknya menampilkan sama seorang yang bertindak sebagai menjawab dan membela Pas berhubung doa berkenaan. Tetapi apakah daya setakat itu sajalah tahap profesionalisme kebebasan media di negara ini, selalu bersikap memasukkan seseorang yang dibencinya dalam guni kemudian dilanyak dan dipukul beramai-ramai. Mengikut rancangan itu semalam barang kali bukan saja saya, tetapi orang lain juga yang sebelum ini mengkagumi Sidek sebagai seorang ahli akademik atau menurutnya sendiri sebagai da'i dan murabbi terkejut dan terbeliak mata mendengar hujah dan juga alasan yang diberikannya. Mungkin ada yang tidak sangka sudah sejauh itu Sidek Baba sekarang terhayut dan lara didalam arus Umno. Iya, kalau kita tidak tahan dengan asakan dan paluan Umno tetapi janganlah sehingga chasisnya lari begitu jauh.Orang berstatus seperti Sidek bukan bukan menjadi penghasut menyesatkan Umno tetapi memberi pencerahan. Itu sepatutnya. Saya berkata ini bukan apa, Sidek yang hari pertama saya mengenali dan berjumpa dengannya seorang yang berani, nampak istiqamah dengan perjuangan. Jarang seorang akademik dan profesionalisme yang setegasnya waktu itu. Itulah menyebabkan saya meletakkan rasa hormat tinggi kepadanya. Tetapi hanya sedikit saja ujian Allah campakkan ke atasnya, ditangkap kemudian ditelanjakan, Sidek sudah jadi hilang akal sudah memusnahkan mahkota dirinya selama ini. Tentang doa itu tampaknya Sidek sepakat dengan pandangan orang Umno lain yang merasakan doa itu tidak kena ataupun tidak sesuai dibaca kerana doa seperti itu tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi Sidek doa KO BN itu sebagai melampau dan menyesalkan. Katanya tidak ada berlaku sebelum ini orang Islam mendoakan kehancuran orang Islam lain.Di dalam 'perkuk' akademiknya, Sidek berpendapat doa itu tidak wajar dihalakan kepada kerajaan BN kerana kerajaan BN tidak zalim dan tidak boleh dipohonkan Allah binasakannya. Apa yang dipatutnya didoakan minta agar kerajaan sejahtra. Sidek lantas memberi bukti menunjukkan kerajaan BN adil dan berlaku saksama dengan mengatakan di universiti tempatnya mencari makan, (Universiti Islam Antarabangsa) telah membuka atau turut memberi peluang kepada anak-anak penyokong pembangkang memasuki universiti berkenaan. Kerajaan juga telah banyak menyediakan segala macam kemudahan untuk rakyat. Beliau juga turut menyebut peranannya (angkat bakul sendiri) mengatakan telah menganjurkan beberapa program untuk kebaikan anak bangsa. Dari itu nampak semacam benar kata-kata pandita ini. Tetapi soalnya apakah hanya dari sudut itu saja untuk diterima bahawa kerajaan BN telah berlaku adil. Itulah yang Sidek nampak dan ianya sangat naif sekali. Kenapa Sidek mempersempitkan minda sendiri semata-mata untuk membela Umno. Umno boleh dibela dalam kerangka yang lebih luas dan rasional. Sebagai seorang ilmuan dia anggap cendekiawan dia sepatutnya menyuluh dengan lebih luas lagi untuk melihat sejauh mana keadilan BN yang dipujinya itu.Beliau patut melihat doa yang dibaca itu dalam konteks politik dan lokasi di mana ianya dibaca. Mungkin dari segi politik apa pun alasan doa seperti itu tidak wajar. Tetapi apa yang mustahak dilihat ialah lokasi doa itu dibaca, iaitu di Kelantan. Kita selalu mengatakan keadilan itu kerana meletakkan sesuatu di tempatnya? Dalam konteks Kelantan doa itu adalah sesuai kerana kezaliman dimaksudkan itu berlaku di Kelantan. Sidek tidak akan merasakan kerajaan BN zalim dan kalau beliau tidak menyuluh dari sudut itu. Dan beliau tidak mengatakan kerajaan BN adil dan tidak kejam kerana memberi peluang untuk hidup senang lenang kepadanya. Pendapat begitu telah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.Untuk lebih adil sebelum bercakap, Sidek perlu duduk di Kelantan, menyelam hati dan perasaan orang Kelantan dan melihat dengan mata murabbi dan cendekiawannya apa berlaku di sana. Sidek kena tanggakan spek brand Umno yang dipakai itu, barulah ia dapat melihat dan menilai dengan adil kemudian membuat justifikasi terhadap doa demikian. Beliau kena interviu rakyat Kelantan bukan saja yang sewarna dengannya tetapi warna-warna lain juga. Untuk itu Sidek kena faham apa itu federalisme dan juga memahami apa yang digaris dalam persetujuan semasa membentuk kerajaan bersekutu dulu. Keadilan itu boleh diiktiraf apabila ia memberi kesamaan hak kepada semua tanpa dipisah oleh fahaman dan ideologi politik. Adalah tidak adil dan sesuatu kekejaman juga kalau Sidek membuat ulasan itu dengan mengambil kira apa yang beliau lihat dari luar Kelantan. Mengenai kezaliman BN di Kelantan semua orang sudah mengetahuinya. Apakah bagi Sidek itu bukan zalim dan ia hanya satu penderaan politik kerana tidak semua orang Kelantan menyokong BN? Doa yang meminta BN dihancurkan itu bertolak dari kezaliman dan pengkhianatan kerajaan BN ke atas Kelantan itu. Doa itu tidak akan lahir kalau bukan kerana kezaliman yang dirasai. Doa itu adalah berbentuk umum kepada parti BN dan bukan individu di dalam Umno. Saya juga akan menentang kalau ada pihak yang mendoakan secara khusus kepada mana-mana individu di dalam BN atau mana parti politik. Tetapi doa di stadium malam itu bersifat general ke atas BN sebagai sebuah kerajaan bukan sebagai individu insan beragama Islam. Doa-doan sebegitu bukan tidak pernah dibaca oleh para ulamak dan aulia. Kezaliman kerajaan Firauan, Haman, Namrud dan sebagainya dibaca, malahan ianya diperpanjangkan sampai ke hari ini. Malaysia sendiri membaca doa itu untuk melaksanakan Israel dan zionis. Apakah tidak terlatas di telinga Sidek. Nah... status atau pun kedudukan doa terhadap kejahanaman Isrel itu samalah dengan status doa di stadium itu dalam konteks kezaliman kerajaan BN ke atas rakyat Kelantan. Sebagai murabbi Sidek tentu membaca dan menelaah al Quran. Cuam Sidek cari apa yang saya katakan ini dan faham dengan betul. Saya mintalah Sidek duduk mencakung atas tunggul mati dan kentut... cuba hidu! Sebagai ahli akademik dan cendekiawan Sidek patut menggunakan ilmu atau kedudukannya itu di tempat yang seadil-adilnya. Beliau patut sedar orang atau golongan sepertinyalah diharapkan oleh rakyat untuk menyatakan sesuatu dengan benar. Orang berilmu selalunya bercakap benar, tidak mudah terpengaruh ataupun menjadi pelesit kepada mana-mana pihak.Malangnya dengan apa yang dilontarkan Sidek menerusi slog soaljawab sehala itu, dengan menggunakan bahasa yang tertib dan wajah yang tawaduk beliau ikut sama mencemarkan dirinya dengan pandangan ilmiah yang beliau berikan. Cara Sidek mempertahankan kerajaan BN tidak zalim sama seorang perempuan yang bertutup aurad, nampak warak, sopan santuh tetapi sedia melacurkan diri untuk mendapat rezeki. Biarlah saya katakan kepada cikgu Sidek ini bukan tidak boleh menyokong Umno kerana kita ada pegangan dan pandangan masing-masing, tetapi kalau sampai melacurkan cendekiawan yang ada kerana tidak mahu susah payah dan takut diuji ia sesuatu yang sangat keji. ~mso |
Video Perkembangan Terkini Skandal Musa Aman Di Hong Kong Posted: 21 Nov 2012 07:20 PM PST Di saat seluruh Malaysia tertumpu kepada perang yang berlaku antara rejim Israel dan rakyat Palestin, perkembangan terkini siasatan semula skandal membabitkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, jutawan balak Michael Chia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di Hong Kong terus rancak! Rombongan yang diketuai Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bersama-sama dengan ahli parlimen Selayang, William Leong, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan ADUN Teja, Chang Lih Kang telah menemui ahli-ahli Legislative Council Hong Kong semalam bagi mendesak mereka supaya Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah negara itu (ICAC) mrmbuka semula kertas siasatan yang dikatakan sudah ditutup oleh Nazri pada 2011. William berkata ahli parlimen Hong Kong menyambut baik saranan yang dikemukakan delegasi Pakatan Rakyat Malaysia setelah mengadakan perjumpaan bersama mereka kira-kira dua jam semalam. Kehadiran delegasi yang dinamakan "Fact Finding Mission" yang tiba pagi semalam telah disambut baik oleh ahli-ahli Legislative Council dan mereka berjanji akan membangkitkan isu rasuah melibatkan Musa, Chia dan Nazri sendiri sehingga ICAC diminta supaya menyiasat sepenuhnya tanpa rasa prejudis. Hari ini mereka akan mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia James To, Naib Presiden Panel Keselamatan Hong Kong yang bertanggungjawab ke atas semua agensi penguatkuasaan termasuk ICAC yang dijangka akan diadakan kira-kira dua jam dari sekarang.Bak kata Lih Kang, BN, you better watch out! (BN, lebih baik kamu jaga-jaga)!Perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi blog ini dari semasa ke semasa. Teruskan bersama Jalan Pulang membongkar kejahatan pemimpin BN yang sudah ke tahap menjahanamkan agama, bangsa dan negara! Lihat video di SINI. |
Kartun Terbaik!!.. Umno Paling Takut Senjata Ini Sekarang.. Posted: 21 Nov 2012 06:23 PM PST Senjata ini yang paling di takuti oleh pemimpin dan pencacai Umno sekarang. Sesiapa yang berdoa akan di laporkan kepada polis? Sudah berapa banyak laporan polis telah di buat ekoran doa hancurkan Umno BN semasa solat hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu tempoh hari. Tidakkah pencacai Umno tau?? Doa adalah senjata orang mukmin.. Umno semakin menghampiri kehancuran.. Dengan doa iaitu senjata orang-orang mukmin.. Umno BN bakal tumbang pada PRU13 nanti.. |
Pengarah Urusan The Star Milik MCA Letak Jawatan Posted: 21 Nov 2012 04:07 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat meletak jawatan dan dijangka menyertai kembali The Edge, memberi tamparan hebat kepada akhbar milik MCA itu kerana gagal mengekalkan khidmat pemberita disegani itu. Portal pengiklanan Campaign Singapore melaporkan peletakan jawatan Ho dan dijangka menyertai The Edge, disahkan oleh timbalan pengerusi eksekutif The Star, Datuk Vincent Lee yang juga veteran dalam industri pengiklanan. Sumber dari bilik berita juga mengesahkan perkara tersebut, sementara ahli lembaga pengarah The Star masih membincangkan isu ini petang tadi. "Ahli lembaga pengarah sedang bermesyuarat tetapi kami sudah mengetahui bahawa Ho akan meninggalkan The Star," menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider. Difahamkan hari ini adalah hari terakhir Ho, walaupun peletakan jawatannya efektif pada 30 November. Sumber memberitahu bahawa lembaga pengarah tidak membincangkan pengganti Ho dalam apa digambarkan sebagai "mesyuarat yang menyedihkan". "Vincent dan Datuk Seri Wong Chun Wai akan mengambil alih pentadbiran korperat," sumber memberitahu dengan merujuk kepada pengarah eksekutif akhbar tersebut dan ketua pengarang kumpulan. Difahamkan bahawa Calvin Kan (pengarah pembangunan perniagaan) dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) untuk cetakan dan Wong Siah Peng (COO perniagaan digital) akan mengawal penerbitan komersil. Ho ialah pemberita veteran yang pernah berkhidmat di News Straits Times dan Singapore Business Times dan membawa kejayaan kepada The Edge sebelum menyertai The Star pada tahun 2010 sebagai ketua pegawai operasi. Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah urusan The Star pada Julai 2011. Campaign Singapore memetik sumber dengan menjangkakan Ho akan kembali ke The Edge dan memegang jawatan di atas ketua editor Leslie Lopez. Tetapi sumber berkata Ho juga mampu memacu cita-cita media dari pemilik The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, dalam pelaburan peribadinya seperti portal fz.com, yang dilancarkan Oktober lalu tetapi terbantut tiga minggu kemudian apabila ketua pengarangnya meletak jawatan. ~the malaysian insider |
Perkembangan Terkini Rombongan Jalan Kaki Anti Lynas Dari Kuantan Ke Bangunan Parlimen (300km) Posted: 21 Nov 2012 03:47 PM PST Rombongan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur (bangunan parlimen) telah mula berjalan pada 13 November 2012 sebagai membantah operasi kilang Lynas. Mereka akan melengkapkan perjalanan sejauh kira-kira 300 km, dari Kuantan, Pahang sehingga ke Kuala Lumpur secara berjalan kaki beramai-ramai. Perjalanan ini dijangka akan berakhir di Bangunan Parlimen. Berikut maklumat tentang perjalanan yang telah dilalui sebelum ini meredah hujan, panas sepanjang perjalanan menunjukkan soladiriti dan kesungguhan rakyat membantah operasi kilang Lynas. 13hb: Kuantan-Gambang, 30km 14hb: Gambang-SriJaya, 31km 15hb: Sri Jaya-Maran, 16km 16hb: Maran-Kg Awah, 29km 17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km 18hb: Mentakab-Lanchang, 19km 19hb: Lanchang-Karak, 25km 20hb: Karak-Bentong, 22km 21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km Rakyat Malaysia pelbagai bangsa sanggup berjalan beratus kilometer demi membantah operasi Kilang nadir bumi Lynas, adakah Rejim Barisan Nasional akan mendengar bantahan ini? ~milosuam |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan