Khamis, 22 November 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bashar lebih jahat dari Mahathir

Posted: 22 Nov 2012 02:43 AM PST

Perbualan dengan sahabat mengingatkan gua satu lagi perbualan yang lain.

Gua ditanya mengenai sebahagian pendapat mengatakan Bashar adalah benar.

Gua katakan Bashar lebih jahat dari Mahathir. Member gua seakan melenting. Pertama gua katakan Bashar lebih jahat. Kedua gua katakan Mahathir lebih baik.

Gua percaya kalau Mahathir itu adalah Bashar, sebelum rakyatnya memberontak sehingga angkat senjata. Sehingga mengundang peluang kuasa asing campur tangan; sudah pasti beliau akan melaksanakan peralihan kuasa.

Walaupun Bashar boleh melaksanakan peralihan kuasa ke bonekanya yg fresh, kenapa dia enggan?

Perapa peratus pertumpahan sesama rakyat reda kalau Bashar letak jawatan? Berapa peratus peluang tangan asing tertutup kalau Bashar menyerahkan kuasanya walau secara boneka?

Perkara ini telah pun dicadangkan oleh Erdogan Turki. Tetapi di sinilah manusia IQ bangang tak nampak logik Bashar adalah penjahat yang gila kuasa.

Memang kita tidak tahu perkara sebenar. Muhammad saw pun melalui takdir, Allah menunjukkan rasullullah itu tidak tahu semua perkara dalam peritiwa seorang arab kacukkan pokok tamar.

Apatah lagi kita. Untuk meminjam pengetahuan ulama dunia pula berpecah2. Ada ulama kata Bashar benar. Ada ulama kata Bashar salah. Apatah lagi sentimen Syiah-sunni dibimbangi mempengaruhi ulama2.

Cumanya, kita sebagai manusia kerdil hanya boleh mengemukakan persoalan. Mengambil ketetapan yang boleh dicapai fizikal. Selagi Bashar kelihatan bangsat tidak meletak jawatan, itulah pendirian dipegang.

Wallahualam.

Tiada ulasan: